Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 21

PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN JARAK JAUH

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

TUGASAN JMG212 - GEOGRAFI FIZIKAL

TUGASAN BERKUMPULAN

AHLI KUMPULAN

SUHAILA MOHD NOR

JK/13864/21

820705115128

STEPHENNIE BINTI JEFFRY

JK/13862/21

870812496048

DIMILMAZIMIE BIN W DERAMAN

JK/13914/21

870225035191
KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT


1. PENGENALAN 1-2
2. LATAR BELAKANG KAWASAN KAJIAN 3-5
3. KAJIAN LITERATUR 5-6
4. METODOLOGI 7
5. HASIL KAJIAN 7 - 16
6. KESIMPULAN 17
7. RUJUKAN 18 - 19
1. PENGENALAN
Hutan merupakan sumber alam semulajadi yang menyumbang kepada kesejahteraan
ekologi, ekonomi dan sosial manusia. Hutan juga berperanan menjadi penapis udara dan air
yang bersih kepada manusia. Menurut (Pingking, A., & Hussin, R., 2023) hutan dipanggil paru-
paru bumi kerana mampu mengawal kitaran hidrologi, iklim bumi, mengurangkan pemanasan
global, menyerap gas toksik, menyediakan sumber air, memulihara tanah dan mampu
mengurangkan bencana semulajadi seperti banjir dan tanah runtuh.
Walau bagaimanapun hutan mengalami kemusnahan akibat daripada bencana kebakaran.
Kebakaran hutan merupakan satu kejadian bencana yang amat membimbangkan. Kebakaran
hutan yang berlaku secara berkala di Malaysia disebabkan oleh beberapa faktor seperti
topografi, kecuaian manusia dan meteorologi. Bencana ini menyebabkan berlakunya
pencemaran udara dan mendorong kepada berlakunya peningkatan suhu bumi. Menurut (Chew,
Y. J., Ooi, S. Y., Pang, Y. H., & Wong, K. S., 2022) peningkatan suhu bumi akan menyebabkan
keadaan menjadi kering dan hangat yang akan menyebabkan kebakaran merebak dengan lebih
cepat dan marak. Kombinasi ini akan mengubah kebakaran hutan menjadi kebakaran mega.
Kebakaran mega akan menyebabkan kemusnahan kawasan yang luas, tempoh kebakaran
yang lama, sukar dikawal dan akan menyebabkan kerugian yang besar dan kehilangan nyawa
manusia dan haiwan. Kebakaran hutan dengan frekuensi tinggi yang luar biasa ini akan
mengakibatkan kemerosotan nilai tanah, kehilangan biodiversiti, merosakkan fungsi
ekosistem, mengurangkan jumlah biojisim hidup, menjejaskan komposisi spesis dan tanah,
menjejaskan kitaran air dan nutrien, meningkatkan risiko banjir dan hakisan dan mengancam
sumber pencarian tempatan dengan membakar tanah pertanian serta tempat tinggal (Chew, Y.
J., Ooi, S. Y., Pang, Y. H., & Wong, K. S., 2022). Kebakaran juga menyebabkan kepupusan
hidupan liar akibat terperangkap dalam kebakaran, kehilangan habitat dan sumber makanan
mereka. Selain itu juga, kebakaran hutan akan merencatkan perkembangan ekonomi negara
dengan kehilangan kayu yang berharga seperti cengal dan meranti. Kesihatan manusia juga
akan terjejas kesan daripada pencemaran udara dan jerebu yang akan mengganggu sistem
pernafasan manusia dan menyebabkan sakit mata dan kulit.
Kebakaran di Malaysia masih belum dapat dibasmi sepenuhnya dan berlaku peningkatan
intensiti dengan kejadian berulang secara berkala disebabkan oleh pengurusan tanah yang
gambut yang tidak betul, melakukan aktiviti tebang dan bakar tradisional serta pengurusan air
yang lemah. Menurut (Chew, Y. J., Ooi, S. Y., Pang, Y. H., & Wong, K. S. ,2022) data sejarah
menunjukkan bahawa kejadian kebakaran hutan di Sabah dan Sarawak adalah lebih teruk
berbanding dengan semenanjung Malaysia. Kebakaran yang paling teruk pernah berlaku di
Sabah pada tahun 1983 sehingga 1985 yang diakibatkan oleh kemarau yang berlaku kesan
daripada fenomena El Nino. Menurut (Salleh, M., Balingi, D., Savaln, F. S., Michael, S., 2022),
kebakaran hutan di Sabah merupakan satu cabaran yang besar terhadap pengurusan hutan
kerana bencana ini mengakibatkan biodiversiti, vegetasi dan ekologi hutan. Menurut sejarah
juga, kebakaran hutan yang berlaku pada penghujung tahun 1982 sehingga pertengahan tahun
1983 telah memusnahkan tanah seluas lebih kurang 1 juta ha. Ia telah memusnahkan habitat
semulajadi flora dan fauna serta habitat semulajadi hidupan liar. Pada ketika ini, bahan bakar
menjadi amat kering dan mudah terbakar akibat fenomena El Nino. Antara faktor yang menjadi

