Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

SEKOLAH KEBANGSAAN (LKTP) BUKIT KUANTAN

26140 KUANTAN

PAHANG DARUL MAKMUR

KAJIAN TINDAKAN DALAM PENGAJARAN

‘MY REAL REWARDS’ PEMANGKIN PENGLIBATAN AKTIF

DISEDIAKAN OLEH

PANITIA BAHASA INGGERIS


NORHAYATI BINTI TUMIJAN

KETUA PANITIA BAHASA INGGERIS

1.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

Saya mengajar di sekolah SK (LKTP) Bukit Kuantan, 26230 Kuantan, Pahang. Murid-murid di dalam kelas saya adalah daripada kelas 5 UKM iaitu berjumlah 31 orang responden dalam kajian ini.

Subjek Bahasa Inggeris merupakan satu subjek yang memang sukar dikuasai oleh sesetengah murid kerana ianya merupakan bahasa

kedua kepada mereka. Pemerhatian dan ujian telah dijalankan kepada kelas tersebut, melalui pelbagai aktiviti seperti Pengajaran dan Pembelajaran secara bersemuka yang berakhir pada akhir bulan

Mac dan juga secara dalam talian apabila berlakunya Pengawalan Pergerakan kerana Pandemik COVID-19 iaitu bermula pada akhir bulan Mac. Kajian ini telah dilaksanakan sehingga pertengahan

bulan Ogos, 2022. Hasil kajian mendapati responden masih gagal mencapai objektif pembelajaran kerana tidak memahami isi pelajaran yang disampaikan. Setelah dikenalpasti ini berpunca daripada

kegagalan focus murid sewaktu PdPR yang dilaksanakan oleh guru. Hal ini menyebabkan kajian penggunaan ‘My Real Rewards’ iaitu token kepada murid sebagai pemangkin untuk menguji

keberkesanan penglibatan aktif di kalangan murid-murid sewaktu PdPR. Berdasarkan pengalaman saya sepanjang menjawat jawatan sebagai guru di sekolah ini, saya mendapati bahawa tahap

penglibatan murid-murid sewaktu pdpc adalah sangat rendah di dalam kelas. Hal ini juga begitu ketara apabila murid-murid terlibat dengan PdPR. Saya menggunakan kaedah pengenalpastian

masalah iaitu kaedah “5 Why” oleh Sakichi Toyoda pengasas Toyota Motor Production. Kaedah ini bermula dengan why yang pertama sehingga pengkaji menemukan masalah utama yang

diperkenalkan melalui tajuk kajian. Terdapat banyak karenah-karenah (tingkah laku bermasalah) murid yang perlu saya uruskan setiap hari, seperti murid tidak mahu mengambil bahagian secara

aktif, tidak respon terhadap pertanyaan guru, tidak mendengar arahan dan tidak menghantar tugasan mengikut jadual. Keadaan ini menyebabkan PdPR kelas yang terlibat tidak berjalan dengan

lancar dan turut menjejaskan pengurusan masa. Di akhir pengajaran saya dapati banyak kriteria dalam rancangan pengajaran saya turut terjejas dan gagal dicapai. Melihat kepada situasi tersebut,

saya memikirkan tentang ‘My Real Rewards’ yang mungkin dapat meningkatkan penglibatan aktif murid dan mengurangkan segala permasalahan yang sering berlaku di dalam kelas PdPc saya.

Persoalan kajian saya adalah:

i. Apakah yang harus saya lakukan untuk mengatasi masalah kurangnya penglibatan murid-murid di dalam kelas PdPc subjek Bahasa Inggeris?

ii. Bagaimana ‘My Real Rewards’ memainkan peranan untuk membantu menyelesaikan persoalan ini?

Kegagalan murid-murid memahami isi pembelajaran yang disampaikan dikesan berdasarkan sikap sambil lewa sewaktu PdPc kerana kerana:

i) kurang fokus semasa PdPc dilaksanakan.

ii) murid juga tidak memahami istilah yang digunakan.

iii) gangguan rakan-rakan semasa PdPc berjalan.

iv) keletihan atau mental drain kerana murid-murid terlalu lama menjalani PdPR dalam talian yang membosankan.

Sebaliknya, saya cuba cermin diri dan menyenaraikan masalah yang mungkin berpunca dari kelemahan saya sendiri seperti:

i) Selama ini saya mengajar sekadar syok sendiri tanpa mempedulikan tahap kefahaman murid selepas PdPR dan PdPc dilaksanakan.

ii) Saya juga beranggapan mereka telah faham apabila tiada yang bertanya selepas PdPR dan PdPc dilaksanakan
iii) Murid pula mungkin takut untuk bertanya kerana personaliti saya yang agak tegas dan tiada ciri kecindan bila menjalankan PdPR dan PdPc

iv) Saya hanya bermatlamat untuk menghabiskan sukatan tanpa mengira sejauh manakah kefahaman mereka sebelum topik tersebut.

v) Kurang galakan penglibatan aktif dari saya seperti ‘My Real Rewards’ untuk menarik perhatian dan minat mereka terhadap PdPR dan PdPc Bahasa Inggeris.

