Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 11

GMGA2013 Perlembagaan Malaysia UPJJ-UUM

PERANCANGAN AKADEMIK
SEMESTER JANUARI 2023/2024
JJ231

GMGA 2013

PERLEMBAGAAN MALAYSIA

PUSAT PENGAJIAN KERAJAAN


UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia UPJJ-UUM

KURSUS : PERLEMBAGAAN MALAYSIA


KOD KURSUS : GMGA 2013
JAM KREDIT : 3

SINOPSIS KURSUS

Kursus ini membincangkan berkenaan perlembagaan persekutuan dan


pelaksanaannya di Malaysia. Melalui kursus ini juga, para pelajar akan turut
didedahkan dengan pelbagai aspek berkaitan dengan pengurusan dan
pentadbiran negara. Sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan
akan disentuh dengan kepada pelgai takrifan dan pengertian yang tersendiri.

Selain daripada itu, sistem politik negara, sejarah dan perkembagaan


perlembagaan persekutuan akan turut disentuh. Demikian turut dengan peranan
dan fungsian yang dimainkan oleh Majlis Raja-Raja, Yang DiPertuan Agong
serta kedudukan agama Islam turut dibincang dalam kursus ini.

Disamping itu juga, aspek darurat, hak keistimewaan orang Melayu, darurat dan
pilihanraya akan disentuh di dalam perbincangan kursus GMGA 2013.
sehubungan dengan itu adalah menjadi harapan kepada para pelajar agar dapat
menumpukan perhatian dan perbincangan semasa kuliah secara aktif agar isu
berkaitan perlembagaan dan pengurusan negara dapat dilihat dalam skop
pengajian yang lebih luas.

OBJEKTIF KURSUS

1. Memahami perlembagaan persekutuan Malaysia

2. Menyedari tentang kepentingan perlembagaan dalam kehidupan dan


urusan seharian.

3. Mengetahui perlembagaan dengan lebih menyeluruh serta aplikasinya


dalam sistem pentadbiran dalam negara.

4. Memiliki skil dan pemahaman dalam terma dan seksyen penting dalam
perlembagaan persekutuan.

5. Mempraktikkan ilmu yang diperolehi di dalam kuliah.


GMGA2013 Perlembagaan Malaysia UPJJ-UUM

PENGENDALIAN KURSUS

Kursus ini disertakan dengan modul pembelajaran kendiri. Oleh itu modul kursus
adalah merupakan rujukan utama pelajar untuk memahami kandungan kursus
ini. Modul kursus yang menggunakan kaedah pembelajaran kendiri telah
dilengkapkan dengan soalan-soalan sebagai latihan bertujuan untuk menguji
pemahaman pelajar. Selain daripada modul kursus, pelajar-pelajar juga boleh
mendapatkan bahan-bahan untuk kursus ini dari senarai Rujukan Tambahan
bagi meningkatkan kefahaman dan menjawab soalan-soalan yang dilampirkan
dalam modul. Soalan-soalan dalam modul dan buku-buku rujukan boleh dicuba
bagi menguji kemahiran dan pemahaman pelajar bagi menganalisis bahagian-
bahagian yang berkaitan dengan kursus ini. Sebagai bantuan kepada pelajar
bagi memahami isi kandungan modul dengan lebih baik, lima sesi perjumpaan
antara tenaga pengajar dan pelajar telah disusun termasuklah sesi peperiksaaan
akhir. Pertemuan-pertemuan yang diadakan adalah bermaksud membolehkan
pelajar berjumpa, berbincang dan bersoal jawab dengan pensyarah kursus.
Sebagai persediaan untuk setiap pertemuan, pelajar dinasihatkan untuk
membaca, meneliti kandungan modul sebelum menghadiri sesi pertemuan agar
setiap persoalan dapat dijawab dan perbincangan dijalankan dengan lancar.

PENILAIAN KURSUS

Penilaian akan diadakan berdasarkan tugasan, peperiksaan pertengahan


semester dan peperiksaan akhir semester. Ketiga-tiga komponen penilaian ini
akan dijelaskan dengan lebih lanjut dalam bahagian seterusnya. Agihan markah
adalah seperti berikut:

Bil Perkara Peratusan Nota


1. Tugasan Individu 20% Tajuk tugasan akan diberikan oleh
tenaga pengajar berdasarkan tajuk
yang telah disertakan.

2. Peperiksaan
Pertengahan Semester 20% Pertemuan ke 3

3. Pembentangan Individu 10%  5% - Nota/Slide


 5% - Pembentangan
Pertemuan Ke 4
(Bergantung kepada kesesuaian
jumlah pelajar samada
pembentangan bersemuka atau
rakaman video pembentangan)