1
punca terjadinya kebakaran di negeri Sabah adalah melalui aktiviti manusia iaitu melakukan
pembakaran terbuka dengan membakar kebun dan ladang, sikap pemburu haram dan
pemancing yang tidak bertanggungjawab dan perbuatan membakar dengan sengaja.
Langkah-langkah pencegahan kebakaran hutan telah diperkasakan oleh beberapa pihak
berkaitan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Perlindungan
Alam Sekitar (JPAS), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Pertanian Sabah dan masyarakat
awam. Antara kaedah perlaksanaan langkah pencegahan kebakaran hutan ini adalah dengan
membuat pemantauan FDRS (Fire Danger Rating System) dan Papan Indeks Bahaya
Kebakaran Hutan (Fire Indicator) yang melibatkan pengambilan data cuaca harian seperti
suhu, kelembapan, kelajuan angin dan taburan hujan. Kaedah ini bertujuan untuk mengesan
dan mengeluarkan amaran awal serta merancang dan melaksanakan langkah awal pencegahan.
Selain itu, pemantauan hotspot menggunakan satelit (GIS) atau dron manakala menara
pemerhati digunakan untuk menentukan lokasi dan kedudukan kebakaran melalui pemerhatian
kehadiran kepulan asap. Kaedah lain yang digunakan juga adalah membuat rondaan,
menyebarkan risalah tentang bahaya kebakaran hutan dan memasang papan tanda amaran di
kawasan yang berisiko terjadinya kebakaran hutan.
GIS (Geographical Information System) merupakan satu inovasi teknologi yang
berkembang pesat dan berupaya membantu menyelesaikan masalah dalam pelbagai bidang.
Menurut (HASMADI, I. M., & IMAS, S. S., 2010) GIS berperanan dalam memperkasakan
geovisualisasi dan membantu untuk mengeksploitasi kuasa pemikiran geografi. Menurut
(Chang, 2008) melalui (HASMADI, I. M., & IMAS, S. S., 2010) mendefinisikan GIS sebagai
sistem komputer untuk mengambil, menyimpan, menyoal, menganalisis, dan memaparkan data
geospatial atau data yang dirujuk secara geografi. Data yang dirujuk secara geografi ialah data
yang menerangkan kedua-dua lokasi dan ciri ciri spatial seperti bidang tanah, jalan raya dan
tumbuhan di atas permukaan bumi. Aspek utama yang membezakan GIS dengan jenis sistem
maklumat lain adalah kemampuan GIS untuk mengendalikan dan memproses data geospatial.
Dalam erti kata lain, GIS menyediakan kaedah untuk memautkan pangkalan data ke peta,
mencipta perwakilan visual data statistik, dan menganalisis bagaimana lokasi mempengaruhi
ciri dan peristiwa di permukaan bumi. GIS menggabungkan perisian dengan peralatan dan
maklumat yang disimpan dalam pangkalan data komputer untuk membantu pengguna dalam
menyelesaikan masalah penyelidikan, perancangan dan pengurusan yang kompleks (Fischer
dan Nijkamp, 1992) melalui (HASMADI, I. M., & IMAS, S. S., 2010). Justeru, GIS merupakan
instrumen yang banyak membantu menyelesaikan masalah bencana seperti kebakaran hutan.

2
2. LATAR BELAKANG KAWASAN KAJIAN
Kawasan kajian adalah sebuah kawasan di daerah Papar iaitu Kimanis. Koordinat
kawasan ini adalah di latitud 5.6145 dan longitud 115.8928.

Sumber Google Maps


Kimanis telah terlibat dengan bencana kebakaran hutan yang melanda negeri Sabah
baru-baru ini. Kebakaran hutan ini juga melibatkan banyak daerah di negeri Sabah yang
diakibatkan oleh aktiviti pembakaran terbuka. Menurut (Bernama (Astroawani), 2024), Jabatan
Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah merekodkan sebanyak 961 kes kebakaran
terbuka yang berlaku sejak Januari lalu. Pengarah JBPM Sabah, Abdul Razak Muda berkata
kes ini melibatkan kebakaran hutan, belukar, kebun, lalang, ladang, dan hutan gambut di
seluruh Sabah. Antara daerah yang terlibat adalah Tuaran (207 kes), Kota Kinabalu (165 kes),
Kota Belud (136 kes), Penampang (60 kes), Kuala Penyu (56 kes), Kimanis (55 kes) dan Papar
(50 kes). Kes harian pula melibatkan kawasan seluas 95.29 hektar merangkumi ladang, kebun,
hutan, lalang dan belukar.

