Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

KERTAS KERJA PERNIAGAAN

BUSINESS PROPOSAL

Nama Perniagaan : SI Empire (CT0103137-M)


Jenis Perniagaan : Kedai kucing , Hotel Kucing dan
Dandanan Kucing.
Lokasi Perniagaan : No 35-1 Jalan Seroja 4D, Bukit
Sentosa, 48300 Rawang Selangor.
Disediakan oleh : Ayunni Binti Mohd Arifin
Isi Kandungan
Tajuk Muka Surat
1. Rumusan eksekutif
2. Pengenalan
3. Objektif
4. Latar belakang syarikat
5. Latar belakang pemilik
6. Latar belakang projek
7. Rancangan organisasi
8. Rancangan pemasaran
9. Rancangan operasi
10. Rancangan kewangan
11. Kesimpulan
12. Lampiran
Rumusan Eksekutif

Rancangan Perniagaan ini disediakan adalah bagi mendapatkan pembiayaan kewangan


perniagaan bagi projek saya iaitu Obie’s Wonderland yang terletak di No 35-1 Jalan Seroja 4D,
Bukit Sentosa, 48300 Rawang Selangor. Obie’s Wonderland menyediakan tiga perkhidmatan
utama iaitu menjual pelbagai jenis makanan pilihan untuk kucing peliharaan, kemudahan
penginapan hotel lima bintang dan dandanan (grooming) serta kebersihan diri kucing
peliharaan. Perniagaan saya dianggap berbeza kerana kemudahan penginapan yang
disediakan adalah sangat tinggi mutunya untuk memberikan keseronakan yang tidak terhingga
kepada kucing kesayangan pelanggan saya. Pengetahuan yang saya peroleh melalui kursus
Online Grooming Class – Anjuran Purfection Catz Grooming Academy dan Kursus Asas
Keusahawanan – Anjuran ISKEN selama tiga hari dan juga minat yang mendalam terhadap
kucing mendorong saya untuk memulakan perniagaan kedai kucing saya sendiri.

Kos perniagaan ini dianggarkan RM50,000 dan saya telah menggunakan duit
simpanan peribadi saya sebanyak RM20,000. Saya bercadang untuk mendapatkan bantuan
pembiayaan melalui mana-mana institusi kewangan untuk modal tambahan. Modal sumbangan
saya akan digunakan untuk kos permulaan seperti sewa bangunan, stok permulaan dan
promosi serta perbelanjaan operasi yang lain. Pinjaman yang akan diperoleh akan
digunakan untuk pembelian stok tambahan, kelengkapan serta peralatan dan juga sebagai
modal pusingan.

Bukit Sentosa, Rawang Selangor dipilih sebagai tempat perniaagan saya kerana
kawasan ini juga mempunyai penduduk yang ramai iaitu hampir 100,000 ribu orang yang
mempunyai saiz pendapatan yang agak tinggi serta pelbagai kaum. Selain itu juga, ia mudah
diakses melalui jalan-jalan raya.
Pengenalan

Obie’s Wonderland akan mula beroperasi pada 7 Oktober 2023 di no No 35-1 Jalan
Seroja 4D, Bukit Sentosa, 48300 Rawang Selangor yang letak berhampiran dengan stesyen
minyak Petronas, McDonald dan Pasar Raya Lotus. Perniagaan ini berstatus milikan tunggal dan
100% milik bumiputra. Obie’s Wonderland terlibat dalam perniagaan menjual pelbagai jenis
makanan pilihan untuk kucing peliharaan, kemudahan penginapan hotel lima bintang dan
dandanan (grooming) serta kebersihan diri kucing peliharaan. Waktu akan beroperasi
perniaagan ini ialah tujuh sehari seminggu dan waktu operasi ialah 10 pagi sehingga 10 malam.
Pelanggan yang memerlukan perkhidmatan penginapan secara kecemasan juga boleh
menghubungi pemilik bila-bila masa dan perkhidmatan menerima kucing dari rumah juga
disediakan.

Pemilik Obie’s Wonderland telah menjalankan kajian pemasaran di Bukit Sentosa


melalui soal selidik yang diedarkan di pasar raya Lotus dan juga soal selidik atas talian
menunjukkan penduduk Bukit Sentosa amat memerlukan perkhidmatan penginapan hotel untuk
kucing , dandanan serta kebersihan diri. Kawasan Bukit Sentosa tidak mempunyai kedai kucing
dan haiwan peliharaan dan ini memberi peluang besar kepada Obie’s Wonderland untuk
berkembang pesat.