4. Kuiz 1 5% Pertemuan Ke 2
(1 soalan esei pendek)
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia UPJJ-UUM

5. Kuiz 2 5% Pertemuan Ke 4
(1 soalan esei pendek)
6. Peperiksaan Akhir 40% Minggu Peperiksaan Akhir
Jumlah 100%

TUGASAN

Satu tugasan akan diberikan kepada pelajar. Tugasan hendaklah mengikut


format yang diedarkan bersama dengan soalan tugasan. Tugasan mestilah
diserahkan kepada pensyarah pada pertemuan yang ditetapkan. Penyerahan
tugasan adalah seperti berikut:

Tugasan Pertemuan III

Namun begitu, pelajar boleh menghantar awal tugasan masing-masing sebelum


Pertemuan III. Kelewatan menyerahkan tugasan akan dikenakan penalti dalam
bentuk potongan markah.

 Pertemuan IV - pemotongan 5 markah

 Pertemuan IV - V - pemotongan 5 - 10 markah

 Minggu Peperiksaan Akhir - pemotongan 10 markah

 Selepas Final Exam - tiada markah diberikan

 PENGHANTARAN TUGASAN (SUBMISSION) PERLU DIHANTAR


SECARA HARDCOPY DAN SOFTCOPY.

 SUBMISSION SOFTCOPY HANYA MENGGUNAKAN PLATFOM


FOLDER TURNITIN SAHAJA.

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER

Peperiksaan akan diadakan pada akhir Pertemuan Ketiga yang merangkumi Bab
1 hingga Bab 5. Masa yang diberikan ialah 2 jam.

PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER

Peperiksaan akhir akan diadakan pada pertemuan kelima yang mana kaedah,
tarikh, masa dan tempat sebenar akan diberitahu kelak. Peperiksaan ini adalah
komprehensif, yakni merangkumi keseluruhan modul kursus. Masa yang
diperuntukan adalah 2 ½ jam. Peperiksaan yang akan diadakan meliputi soalan-
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia UPJJ-UUM

soalan berbentuk konsep, teori, serta kaedah, soalan-soalan pengujian


pemahaman, kebolehan menganalisis dan mengaplikasikan konsep-konsep dan
teori-teori yang dibincangkan dalam sitauasi yang semasa. Bentuk soalan akhir
adalah esei panjang. Markah dinyata di akhir setiap soalan untuk dijadikan
panduan mengenai masa yang sewajarnya diperuntukan untuk menjawab soalan
tersebut.

RUJUKAN UTAMA

Modul GMGA 2013 PERLEMBAGAAN MALAYSIA Universiti Utara Malaysia:


Unit Pendidikan Jarak Jauh.

RUJUKAN TAMBAHAN

Abdul Monir Yaacob dan Sarina Othman, 1995. Pemerintahan Islam dalam
Masyarakat Majmuk. Kuala Lumpur: IKIM.

Ahmad Atory Hussain, 1996. Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Barat: Statu
Tinjauan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ahmad Ibrahim dan Ahilemah Joned, 1994. Sistem Undang-undang di


Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ahmad Ibrahim et.al. 1994. Al Ahkam Jilid 4- Islam Dalam Perlembagaan. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hardings, A. 1996. Law, Government and The Constitution In Malaysia. Kuala


Lumpur: MLJ.

Hashim Yeop A. Sani, 1990. 3 rd ed. Bagaimana Undang-Undang Kita di Perbuat.


Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hickling, R.H. 1997. Malaysian Public Law. Kuala Lumpur: Pelanduk


Publications.

Lee, H.P., 1995. Constitutional Conflict In Contemporary Malaysia. Kuala


Lumpur: Oxford University Press.

Mohd. Aris Hj. Othman, 1983. Perkembangan Perlembagaan Malaysia.


Kuala Lumpur: Fajar Bakti.
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia UPJJ-UUM

Mohd. Salleh Abbas (Tun). 1997. Prinsip Perlembagaan dan Pemerintahan


di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Salleh Abbas (Tun). 1989. Kebebasan Kehakiman, Singa di Bawah


Takhta Dijerat. Kuala Lumpur: Penerbitan Pena.

Shaikh Mohd Noor Alaam S.M. Hussain, 1988. Federalisme di Malaysia.Kuala


Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Suffian Hashim(Tun). 1997. Mengenal Perlembagaan Malaysia. Kuala Lumpur:


Dewan Bahasa dan Pustaka.

Wade & Bradley, 1985. Constitutional and Administrative Law. Kuala


Lumpur: Longman.

Wheare,K.C. 1993.(terj.) Perlembagaan Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan


Pustaka.