Sumber Bernama
3
Bencana kebakaran hutan ini telah merekodkan bacaan IPU (Indeks Pencemaran
Udara) tidak sihat di kawasan Kimanis. Menurut (Bernama (SelangorKini), 2024), pada 14
Mac 2024, Kimanis yang merupakan satu kawasan di daerah Papar telah mencatatkan bacaan
udara yang tidak sihat dengan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 155. Jabatan Alam Sekitar
melaporkan 10 stesen udara di seluruh negara mempunyai status kualiti udara baik, 57 stesen
mencatatkan bacaan sederhana manakala satu stesen bacaan udara yang tidak sihat iaitu
Kimanis. Menurut (Bernama (Harian Metro), 2024) pula, Kimanis yang merupakan satu
kawasan di daerah Papar merekodkan Indeks Pencemaran Udara tidak sihat dengan bacaan
154. Ini berlaku ekoran kejadian kebakaran hutan dan belukar yang berlaku. Selain itu juga,
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JBPD) Papar mengisytiharkan daerah tersebut
sebagai kawasan bencana akibat daripada kemarau yang melanda sejak beberapa minggu lalu.
Sehubungan itu Jabatan Alam Sekitar menasihatkan orang ramai untuk tidak melakukan
sebarang aktiviti pembakaran yang boleh memburukkan lagi keadaan.

Sumber Harian Metro Online


Kerajaan negeri dan pihak-pihak yang terlibat telah
melaksanakan melakukan operasi pembenihan awan untuk
mengawal kebakaran tersebut dan menurunkan bacaan IPU.
Menurut (Izwan Abdullah, 2024) operasi pembenihan awan
yang dilaksanakan berjaya menurunkan hujan namun gagal
meredakan pencemaran di kawasan Kimanis. Pengerusi
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD), Mohd Fuad
Abdullah berkata bacaan IPU yang diambil mencecah sehingga
200 dan hanya menurun ke paras 175 manakala bacaan pada
pagi ini adalah 158. Namun bacaan tersebut masih di dalam
kategori tidak sihat. Operasi pembenihan awan yang
menggunakan pesawat C-130 Hercules milik
TUDM melibatkan Kerjasama Tentera Udara Diraja Malaysia
(TUDM), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan
Bahagian Bekalan Air Wilayah Persekutuan Labuan. Jumlah
hujan yang berjaya dihasilkan adalah empat milimeter dengan Kebakaran hutan yang masih
berlaku. – Foto peribadi
kejayaan 67 peratus.
4
Kesan kebakaran di jalan utama Kimanis. - Foto Peribadi Laluan Kimanis – Papar – Foto Peribadi

3. KAJIAN LITERATUR
Penggunaan GIS amat penting dan signifikan dalam membantu mengenal pasti bencana
kebakaran dan boleh mengambil langkah yang efektif untuk mengurangkan kesan buruk di
masa akan datang. Beberapa kajian lepas berkaitan dengan manfaat penggunaan GIS dalam
menghadapi bencana kebakaran hutan telah dilakukan.
Menurut (Chew, Y. J., Ooi, S. Y., Pang, Y. H., & Wong, K. S., 2022), penderiaan jauh
(remote sensing) merupakan kaedah perolehan maklumat tentang sesuatu objek tanpa
memerlukan kehadiran secara fizikal. Penderiaan jauh digunakan untuk menjana peta
kerentanan kebakaran, seterusnya dapat meramal dan mengesan kejadian kebakaran hutan. Ia
juga dapat digunakan untuk menganggar kawasan yang terjejas, menilai jumlah kandungan
bahan pencemar yang dilepaskan dan menganalisis hubungan di antara kejadian jerebu dan
kadar kematian yang berlaku. Menurut (Mohd, D., & Mastura, M. (2017), pemetaan bahan
bakar amat penting dalam menentukan potensi berlakunya kebakaran hutan serta risiko
bencana tersebut. Ia juga dapat membantu dalam simulasi pergerakan serta intensiti api dalam
sesebuah kejadian. Pemetaan bahan bakar ini bermula dengan cerapan di lapangan,
pemprosesan imej satelit, pembangunan pangkalan data sehingga paparan melalui WebGIS.
Pemprosesan imej satelit SPOT-5 menghasilkan lapan kelas bahan bakar dan seterusnya
digabungkan dengan peta jenis tanah menjadikan enam belas jenis kelas bahan bakar. Hasil
pengkelasan bahan bakar ini amat bermanfaat untuk memberikan petunjuk dan amaran awal
bagi kebakaran hutan dan mengawal titik panas yang berpotensi mencetuskan kebakaran.
Menurut (Chew, Y. J., Ooi, S. Y., Pang, Y. H., & Wong, K. S., 2022) berdasarkan
kajiannya berkenaan kebakaran hutan di negeri Pahang, platform data besar Google Earth
Engine (GEE) digunakan untuk menggariskan corak temporal dan spatial kejadian kebakaran
serta pemilihan 20 tahun titik panas kebakaran bersejarah daripada set data Fire Information
for Resource Management System (FIRMS) digunakan untuk menentukan tempoh dan wilayah
berisiko tinggi di negeri Pahang. Menurut kajian (Jamaruppin et al., 2016) melalui (Chew, Y.
J., Ooi, S. Y., Pang, Y. H., & Wong, K. S., 2022) yang mengaplikasikan Suhu Kecerahan

