Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

KISAH LEFTENAN ADNAN

Demi negara yang tercinta,

Dicurahkan bakti penuh setia,

Demi raja yang disanjung tinggi,

Kesetiaan tak berbelah bahagi.

Hai kawan-kawan. Saya Logisha A/p Suresh. Dengarkan sebuah cerita yang bertajuk Kisah
Leftanan Adnan Sang Perwira Negara.

Tanggal 13 Februari 1942, Permatang Pasir Panjang telah menjadi saksi kisah
pertempuran hebat berlaku antara tentera Jepun dan Rejimen Askar Melayu yang ingin
menguasai Tanah Melayu. Kedatangan Jepun ke Tanah melayu amat meresahkan rakyat.
Tentera Jepun suka menindas rakyat jelata. Tentera Jepun bertindak sewenang-wenangnya.
Rakyat Negara ini hidup sengsara.Semangat untuk menentang Jepun mula menjiwai setiap
rakyat.

Pada ketika itu, Rejimen Askar Melayu yang baru ditubuhkan diketuai oleh seorang
prajurit muda yang berani dan berjiwa pahlawan. Beliau ialah Leftanan Adnan. Sebagai seorang
pejuang yang berani,

Sejak beberapa hari yang lalu, tentera Jepun terus melancarkan serangan bertubi-tubi.
Pada Ketika itu, ramai askar Melayu yang telah terkorban. Letupan bom dan hujan peluru terus
membadai dan membasahi Bukit Chandu. Leftenan Adnan tidak menyerah kalah walaupun
mendapat serangan daripada tentera Jepun. Beliau terus membedil tentera Jepun walaupun
pelurunya semakin berkurangan. Beberapa orang askar Jepun mati hasil daripada tembakan
beliau.

Dek kerana tentangan sengit daripada Leftanan Adnan dan anggotanya, tentera Jepun
terpaksa berundur. Mereka sungguh hairan dan terkejut kerana masih gagal mengalahkan
Rejimen Askar Melayu. Tentera Jepun berasa sangat marah dan tercabar. Tentera Jepun tidak
berputus asa. Mereka telah cuba memperdayakan Leftenan Adnan dengan tipu muslihat.

Tentera Jepun telah menghantar tenteranya untuk menyamar menggunakan pakaian


Uniform tentera Punjabi. Namun, Leftenan Adnan menyedari muslihat tersebut. Beliau
membenarkan tentera Jepun tersebut menghampiri kubu pertahanan mereka. Lantas, mereka
menembak bertubi-tubi ke arah tentera Jepun tersebut.

Dek kerana kekalahan tersebut, tentera Jepun kemarahan tentera Jepun semakin
meluap-luap. 2 jam kemudian, tentera Jepun mula melancarkan serangan yang dasyat. Leftanan
Adnan dan anggotanya sedikit pun tidak gentar.Mereka terus melawan habis-habisan walaupun
kekurangan senjata dan peluru.

‘Wahai semua askar melayu, biar medan pertempuran ini menjadi sungai darah. Walau
nyawa menjadi taruhan. Demi negara mari kita berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir.
Alang-alang mandi biar basah, alang-alang berjuang biarlah sampai ke titisan darah yang terakhir
” Kata Leftanan Adnan dengan berani sekali.

Jasad dan nyawa jadi taruhan

Demi negara sanggup berkorban,

Musuh yang datang tetap dilawan,

Itulah ikrar semangat pahlawan.

Akhirnya , Leftenan Adnan pasrah. Beliau sudah tidak berdaya lagi. Darahnya membasahi
bumi. Tentera Jepun yang begitu marah menangkap Leftenan Adnan dan mengikatnya pada
sebatang pokok. Beliau ditembak bertubi-tubi. Lehernya dikelar, isi perutnya terburai, jasadnya
bermandi darah. Keadaan dirinya amat menyayat hati.

Begitulah kisah menyayat hati tentang seorang pejuang yang sanggup menggadai nyawa
demi membebaskan Negara daripada cengkaman musuh. Gugurnya pahlawan yang mempunyai
jati diri ini sukar dicari ganti.

Ya kawan-kawan, sebagai rakyat Malaysia, kita harus bersyukur dan berterima kasih
kepada pejuang dan pemimpin yang bekorban nyawa. Keamanan dan keharmonian yang kita
kecapi kini haruslah kita pertahankan demi kesejahteraan negara. Kita patut mempunyai
semangat patriotik.Jasa Leftenan Adnan akan terus diabadikan dalam sejarah.

You might also like