Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 47

1

ISI KANDUNGAN
BIL KANDUNGAN MUKA
SURAT

1.0 Pengenalan/ Introduction 3-12

1.1. Kegunaan modul / Use of Module 3

1.2. Kandungan Pembelajaran/ Learning Contents 4

1.3. Standard Pembelajaran/ Learning Standards 4

1.4. Hasil Pembelajaran/ Learning Outcomes 5

1.5. Keberhasilan Objektif/ Objective Outcomes 6-7

1.6. Aktiviti Pembelajaran/ Learning Activity 7-12

1.6.1. Penerangan aktiviti/ Activity Description 7-10

1.6.2. Aktiviti Penilaian/ Assessment Activities 11

1.6.3. Aktiviti Tugasan/ Assignment Activities 12

2.0 Rancangan Pengajaran Harian/ Daily Lesson Plan 13-20

3.0 Lampiran/ Appendix 21-35


3.1. Lampiran A/ Appendix A 21-23
3.2. Lampiran B/ Appendix B 24-26
3.3. Lampiran C/ Appendix C 27-29
3.4. Lampiran D/ Appendix D 30-31
3.5. Lampiran E/ Appendix E 32-34
3.6. Lampiran F/ Appendix F 35

4.0 Tugasan Kerja Sekolah 36-41

4.1 Skema Pemarkahan/ Scoring Scheme 42-46

4.2 Rubrik Pemarkahan/ Scoring Rubric 47

2
1.0. PENGENALAN
1.0. INTRODUCTION

1.1. Kegunaan modul:

Modul ini bertujuan untuk memberikan panduan kepada guru-guru Sejarah


sebagai persediaan untuk proses pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas.

1.1. Use of module:

This module aims to guide History teachers in preparation for the teaching and
learning process in the classroom.

i. Mata pelajaran: Sejarah

i. Subject: History

ii. Tema: Era Peralihan Kuasa British di Negara Kita

ii. Theme: The Era of the British Power Transition in Our Country.

iii. Bab: Bab 4 (10.3 Era Peralihan Kuasa British di Negara Kita)

iii. Chapter: Chapter 4 (10.3 The British Power Transition Era in Our Country)

iv. Murid sasaran: Murid sekolah menengah Tingkatan 4

iv. Targeted students: Form 4 high school students

v. Tempoh masa pengajaran: 1 jam 20 minit

v. Teaching time: 1 hour 20 minutes

3
1.2. Kandungan Pembelajaran:
1.2. Learning Content:
❖ 10.3. ERA PERALIHAN KUASA BRITISH DI NEGARA KITA
❖ 10.3. THE ERA OF BRITISH POWER TRANSITION IN OUR COUNTRY

1. Di akhir persekolahan tingkatan 4, murid-murid dapat menilai era


peralihan kuasa British di negara kita.

1. At the end of form 4 schooling, pupils can evaluate the era of British power
transition in our country.

1.3. Standard Pembelajaran:

1.3. Learning Standards:

1. Memerihalkan Pentadbiran Tentera British di negara kita.

1. Describe the British Military Administration in our country.

2. Menjelaskan gagasan Malayan Union.

2.. Explain the idea of Malayan Union.

3. Menghuraikan reaksi penduduk tempatan terhadap Malayan Union.

3. Describe the reaction of the locals to the Malayan Union.

4
1.4. Hasil pembelajaran:

1.2. Learning Outcomes:

Di akhir pembelajaran, murid:

At the end of the lesson, student:

1. Dapat memerihalkan tugas-tugas Pentadbiran Tentera British di negara


kita.

1. Be able to describe the duties of the British Military Administration (BMA) in our
country.

2. Dapat menjelaskan sekurang-kurangnya tiga ciri Malayan Union.

2. Be able to explain at least three characteristics of Malayan Union.

3. Dapat menghuraikan reaksi Raja- raja Melayu dan orang Melayu terhadap
gagasan Malayan Union.

3. Be able to describe the reaction of the Malay Rulers and the Malays to the idea
of the Malayan Union.

5
1.5. Keberhasilan Objektif berdasarkan aktiviti:

1.4. Activity- based objective outcomes:

• Objektif pertama akan dicapai oleh murid-murid melalui AKTIVITI


MENGUBAH DIRI dengan menggunakan platform dalam talian iaitu
Aplikasi Pear Deck. Aplikasi ini merupakan medium interaktif yang
membolehkan murid-murid memperoleh maklumat melalui penerangan
slaid dan kuiz secara langsung.
• The first objective will be achieved by students through SELF-
TRANSFORMATION ACTIVITY by using the online platform that is Pear Deck
Application. This application is an interactive medium that allows students to
obtain information through live slide descriptions and quizzes.

• Objektif kedua akan dicapai oleh murid-murid melalui aktiviti kedua iaitu
PERMAINAN BISIK-MEMBISIK SUARA SEJARAH. Murid-murid akan
menjalankan aktiviti ini di dalam kelas dengan aktif kerana melibatkan
pengerakan semasa mengaplikasikan maklumat. Murid akan
menggunakan domain kognitif dan psikomotor semasa menjalankan
aktiviti.

• The second objective will be achieved by the students through the second
activity by playing the GAME WHISPER-WHISPERING THE VOICE of
HISTORY. Students will carry out this activity actively in the classroom because
it involves movement while applying information. They will use the cognitive and
psychomotor domains while performing this activity.

• Objektif ketiga akan dicapai oleh murid-murid melalui aktiviti ketiga iaitu
PERMAINAN UJI SEJARAH ANDA. Aktiviti ini menggunakan aplikasi
dalam talian iaitu Bamboozle Games dan Wheel Spinner. Murid akan
mengaplikasikan maklumat yang diperoleh dalam kuiz yang disediakan
oleh guru. Guru akan membina soalan kuiz berdasarkan tiga peringkat
bawah dalam piramid Bloom’s Taxonomy.

