Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Siaran Akhbar

UNTUK SIARAN SEGERA

‘Jom Berbuka’ bersama Secret Recipe!


Nasi Kerabu Istimewa Secret Recipe kembali lagi atas permintaan ramai, membawakan sajian
berbuka puasa kegemaran ramai

KUALA LUMPUR, 8 Mac 2024 – Secret Recipe, yang terkenal dengan pelbagai hidangan
dan pilihan yang lazat, sukacita untuk mengumumkan pelancaran menu Ramadan yang
memang dinanti-nantikan ramai; menu "Jom Berbuka". Berilhamkan Nasi Kerabu yang
menjadi masakan warisan negeri Kelantan, Secret Recipe mengajak pelanggan untuk
menikmati pelbagai pilihan Nasi Kerabu Istimewa sepanjang bulan Ramadan ini.

Dibawakan buat tahun keempat berturut-turut, menu tahun ini membawakan


keseronokan menjamu selera bersama keluarga dan rakan taulan, dengan menawarkan
beberapa hidangan yang boleh dimakan bersama. Dari 8 Mac hingga 9 April, Secret
Recipe menjemput seisi keluarga dan orang ramai untuk berbuka puasa di restoran
mereka bagi menikmati cita rasa asli Nasi Kerabu yang disediakan dalam set hidangan.
Nasi berwarna biru, yang terhasil daripada bunga telang, disajikan dengan sayur segar
dan lauk sampingan. Makanan tradisional ini pasti menambat selera anda sambil
mengeratkan silaturahim dengan orang-orang tersayang.

“Nasi Kerabu yang berasal dari negeri Kelantan di pantai timur Semenanjung Malaysia
ialah hidangan kegemaran ramai yang bukan sahaja dinikmati semasa Iftar tetapi juga
dalam pelbagai majlis keramaian. Aneka warna yang menarik dan ramuannya yang
penuh berperisa sesungguhnya melambangkan kepelbagaian dan kelazatan masakan
Malaysia. Hidangan nasi biru berlauk ini pasti sesuai untuk dinikmati seisi keluarga dan
sanak saudara semasa berbuka puasa bersama pada bulan Ramadan,” kata Evelyn Lee,
Ketua Pemasaran Secret Recipe.

Nasi Kerabu mencerminkan pengaruh budaya masakan Melayu, Thai dan Cina dalam
sajian yang sebati dan penuh berperisa. Sebagai jenama Malaysia yang sejati, kami
berbangga untuk memaparkan penggunaan beraneka ramuan tempatan dan
keunggulan cita rasa yang jelas melambangkan keunikan masakan Malaysia melalui Nasi
Kerabu Istimewa kami,” ujar beliau.

Hidangan utama dalam menu baharu ialah Nasi Kerabu klasik dalam bentuk asli yang
paling ringkas. Nasi berwarna biru dihidangkan bersama telur masin, sayur segar,
keropok ikan, sos kelapa, sambal dan sos budu untuk memberikan tekstur dan perisa
yang beraneka lagi lazat.

Bagi mereka yang mahukan sumber protein tambahan, menu tahun ini menyediakan
pelbagai pilihan lain untuk pengalaman menjamu selera yang lebih enak. Penggemar
makanan laut boleh memesan Nasi Kerabu dengan Ikan Saba Kunyit Bakar , iaitu nasi
kerabu berlauk ikan bakar dilumuri kunyit atau Nasi Kerabu dengan Sotong Goreng
Siaran Akhbar

Kunyit yang menghidangkan nasi kerabu berlauk sotong goreng kunyit yang menambat
selera.

Akhir sekali tetapi tidak kurang lazat ialah kombinasi klasik Nasi Kerabu dengan paha
ayam yang mesti dicuba. Diperap dengan kuah percik pedas berempah, anda boleh
memilih Nasi Kerabu dengan Ayam Percik atau Nasi Kerabu dengan Ayam Rangup,
kedua-duanya dimasak dengan kaedah masakan berbeza tetapi sama enak, iaitu
dipanggang atau digoreng garing.

Untuk kumpulan yang lebih besar, jimat sehingga RM30 apabila anda memesan
hidangan bersama untuk dua atau empat orang, membawakan kombinasi hebat Nasi
Kerabu dengan tiga lauk berprotein. Bukan itu sahaja, lengkapkan hidangan anda
dengan minuman menyegarkan seperti Rose Calamansi Fizz atau Plum Calamansi Fizz
pada harga diskaun RM6.80, atau pesan Keropok Ikan tambahan pada harga RM5.90
untuk santapan Ramadan yang benar-benar memuaskan.

Berkongsi Kemanisan

Nikmati kek Chocolate Indulgence sebagai manisan pencuci mulut! Kek ini boleh
didapati dalam saiz 6.5 inci (berat 1kg) di semua cawangan Secret Recipe di seluruh
Semenanjung Malaysia, pada harga RM88 untuk dibawa pulang dan RM96.30 untuk
makan di restoran. Kek bersaiz baharu ini sesuai dikongsi bersama keluarga kecil atau
pasangan muda, yang boleh dipotong empat hingga enam potongan kek.

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati cita rasa unik dan kekayaan budaya menu
Ramadan Secret Recipe. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.secretrecipe.com.my.

- TAMAT -

About Secret Recipe

Secret Recipe Cakes & Café is a successful Malaysian food and beverage group operating a
homegrown lifestyle regional café brand. It has become a prominent household name, with
tremendous international success following its initial debut in 1997. As the leading and largest café
chain in Malaysia, the Secret Recipe Group carries two main brands: Secret Recipe and Hokkaido
Baked Cheese Tart. Over the years, both brands have grown rapidly and currently operate more
than 500 stores globally, in Malaysia, Singapore, Indonesia, Thailand, Brunei, Maldives, USA,
Australia, Vietnam, Bangladesh and The Philippines.

The Group offer a casual dining lifestyle concept with a wide range of award-winning cakes,
alongside an extensive menu of Asian and Western cuisine. The company has won numerous
awards in the past decade for its innovative recipe creations and franchise business model.
Notable achievements include receiving the Platinum awards for Best Brand and Best Halal
Product/Service at the Star Outstanding Business Awards 2022, as well as being named Malaysian
Business of the Year in 2023. Secret Recipe further solidified its success with a Silver award for
Restaurants & Fast Food at the 2023 Putra Aria Awards.
Siaran Akhbar

Issued by GO Communications for Secret Recipe


For media enquiries, kindly contact:

GO Communications
Kok Kuan-Hui, Associate Brand Manager Henel Asirvatham, Brand Executive
+6016 689 8888 kuan-hui@gocomm.com.my +6019 912 2209 henelasirvatham@gocomm.com.my

Kishen Raj, Associate Brand Director


+6019 3348730 kishenraj@gocomm.com.my

You might also like