5
Permukaan Tanah daripada jalur terma Landsat 8 10 untuk mengenal pasti kejadian kebakaran
hutan yang berlaku pada Mac 2014 di Pekan, Pahang.
Menurut (Hassan, A. H. B. M., 2008) kajian beliau mengaplikasikan remote sensing
(penderiaan jauh) dan GIS untuk mengesan titik panas, mengira indeks risiko kebakaran dan
menjana analisis spatial. Ini dapat menghasilkan sistem amaran awal dan rangka untuk
pengesanan kebakaran. Menurut (Suliman, M. D. H., Mahmud, M. A. S. T. U. R. A., & Reba,
M. N. M. (2014, February) pula, teknologi geospatial dan pemodelan matematik digunakan
untuk mengenal pasti, mengelas dan memetakan kawasan yang berpotensi terlibat dengan
kebakaran. Model matematik yang digunakan ialah Analytical Hierarchy Process (AHP),
manakala teknologi Geospatial yang terlibat termasuk penderiaan jauh, Sistem Maklumat
Geografi (GIS) dan pengumpulan data medan digital.
Menurut (Yukili, L. B., 2015), kajian beliau adalah berdasarkan kepada tiga objektif
iaitu untuk mendeteksi corak titik panas, untuk menganalisa corak indeks cuaca semasa
kejadian kebakaran bagi tempoh lima tahun (2006 – 2010), dan untuk menghasilkan peta zon
bahaya bagi kebakaran hutan di negeri Sabah khususnya. Bagi kajian ini data cuaca diperolehi
daripada Jabatan Meteorologi Malaysia dan Jabatan Perhutanan Sabah untuk menganalisis
Indeks Cuaca Perhutanan Kanada (CFWI). Data titik panas pula diperolehi daripada Moderate
Resolution Imaging Spectroradiometer (MODIS) dan Agensi Remote Sensing Malaysia
(ARSM).
Menurut (Jaffar, M., 2018), objektif kajian beliau adalah untuk mengenal pasti tahap
kemusnahan akibat kebakaran hutan di Kuala Langat, menentukan suhu permukaan dan
menentukan tumbuhan hijau yang masih ada di sana. Kemusnahan hutan dipetakan dengan
menggunakan imej satelit Landsat untuk mengesan perubahan struktur yang berlaku. Imej
satelit Landsat juga digunakan untuk mengira nisbah Pembakaran Normal (NBR) yang
merujuk kepada julat inframerah gelombang pendek (SWIR) dan julat inframerah dekat (NIR).
Nilai dNBR yang digunakan untuk menganggarkan keterukan kondisi hutan yang terbakar
ditentukan oleh perubahan dalam NBR daripada prefire kepada postfire. Normalized
Difference Vegetation Index (NDVI) pula digunakan untuk menganalisis imej yang terhasil
selepas kebakaran dan imej 2 tahun selepas berlakunya kebakaran. Ia bertujuan untuk
menentukan tahap kehijauan hutan di Kuala Langat. Menurut (Jaffar, M., 2018), semua kaedah
diproses dalam versi ArcGIS dan Erdas 2014. Melalui penggunaan teknologi GIS maka terhasil
peta suhu permukaan, peta tahap kemusnahan kebakaran dan peta Normalized Difference
Vegetation Index bagi hutan Kuala Langat.