Industri perkhidmatan haiwan peliharaan semakin berkembang khusunya di kawasan


bandar kerana lebih ramai memiliki haiwan peliharaan. Kempen kesedaran yang dibuat oleh
Persatuan kebajikan haiwan seperti Paws Animal Welfare Society, Persatuan Kebajikan Haiwan
Pulau Pinang, Tempat Perlindungan Haiwan Masyarakat Pulau Pinang, dan SPCA Selangor
menyebarkan kesedaran melalui media sosial dengan menyiarkan video dan imej kucing sesat
dan anjing untuk menggalakkan pemeliharaan haiwan di rumah. Permintaan bagi produk
makanan haiwan peliharaan dan haiwan kesayangan juga semakin meningkat. Akses mudah dan
lokasi stretagik kedai haiwan peliharaan, juga meningkatkan jualan produk makanan haiwan
peliharaan dan haiwan kesayangan. Penjualan produk jenama antarabangsa seperti Whiskas,
Pedigree, Purina Friskies dan Heart Smart yang mempunyai portfolio produk yang pelbagai
memudahkan strategi promosi serta mencatat pertumbuhan nilai jualan runcit yang kukuh dalam
penjagaan haiwan kesayangan.
Obie’s Wonderland dijangka akan mendapat keuntungan bersih dalam masa tiga bulan pertama
beroperasi dan jualan dijangka meningkat pada kadar 15% setahun. Berdasarkan pengalaman
yang dimiliki oleh pemiliknya, Obie’s Wonderland akan menggunakan pelbagai strategi untuk
mencapai sasaran yang ditetapkan serta menjadi penyedia perkhidmatan perniagaan haiwan
peliharaan terunggul di Lembah Kelang dalam masa lima tahun akan datang.

Objektif Perniagaan Obie’s Wonderland


Visi

 Menjadi peneraju perniagaan haiwan peliharaan dengan sentiasa berusaha menyediakan


perkhidmatan melangkaui jangkaan pelanggan

Misi

 Menyediakan perkhidmatan bermutu tinggi, konsisten dan inovatif, mesra pelanggan


serta mampu bayar menyebabkan haiwan peliharaan anda lebih mencintakan kedai
Obie’s Wonderland.

Objektif

1. Berurusan dengan lebih efisien dan professional terhadap para pelanggan dengan
menyediakan perkhidmatan berkualiti dan mesra pelanggan.
2. Pengendalian segala urusan perniagaan dengan mematuhi etika kerja dan penerapan
nilai murni di antara syarikat dengan pelanggan.
3. Menerapkan pelbagai jenis teknik pemasaran yang efektif bagi mencapai tahap kepuasan
pelanggan yang maksimum serta mencapai matlamat organisasi jangka pendek dan
jangka panjang.
4. Sentiasa peka dan bersedia terhadap setiap perubahan yang berlaku dalam industri agar
mutu perkhidmatan dipertingkatkan dari semasa ke semasa dan sesuai dengan kehendak
pelanggan.
5. Konsisten dalam menangani masalah pelanggan agar perkhidmatan yang disediakan
memberi kepuasan maksimum kepada pelanggan.
Rancangan perniagaan ini juga disediakan untuk mendapatkan pembiayaan melalui mana-mana
institusi pembiayaan sebanyak RM30 000 yang akan digunakan untuk pembelian stok tambahan,
kelengkapan serta peralatan dan juga sebagai modal pusingan.

Latar belakang syarikat

Jenis perniagaan: Perkhidmatan Haiwan Peliharaan

Nama syarikat: SI Empire

Nombor pendaftaran :202203068976 (CT0103137-M)

Nombor telefon: 014-9034582

Alamat syarikat: No 35-1 Jalan Seroja 4D, Bukit Sentosa, 48300 Rawang Selangor

Jenis milikan perniagaan: Milikan Tunggal

Nama bank : Bank Islam Malaysia Berhad

Nombor bank : 12207010023593

Tarikh mula perniagaan : 7 Oktober 2023

Latar belakang pemilik

Nama pemilik: Ayunni Binti Mohd Arifin

Nombor kad pengenalan: 920531-08-5528

Alamat surat menyurat: No 39, Jalan Kemboja 4c, Seksyen BS 8, Bandar Bukit Sentosa 48300,
Rawang Selangor

Nombor telefon: 014-9034582

E-mail : ayunnimohdarifin@gmail.com
Bentuk perniagaan: Milikan tunggal

Kegiatan utama: Menjual pelbagai jenis makanan pilihan untuk kucing peliharaan, kemudahan
penginapan hotel lima bintang dan dandanan (grooming) serta kebersihan diri kucing.

