Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 10

P E R A N A N M U H A JI R I N & A N S A R

B AGI ME NGU KU KAN NE GAR A


IS LAM MAD INAH
PE NGE NALAN
Apa itu Muhajirin dan Ansar ?
-Muhajirin merupakan pengikut Nabi Muhammad
yang berhijrah dari Makkah ke Madinah.Istilah
Muhajirin berasal daripada perkataan hijrah,
penghijrahan; orang yang berhijrah dipanggil al-
Muhajir .
-Ansar ialah penduduk Madinah, khususnya
daripada kaum Aus dan Khazraj yang telah
memeluk agama Islam.Mereka membantu Nabi
Muhammad sebelum dan selepas berhijrah ke
Madinah (622M).Golongan Ansar bersama
Muhajirin telah menegakkan negara Islam
Madinah.Golongan Ansar banyak berkorban, sama
ada dari segi harta benda, tenaga dan jiwa raga
untuk mengembangkan agama Islam .
PE R ANAN MU H AJIR IN
Menerima dan mempertahankan Islam
-Antara peranan Muhajirin di Mekah ialah menerima
dan mempertahankan Islam walaupun menerima
tentangan yang hebat daripada kaum musyrikin
Mekah. Mereka adalah kelompok pertama
menerima Islam dan mempertahankan keutuhan
Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad.
-Mereka sanggup menerima tentangan sama ada
dalam bentuk fizikal dan mental. Mereka menerima
pelbagai ejekan, penghinaan, kata nista, penyeksaa
dan pembunuhan Sebagai contohnya, tokoh-tokoh
seperti Abu Bakar al-Siddiq, Zubair bin Awwam,
U thman bin Affan, Ali bin Abi Talib dan lain-lain
adalah pendukung Islam semasa dakwah secara
sulit di Mekah. Tegasnya, mereka sanggup
menghadapi segala rintangan dan penentangan
daripada kaum musyrikin Q uraisy bagi memastikan
Islam terus tertegak dan berkembang.
Membantu dalam urusan keagamaan dan
dakwah .

-D isamping itu, peranan golongan Muhajirin di


Madinah ialah membantu Nabi Muhammad S.A.W .
dalam urusan keagamaan dan dakwah. Golongan
Muhajirin merupakan pembantu utama Nabi
Muhammad S.A.W . di Madinah khususnya dalam
urusan keagamaan dan pentadbiran.Muhajirin
berperanan dalam mengembangkan dakwah Islam.
Mereka bersama Nabi Muhammad S.A.W . menjalankan
dakwah secara terbuka di Madinah. H asilnya umat
Islam berjaya membina Masjid di tengah-tengah Kota
Madinah dan dapat melakukan ibadat secara
terbuka. Tegasnya, peranan golongan Muhajirin
semasa dakwah Nabi Muhammad S.A.W . di Madinah
dapat membantu penduduk Madinah mendalami
ajaran Islam.
PE R ANAN ANS AR
Menerima dan menyokong ajaran Nabi
Muammad

-Mereka menyatakan kesanggupan menerima Islam


dalam Perjanjian Aqabah 1 dan 2, dalam keadaan
golongan musyrikin Mekah melancarkan
penentangan yang keras. Mereka berikrar untuk
berjuang bersama-sama Nabi Muhammad
S.A.W . Buktinya, mereka bertanggungjawab
membawa dan menyebarkan agama Islam di
Madinah. Kesannya, agama ini telah berkembang di
Madinah dan golongan Ansar saling berganding
bahu dengan golongan Muhajirin dalam
mempertahankan Islam.
Menyumbang harta benda dan buah
fikiran

-Sebagai penduduk tempatan, mereka turut


menyumbangkan harta benda dan buah fikiran dalam
menjayakan perjuangan dan perkembangan Islam
termasuk menyertai perjuangan jihad.Golongan Ansar
juga menyumbangkan harta benda dalam menghadapi
serangan musuh Islam. Sebagai contoh, Salman al-Farisi
mencadangkan pembinaan parit dalam Perang
Khandak. Tegasnya, mereka telah memainkan peranan
penting dalam merperjuangkan dan membangunkan
negara Islam Madinah.
T E R IMA KAS IH

You might also like