6
4. METODOLOGI
Kajian ini menggunakan kaedah pemerhatian di lapangan dan cerapan menggunakan
GIS sebagai sumber data primer. Pemerhatian dibuat di lapangan oleh ahli kumpulan yang
tinggal berdekatan dengan kawasan kajian dan terlibat dengan kesan bencana kebakaran hutan.
Gambar-gambar kejadian dan kesan bencana tersebut berjaya diperolehi. Manakala cerapan
imej dibuat dengan menggunakan GIS (Geospatial Information System) yang merangkumi
APIMS (Air Pollutant Index Management System), Windy.com, Google Maps, GEE (Google
Earth Engine), MODIS (Moderate Resolution Imaging Spectroradiometer), Level-1 and
Atmosphere Archive & Distribution System (LAAD) dan FIRMS (Fire Informations for
Resource Management System).
Kajian literatur pula merupakan sumber kedua yang digunakan dalam kajian ini. Kajian
ini adalah dalam bentuk jurnal dan berita di atas talian. Kajian literatur berbentuk jurnal banyak
membantu memberikan maklumat yang lebih jelas tentang penggunaan GIS dalam kejadian
kebakaran hutan dan pelbagai manfaat yang boleh diperolehi daripada teknologi ini.

5. HASIL KAJIAN
Berdasarkan kepada hasil kajian menggunakan GIS mendapati bacaan IPU (Indeks
Pencemaran Udara) yang diperolehi daripada laman sesawang Jabatan Alam Sekitar – APIMS
(Air Pollutant Index Management System). Menurut portal rasmi Kementerian Kesihatan
Malaysia, IPU adalah indeks yang dibentuk berdasarkan kepada lima bahan pencemar iaitu
bahan partikel yang berukuran kurang daripada 10mm/m3 diameter, ozon, gas karbon
monoksida, gas nitrogen dioksida dan sulfur dioksida. Nilai IPU yang ditetapkan adalah nilai
0 – 50 menunjukkan status kualiti udara yang baik, 51 – 100 sederhana, 101 – 200 tidak sihat,
201 – 300 sangat tidak sihat dan 300 ke atas berstatus bahaya. Nilai bacaan IPU yang tidak
sihat akan memberi kesan kepada kesihatan kumpulan berisiko manakala bacaan IPU yang
sangat tidak sihat dan bahaya akan menjejaskan kesihatan orang ramai. Berikut adalah nilai
bacaan IPU daripada sistem APIMS yang bertarikh pada 14 Mac 2024 – 15 Mac 2024, 26 Mac
2024 – 27 Mac 2024, 28 Mac 2024 – 29 Mac 2024, 29 Mac 2024 – 30 Mac 2024, 30 Mac 2024
– 31 Mac 2024 dan 31 Mac 2024 – 1 April 2024 di kawasan Kimanis yang terlibat dengan
kejadian kebakaran hutan.

7
8
9
Sistem APIMS ini sangat bermanfaat dalam memberi informasi tentang nilai bacaan
IPU semasa di semua lokasi di Malaysia yang akan memudahkan pihak berkaitan melakukan
pemantauan dan mengambil tindakan yang sesuai dengan situasi semasa. Ia juga memudahkan
orang awam untuk mengetahui tentang kualiti udara semasa. Ini membolehkan masyarakat
mengambil langkah awal untuk mengelakkan kesihatan terjejas. Selain itu, ia juga merekodkan
bacaan IPU yang lepas yang akan memberi manfaat kepada semua terutama dalam
penyelidikan.
Hasil pemantauan melalui sistem windy.com pula menunjukkan suhu semasa dan
ramalan hujan di kawasan kajian adalah stabil. Ini adalah kesan daripada perlaksanaan
pembenihan awan yang dilakukan oleh kerajaan negeri Sabah dalam usaha untuk memadam
kebakaran dan meningkatkan kualiti udara di kawasan yang terlibat dengan bencana kebakaran
hutan ini.

MODIS (Moderate Resolution Imaging Spectroradiometer) dan Level-1 and


Atmosphere Archive & Distribution System (LAAD) diaplikasikan untuk mencari informasi
tentang bencana kebakaran yang berlaku di kawasan Kimanis. LAAD menyediakan maklumat
tentang kebakaran yang terjadi di permukaan bumi dan memaparkan kualiti berdasarkan setiap
piksel. Ia terhasil daripada kedua-dua input pemantulan permukaan harian terbitan Terra dan
Aqua MODIS. Algoritma pula menganalisis dinamik pemantulan permukaan harian untuk
mengesan perubahan yang pantas dan menggunakan maklumat tersebut untuk mengesan tarikh
anggaran kebakaran dan memetakan takat ruang kebakaran. Ia menyediakan maklumat
penilaian kualiti yang pelbagai dan skor penilaian kualiti ringkasan tunggal untuk setiap piksel.
Algoritma menambah baik kaedah sebelumnya dengan menggunakan pendekatan pengesanan
10
perubahan berasaskan model BRDF untuk mengendalikan variasi sudut dalam data dan
menggunakan ukuran statistik untuk mengenal pasti kebarangkalian perubahan daripada
keadaan yang diperhatikan sebelum ini.