6
• The last objective will be achieved by the students through the third activity,
which is the GAME TEST YOUR HISTORY. This activity uses the online
application Bamboozle Games and Wheel Spinner. Students will apply the
information received to the quiz provided by the teacher. Teachers will create
quiz questions based on the bottom three levels in Bloom’s Taxonomy pyramid.

1.6. Aktiviti Pembelajaran/ Learning activity

1.6.1. Penerangan aktiviti/ Activity Description

• Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dimulai dengan set induksi yang


dinamakan sebagai ITU KOTAK APA? Guru akan membawa sebuah
kotak yang di dalamnya mempunyai beberapa gulungan kertas yang
berisi tajuk sajak. Guru akan membahagikan murid-murid kepada lima
kumpulan. Ketua setiap kumpulan akan datang ke hadapan dan
mencabut undi tajuk sajak. Selepas itu, setiap kumpulan akan mencipta
sebuah sajak dan mendeklamasikannya selama 1 minit 30 saat.
Kemudian, guru akan menanyakan pendapat mereka tentang set
induksi yang dijalankan. Sesi ini bertujuan menarik perhatian murid-
murid terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang akan
berlangsung dan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid
terhadap aktiviti yang ingin dijalankan. Masa yang diperuntukkan ialah
selama 10 minit. (Lampiran A)
• Teaching and learning activities begin with an induction set called “WHAT’S
THE BOX?” The teacher will bring a box have several rolls of paper
containing the poem title. The teacher will divide the students into five
groups. The leader of each group will come forward and draw a vote. After
that, each group will create a poem and recite it for 1 minute 30 seconds.
After that, the teacher asks their opinion about the induction set activity. This
session aims to get attention from students to start the teaching and learning
process and want to give exposure to students to the activities that will be
carried out. The allotted time is 10 minutes. (Appendix A)

7
• Kemudian, aktiviti satu ialah AKTIVITI MENGUBAH DIRI. Murid-murid
akan didedahkan dengan standard pembelajaran pertama berkaitan
Pentadbiran Tentera British di negara kita. Guru akan menayangkan
slaid dan menjelaskan kepada murid-murid berkaitan kandungan
pembelajaran tersebut. Kemudian, murid-murid juga perlu menjawab
kuiz secara langsung semasa penjelasan diberikan. Aktiviti ini
menggunakan aplikasi interaktif dalam talian iaitu Aplikasi Pear Deck.
Tujuan aktiviti ini ialah untuk meningkatkan pengetahuan murid-murid
tentang Pentadbiran Tentera British di Tanah Melayu selepas
pendudukan Jepun. Masa yang diperuntukkan ialah 15 minit. (Lampiran
B)
• Then, activity one is the SELF-TRANSFORMATION ACTIVITY. Students will
expose to the first learning standard as British Military Administration in our
country. The teacher will show the slides and explain the topic to the students
about the learning content. Then, students must answer the quiz directly
while the explanation was given. This activity uses an online interactive
application called the Pear Deck Application. This activity aims to increase
student's knowledge about the British Military Administration in Malaya after
the Japanese occupation. The allotted time is 15 minutes. (Appendix B)

• Aktiviti kedua ialah PERMAINAN BISIK - MEMBISIK SUARA SEJARAH.


Guru akan meletakkan ketua kumpulan di lima penjuru kelas. Guru juga
telah menyediakan lima kotak yang berisi tentang ciri-ciri Malayan
Union di atas meja di setiap penjuru. Kemudian, ahli setiap kumpulan
akan disusun menjadi satu barisan mengikut kumpulan masing-masing
dan menghadap ketua kumpulan. Setiap murid perlu menyampaikan
maklumat tentang ciri-ciri Malayan Union melalui berbisik manakala
orang terakhir dalam barisan tersebut akan menjadi penentu bagi
kumpulan tersebut. Hal ini demikian kerana orang terakhir dalam
barisan akan menulis ciri-ciri Malayan Union di papan putih. Tujuan
aktiviti ini ialah untuk membantu murid-murid memahami dan
menguasai kandungan gagasan Malayan Union menggunakan
kemahiran kognitif dan psikomotor. Masa yang diperuntukkan ialah 20
minit. (Lampiran C)

8
• The second activity is the GAME WHISPER-WHISPERING THE VOICE of
HISTORY. The teacher will place the group leader in the five corners of the
classroom. The teacher also provided five boxes containing the features of
the Malayan Union on the table at each corner. Then, the members of each
group will be arranged into a line according to their respective groups and
face the group leader. Each student must convey information about the
characteristics of the Malayan Union through whispering, while the last
person in line will be the determinant for the group. That is because the last
person in line will write the characteristics of the Malayan Union on the
whiteboard. This activity aims to help students understand and dominate the
idea of Malayan Union using cognitive and psychomotor domains. The
allotted time is 20 minutes. (Appendix C)

• Aktiviti ketiga ialah PERMAINAN UJI SEJARAH ANDA. Guru akan


membuka laman permainan Bamboozle Games dan Wheel Spinner.
Guru akan mengisi nama di Wheel Spinner berdasarkan nama
kumpulan. Kemudian, ahli kumpulan akan berbincang dan menjawab
soalan secara bersama-sama. Soalan yang disediakan ialah sebanyak
sepuluh soalan yang terdiri daripada soalan pilihan jawapan, soalan
terbuka dan soalan subjektif. Selesai menjalankan aktiviti ini, guru akan
terus membuat pembetulan berdasarkan soalan yang disediakan.
Soalan-soalan yang dibina adalah berdasarkan tiga aras rendah
Bloom’s Taxonomy. Tujuan aktiviti ini ialah untuk menguji tahap
pencapaian murid-murid sama ada memahami kandungan
pembelajaran yang disampaikan atau belum menguasai sepenuhnya.
Masa yang diperuntukkan ialah 15 minit. (Lampiran D)
• The third activity is the GAME TEST YOUR HISTORY. The teacher will
open the Bamboozle Games and Wheel Spinner game pages. Then, teacher
will fill in the name in the Wheel Spinner based on the group name. Then,
group members will discuss and answer questions together. The teacher
provided ten questions which are multiple-choice questions, open-ended
questions, and subjective questions. After completing this activity, the
teacher will continue to make corrections based on the questions provided.