Wu Min Aun, 2000. 2"d ed. The Malaysian Legal System. Kuala Lumpur:
Longman.

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN (AKTA )

TENAGA PENGAJAR / PENYELARAS

Nama Pensyarah No. Telefon E-mel

MOKHTAFIZAM BIN MOKHTAR


Pusat Pengajian Kerajaan
Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan 019-4813588 zam@uum.edu.my
Pengajian Antarabangsa
Universiti Utara Malaysia
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia UPJJ-UUM

JADUAL SESI PERTEMUAN, PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER,


DAN PEPERIKSAAN AKHIR

Pertemuan Kandungan Tempoh

 Pengenalan kursus
Pertama  Perbincangan tugasan 4 jam
 Bab 1, 2 dan 3

 Bab 4, 5 dan 6
Kedua  Kuiz 1 4 jam

 Bab 7 2 jam
Ketiga  Peperiksaan Pertengahan Semester
2 jam

 Bab 8 dan 9
Keempat  Pembentangan 4 jam
 Kuiz 2

Kelima PEPERIKSAAN AKHIR 2 ½ jam


GMGA2013 Perlembagaan Malaysia UPJJ-UUM

PANDUAN PELAJAR

Kursus GMGA 2013, Perlembagaan Malaysia adalah merupakan kursus yang


memerlukan pemahaman, penghayatan dan analisis bagi mempertajamkan
pengetahuan tentang bidang ini. Peraturan dan undang-undang merupakan
elemen penting dalam kesejahteraan sesebuah negara malah tanpa sistem
perundangan yang adil, kerajaan dan negara yang kukuh pasti akan tumbang
ekoran daripada pelaksanaan sistem dan kaedah yang tidak praktikal. Justeru
sebagai manusia, isu perlembagaan perlu memainkan peranan yang penting
kerana ia bukan hanya melibatkan kemajuan negara tetapi juga berkait rapat
dengan pembangunan ekonomi dan pertumbuhan negara.

Sistem pendidikan jarak jauh memerlukan usaha dan kesungguhan pelajar


terhadap program yang diikuti. Anda bukanlah seperti pelajar sepenuh masa
yang mempunyai lebih masa pertemuan dengan tenaga pengajar. Dalam sistem
pendidikan jarak jauh, anda mendapat bimbingan yang minimum dari tenaga
pengajar. Kejayaan anda bergantung kepada diri anda sendiri. Sebagai
panduan, buat permulaan, anda perlu meneliti objektif kursus ini agar anda
mendapat gambaran secara kasar apa yang bakal anda peroleh pada akhir
semester nanti. Apabila memulakan sesuatu bab, pastikan anda membaca
objektif bab berkenaan dan setelah selesai bab tersebut, lihat semula objektif
berkenaan untuk menilai sendiri sama ada anda berjaya memenuhi objektif
tersebut atau sebaliknya. Jika anda belum berpuas hati, cuba lagi dengan lebih
tekun sehingga anda merasa tahap kefahaman anda meningkat.

Selain daripada modul ini, anda juga dinasihatkan supaya membaca rujukan
tambahan dan mengikuti perkembangan semasa bagi membolehkan anda
membincangkan konsep-konsep asas dan teori-teori yang anda pelajari dari
kursus ini. Walaupun anda mungkin mengalami kesukaran pada permulaan,
pendedahan begini berupaya membolehkan anda mengaitkan konsep dan teori
dengan situasi sebenar.

Modul ini juga mengandungi latihan dalam bentuk Soalan Dalam Teks (SDT) dan
Soalan Penilaian Kendiri (SPK). SDT merupakan soalan yang dikemukakan
selepas bahagaian tertentu dalam bab bagi menguji kefahaman anda terhadap
bahagian berkenaan. SPK pula terdapat di akhir setiap bab untuk menilai
kefahaman anda terhadap keseluruhan bab. Walaupun cadangan jawapan
kepada SDT dan SPK disediakan, anda dinasihatkan mencuba dahulu soalan-
soalan yang dikemukakan sebelum melihat cadangan jawapan ini.

Anda juga boleh mendapatkan maklumat daripada buku teks rujukan yang
disenaraikan. Penggunaaan berbagai buku rujukan dapar meningkatkan
pemahaman dalam mempelajari kursus ini. Bagaimanapun, ianya bergantung
kepada pelajar sendiri. Pelajar yang mempunyai inisiatif dan berusaha dengan
tekun sudah pasti akan mendapat kejayaan di masa hadapan.
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia UPJJ-UUM

PANDUAN DAN ARAHAN

PENYEDIAAN TUGASAN
GMGA 2013 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

1. Anda akan diberi soalan tugasan pada pertemuan pertama oleh pensyarah
yang berkaitan di pusat pengajian masing-masing. Tugasan ini memerlukan
anda membuat kajian dan analisis berdasarkan tajuk yang diberikan oleh
pensyarah yang berkaitan. Tajuk-tajuk yang akan diberikan dan dicadangkan
adalah yang berkaitan dengan isu-isu Perlembagaan Malaysia.