GEE (Google Earth Engine) juga digunakan untuk mencari informasi di lokasi
kejadian. GEE merupakan satu platform untuk menganalisis dan visualisasi data geospatial
yang dimodenkan daripada remote sensing. Ia bermanfaat dalam mengakses data imejan satelit
dan data petabait dalam jumlah yang besar dan sentiasa dikemaskini. Ia mempunyai API
(Application Programming Interface) yang tersedia untuk Java dan Phyton. Ini akan
memudahkan pengguna menjalankan pemprosesan data yang lebih kompleks mengikut
kehendak mereka. GEE juga menawarkan maklumat dengan set data yang berskala petabyte.
Selain itu juga, GEE membolehkan pengguna menganalisis geospatial data yang telah lama
direkodkan dan disimpan di dalam arkib dan pengguna boleh mendapatkannya serta
menganalisis data lama tersebut. Maka pengguna boleh melihat perbezaan yang telah berlaku.
GEE juga digunakan oleh para saintis dan orang ramai untuk membuat penyelidikan
menggunakan remote sensing, meramalkan sesuatu bencana alam, penyebaran penyakit,
pengurusan sumber manusia dan alam dan pelbagai manfaat yang lain.

11
Imej kesan kebakaran di kawasan Kimanis yang diperolehi daripada GEE (Google Earth Engine)

Imej kesan kebakaran di kawasan Kimanis yang diperolehi daripada GEE (Google Earth Engine)

12
FIRMS (Fire Informations for Resource Management System) digunakan untuk
melihat lokasi yang terbakar. FIRMS mengandungi maklumat tentang kebakaran dalam bentuk
imej yang mudah difahami. Ia juga mampu menunjukkan keadaan semasa tentang kebakaran
aktif di seluruh dunia menggunakan produk standard MODIS MOD14/MYD14 Fire and
Thermal Anomalies. Setiap lokasi kebakaran aktif mewakili centroid piksel 1km yang
ditandakan oleh algoritma yang terdapat satu atau lebih kebakaran dalam piksel. Data
dirasterkan dengan merujuk kepada setiap titik api aktif FIRMS dan kemudian kotak sempadan
(BB) 1km ditentukan. Piksel dalam unjuran sinusoidal MODIS yang bersilang dengan FIRMS
BB akan dikenal pasti. Jika berbilang FIRMS BB bersilang dengan piksel yang sama, yang
mempunyai kecenderungan yang lebih tinggi akan dikekalkan. Manakala dalam kes yang sama,
yang lebih cerah akan dikekalkan. Data dalam set data yang hampir dengan masa nyata tidak
dianggap sebagai kualiti sains.
Berikut adalah imej-imej yang diperolehi daripada FIRMS;