Tarikh pendaftaran : 10 Mac 2023

Modal permulaan : RM30 000

Kelayakan akademik: Master Of Education (Early Childhood Education) Universiti Pendidikan


Sultan Idris

Kursus dihadiri :

1. Online Grooming Class – Anjuran Purfection Catz Grooming Academy


2. Kursus Asas Keusahawanan – Anjuran ISKEN

Pengalaman

1. Memelihara haiwan peliharaan (kucing) selama 15 Tahun

2. Servis dandanan kucing (grooming) dari rumah.

Latar belakang projek

Perniagaan haiwan peliharaan berkembang pesat di Malaysia khususnya di Lembah


Klang. Perkembangan ini didorongi oleh kesedaran pengguna tentang adaptasi haiwan peliharaan
disebabkan kempen kesedaran yang dijalankan oleh NGO seperti SPCA. Di samping itu
peningkatan taraf hidup dan keperluan keluarga menggalakkan permintaan terhadap haiwann
peliharaan. Ia juga mewujudkan permintaan untuk perkhidmatan penjagaan, penginapan,
dandanan dan kebersihan diri serta keperluan lain seperti makanan haiwab peliharaan. Berikut
ialah analisis SWOT untuk Obie’s Wonderland.
Kekuatan Kelemahan
 Lokasi perniagaan strategic  Pekerja kurang pengalaman
 Pemilik mempunyai kemahiran dan  Perniagaan baharu
pengalaman menjaga kucing peliharaan  Kesukaran mendapat kemudahan kredit
sendiri dan orang lain. pembekal.
 Pekerja mencukupi.  Bangunan lama.
 Kemudahan mencukupi ·
 Modal permulaan mencukupi
Peluang Ancaman
 Kurang persaingan  Potensi peningkatan persaingan.
 Industri mencatat pertumbuhan pesat  Kadar lantik henti pekerja yang tinggi
kuasa beli dan taraf hidup penduduk dalam industri
yang tinggi.  Isu kesihatan dan penyakit baharu
 Galakkan kerajaan. keadaan ekonomi tidak stabil

Pengalaman dan kemahiran yang dimiliki oleh pemilik mendorong penubuhan


perniagaan ini. Saya telah lama bercadang untuk memulakan perniagaan sendiri. Saya berasa ada
banyak idea baharu yang boleh dilaksanakan dalam perniagaan ini untuk menyediakan
perkhidmatan terbaik kepada pelanggan. Di samping itu kursus di peroleh melalui kursus
Online Grooming Class – Anjuran Purfection Catz Grooming Academy dan Kursus Asas
Keusahawanan – Anjuran ISKEN juga memberi peluang kepada saya untuk mengetahui strategi
perniagaan yang sesuai dan berkesan untuk menjalankan perniagaan haiwan peliharaan dengan
cekap dan berkesan. Saya juga mempunyai simpanan peribadi yang cukup sebagai modal asas
permulaan perniagaan kerana saiz permulaan perniagaan saya ialah berskala kecil.

Berdasarkan dapatan kajian pemasaran yang dibuat oleh pemilik dan juga berdasarkan
laporan kajian pihak luar, perniagaan haiwan peliharaan mempunyai prospek yang sangat baik
khususnya di Lembah Klang. Perniagaan ini juga kurang menghadapi masalah dan tidak terlalu
bergantung kepada keadaan ekonomi berbanding dengan industri lain. Industri ini juga
mengalami pertumbuhan yang baik pada masa ini dan pemilik ingin menggunakan peluang ini
untuk mendapatkan pulangan maksimum daripada pelaburan yang dilakukan serta mencapai
kemajuan dalam perniagaan yang diceburi seperti mengembangkan perniagaan dengan membuka
cawangan baharu dan juga memperkenalkan produk dan perkhidmatan baharu berkaitan dengan
binatag peliharaan mengikut tren dan keperluan semasa.

Walaupun memulakan perniagaan dengan sendiri adalah sesuatu yang sukar dan
mencabar, saya percaya pengalaman dan kemahiran yang saya miliki akan membantu saya
mengatasi halangan dan cabaran yang mungkin dihadapi. Sifat keazaman yang tinggi , bijak
merebut peluang, kreatif dan inovatif yang saya miliki akan membantu saya mengusahakan
perniagaan ini dengan cemerlang. Budaya kerja cemerlang yang saya amalkan semasa bekerja
akan diteruskan dan digunakan untuk membimbing pekerja di Obie’s Wonderland agar
pelanggan mendapat perkhidmatan cemerlang dan yang terbaik.

Carta Organisasi Obie’s Wonderland

Memandangkan saiz perniagaan yang kecil serta mengurangkan kos operasi, tugas
pengarah urusan, pengurusan kewangan, operasi dan pemasaran dan sumber manusia akan
diuruskan oleh pemilik sendiri. Ini merupakan strategi sementara dan pengambilan pekerja baru
yang berkemahiran dan berpengalaman akan dilaksanakan apabila kedudukan kewangan
perniagaan yang kukuh dan juga saiz perniagaan berkembang. Saya percaya dengan pengalaman
yang dimiliki sebagai penyelia dan groomer akan membantu saya menguruskan perniagaan ini
dengan cekpa dan berkesan. Saya juga dapat meguruskan dan membimbing pekerja saya agar
mereka dapat memberi perkhidmatan cemerlang kepada pelanggan.