Saya sangka dengan bersikap sedemikian murid akan tekun belajar tetapi sangkaan saya meleset. Kerja-kerja latihan murid semakin kurang sambutan dan prestasi mereka juga semakin menurun.

Berdasarkan dari masalah itu, saya sedar bahawa masalah ini tidak boleh dibiar berlarutan dan dipandang sepi tanpa ada tindakan daripada saya. Saya mengambil keputusan untuk melaksanakan

kaedah ‘Reward System’ di dalam kelas PdPc untuk matapelajaran Bahasa Inggeris kelas saya sebagai pemangkin kepada penglibatan

aktif murid-murid. Saya akan cuba membantu murid-murid saya untuk mengatasi masalah di atas dengan cara mengubah kebiasaan saya. Oleh yang demikian, saya melaksanakan ‘My Real Rewards’

iaitu memberi token berbentuk ‘sticker’ bagi setiap tindakan positif murid yang patut diberi penghargaan sebagai contoh murid dapat memberikan jawapan semua betul, murid dapat menyiapkan

tugasan yang diberi dalam tempoh masa yang diberi, murid membuat persembahan atau apa saja tindakan positif yang patut diberikan penghargaan. Kaedah ini juga bertujuan untuk menarik minat

mereka terhadap pembelajaran Bahasa Inggeris dengan lebih efektif kerana melalui ‘My Real Rewards’ mereka mempunyai matlamat untuk dicapai dan semangat bersaing antara satu sama lain.

‘Sticker’ yang murid perolehi akan dijumlahkan dan 5 murid dengan jumlah tertinggi akan diberikan hadiah dan sijil. Kaedah saya ini turut dinayatakan oleh pengkaji Uno (2010), iaitu ‘Sistem Reward’

atau Sistem Ganjaran ini merupakan Teori Pengukuhan Positif yang sangat penting dalam pengajaran dan pembelajaran.

2.0 Isu Keprihatinan / Fokus Kajian

Berdasarkan refleksi di atas didapati murid-murid tidak memberi respon yang aktif sewaktu PdPR kerana :

a. Murid tidak cuba memahami isi pembelajaran yang disampaikan oleh guru.

b. Murid tidak memahami makna istilah bahasa Inggeris yang digunakan kerana beranggapan ianya adalah bahasa kedua yang tidak perlu dikuasai dan tidak penting.

c. Murid tidak berani menyuarakan pendapat atau menjawab jawapan dalam Bahasa Inggeris kerana tidak yakin dan takut menggunakan ayat atau perkataan yang salah.

d. Murid tidak mempunyai motivasi dalam diri untuk berani menjawab soalan-soalan yang dikemukakan berkaitan dengan aapa yang dipelajari.

e. Murid sudah keletihan kerana berterusan menghadiri pembelajaran dalam talian sehingga menyebabkan mereka hilang focus dan mengambil sikap sambil lewa.

Masalah ini berlaku di kalangan murid-murid kerana sikap mereka yang kurang yakin, kurang motivasi dan kurang selesa sewaktu mempelajari Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.

Kesan masalah ini jika tidak ditangani segera, murid-murid akan terus mengamalkan sikap tidak mahu belajar, menjauhkan diri dari belajar bahasa kedua iaitu Bahasa Inggeris atas dasar sukar

memahaminya dan mungkin dapat menghilangkan dorongan positif yang pernah ada dalam diri mereka apabila mereka melakukan suatu perkara baru. Murid juga akan melepaskan peluang dalam

menilai kebolehan dirinya terhadap sesuatu bidang atau kemahiran yang perlu dikuasainya. Jika langkah-langkah yang betul dapat dilakukan dan keberkesanan tindakan yang diambil serta

dilaksanakan oleh guru-guru subjek dapat dikenalpasti, maka hasil dapatan kajian ini akan dapat membantu semua tenaga pengajar untuk mempraktikkan kaedah yang sama demi untuk satu tujuan

iaitu untuk kebaikan murid-murid demi masa depan mereka. Jika terlalu lambat pengenalpastian dilakukan, murid juga tidak akan tahu akan peluang dan kelebihan yang ada dalam diri mereka yang

mereka abaikan. Hal ini, bukan sahaja merugikan murid-murid, malah guru-guru juga tidak dapat menyediakan generasi yang berkebolehan sebagai pemimpin negara pada satu hari nanti. Murid yang

tidak memahami apa yang dipelajarinya akhirnya akan gagal dan tiada hala tuju dalam kehidupan mereka.
3.0 Objektif Kajian

3.1 Objektif Am:

Fokus kajian saya adalah berkaitan dengan pengaruh ‘My Real Rewards’ terhadap jumlah peningkatan penglibatan murid-murid dalam mempelajari Bahasa Inggeris Tahun 5.