13
14
Merujuk kepada imej daripada FIRMS, dapat dilihat titik-titik kebakaran pada imej
yang dicerap. Imej pada tarikh 29 Mac 2024 menunjukkan terdapat tompok kebakaran di
kawasan Kimanis dan kawasan sekitarnya. Pada tarikh 30 Mac 2024 pula menunjukkan tompok
kebakaran semakin bertambah akibat daripada kebakaran yang merebak di kawasan berkenaan.
Seterusnya pada tarikh 31 Mac 20244 kelihatan tompok kebakaran yang semakin berkurangan.
Imej seterusnya merupakan imej semasa yang menunjukkan tiada tompok kebakaran di
kawasan Kimanis dan kawasan sekitarnya.
Hasil kajian mendapati penggunaan GIS dapat membantu menganalisis kawasan yang
berpotensi untuk terjadinya bencana dan ia mampu untuk membantu meramalkan kejadian
tersebut. Maklumat daripada GIS adalah menyeluruh. Menurut (Jais, N. F. M., & Ismail, K.,
2023) penggunaan GIS untuk mengenal pasti kawasan berisiko berlakunya bencana lebih
informatif dan mudah digunakan. Menurut (Nasir, 2010) melalui (Jais, N. F. M., & Ismail, K.,
2023) GIS ditakrifkan sebagai himpunan teknologi yang berupaya untuk mengutip,
manyimpan dan menganalisis data melalui data model yang dikehendaki. Menurut (Siddik et
al., 2023) melalui (Jais, N. F. M., & Ismail, K., 2023) juga menakrifkan sistem maklumat
geografi sebagai sistem berkomputer yang diaplikasikan untuk mengambil, mengurus dan
memproses data ruangan.
Dalam konteks geografi, ruangan merujuk kepada ciri-ciri fizikal yang terdapat di
permukaan bumi atau ciri-ciri buatan manusia seperti jalan, bangunan dan tempat kediaman.
GIS merupakan instrumen yang penting dan berkesan bagi pengumpulan data, penyimpanan,
pemprosesan, analisis dan mempunyai hasil paparan yang berbeza mengikut matlamat yang
dikehendaki. Elemen ini menjadikan ia sebagai gabungan di antara data geografi, kepakaran
dan teknologi ICT yang menyumbang kepada pembangunan dan peningkatan kehidupan
manusia.
Pemprosesan dan pengubahan data juga boleh dilaksanakan dengan memuatkannya di
dalam aplikasi WebGIS. WebGIS ini dilengkapi dengan maklumat ruang seperti peta sempadan
pentadbiran, bahan bakar, guna tanah, jenis tanah serta lain-lain data reruang yang tersimpan
di dalam pengkalan data GIS yang telah dibina. Ia juga turut dilengkapi dengan ciri-ciri analisis
GIS yang tersedia ada seperti pertanyaan ruang, penampanan dan pengukuran jarak.
Kelengkapan dan kemudahan ini dapat membantu pengguna membuat keputusan dengan tepat
kerana ia hampir menyamai situasi sebenar. Sebagai contoh, pengguna dapat bertindak
berdasarkan keputusan yang dibantu oleh kemudahan yang terkandung di dalam WebGIS ini
seperti penindanan antara titik panas dan peta potensi berlaku kebakaran, mengukur jarak
sumber air terdekat dengan titik panas, penampanan jarak kemampuan kemerebakan api serta
mengetahui kawasan persempadanan yang terlibat.
Pangkalan data GIS dibangunkan bagi membantu proses menguruskan data GIS secara
berkesan dan strategik. Terdapat juga 10 komponen utama yang mengandungi lapisan data GIS
iaitu guna tanah, jenis tanah, litupan tanah, sistem pengangkutan, kepadatan penduduk, bahan
bakar, jenis hutan, topografi, parameter cuaca, hidrologi dan pentadbiran serta sempadan yang
dipilih. Komponen ini akan memudahkan pihak berwajib untuk mengambil langkah yang
bersesuaian dengan keadaan persekitaran terutama bagi kawasan yang mempunyai penempatan
manusia.

15
Hasil daripada teknologi GIS ini menyumbang kepada langkah pencegahan yang boleh
dilaksanakan dalam bencana yang melibatkan kebakaran hutan. Antara contoh langkah
pencegahan yamg dibentuk adalah melalui kajian (Prayoga, M. B. R., Karuniasa, M., &
Frimawaty, E., 2022) dalam illustrasi di bawah;

Skema pemanfaatan teknologi dalam rangkaian kegiatan penanganan bencana hutan dan tanah. -
Prayoga, M. B. R., Karuniasa, M., & Frimawaty, E. (2022)

Kesimpulannya, GIS merupakan teknologi yang dapat membantu dalam proses


perancangan, pembuatan keputusan dan perlaksanaan dasar kerajaan. GIS mempunyai manfaat
yang sangat besar dalam memudahkan urusan kehidupan manusia, memudahkan urusan
penyelidikan, meningkatkan kemajuan dalam pelbagai bidang dan membantu meningkatkan
kualiti hidup manusia. Teknologi GIS juga mampu mengurangkan kadar keterukan atau
kemusnahan sesuatu bencana dengan ramalan yang boleh dilakukan yang membolehkan
langkah pencegahan dan langkah awal dibentuk oleh pihak yang berkaitan. Ini menunjukkan
bahawa teknologi GIS mempunyai kepentingan yang signifikan terhadap kehidupan manusia.

16
6. KESIMPULAN/RUMUSAN
Kebakaran hutan yang tidak terkawal boleh mengubah ekosistem hutan dan
menjejaskan sosial, ekonomi dan alam sekitar. Menurut (Pingking, A., & Hussin, R., 2023)
hutan perlu diuruskan mengikut prinsip pengurusan hutan lestari, memulihara hutan untuk
pertumbuhan yang mampan agar manusia, haiwan dan hidupan lain mendapat manfaat dan
mengoptimumkan fungsinya. Usaha yang dilaksanakan mestilah berpandukan kepada
matlamat Sustainable Development Goals (SDG) untuk menjadikan hutan sebagai kawasan
yang mampan. Justeru itu, kebakaran hutan perlu dicegah dan dikawal untuk menjaga
kelestarian alam sekitar
GIS amat signifikan dalam membantu menyelesaikan masalah berkaitan bencana
kebakaran. Melalui pemetaan kawasan bencana kebakaran, lokasi berkenaan dapat dikenal
pasti untuk mencegah kejadian kebakaran daripada berulang. Implikasi buruk dapat
diminimumkan dengan perlaksanaan pengurusan bencana yang berkesan. Mekanisme
pengurusan bencana yang berkesan juga boleh dibangunkan melalui sistem amaran awal yang
sesuai dan sistem penyampaian yang cekap. Matlamat ini dapat dicapai dengan penggunaan
Geospatial Information System (GIS).