Jadual di bawah menunjukkan senarai jawatan, senarai tugas untuk setiap pekerja dalam
perniagaan Obie’s Wonderland.
Senarai jawatan dan tugas

Senarai Jawatan Senarai Tugas


Pengarah Urusan  Melaksanakan polisi perniagaan dengan
merujuk kepada visi , misi dan objektif
yang telah ditetapkan
 Membangunkan dan melaksanakan
plan strategik.
 Mempengerusikan mesyuarat.
 Mengawal hal ehwal kewangan.
 Mewujudkan hubungan baik antara
pekerja dan pihak pengurusan
Pengurus kewangan dan sumber manusia  Memastikan pengurusan kewangan
yang telus dan cekap.
 Menyediakan penyata pendapatan,
penyata kewangan dan aliran tunai.
 Memastikan aliran tunai perniagaan
cukup.
 Memastikan rekod kewangan dibuat
dengan teratur.
 Menguruskan pengambilan dan pekerja
dan menyediakan program latihan.
 Menguruskan prestasi, pembayaran
ganjaran dan kebajikan pekerja.
Pengurus operasi dan pemasaran  Memastikan pengurusan operasi harian
berjalan lancar.
 Menetapkan saran kerja dan
memastikan sasaran kerja tercapai.
 Menyediakan jadual tugas dan
mengatur pekerja ganti.
 Mengadakan program promosi seperti
yang telah dirancang.
 Menguruskan dan mengemaskini laman
web perniagaan.
Groomer  Memastikan perkhidmatan yang
disediakan menepati kehendak
pelanggan.
 Memastikan kualiti perkhidmatan
mencapai standard yang telah
ditetapkan.
 Menggunakan kreativiti dan inovasi
dalam perkhidmatan.
 Memujuk pelanggan untuk
menggunakan perkhidmatan tambahan
dan produk yang dijual
Juruwang  Merekodkan pesanan pelanggan.
 Menguruskan pelanggan walk in.
 Mengutip dan merekod bayaran.
 Menyalurkan pertanyaan dan
kemusyikilan pelanggan kepada unit
yang berkaitan
Pembantu am  Memastikan kawasan operasi bersih
dan kemas.
 Memastikan kawasan penginapan
haiwan peliharaan dalam keadaan
kondusif.
 Menguruskan aktiviti pemberian
makanan kucing mengikut jadual yang
ditetapkan.
 Menghubungi pengurus jika ada kucing
yang sakit atau bermasalah,
Imbuhan Bulanan
Jawatan Bilangan Gaji Caruman Caruman Jumlah
bulanan KWSP Perkeso

Pengurus 1 1 200 156.00 20.15 1376.15


Groomer dan 1 1 200 156.00 20.15 1376.15
Pembantu am
Jumlah 2752.30

Belanjawan Pentadbiran

Butiran Aset tetap Bulanan Lain-lain Jumlah (RM)


Keperluan aset
tetap
Komputer 1 000 1 000
pencetak 400 400
Cash register 1 500 1 500
Kabinet besi 1 400 1 400
sangkar 6 000 6 000
Keperluan
modal kerja
Gaji,KWSP 2752.30 2752.30
dan PERKESO
Sewa kedai 500 500
Utiliti 250 250
Deposit utiliti 500 500
Deposit 1 500 1 500
bangunan
Pendaftaran & 600 600
lesen
Insurans 1 000 1 000
kebakaran
Pelbagai 1 000 1 000
belanja
Jumlah (RM) 10 300 3500.30 4 600 18 402.30

Strategi pengurusan
Obie’s Wonderland akan menggunakan beberapa strategi pengurusan untuk memastikan
pengurusan sumber manusia yang cekap dan berkesan. Antara strategi pengurusan yang akan
dilaksanakan adalah seperti berikut:

 Penerapan semangat kerja berpasukan di antara para pekerja.


 Mengadakan perjumpaan harian sebelum mula bekerja dan perbincangan tumpu kepada
masalah yang dihadapi, pandangan dan cadangan untuk penambahbaikan.
 Pembayaran imbuhan dan insentif selaras dengan amalan industri dan juga selaras
dengan mutu kerja.
 Menyediakan program latihan atau kursus yang berkaitan untuk mempertingkatkan
kamahiran dan kepakaran pekerja.
 Memberi nasihat , bimbingan dan motivasi berterusan kepada semua pekerja.
 Menerapkan budaya dan etika kerja yang cemerlang.

You might also like