9
The questions are created based on the bottom three levels in Bloom’s
Taxonomy pyramid. This activity aims to evaluate the level of achievement
whether they achieved the learning content presented or have not fully
achieved. The allotted time is 15 minutes. (Appendix D)

• Sesi rumusan akan dijalankan melalui AKTIVITI SAMPUL SURAT. Murid


akan menulis maklum balas di kertas yang disediakan berdasarkan
aktiviti yang dijalankan di dalam kelas. Guru akan menyediakan satu
kotak kecil untuk mengumpul kertas maklum balas yang ditulis oleh
mereka. Kemudian, guru akan memberikan rumusan keseluruhan
berdasarkan topik yang didedahkan. Guru juga akan menyediakan dua
set kerja sekolah kepada dua kumpulan iaitu kumpulan yang mencapai
ketiga-tiga objektif pembelajaran dan kumpulan yang tidak mencapai
objektif pembelajaran. Tujuan guru menjalankan aktiviti ini ialah untuk
membuat imbasan semula terhadap pengajaran dan pembelajaran
yang telah dilaksanakan dan tugasan pula disediakan sebagai kerja
sekolah untuk membantu murid-murid mengukuhkan kefahaman
terhadap topik yang diajar. Masa yang diperuntukkan ialah 10 minit.
(Lampiran E)
• Summary sessions will be conducted through “Envelope Activities”. Students
will write feedback on a paper based on the activities carried out in a class.
The teacher will provide a small box to collect the feedback papers. Then,
the teacher will give an overall summary based on the topics revealed and
provide two sets of schoolwork to two groups, namely the group that
achieved all three learning objectives and the group that did not achieve the
learning objectives. The teacher conducting this activity aims to review the
teaching and learning that has been done and assignments are provided to
help students improve their understanding of the topics taught. The allotted
time is 10 minutes. (Appendix E)

10
1. 6. 2. Aktiviti Penilaian

1. 6 .2. Assessment Activity

(https://www.proprofs.com/quizschool/ugc/story.php?title=penilaian-sejarah-
tingkatan-4).

Selepas menjalankan kesemua aktiviti tersebut, guru akan menjalankan


kuiz secara dalam talian dengan menggunakan ProProfs Quiz Maker
Aktiviti ini akan dijalankan pada akhir proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas. Kemudian, guru akan menyediakan tujuh
soalan kuiz pilihan jawapan dan tiga soalan subjektif berdasarkan ketiga-
tiga objektif yang ingin dicapai. Guru menjalankan aktiviti ini untuk
menilai kefahaman mereka terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran berkaitan standard pembelajaran yang ditetapkan.
Tambahan pula, aktiviti ini juga membantu guru untuk menilai murid-
murid sama ada ingin memberikan tugasan pengukuhan atau tugasan
pemulihan berdasarkan pencapaian mereka. (Lampiran F)

After conducting all three activities, the teacher will do online quizzes using
ProProfs Quiz Maker. This activity will do at the end of the class. Then, this
activity has seven multiple-choice questions and three subjective questions
based on the three objectives to achieve. The teacher conducts this activity to
assess their understanding of the teaching and learning process related to
learning standards. Furthermore, this activity also helps the teacher give
reinforcement assignments or remedial assignments based on their
achievements. (Appendix F)

11
1. 6. 3. Aktiviti Tugasan

1. 6. 3. Assignment Activities

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, guru akan memberikan


tugasan kepada murid-murid sebagai kerja sekolah. Guru akan
menyediakan latihan pengukuhan yang terdiri daripada dua soalan esei
kepada kumpulan A iaitu murid-murid yang mencapai dua atau ketiga-
tiga objektif pembelajaran. Kemudian, guru akan memberikan latihan
pemulihan yang terdiri daripada sepuluh soalan pilihan jawapan dan
satu soalan subjektif kepada kumpulan B yang terdiri daripada murid-
murid yang hanya mencapai satu objektif pembelajaran sahaja.
Umumnya, tugasan ini akan membantu murid-murid untuk
mengukuhkan kefahaman terhadap pengajaran di dalam kelas. Sebagai
tambahan, guru juga ingin meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi
dalam kalangan pelajar melalui pembinaan soalan menggunakan tiga
aras tinggi dalam piramid Bloom’s Taxonomy. (Lampiran G)

At the end of the teaching and learning process, the teacher will give
assignments to the students as schoolwork. The teacher will provide a
reinforcement exercise consisting of two essay questions to group A as
students who achieve two or all three learning objectives. Then, the teacher
will give a remedial practice consisting of ten multiple-choice questions and
one subjective question to group B consisting of students who achieved only
one learning objective. Generally, these assignments will help students to
reinforce their understanding of teaching in the classroom. In addition, the
teacher also wants to improve high-level thinking skills among students
through the construction of questions using the three high -levels in Bloom’s
Taxonomy pyramid. (Appendix G)

12
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
MINGGU KE 3 HARI: AHAD TARIKH: 9 JANUARI 2022

MASA: 9.00-10.20 pagi KELAS: 4 MUTIARA MATA PELAJARAN:


SEJARAH
TEMA ERA PERALIHAN KUASA BRITISH DI NEGARA KITA
KANDUNGAN 10.3. ERA PERALIHAN KUASA BRITISH DI NEGARA KITA
PEMBELAJARAN
10.3.1 10.3.2 10.3.3
Memerihalkan Menjelaskan Menghuraikan
STANDARD Pentadbiran Tentera gagasan Malayan reaksi penduduk
PEMBELAJARAN British di Negara Union. tempatan terhadap
Kita. Malayan Union.

