Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

KERTAS KERJA

PROGRAM
SUKANRIA
PRASEKOLAH
TASKA YUNIQUE
PENDAHULUAN

Program Prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia adalah sebuah


program yang diwujudkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dengan tujuan untuk
menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai
kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk masuk ke
sekolah rendah.

TAJUK

SUKANRIA PRASEKOLAH 2023

OBJEKTIF

1. Memberi peluang kepada murid menunjukkan potensi perkembangan fizikal dan


psikomotor melalui aktiviti sukan.
2. Memperkembangkan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi, berinteraksi dan
bersosialisasi dengan menepati tata susila masyarakat majmuk
3. Memberi peluang kepada murid prasekolah melakukan aktiviti yang menggembirakan
untuk meneroka dan berinteraksi dengan persekitaran.

RASIONAL

Kemahiran ini adalah satu aspek pembelajaran yang selaras dengan


Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran (DSKP) disamping memenuhi
keperluan asas kemahiran bersosial bagi murid-murid prasekolah selaras dengan
kehendak dan tuntutan konsep Pendidikan Prasekolah untuk menyediakan
pengalaman pembelajaran yang pelbagai dan menarik dengan interaksi terus kepada
persekitaran
SASARAN

Aktiviti yang dirancang ini adalah melibatkan 44 orang murid


prasekolah Taska Yunique dan penjaga murid-murid prasekolah.

TARIKH

Program Sukanria Prasekolah 2023 ini akan dijalankan pada 04.05.2023


(Khamis) dari jam 7 pagi hingga 11.00 pagi.

ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara Kuantiti Harga(seunit) Jumlah


1. Hadiah murid (5 tahun)
Pingat emas 1
Pingat perak 1
Pingat gangsa 1
2. Hadiah murid (6 tahun)
Pingat emas 1
Pingat perak 1
Pingat gangsa 1

Jumlah
RM 1100.00
Anggaran perbelanjaan ialah sebanyak RM1100 (Ringgit Malaysia Satu Ribu
Satu Ratus Sahaja). Pembiayaan program ini ialah daripada peruntukan
PCG Prasekolah
JAWATANKUASA PELAKSANA SUKANRIA PRASEKOLAH 2023
TASKA YUNIQUE

Penasihat : Pn. Ayunni Binti Mohd Arifin


(Guru Besar Taska Yunique)
Pengerusi : Pn. Shahira Binti Alam
(Pengerusi Taska Yunique)
N. Pengerusi : En. Halim Bin Fuad
(N. Pengerusi Taska Yunique)
Setiausaha : Cik. Low Sin Yee
(Guru Prasekolah Taska Yunique)
Bendahari : Cik. Suryana Mawarhani Binti Husin

Buku Aturcara : Farina Binti Harun


Pendaftaran : Kamisah Binti Daud
Pengurus Acara : Nik Sofia Binti Nik Mat
Dan Peralatan
Persiapan Padang : Azli Bin Abdullah
Hadiah : Maisarah Binti Ramli
Keselamatan : Fikri Bin Azman
Kebersihan : Ashikin Binti Hashim
Pengurus Peserta : Emir Syafique Bin Che Lim
Hakim : Mohammad Syahir Bin Halim
Pencatat : Nur Asma Binti Kamil
Juruacara : Anis Suraya Binti Sariman
TENTATIF PROGRAM

Tarikh : 04.05.2018
Hari : Khamis
Masa : 7:00 Pagi
Tempat : Padang Awam Jenjarum

Masa Perkara
7:00 pagi Murid berkumpul di sekolah. Sarapan pagi
8:15 pagi Pendaftaran penjaga
8:30 pagi Perbarisan Kontinjen
Ucapan Perasmian Guru Besar
9:00 pagi Acara Sukanria bermula
 Acara untuk Murid prasekolah:
 Larian 50 meter (kategori 5 tahun)
 Larian 50 meter (kategori 6 tahun)
 Lumba berjalan memakai jangkungan
 Acara untuk ibu bapa dan penjaga:
 Larian 100 meter (kategori lelaki)
 Larian 100 meter (kategori perempuan)
 Larian 200 meter (kategori lelaki)
 Larian 200 meter (kategori perempuan)

10:30 pagi Majlis Penutup


- Ucapan penutup
- Penyampaian hadiah
11:30 pagi Bersurai
HARAPAN DAN PENUTUP

Melalui aktiviti yang dijalankan , pihak sekolah khususnya


Prasekolah Taska Yunique berharap murid-murid prasekolah akan
mendapat faedah yang berguna khususnya dalam meningkatkan lagi tahap
keyakinan diri dan semangat untuk bergaul dan bersosialisasi dengan
masyarakat luar. Aktiviti yang dirancang ini juga dapat memberi peluang
kepada murid-murid melakukan aktiviti yang menggembirakan dan
berpeluang menerokai persekitaran yang lebih luas tanpa mengabaikan
aspek keselamatan.

DISEDIAKAN OLEH

…………………………………….
(LOW SIN YEE)
GURU PRASEKOLAH 2023

You might also like