Masalah tersebut sering membuatkan pengkaji menghadapi masalah dalam memastikan semua murid terlibat dalam setiap pengajaran dan pembelajaran (P&P). Hal ini membabitkan penggunaan

masa yang berpanjangan dan pengurusan lebih kepada masalah-masalah tingkah laku murid dan penglibatan mereka berbanding pencapaian

kepada hasil pengajaran dan pembelajaran (P&P) seperti yang telah direncanakan. Situasi tersebut menyebabkan pengkaji terpanggil untuk melakukan kajian tindakan dan menganalisis ‘sistem

reward’ sebagai pemangkin kepada peningkatan penglibatan murid dalam mempelajari Bahasa Inggeris di dalam kelas.

Pengkaji percaya bahawa sekiranya Reward System ini diaplikasikan secara betul dan bersesuaian dengan kelas yang dikendalikan berserta subjek yang diajar akan dapat membantu pengkaji dan

juga murid-murid memaksimumkan masa pembelajaran mereka di dalam kelas dengan sebaiknya. Selain itu, murid tersebut juga dapat mengadaptasi kemahiran-kemahiran yang mereka perlu dan

mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran (P&P). Keadaan ini juga dapat membantu pengkaji malah semua guru mata pelajaran untuk menghabiskan silibus mengikut jangka masa yang telah

ditetapkan sepertimana di dalam Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT).

3.2 Objektif Khusus:

a) Bilangan TP4 murid meningkat sekurang-kurangnya sebanyak 80% pada Pentaksiran Berasaskan Bilik Darjah (PBD) Akhir Tahun berbanding Pentaksiran Pertengahan Tahun 2021.

b) Murid dapat melibatkan diri secara aktif semasa PdPc dilaksanakan.

c) Guru dapat meningkatkan peratus murid menyiapkan tugasan seperti yang dijadualkan sebanyak 80%.

4.0 Kumpulan Sasaran:

Kumpulan sasaran pengkaji adalah 31 orang murid Tahun 5 UKM di SK (LKTP) Bukit Kuantan.

5.0 Pelaksanaan Tindakan

5.1 Tinjauan awal masalah:

Hasil dapatan dari kajian yang dijalankan adalah untuk rujukan dan memberi maklumat kepada pihak berikut:

1. Guru setiap mata pelajaran


Hasil dapatan kajian ini diharap dapat memberikan maklumat mengenai kepentingan pengukuhan kepada murid-murid dan jenis-jenis pengukuhan yang dapat diberikan dan diaplikasikan didalam

kelas sewaktu pengajaran dan pembelajaran (PdP). Selain itu, hasil kajian ini juga dapat membantu guru meningkatkan motivasi dan penglibatan murid dalam kelas.

2. Murid

Tindak balas atau respon yang diberi kepada murid diharap dapat meningkatkan tahap penglibatan murid sewaktu pengajaran dan pembelajaran (PdP) dan secara tidak langsung membantu murid

meningkatkan pencapaian akademik mereka.

3. Pengkaji masa hadapan

Diharap para pengkaji pada masa hadapan dapat memberikan maklumat yang diperlukan dan hasil daripada dapatan kajian ini, para pengkaji berkaitan akan dapat mengaplikasikan pengukuhan

positif dan jenis-jenis pengukuhan yang sesuai di dalam kelas. Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan kajian ini, tinjauan terhadap masalah telah dibuat bertujuan

untuk memahami dengan lebih mendalam masalah tersebut. Menurut Omrod (2012), terdapat lima pengukuhan positif yang dapat dilakukan adalah seperti jadual di bawah:

JADUAL 3.1: JENIS-JNEIS PENGUKUHAN POSITIF

BIL JENIS PENGUKUHAN POSITIF DESKRIPSI

1. Material Reinforcement (Pengukuhan Material) Pengukuhan material yang juga dikenalpasti sebagai tangible reinforcement. Makanan dan

jenis alat permainan sebagai contoh. Pengukuhan material ini dapat meningkatkan

keberkesanan dalam perubahan tingkah laku seseorang.

2. Social Reinforcement (Pengukuhan sosial) Pengukuhan sosial merupakan gaya tubuh badan yang menunjukkan komunikasi yang

positif seperti senyuman, pelukan, perhatian guru pada murid yang sangat berkuasa di

dalam kelas.

3. Activity Reinforcement (Pengukuhan Aktiviti) Pengukuhan aktiviti merupakan peluang yang diberikan kepada seseorang untuk

melakukan Aktivti yang digemari apabila sesuatu tugas yang diberikan Berjaya

diselesaikan. Sebagai contoh boleh keluar awal ke kantin.