Di akhir pembelajaran, murid:


OBJEKTIF 1. Dapat memerihalkan tugas-tugas Pentadbiran Tentera
PEMBELAJARAN British di negara kita.
2. Dapat menjelaskan sekurang-kurangnya tiga ciri Malayan
Union.
3. Dapat menghuraikan reaksi Raja- raja Melayu dan orang
Melayu terhadap gagasan Malayan Union.
Murid telah didedahkan dengan pengajaran tentang kehadiran
PENGETAHUAN MURID kuasa asing ke Tanah Melayu dan reaksi penduduk tempatan
terhadap gagasan yang dijalankan oleh kuasa asing.
Projektor, komputer riba, buku teks, papan putih, kotak, kertas,
BAHAN BANTU MENGAJAR Aplikasi Pear Deck, Aplikasi Youtube, Bamboozle Games, Wheel
Spinner, Tablet, dan ProProfs Quiz Maker.
ELEMEN MERENTASI KURIKULUM: KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)
Patriotisme Tugasan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Nilai Murni

13
STRATEGI LAIN: PEMBELAJARAN ABAD KE-21
❖ Murid-murid akan membantu ❖ Kerja berkumpulan (berkolaboratif)
antara satu lain semasa di dalam kelas.
❖ Jika murid tidak dapat
melaksanakan aktiviti dengan baik, maka
murid lain akan membantu untuk
melaksanakannya bersama.
AKTIVITI GURU AKTIVITI MURID RASIONAL/
TUJUAN
1. Guru akan membawa 1. Murid-murid
sebuah kotak ke menjawab Untuk menarik
SET INDUKSI dalam kelas. pertanyaan guru. perhatian murid-
2. Guru akan 2. Murid-murid murid terhadap
AKTIVITI: menanyakan murid- bergerak ke proses pengajaran
ITU KOTAK murid tentang isi di kumpulan masing- dan pembelajaran
APA? dalam kotak. Sebagai masing. yang akan
(10 minit) contoh,” murid-murid, 3. Murid-murid berlangsung dan
anda rasa apakah mencipta sajak. untuk memberi
BBM: yang ada di dalam 4. Murid-murid pendedahan
Kotak, pen kotak ini’ mendeklamasikan kepada murid-
penanda dan 3. Guru menunjukkan sajak. murid terhadap
kertas murid-murid tentang 5. Murid memberikan aktiviti yang ingin
isi di dalam kotak dan pandangan dijalankan.
(Lampiran A) membahagikan murid- berdasarkan aktiviti
murid kepada lima yang dijalankan.
kumpulan.
4. Guru meminta mereka
memilih ketua
kumpulan dan
memanggil ketua
kumpulan ke hadapan
untuk mencabut undi.

14
5. Guru meminta setiap
kumpulan mencipta
sajak dan
mendeklamasikannya
selama 1 minit 30
saat.
6. Guru menanyakan
pendapat murid-murid
berdasarkan aktiviti
yang dijalankan.

1. Guru menayangkan 1. Murid-murid Untuk


slaid tentang bersiap sedia untuk meningkatkan
AKTIVITI 1: Pentadbiran Tentera meneruskan pengetahuan
MENGUBAH British di Tanah pembelajaran. murid-murid
DIRI Melayu menggunakan 2. Murid-murid melihat tentang
(15 minit) projektor dan slaid dan fokus Pentadbiran
Aplikasi Pear Deck semasa pengajaran Tentera British di
BBM: 2. Guru memberikan berlangsung. Tanah Melayu
Projektor, buku tablet yang 3. Murid-murid selepas
teks, tablet dan disediakan oleh pihak mencatat isi pendudukan Jepun.
Aplikasi Pear sekolah kepada penting dan
Deck murid-murid. merujuk buku teks.
3. Guru mengajar murid- 4. Murid-murid
(Lampiran B) murid. menjawab kuiz.
4. Guru menanyakan 5. Murid-murid
soalan melalui kuiz menyerahkan
secara langsung semula tablet
kepada murid-murid. kepada guru.
5. Guru membantu
murid-murid.
6. Guru mengumpulkan
semula tablet.

15
1. Guru menyediakan 1. Setiap ketua Untuk membantu
AKTIVITI 2: lima buah kotak di kumpulan bergerak murid-murid
BISIK MEMBISIK setiap penjuru. ke setiap penjuru. memahami dan
SUARA 2. Guru meminta ketua 2. Murid-murid menguasai
SEJARAH kumpulan berdiri di bergerak kandungan
(20 minit) hadapan kotak membentuk satu gagasan Malayan
tersebut. barisan menghadap Union
3. Guru berdiri di tengah ketua kumpulan menggunakan
BBM: kelas dengan masing-masing. kemahiran kognitif
Kotak, papan memberikan arahan 3. Murid-murid dan psikomotor.
putih, pen “Ahli kumpulan sila mendengar
penanda, buat satu barisan panduan yang
komputer riba menghadap ketua diberikan oleh guru.
dan Aplikasi kumpulan anda”. 4. Murid-murid mula
Youtube. 4. Guru memberikan menjalankan
panduan bermain iaitu permainan.
(Lampiran C) mengarahkan mereka 5. Murid terakhir
untuk menyampaikan dalam setiap
maklumat melalui barisan akan
berbisik sahaja. menulis maklumat
5. Guru meminta murid di papan putih.
terakhir menulis 6. Murid-murid
maklumat di papan bekerjasama antara
putih. satu sama lain.
6. Guru memainkan
muzik menggunakan
Aplikasi Youtube.
7. Guru berjalan dan
membuat penilaian
semasa permainan
berlangsung.
8. Guru akan meminta
murid-murid untuk

16
bekerjasama dalam
ahli kumpulan.

