Minit Panitia 3 2022 - BT

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SJK (TAMIL) BANDAR INDERA MAHKOTA

MESYUARAT PANITIA BAHASA TAMIL KALI KETIGA 2022/ 2023

Tarikh : 07 Februari 2023 (Selasa)

Masa : 2.30 petang

Tempat : Bilik Gerakan

Kehadiran :

1 Thangamani A/P Nadarajan ( Ketua Panitia )

2 Santha A/P Sinnasamy

3 Seetha A/P Arumugam

4 Santhi A/P Arumugam

5 Sivagamy A/P Yeethayiah

6 Chandramathi A/P Nathan

7 Indumathi A/P Santaran

8 Puspavalli A/P Suppiah

9 Nyanakkanni A/P Ramachondram

1
PERKARA

1.0 Ucapan Aluan Ketua Panitia

1.1 Ketua Panitia mengalu-alukan kehadiran ahli Panitia Bahasa Tamil ke mesyuarat
panitia kali ketiga sesi 2022/2023.
1.2 Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana telah memberi kerjasama
sepenuhnya kepada beliau dalam menjalankan tugas panitia pada tahun 2022/2023.
1.3 Beliau mengalu-alukan kehadiran 2 orang guru baharu iaitu Pn Chantramathi dan Pn Indumathi
ke Panitia Bahasa Tamil.
1.4 Ketua Panitia menyarankan semua guru supaya berusaha sedaya upaya untuk memulihkan buta
huruf dalam mata pelajaran Bahasa Tamil.
1.5 Beliau juga mengucapkan tahniah kerana mendapat tempat pertama di peringkat kebangsaan
dalam pertandingan syarahan anjuran manavar mulakkam dan juga berjaya melangkah ke
peringkat antarabangsa.

2.0 Ucapan GPK 1

3.1 GPK 1 mengucapkan tahniah kerana mendapat tempat pertama dalam pertandingan syarahan
(Manavar muzhakkam) dan berjaya melangkah ke peringkat antarabangsa.
3.2 Beliau berharap semua guru dapat mengatasi masalah buta huruf murid dalam Bahasa Tamil.
3.3 Beliau juga berharap dapat mengurangkan bilangan murid di TP 2 dan TP3.
3.4 Beliau menyarankan supaya guru-guru memberikan aktiviti ejaan dan tulisan pada setiap
minggu.
3.5 Latihan yang diberikan kepada murid-murid sangat mencukupi.
3.6 Beliau memuji Ketua Panitia kerana sentiasa memantau buku-buku murid dan membimbing
guru-guru.
3.7 Guru-guru diminta melatih murid-murid lebih awal bagi semua aktiviti pertandingan yang
melibatkan Bahasa Tamil sama ada peringkat sekolah, daerah dan negeri.
3.8 Beliau menekankan tentang kesalahan yang terdapat dalam kertas Ujian Akhir Sesi Akademik
2
yang disediakan oleh guru-guru. Beliau berharap guru-guru perlu lebih teliti semasa menyediakan
kertas soalan.

3.0 Pembentangan Dan Pengesahan Minit Mesyuarat


4.1 Ketua Panitia Pn.N.Thangamani telah membentangkan minit mesyuarat kali kedua sesi
2022/2023.
4.2 Cikgu A.Seetha mencadangkan agar minit tersebut disahkan dan disokong oleh Cikgu
Y.Sivagamy.

5.0 Perkara Berbangkit


Tiada

6.0 ANALISIS PENTAKSIRAN BILIK DARJAH(PBD) & ANALISIS UJIAN AKHIR SESI
AKADEMIK 2022/2023

6.1 Ketua Panitia telah membentangkan analisis pentaksiran bilik darjah dan analisis ujian akhir sesi
akademik 2022/2023

6.2 RUJUK LAMPIRAN

7.0 ANALISIS MURID YANG BERADA TAHAP PENCAPAIAN TP 1, T2 & TP3 &
INTERVENSI

7.1 Guru-guru telah membentang analisis murid yang mencapai Tahap penguasaan 1, 2 dan 3 dan
analisis ujian akhir sesi akademik 2022/2023 bagi setiap kelas.
7.2 Guru-guru turut membentang kekuatan, kelemahan murid-murid dan intervensi bagi meningkatkan
tahap penguasaan murid dalam Bahasa Tamil.
7.3 Rujuk Lampiran

8.0 PROGRAM PENINGKATAN GURU

10.1 Ketua Panitia menyatakan bahawa program bengkel penandaan kertas 2 tidak dapat
dijalankan.
9.0 Hal Perbelanjaan

11.1 Ketua Panitia menyatakan bahawa wang baki dalam akaun panitia ialah sebanyak

3
RM 100.00.
11.2 Guru boleh menyenaraikan peralatan yang diperlukan oleh guru kepada ketua panitia.

12.0 Hal-hal lain

12.1 GPK 1 meminta semua guru membaca rubrik tahap penguasaan sebelum menentukan tahap
penguasaan untuk murid-murid. Semua guru perlu pastikan tahap penguasaan yang diberi
haruslah sesuai dengan tahap murid.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.30 petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………………….. ………………………………
( THANGAMANI A/P NADARAJAN)

Ketua Panitia Bahasa Tamil

SJKT Bandar Indera Mahkota

You might also like