4. Intrinsic Reinforcement (Pengukuhan Intrinsik) Pengukuhan Intrinsik adalah perasaan dalaman yang dapat memuaskan hati berdasarkan

tindakan menyelesaikan sesuatu permasalahan atau tugas yang sukar dan dapat memberi

tunjuk ajar kepada rakan yang lain selari dengan kefahaman yang dikehendaki guru.

5. Positive feedback (Tindak balas positif) Tindak balas positif merupakan satu pengukuhan yang sesuai dalam membawa perubahan

kepada tingkah laku murid yang dikehendaki. Guru menyediakan laluan atau panduan

kepada murid

mengenai perkara yang mereka belajar atau tahu dan memberikan cara untuk

meningkatkan pencapaian mereka ke arah lebih baik.


Tinjauan dilakukan dengan mengutip data seperti berikut:

Kajian Literatur

Mengenalpasti Masalah

Menetapkan Matlamat, Objektif dan Skop

Kajian

Menetapkan Matlamat, Objektif dan Skop

Kajian

Mereka bentuk hipotesis

Menentukan Metodologi Kajian

Pengumpulan Data

Mengumpul Data Primer: Mengumpul Data Sekunder:

Pengedaran Borang Soal Selidik


(1) Buku Rujukan

(2) Kajian Terdahulu

(3) Media Cetak dan Elektronik


Sebelum Pelaksanaan Reward System/ Pra ujian

Berdasarkan pemerhatian pengkaji selama seminggu di dalam kelas tersebut sebelum pelaksanaan ‘My Real rewards’, pengkaji telah mengenal pasti

beberapa PdPc yang tidak dapat dijalankan dengan baik dan tidak mendapat kerjasama daripada murid-murid kelas 5 UKM. Data pemerhatian ini didapati

juga daripada guru-guru matapelajaran lain yang melaksakan PdPc kelas 5 UKM. Selain itu, terdapat juga beberapa orang murid tidak membuat tugasan yang

diberikan dan tidak memainkan peranan sebagai ahli kumpulan dalam kumpulan apabila tugasan diberi oleh pengkaji. Sebagai contoh, terdapat beberapa

orang murid membuat kerja sambil lewa dan tidak menyiapkan kerja yang diberikan. Mereka juga tidak memainkan peranan sebagai ahli kumpulan apabila

sesuatu tugasan diberikan oleh pengkaji malah mengganggu kawan yang hendak menyiapkan tugasan.

Pemerhatian

Semakan dan respon penghantaran hasil kerja murid-murid yang menggunakan buku latihan murid (E1 dan E2) dapat memberikan gambaran pemahaman,

penguasaan dan minat murid kepada isi PdPc guru. Tingkah laku murid sebelum dan selepas rawatan menggunakan ‘My Real Rewards’ juga diberikan

perhatian.

Temubual dengan guru-guru subjek lain

Pengkaji telah menemubual dan berbincang dengan guru kelas serta guru mata pelajaran lain bagi kelas PdPc dijalankan. Ini adalah bertujuan untuk

memudahkan pengkaji mengenal pasti punca masalah kurangnya penglibatan dan minat murid-murid sewaktu PdPc dilaksanakan, masalah-masalah yang

dihadapi dan akhirnya menjurus kepada cara penyelesaian yang sesuai bagi mengatasi masalah ini.

Soal selidik

Murid diberi soal selidik sebelum dan selepas rawatan ‘My Real Rewards’. Perbezaan pandangan dan jawapan daripada murid dapat menjelaskan sama ada rawatan tersebut memberi kesan yang

positif ataupun tidak.

5.2 Analisis Tinjauan Masalah

KAJIAN MASIH INPROGRESS. PENGUMPULAN DATA AKHIR ADALAH PADA 8 DISEMBER 2022

Penyediaan Laporan

6.0 Jadual Pelaksanaan Kajian :

BIL AKTIVITI TARIKH PELAKSANAAN CATATAN


1 Mengenalpasti masalah dan pengumpulan data awal 04 – 08 April 2022

2 Menulis proposal kajian 13 April 2022

3 Merancang tindakan (individu/panitia) 18 April 2022

Melaksanakan tindakan – Fasa I


4 21 April 2022

5 Mengenal pasti dan membincangkan masalah (dalam panitia/individu) 28 April 2022

Melaksanakan tindakan – Fasa II


7 2 Mei -29 Julai 2022

8 Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 2 (panitia/individu) 1 Ogos 2022

9 Kutipan data jumlah sticker/ PBD akhir 8 Disember 2022

10 Refleksi kajian 9 Disember 2022

11 Menulis laporan kajian 9 Disember 2022

12 Pembentangan dapatan kajian

You might also like