AKTIVITI 3: 1. Guru memberikan 1. Murid-murid Tujuan aktiviti ini


UJI SEJARAH tablet semula kepada menerima tablet ialah untuk menguji
ANDA murid-murid. dan bersiap sedia. tahap pencapaian
(15 minit) 2. Guru membuka laman 2. Semasa roda murid-murid sama
permainan diputarkan, murid- ada memahami
Bamboozle Games murid perlu standard
BBM: dan Wheel Spinner menyebut nama pembelajaran yang
Tablet, buku 3. Guru mengisi nama kumpulan masing- disampaikan atau
teks, Bamboozle setiap kumpulan masing. belum menguasai
Games dan dalam putaran Wheel 3. Murid-murid sepenuhnya.
Wheel Spinner Spinner. berbincang di
4. Guru melakukan dalam kumpulan
(Lampiran D) putaran. dan menjawab
5. Guru meminta ahli soalan yang
kumpulan menjawab disediakan.
soalan secara 4. Murid-murid
bersama-sama. merujuk buku teks
6. Selesai menjawab dan menanyakan
soalan, guru soalan kepada guru
menanyakan murid- tentang perkara
murid tentang soalan yang mereka tidak
yang mereka tidak faham.
faham. 5. Murid-murid
7. Guru melakukan membuat
pembetulan secara pembetulan
bersama-sama. bersama-sama
guru.

17
1. Selesai menjalankan 1. Murid-murid Guru menjalankan
aktiviti ketiga, guru menerima tablet. aktiviti ini untuk
AKTIVITI: meneruskan sesi 2. Murid-murid menilai kefahaman
PENILAIAN pengajaran dan membuka Aplikasi mereka terhadap
(10 minit) pembelajaran dengan Edmodo, dan proses pengajaran
aktiviti penilaian. mengetik pautan dan pembelajaran
BBM: 2. Guru salin dan tampal untuk mengakses berkaitan standard
Tablet, ProProfs pautan kuiz kepada kuiz yang pembelajaran yang
Quiz Maker dan murid-murid dalam disediakan. ditetapkan.
Edmodo Aplikasi Edmodo. 3. Murid-murid Tambahan pula,
3. Guru menyediakan menjawab kuiz aktiviti ini juga
tujuh soalan pilihan dengan membantu guru
jawapan dan tiga bersungguh- untuk menilai
soalan subjektif sungguh. murid-murid sama
menggunakan 4. Selepas selesai ada ingin
ProProfs Quiz menjalani aktiviti memberikan
Maker. penilaian, murid- tugasan
4. Guru memberikan murid menyerahkan pengukuhan atau
masa selama 10 minit semula tablet. tugasan pemulihan
untuk menjawab kuiz berdasarkan
tersebut. pencapaian
5. Guru mengumpulkan mereka.
semula tablet.

RUMUSAN 1. Guru menyediakan 1. Murid-murid Guru menjalankan


(10 minit) satu kotak dan kertas bergerak ke aktiviti ini untuk
di hadapan kelas. hadapan kelas. membuat imbasan
BBM: 2. Guru 2. Murid-murid semula terhadap
Kotak dan kertas menamakannya menulis refleksi. proses pengajaran
sebagai AKTIVITI 3. Selesai menulis, dan pembelajaran
SAMPUL SURAT murid-murid yang berlangsung
sebagai penutup meletakkan surat di pada hari ini.

18
untuk proses dalam kotak yang Tugasan
pengajaran dan disediakan. disediakan kepada
pembelajaran. 4. Murid-murid murid-murid untuk
3. Guru meminta mendengar mengukuhkan
murid-murid menulis rumusan daripada kefahaman mereka
refleksi berdasarkan guru. terhadap
pengajaran pada hari 5. Murid-murid kandungan
ini. menerima tugasan pembelajaran yang
4. Guru membuat kerja sekolah diajar pada hari ini.
rumusan keseluruhan. berdasarkan
5. Guru memberikan kumpulan yang
dua set tugasan kerja ditetapkan. Sebagai
sekolah kepada dua contoh, kumpulan A
kumpulan murid. merupakan murid-
murid yang
mencapai dua atau
ketiga-tiga objektif
pembelajaran
manakala
kumpulan B pula
terdiri daripada
murid-murid yang
hanya mencapai
satu objektif
pembelajaran
sahaja.

Murid akan dinilai melalui:


PENILAIAN ✓ Tugasan kuiz
Tugasan ini akan dilaksanakan secara dalam talian menggunakan
ProProfs Quiz Maker yang terdiri daripada tujuh soalan pilihan jawapan
dan tiga soalan subjektif.

19
Murid-murid akan diberikan:
• Dua set tugasan kerja sekolah:
▪ Kumpulan A akan menerima tugasan pengukuhan (kumpulan
yang mencapai dua atau ketiga-tiga objektif pembelajaran).
TUGASAN Disediakan sebanyak dua soalan esei yang dibina berdasarkan tiga
peringkat atas dalam aras piramid Bloom’s Taxonomy.
▪ Kumpulan B akan menerima tugasan pemulihan (kumpulan
yang hanya mencapai satu objektif pembelajaran).
Disediakan sebanyak sepuluh soalan objektif dan satu soalan
subjektif yang dibina berdasarkan tiga peringkat bawah dalam aras
piramid Bloom’s Taxonomy.

Sepanjang 1 jam 20 minit pada 9 Januari 2022, guru berhasil menjalankan proses
REFLEKSI pengajaran dan pembelajaran seperti yang dirancang di dalam Rancangan
Pengajaran Harian. Berdasarkan objektif pembelajaran yang ditetapkan,
terdapat:
❖ __ daripada __ dapat memerihalkan tugas-tugas Pentadbiran Tentera
British di negara kita.
❖ __ daripada __ dapat menjelaskan sekurang-kurangnya tiga ciri Malayan
Union.
❖ __ daripada __ dapat menghuraikan reaksi Raja- raja Melayu dan orang
Melayu terhadap gagasan Malayan Union.

CATATAN Proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dengan teratur.

20
3.0. Lampiran

3.1. Lampiran A/ Appendix A

Langkah-langkah menjalankan set induksi iaitu Aktiviti Itu Kotak Apa?

