(AMALI DAKWAH) Sasaran Dakwah Terhadap Golongan Belia

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

NAMA:

NURUL FARHANA NAJWA BINTI SUKIMAN

NOMBOR MATRIK:

PIB 18107

SUBJEK:

LATIHAN AMALI DAKWAH

(IDI3113)

TAJUK:

SASARAN DAKWAH TERHADAP GOLONGAN BELIA

NAMA PENSYARAH:

DATO’ DR. HJ. AHMAD MUNAWAR BIN HJ. ABDUL JALIL

IJAZAH SARJANA MUDA DAKWAH ISLAMIAH

SEMESTER 5

2020/2021
1
SASARAN DAKWAH
TERHADAP GOLONGAN BELIA DI MALAYSIA

1.0 DEFINISI DAN PERANAN BELIA DI MALAYSIA

Belia adalah mereka yang berumur 15 hingga 40 tahun (Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan
Belia 2007 dalam Akta 668). Walaubagaimanapun, mengikut Dasar Belia Malaysia, takrifan umur
belia baharu pada tahun 2018 ialah di antara 15 tahun dan sebelum mencapai umur 30 tahun.
Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Di antara peranan-peranan belia di Malaysia ialah:

➢ Membina nilai dan sahsiah diri


➢ Membina ekonomi dan pembangunan negara
➢ Membina kepimpinan negara

2.0 MASALAH BELIA DAN PUNCANYA DI MALAYSIA

Islam berkehendak kepimpinan belia yang perlu menoleh kembali sejarah perjuangan. Kepimpinan
belia perlu menganalisis cabaran semasa untuk membentuk misi dan visi di masa akan datang.
Kepimpinan seperti inilah yang akan membuka kesedaran tentang betapa mahalnya nilai
perpaduan, toleransi, memahami perselisihan pendapat, faham menguruskan perubahan dan
musyawarah bagi memanifestasikan Islam.

Diketahui umum bahawa di zaman belialah yang memiliki banyak permasalahan seperti
cemas, tegang dan suka duka yang mempengaruhi kehidupan mereka. Di antara masalah-masalah
yang sering berlaku ialah gejala Black Metal, dadah, rempit, lepak sambil menonton video lucah,
hubungan seks dan lain-lain lagi. Seperti Black Metal yang sanggup membakar al-Quran dan di
dalamnya juga terdapat dua kelompok lagi iaitu Red Metal dan Rose Metal. Red metal ialah
menandakan lengan mereka dengan menggunakan pisau dan diukir pelbagai nama termasuklah
nama teman wanita mereka. Manakala, Rose Metal bermaksud ‘gigitan cinta’ (love bite) dan
menampalkannya menggunakan plaster.

2
Jika hendak dirungkaikan satu per satu berkenaan gejala yang melanda golongan belia
tidak dapat dinafikan amatlah banyak dan di antara punca-punca yang telah berlaku ialah kesan
pembangunan yang tidak seimbang, pengaruh budaya asing dan kurang penghayatan agama.
Selain terlibat dengan pelbagai kesalahan dan masalah berikut, kehidupan mereka juga mempunyai
masalah kerenggangan hubungan sesama keluarga, di mana hidup mereka dikecam dan terbiar
sehingga membawa mereka dalam pengaruh rakan sebaya yang kurang sihat.

3.0 METODE DAKWAH TERHADAP GOLONGAN BELIA DI MALAYSIA

Pendakwah perlu bijak memikat hati anak muda. Terdapat tiga pendekatan dakwah yang boleh
digunakan iaitu pendekatan Maw’izah al-Hasanah, Mujadalah al-Husna dan Dakwah Bil Hal.

Pendekatan Maw’izah al-Hasanah bermaksud, dalam mendekati golongan belia ini


hendaklah melalui nasihat, peringatan atau pengajaran yang baik di mana apabila di ungkapkan
kata-kata adalah dengan sopan dan beradab serta disampaikan dengan cara yang baik serta lemah
lembut. Pendekatan ini amatlah bersesuaian kerana dapat membuka hati belia dengan cara yang
baik dan berhemah sehingga mereka merasakan pendakwah benar-benar ikhlas ingin
membantunya. Pengisian yang boleh di bawa adalah seperti mendekatkan lagi mereka dengan
golongan pendakwah, di samping menggunakan media sosial sebagai tempat menyebarkan kata-
kata nasihat dalam bentuk video ringkas atau poster yang menarik.

Pendekatan Mujadalah al-Husna pula ialah perbincangan atau dialog antara pendakwah
dengan kata-kata yang lembut dan menzahirkan rasa kasih dan sayang. Pendakwah perlu
menunjukkan rasa hormat dengan mengharapkan mereka akan mendapat manfaat dan hidayah
hasil perbincangan itu. Selain itu, pendekatan ini juga bukanlah bersifat untuk mendapatkan
kemenangan. Akan tetapi untuk menegakkan kebenaran dan menumpaskan kebatilan. Matlamat
pendekatan ini adalah untuk memperkayakan idea pemikiran dan ilmu pengetahuan serta
memperdalamkannya ke dalam golongan belia. Tidak kurang juga, sentiasa membuat sesi
perbincangan di aplikasi Youtube, Instagram, Facebook dan pelbagai lagi.

Akhir sekali ialah dakwah bil hal yang mana ia boleh digunakan terhadap golongan belia
dengan membuatkan belia merasa segan dan kagum terhadap pendakwah dan akhirnya mendorong
mereka melakukan perubahan.

You might also like