Surat Jemputan IPD CHERAS

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Ruj Kami :

Tarikh :
Ketua Polis Daerah Cheras
Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras,
Lot 36 Jalan Cheras
56100 Kuala Lumpur.
Tuan,
JEMPUTAN MEMBERI CERAMAH PROGRAM SENTUHAN SELAMAT DAN
SENTUHAN TIDAK SELAMAT 2.0 SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT JALIL.
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Bimbingan dan Kaunseling SKBJ dengan kerjasama Unit
Disiplin akan mengadakan Program Sentuhan Selamat dan Sentuhan Tidak Selamat 2.0 seperti butiran
berikut:
Tarikh : 12 Disember 2023 (Selasa)
Masa : 7.50-9.00 pagi (sesi pagi)
1.00-2.30 petang (sesi petang)
Tempat : Dataran Perhimpunan SKBJ
3. Sehubungan itu, pihak kami ingin menjemput tuan memberi ceramah tersebut agar murid
mendapat pengetahuan berkenaan gangguan seksual.
4. Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan berhubung perkara di atas, tuan boleh berhubung
terus dengan Cik Siti Hajar binti Jelani di talian 017-9710559. Kerjasama dan sumbangan daripada
tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian. Terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,

……………………………….
(AINON BINTI MOHAMED ASARI)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Bukit Jalil

You might also like