Aset 1

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Page |1

SEK. KEB. BATU 9, JALAN BOMBA


45500 TANJONG KARANG
SELANGOR
____________________________________________________________

MINIT MESYUARAT
JAWATANKUASA PENGURUSAN ASET ALIH DAN STOR KERAJAAN
BIL. 1/2024

Tarikh : 19 MAC 2024


Masa/Hari : 2.30 petang/ Selasa
Tempat : Bilik Mesyuarat Sek. Keb. Batu 9, Jalan Bomba

Kehadiran :

TN. HAJI RAMLI B. HJ. MAT NAWAWI ................................... Pengerusi (Guru Besar)
PN. SHAHARATUL ‘AQIDAH BT. OMAR ….Pegawai Pemeriksa Pelupusan (GPK
Pentadbiran)
EN. AZLAN B. MAT................................................. GPK HEM
TN. HAJI ILLIYASZAIDI BIN HARUN............... GPK KoKurikulum
PN. HIRDAWATI BT. MISRI ………………………GPK PPKI
EN. MAZHAIDI B. TOHID…............................... Setiausaha (Pegawai Aset)
CIK ROHANIAR MOHD RADZI ......................... Pegawai Penerima
PN. ERMA ERYANTI MOHD SANIF .................. Pegawai Pemeriksa
PN. NOR AZLIN BT. MOHAMED APANDI ……. Pegawai Pemeriksa Aset Alih
Pegawai Pemeriksa Pelupusan Aset Alih
PN. NOR ANA BT. ZAWAWI
PN. NOOR AFIFAH BT. MOHD BAHARUDDIN
PN. NORAIDAH BT. HASHIM
SEMUA KETUA PANITIA
SEMUA GURU KELAS

4
Page |2

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI


Pengerusi mengalu-alukan kedatangan semua ahli jawatankuasa kerana dapat hadir
pada mesyuarat kali pertama bagi tahun 2024 ini.

2.0 PERLANTIKAN JAWATANKUASA PENGURUSAN ASET ALIH DAN STOR KERAJAAN


(JKPAK)
Ahli mesyuarat telah berbincang dan bersetuju atas perlantikan pegawai-pegawai
berikut bagi sesi 2024:

2.1 Pegawai Aset:


Ahli mesyuarat bersetuju untuk meneruskan melantik En Mazhaidi sebagai
Pegawai Aset bagi sesi 2024.

2.2 Pegawai Pemeriksa Aset:


Ahli mesyuarat bersetuju untuk melantik Pn Erma
Eryanti dan Pn Nor Azlin sebagai Pegawai Pemeriksa Aset bagi sesi 2024.

2.3 Pegawai Penerima Aset:


Ahli mesyuarat bersetuju untuk melantik Cik Rohaniar sebagai Pegawai
Penerima Aset bagi sesi 2024.

2.4 Pegawai Pemeriksa Pelupusan Aset:


Ahli mesyuarat bersetuju untuk melantik Pn. Ragayah selaku GPK Pentadbiran
sebagai Pegawai Pemeriksa Pelupusan Aset bagi sesi 2024

2.5 Lembaga Pemeriksa Pelupusan Aset:


Ahli mesyuarat bersetuju untuk melantik Pn Noor Afifah, Pn Nor Ana dan Pn.
Noraidah sebagai Lembaga Pemeriksa Pelupusan Aset bagi sesi 2024.

2.6 Ahli-ahli Lain:


Ahli mesyuarat bersetuju untuk melantik semua guru kelas dan ketua panitia
sebagai ahli jawatankuasa yang terlibat dalam pengurusan aset alih kerajaan di
sekolah.

4
Page |3

3.0 KEDUDUKAN SEMASA ASET ALIH KERAJAAN


Kedudukan semasa aset alih kerajaan dibentangkan.

4.0 LAPORAN PEMERIKSAAN ASET ALIH KERAJAAN

4.1 Pemeriksaan aset alih kerajaan telah dilakukan di setiap kelas dan bilik-bilik khas
pada awal bulan Januari. Rekod juga telah dicatat pada Borang KEW.PA-7 dan
sedang dikemaskinikan dari masa ke semasa.

4.2 Setiap salinan Borang KEW.PA-7 telah diedarkan kepada semua guru kelas dan
ketua panitia untuk dipamerkan di kelas dan bilik panitia masing-masing.

4.3 Namun begitu, masih ada lagi beberapa bilik-bilik khas yang akan dikemaskinikan
aset alih kerajaan yang ada kerana adanya pertambahan aset dalam bilik-bilik
tersebut.

5.0 LAPORAN PENYELENGGARAAN ASET ALIH


-Tiada
6.0 LAPORAN PINDAH ASET ALIH
- Tiada
7.0 LAPOPRAN PELUPUSAN
- Tiada
8.0 LAPORAN HAPUS KIRA
- Tiada
9.0 PENGURUSAN ASET HIDUP
-Tiada
10.0 PENGURUSAN ASET TAK KETARA
-Tiada
11.0 PENGURUSAN STOR
-Tiada
12.0 PERANCANGAN PENYELENGGARAAN DAN PELUPUSANM ASET DAN STOK
-Tiada
13.0 HAL- HAL LAIN PENGURUSAN ASET DAN STOR
Guru kelas meminta agar tempat untuk mempamerkan borang KEW.PA-7 di setiap kelas
diselaraskan agar kelihatan sama bagi setiap kelas.

4
Page |4

11. 0 PENUTUP
Pengerusi mengucapkan terima kasih kerana telah menjayakan mesyuarat kali pertama
ini. Diharapkan agar dapat member kerjasama yang padu bagi menjalankan pengurusan
aset alih kerajaan dengan cemerlang. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.30 petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

………………………………………………….. ………………………………………………………
(MAZHAIDI B. TOHID) (TN HJ RAMLI B. HJ MAT NAWAWI)
Setiausaha, Pengerusi,
Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih dan Stor Kerajaan, Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih dan Stor Kerajaan,
Sek. Keb. Batu 9, Jalan Bomba, Sek. Keb. Batu 9, Jalan Bomba,
Tanjong Karang. Tanjong Karang.

You might also like