Pautan video bagi set induksi: https://youtu.be/rvov1tRp4iI

Guru membawa sebuah kotak ke dalam


kelas.

Guru menanyakan murid tentang isi di


dalam kotak. Sebagai contoh:
“Murid-murid, anda rasa apakah yang
ada di dalam kotak ini”.

Guru menunjukkan murid-murid tentang


isi di dalam kotak.

Guru membahagikan murid-murid


kepada lima kumpulan.

21
Guru meminta mereka memilih ketua
kumpulan dan memanggil ketua
kumpulan ke hadapan untuk mencabut
undi.

Ketua kumpulan mencabut undi tajuk


sajak.

Guru meminta setiap kumpulan


mencipta sajak berdasarkan tajuk yang
diperoleh.

Murid-murid mencipta sajak.

22
Murid-murid mendeklamasikan sajak
selama 1 minit 30 saat di hadapan kelas.

Guru menanyakan murid berkaitan


pandangan dan topik yang akan
dipelajari berdasarkan aktiviti tersebut.
Aktiviti ini berdurasi selama 10 minit.

23
3.2. Lampiran B/ Appendix B

Contoh slaid dan kuiz bagi aktiviti pertama iaitu Permainan Mengubah Diri. Aktiviti
ini berdurasi selama 15 minit.

Pautan slaid bagi aktiviti pertama: https://app.peardeck.com/student/tekrlhdxq.

24
➢ Soalan kuiz yang akan ditanyakan oleh guru kepada murid-murid
secara langsung:

SLAID GURU PAPARAN MURID

25
➢ Guru juga boleh lihat jawapan murid-murid:

26
3.3. Lampiran C/ Appendix C

Langkah-langkah menjalankan aktiviti kedua iaitu Permainan Bisik Membisik


Suara Sejarah (pembelajaran berasaskan permainan). Aktiviti ini berdurasi
selama 20 minit.

Pautan video bagi aktiviti kedua: https://youtu.be/WdJcqqBCuCQ

Guru menyediakan lima buah kotak di


setiap penjuru.

Kemudian, guru meminta ketua


kumpulan berdiri di hadapan kotak
tersebut.

Guru berdiri di tengah kelas dengan


memberikan arahan “Ahli kumpulan sila
buat satu barisan menghadap ketua
kumpulan anda”. Guru juga memberikan
panduan kepada murid-murid untuk
bermain permainan ini.

Ketua kumpulan akan membaca ciri-ciri


Gagasan Malayan Union.

27
Ketua kumpulan menyampaikan ciri-ciri
Malayan Union kepada ahli kumpulan.

Ahli kumpulan menyampaikan ciri-ciri


Malayan Union kepada ahli kumpulan
yang lain.

Ahli kumpulan menyampaikan ciri-ciri


Malayan Union kepada murid yang
berada di barisan akhir pada setiap
kumpulan.

Kemudian,murid tersebut akan menulis


ciri-ciri Malayan Union pada papan putih.
Guru akan memantau dan menilai murid-
murid.

28
Guru berjalan sambil membuat penilaian
semasa permainan berlangsung. Guru
juga meminta murid untuk bekerjasama
dalam ahli kumpulan.

Murid-murid berjaya melaksanakan


aktiviti ini sehingga ke penghujungnya.
Aktiviti ini berdurasi selama 20 minit.

29
3.4. Lampiran D/ Appendix D

Contoh-contoh soalan bagi aktiviti ketiga iaitu Permainan Uji Sejarah Anda. Aktiviti
ini berdurasi selama 15 minit.

Pautan slaid bagi aktiviti ketiga:


https://www.baamboozle.com/game/845974#.Ye0VOs3q_vQ.gmail

30
31
3.5. Lampiran E/ Appendix E

Contoh soalan kuiz bagi aktiviti penilaian.

Pautan: https://www.proprofs.com/quizschool/ugc/story.php?title=penilaian-
sejarah-tingkatan-4

32
33
34
3.6. Lampiran F/ Appendix F

Langkah-langkah menjalankan aktiviti rumusan iaitu Aktiviti Sampul Surat.

Pautan video bagi rumusan: https://youtu.be/S97_SLgklmU

Guru menyediakan satu kotak dan


kertas di hadapan kelas. Guru meminta
murid-murid menulis refleksi
berdasarkan pengajaran pada hari ini.

Murid-murid bergerak ke hadapan


kelas untuk menulis refleksi. Selesai
menulis, murid-murid meletakkan surat
di dalam kotak yang disediakan.

Apabila murid sudah selesai


menjalankan aktiviti tersebut, murid
akan kembali duduk di tempat masing-
masing.

Kemudian, guru membuat rumusan


keseluruhan dan memberikan dua set
tugasan kerja sekolah kepada dua
kumpulan murid iaitu kumpulan A
merupakan murid-murid yang
mencapai dua atau ketiga-tiga objektif
pembelajaran manakala kumpulan B
pula terdiri daripada murid-murid yang
hanya mencapai satu objektif
pembelajaran sahaja.

35
TUGASAN
KERJA
SEKOLAH

36
TUGASAN PENGUKUHAN

Nama: ....…………………………………………

Kelas: …………………………………………….

Kumpulan: ……………………………………….

1.

Pada pandangan anda, mengapakah penduduk tempatan bersungguh-sungguh


menentang Malayan Union? Berikan hujah yang lengkap dengan menjustifikasi
huraian dan contoh yang tepat. [Aras keenam- Penilaian]

(8 markah)

2.
Penentangan masyarakat tempatan melalui akhbar, persatuan
Melayu, kongres dan perhimpunan besar- besaran merupakan
reaksi penentangan masyarakat tempatan terhadap Malayan
Union.

Sejauh manakah perpaduan rakyat dapat membawa kesejahteraan kepada negara?


