Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

MORAL FORUM

Maksud lirik Lagu Negaraku:

PANEL 3

Berdasarkan perkongsian daripada Jabatan Penerangan Malaysia, terdapat lima maksud yang boleh
diperoleh daripada lirik lagu Negaraku. Pertama sekali, lagu Negaraku menyeru rakyat daripada
pelbagai kaum, agama dan sosiobudaya hidup bersatu padu dan mengejar pelbagai kemajuan.
Keduanya, lagu ini dapat memohon rahmat dan kebahagiaan daripada Tuhan untuk kesejahteraan
raja, rakyat dan negara Malaysia. Ketiganya, semasa rakyat menyanyi lagu Negaraka, juga dapat
berdoa kepada Tuhan demi keselamatan negara. Seterusnya, lagu ini menuntut kita supaya
bersyukur, taat kepada raja dan sanggup berkorban demi mempertahankan negara. Tambahan pula,
lagu Negaraku menggambarkan kesetiaan rakyat yang tidak berbelah bagi kepada tanah air.

Peranan Lagu Negaraku:

Panel 3

Di samping itu, lagu kebangsaan turut memainkan peranan penting bagi negara. Terdapat enam
peranan lagu Negaraku yang paling utama Pertamanya, rakyat dapat meningkatkan ketaatan dan
kesetiaan kepada Raja dan Negara. Keduanya, lagu Negaraku boleh menyerlahkan semangat patriotic
dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum. Ketianya, lagu Negaraku dapat menyatukan rakyat
Malaysia yang berbilang kaum. Seterusnya, la dapat memupuk perpaduan dan keharmonian. Selain
itu, lagu Negaraku meningkatkan usaha untuk memajukan diri sendiri supaya Malaysia dapat
bersaing dengan negara lain. Tambahan pula, lagu Negaraku merupakan lambang kemegahan dan
kebanggaan rakyat Malaysia. Oleh itu, kita mestilah menghargai lagu Negaraku kerana ia dicipta oleh
nenek moyang kita. Kesanya, negara melangkah ke arah yang baik, juga membawa kemajuan yang
pesat.

You might also like