Tajuk tugasan perlu dibahagi dengan jumlah pelajar di dalam kelas.


Sebagai contoh, sekiranya jumlah pelajar seramai 50 orang maka hanya 5
pelajar sahaja dibenarkan bagi setiap tajuk tugasan( WALAU BAGAIMANA
PUN TUGASAN INI ADALAH TUGASAN INDIVIDU DAN BUKANNYA
TUGASAN KUMPULAN). Tenaga pengajar perlu memastikan agihan tajuk
agar bertepatan dengan jumlah pelajar.

No Tajuk
1 Prospek dan Cabaran Sistem Monarki di Malaysia
2 Halangan dan Cabaran Sistem Demokrasi di Malaysia
3 Kedudukan dan Cabaran Undang-Undang Islam di Malaysia
4 Konsep dan Perlaksanaan Sistem Federalisme di Malaysia
5 Kebebasan dan Keberkesanan Sistem Kehakiman di Malaysia
6 Demokrasi Berparlimen Raja Berlembagaan
7 Cabaran dan Halatuju Majlis Raja-Raja di Malaysia
8 Kesediaan dan Kesiagaan Parlimen sebagai Platfom Check and Balance
9 Kebebasan dan Ketelusan Sistem Pilihan Raya di Malaysia
10 Halatuju dan Cabaran Pengurusan Kewangan di Malaysia

Bagi setiap tajuk tugasan, para pelajar disaran untuk membuat perbincangan
dari aspek :

 Pengenalan
 Teori atau konsep berkaitan
 Struktur, dimensi, elemen dan lain2 perkara yang berkaitan.
 Perlaksanaan di Malaysia
 Isu-isu yang berkaitan
 Kekuatan dan Kelemahan
 Analisis
 Cadangan penambahbaikan
 Kesimpulan
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia UPJJ-UUM

2. Jawapan anda hendaklah bertaip menggunakan kertas ukuran A4. Font :


Times New Roman / Arial (Size 12), American Psychological Association
(APA) style.

3. Untuk keseragaman, lekatkan muka surat hadapan tugasan (seperti contoh


yang diberi) kepada jawapan anda. Isikan ruang yang berkaitan bagi muka surat
hadapan.

4. Setiap helai kertas jawapan perlu mempunyai kod dan nama kursus sebagai
header di sebelah kanan dan nombor matrik anda sebagai footer di sebelah kiri.
Ini adalah untuk menjamin keselamatan andainya terdapat muka surat dari
kertas jawapan anda yang tercerai.

5. Jawapan anda hendaklah di dalam lingkungan 15 - 25 muka surat (double


spacing). Penilaian dilakukan berdasarkan kepada aspek berikut:-

 Konsep/Elemen/Pelaksanaan/Isu - 15 markah
 Kekuatan/Kelemahan/Analisis/Cadangan
 Gaya bahasa (e.g teknikal, ejaan dsb) - 2 ½ markah
 Rujukan - 2 ½ markah

Pelajar hendaklah menggunakan sekurang-kurangnya SEPULUH rujukan yang


meliputi
 Majalah/Jurnal ilmiah
 Buku teks (BM)/Buku teks (BI)
 Artikel yang mempunyai sumber

MODUL TIDAK TERMASUK DALAM RUJUKAN TUGASAN ANDA.

Lampiran tidak termasuk dalam jumlah mukasurat yang ditetapkan.

Sebarang copy & paste serta unsur plagiat adalah dilarang sama sekali.
Tidak ada markah akan diberikan kepada pelajar jika didapati terlibat
dengan kegiatan tersebut.

TUGASAN PERLU DIHANTAR DI DALAM UUMOL MELALUI TURNITIN


(Tugasan pelajar yang kurang daripada 25% keputusan turnitin yang boleh
diterima. Tiada markah diberi kesan daripada peratusan copy & paste serta
plagiat yang tinggi)
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia UPJJ-UUM

Nama No. Matrik

Bulan dan Tahun JANUARI 2023 Pusat


Pendaftaran

TUGASAN GMGA 2013 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Tarikh Akhir Serahan Pertemuan III Tarikh Penerimaan

Nama
Pensyarah

No. Soalan Markah Asas Markah Diperoleh

20
Sila kepilkan helaian ini pada muka hadapan tugasan anda

You might also like