Berikan jawapan anda beserta huraian dan contoh yang relevan.
[Aras keempat- menganalisis] (8 markah)

37
TUGASAN PEMULIHAN

Nama: ....…………………………………………

Kelas: …………………………………………….

Kumpulan: ……………………………………….

BAHAGIAN A

1. Petikan berikut berkaitan dengan pentadbiran British di Tanah Melayu.

X merupakan sistem pentadbiran yang


diperkenalkan pada 12 September 1945
oleh British selepas pendudukan Jepun
di Tanah Melayu.

Kenalpasti sistem pentadbiran X tersebut?


A. British Malay Administration
B. British Military Administration
C. British Politics Administration
D. British Malayan Administration
2. Bagaimanakah British Military Administration (BMA) mengembalikan kestabilan
dan keamanan di Tanah Melayu?
A. Mengembalikan kuasa mutlak Raja- raja Melayu terhadap pentadbiran di
Tanah Melayu.
B. Membubarkan pasukan Malayan People Anti-Japanese Army (MPAJA)
C. Memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.
D. Memecat pegawai yang pernah bekerjasama dengan Jepun.
3. Apakah iktibar yang kita peroleh daripada kegagalan BMA dalam menangani
masalah yang dihadapi oleh penduduk tempatan?
I. Sentiasa bersikap waspada
II. Tidak mudah mempercayai kuasa asing
III. Mendukung sikap anti British
IV. Membina hubungan dengan Jepun

A. I dan II
B. I dan IV
C. III dan IV
D. III sahaja

38
4. Maklumat berikut berkaitan dengan perkara yang terkandung dalam Kertas Putih
6274.
• Bentuk pentadbiran
• Sistem perundangan
• Kedudukan Raja-Raja Melayu
• Syarat kewarganegaraan

Apakah kaitan maklumat tersebut dengan Kertas Putih 6274?


A. Usaha ke arah kemerdekaan
B. Pembangunan pentadbiran orang Melayu
C. Gagasan Malayan Union
D. Peranan British Military Administration
5. Persatuan Pelajar Melayu Britain telah menghantar memorandum pada 25 April
1945 dalam rancangan Malayan Union. Apakah isi kandungan memorandum
tersebut?
A. Mengembalikan kuasa mutlak raja
B. Berasaskan prinsip jus soli
C. Melantik residen di setiap daerah
D. Memelihara hak pelajar

6.
Y

Majlis Majlis Eksekutif


Perundangan

Siapakah Y yang mengawal dua majlis tersebut?


A. Sultan
B. Kongres Melayu
C. Pesuruhjaya Tinggi British
D. Residen

39
7. Berikut merupakan peristiwa yang berlaku di Hotel Station.

Raja-raja Melayu mengadakan perjumpaan


dengan Dato’ Onn Jaafar. Orang ramai
melaungkan “Daulat Tuanku” dan “Hidup
Melayu”

Apakah peristiwa yang berlaku tersebut?


A. Pembentukan UMNO
B. Mengaktifkan semula persatuan Melayu
C. Memulau upacara pelantikan Gabenor Malayan Union
D. Membantah tindakan Harold MacMichael
8. Pada 19 Januari 1946, ribuan orang Melayu telah berarak di Alor Setar untuk
menentang Malayan Union berkaitan bantahan terhadap kedatangan
MacMichael. Oleh itu, apakah persatuan yang menganjurkan perarakan orang
Melayu Kedah tersebut?
A. Persatuan Anak Kedah
B. Persatuan Orang Kedah
C. Kesatuan Orang Kedah
D. Kesatuan Melayu Kedah
9. Golongan wanita juga turut serta menggembleng tenaga bersama-sama kaum
lelaki bagi mendapat kembali hak-hak mereka. Antara berikut, yang manakah
tokoh wanita yang turut serta dalam menentang Malayan Union.
I. Halimahton Abd Majid
II. Cikgu Zaharah Abdullah
III. Shamsiah Fakeh
IV. Aishah Ghani

A. I dan II
B. III sahaja
C. II dan IV
D. I dan III
10. Mengapakah Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin
enggan menerima Malayan Union?
A. Bertentangan dengan Undang-undang Tubuh Negeri Terengganu
B. Menghapuskan kuasa mutlak raja-raja Melayu dalam pentadbiran
C. Mengancam keistimewaan kedudukan orang Melayu.
D. Berlawanan dengan Undang-undang Adat Negeri

40
BAHAGIAN B
1. Pada 12 September 1945, British Military Administration (BMA) telah ditubuhkan
oleh British untuk mengembalikan semula keamanan dan kepercayaan rakyat
tempatan selepas pendudukan Jepun di Tanah Melayu.

a) Sejauh manakah usaha yang dilakukan oleh BMA dalam mencapai matlamatnya?

________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________

(3 markah)

41
SKEMA DAN
RUBRIK
PEMARKAHAN

42
SKEMA JAWAPAN TUGASAN PENGUKUHAN:
SOALAN 1

F1 Kelonggaran syarat kewarganegaraan 1

H1 Hal ini demikian kerana British telah 1


memperkenalkan kewarganegaraan Malayan
Union berasaskan prinsip jus soli.

H2 Kesannya, penduduk tempatan menentang


gagasan Malayan Union demi mempertahankan 1
hak mereka sebagai penduduk Tanah Melayu.

C1 Sebagai contoh, seluruh rakyat yang dilahirkan di


Tanah Melayu dan Singapura akan diiktiraf
sebagai warga Malayan Union.
1
Sebagai contoh, mereka yang berumur 18 tahun
C2 dan ke atas serta bermastautin selama 10 tahun
hingga 15 tahun akan diberikan kewarganegaraan
manakala mereka yang berumur kurang daripada
18 tahun yang ibu bapanya merupakan
warganegara turut diberikan kewarganegaraan.

F2 Raja-raja Melayu kehilangan kuasa sebagai 1


pemerintah di Tanah Melayu.

H1 Hal ini demikian kerana raja-raja Melayu telah 1


kehilangan kedaulatan dan kuasa politik yang
selama ini menjadi hak Raja-raja Melayu.