17
7. RUJUKAN
APIMS – Air Pollutant Index of Malaysia. https://apims.doe.gov.my/api_table.html
Bernama, (14 Mac 2024). Sabah rekod 961 kes kebakaran terbuka sejak Januari hingga kini -
Pengarah Bomba. Astroawani. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/sabah-
rekod-961-kes-kebakaran-terbuka-sejak-januari-hingga-kini-pengarah-bomba-462255
Bernama, (14 Mac 2024). Kimanis alami kualiti udara tidak sihat, Papar diisytihar kawasan
bencana. SelangorKini. https://selangorkini.my/2024/03/kimanis-alami-kualiti-udara-
tidak-sihat-papar-diisytihar-kawasan-bencana/
Bernama, (14 Mac 2024). Kimanis alami kualiti udara tidak sihat. Harian Metro.
https://www.hmetro.com.my/amp/mutakhir/2024/03/1069937/kimanis-alami-kualiti-
udara-tidak-sihat
Chew, Y. J., Ooi, S. Y., Pang, Y. H., & Wong, K. S. (2022). A Review of forest fire combating
efforts, challenges and future directions in Peninsular Malaysia, Sabah, and
Sarawak. Forests, 13(9), 1405.
Chew, Y. J., Ooi, S. Y., Pang, Y. H., & Wong, K. S. (2022). Trend Analysis of Forest Fire in
Pahang, Malaysia from 2001-2021 with Google Earth Engine Platform. J. Logist.
Informatics Serv. Sci, 9(4), 15-26.
HASMADI, I. M., & IMAS, S. S. 2010. Journal of GIS Trends.
Hassan, A. H. B. M. (2008). Early Detection of Potential Forest Fires Using Satellite Remote
Sensing Techniques (Doctoral dissertation, A Thesis Submitted In Fulfillment of The
Requirements For The Award of the degree of Master of Science (Remote Sensing).
Izwan Abdullah, (30 Mac 2024). Pembenihan awam gagal redakan pencemaran udara di Papar,
Kimanis. Berita harian.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/03/1229582/pembenihan-awam-
gagal-redakan-pencemaran-udara-di-papar-kimanis
Jaffar, M. (2018). Burn severity in Kuala Langat forest using: remote sensing
technique (Doctoral dissertation, Universiti Teknologi Mara Perlis).
Jais, N. F. M., & Ismail, K. (2023). Potensi dan Cabaran Implimentasi Teknologi Sistem
Maklumat Geografi (GIS) di Peringkat Pra-Universiti di Malaysia. GEOGRAFI, 11(2),
67-80.
Mohd, D., & Mastura, M. (2017). Fuel mapping for forest fire management in Peninsula
Malaysia. Geografia. Malaysian Journal of Society and Space, 13(2), 65-74.
Pingking, A., & Hussin, R. (2023). CABARAN PEMULIHARAAN HUTAN MELALUI
PENDEKATAN PENGLIBATAN KOMUNITI DAN PIHAK BERKEPENTINGAN
DI MALAYSIA DAN INDONESIA: TINJAUAN LITERATUR. Journal of Borneo
Social Transformation Studies, 9(1), 1-17.

18
Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia http://www.myhealth.gov.my/jerebu-a-
kesihatan/
Prayoga, M. B. R., Karuniasa, M., & Frimawaty, E. (2022). Pengamatan kondisi fisik lahan
gambut untuk memperkuat mitigasi bencana kebakaran hutan dan lahan di Provinsi
Riau. EnviroScienteae, 18(2), 12-22.
Suliman, M. D. H., Mahmud, M. A. S. T. U. R. A., & Reba, M. N. M. (2014, February).
Mapping and analysis of forest and land fire potential using geospatial technology and
mathematical modeling. In IOP Conference Series: Earth and Environmental
Science (Vol. 18, No. 1, p. 012034). IOP Publishing.
Yukili, L. B. (2015). Forest Fire Hazard Rating Assessment Mapping In Sabah, Malaysia.

19

You might also like