H2 British telah mengehadkan kuasa raja hanya 1


kepada perihal keagamaan dan sosial sahaja.

C1 Sebagai contoh majlis raja-raja Melayu hanya


membincangkan soal agama Islam dan adat
istiadat Melayu sahaja namun selebihnya dikawal
sepenuhnya oleh British. 1

C/K Kesannya, masyarakat tempatan bangun


2 menentang gagasan Malayan Union bersama-
sama Raja-raja Melayu demi mengembalikan
tradisi pemerintahan sedia ada.

43
F3 Satu bentuk penjajahan mutlak terhadap Malayan
Union. 1

F4 Cara British mendapatkan tanda tangan Raja-raja


Melayu. 1

F5 Ketua pentadbir diketuai oleh Gabenor British.


1

F6 Mengubah status Tanah Melayu daripada negeri


naungan kepada negeri Tanah Jajahan. 1

F7 Sultan diugut dengan menyatakan tidak diiktiraf


sebagai sultan 1

(Maksimum 8 markah termasuk huraian dan contoh yang relevan)

SOALAN 2

F1 Dapat memelihara keamanan negara 1

H1 Umumnya, masyarakat akan sentiasa


menghormati antara satu sama lain 1
sehingga dapat mengelakkan sebarang
pergaduhan daripada berlaku.

H2 Kesannya, peristiwa 13 Mei 1969 tidak akan 1


berulang semula dalam kalangan penduduk
tempatan.

C1 Sebagai contoh, masyarakat akan hidup


dalam perkongsian budaya, adat dan etika
yang sama antara satu sama lain. 1

C2 Sebagai contoh, masyarakat akan bersatu


untuk menentang pihak yang mengancam
kedaulatan dan keharmonian negara
seperti tindakan British terhadap penduduk
tempatan.

F2 Negara akan dikunjungi oleh pelabur asing


dari luar negara. 1

H1 Hal ini demikian kerana pelabur tertarik


dengan keamanan yang ditonjolkan oleh 1

44
negara sebagai satu negara yang harmoni
tanpa pergaduhan.

H2 Mereka juga yakin bahawa perhubungan


yang dibina ini akan mampu berkembang
dengan maju oleh sebab nilai-nilai yang 1
diperoleh dalam kalangan penduduk
Malaysia.

C1 Sebagai contoh, setiap pelabur semestinya


akan menjalankan soal selidik dengan teliti
berkaitan negara yang ingin mereka
wujudkan perhubungan agar kelak mereka
tidak akan mengalami kerugian.

Kesannya, perpaduan yang dipamerkan 1


C/K masyarakat tempatan dapat mewujudkan
2 satu persepsi yang baik daripada mereka
terhadap negara kita.

F3 Mengekalkan kedaulatan negara 1

F4 Memajukan ekonomi negara 1

F5 Mempertahankan keselamatan negara 1

F6 Dapat memperkuat benteng pertahanan


negara 1

F7 Dapat membawa nama negara ke peringkat 1


antarabangsa.

(Maksimum 8 markah termasuk huraian dan contoh yang relevan)

45
SKEMA JAWAPAN TUGASAN PEMULIHAN:
BAHAGIAN A

1 B

2 B

3 A

4 C

5 B

6 C

7 C

8 D

9 A

10 A

BAHAGIAN B
1. (a)
British Military Administration tidak berjaya
F melakukan perubahan di Tanah Melayu secara
sepenuhnya. Namun, terdapat beberapa 1
perubahan yang telah diusahakan oleh mereka.

F1 Berjaya membubarkan pasukan Malayan People 1


Anti-Japanese Army (MPAJA).

Mengarahkan semua senjata yang diberikan


F2 kepada MPAJA semasa pendudukan Jepun
dikembalikan. 1

Berusaha untuk memulihkan kerosakan


F3 infrastruktur yang rosak akibat bencana
peperangan. 1

(maksimum hanya 3 markah)

46
RUBRIK PEMARKAHAN TUGASAN PENGUKUHAN
Tarikh: 10/01/2022 Mata Pelajaran: Sejarah
Pelajar: ___________________________________

CEMERLANG BAIK SEDERHANA LEMAH SKOR


(8-7) (6-5) (4-3) (2-1)

Mempunyai Mempunyai Mempunyai isi Mempunyai


ISI isi yang isi yang baik, yang isi yang tidak
sangat baik, menunjukkan memuaskan, tepat,
menunjukkan pengetahuan menunjukkan menunjukkan
pengetahuan yang pengetahuan pengetahuan
yang sangat menyeluruh yang yang terhad
luas, dan terkini. memuaskan dan tidak
menyeluruh dan kurang relevan.
dan terkini. jelas.

Perbincangan Perbincangan Perbincangan Perbincangan


HURAIAN yang amat yang jelas, yang kurang terhad,
jelas, kritikal kritikal dan jelas, cuba kurang kritis
dan mempunyai membincangkan dan tiada
mempunyai keupayaan penyelidikan penyelidikan.
keupayaan menganalisis. tetapi kurang
menganalisis. sesuai.

CONTOH Hujah Hujah Hujah disokong Hujah tidak


disokong disokong dengan bukti disokong
dengan bukti dengan bukti yang tidak jelas dengan bukti
yang kukuh, yang sesuai dan tidak dan tiada
tepat dan dan relevan. sesuai. perbincangan.
relevan.

EJAAN Tiada Satu hingga Tiga kesalahan Lebih


DAN kesalahan dua dari segi ejaan daripada tiga
BAHASA dari segi kesalahan dan bahasa kesalahan
ejaan dan dari segi dari segi
bahasa ejaan dan ejaan dan
bahasa bahasa.

TEKNIKAL Organisasi Organisasi Organisasi Organisasi


maklumat maklumat maklumat yang maklumat
yang yang baik memuaskan yang lemah
cemerlang

47

You might also like