Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

HUJAH KERAJAAN

( KEBURUKAN )

1. ROKOK ELEKTRONIK TIDAK SELAMAT UNTUK KESIHATAN


- Menurut Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk DR. Muhammad Radzi Abu Hassan ( Majalah
Sihat Afiat ) vape dapat menurunkan sistem imunisasi badan di mana cecair vape juga
mengandungi pelbagai perisa berbahaya dan menunjukkan sitotoksisiti ( cecair yang mampu
membunuh sel paru-paru, otak dan sel kulit yang tinggi )
- jika sel dalam badan dimusnahkan, bagaimana sistem imunisasi badan kita akan sihat ?
- Selain itu, menurut kajian oleh Universiti Pittsburgh mendapati menghisap e-rokok berperisa
pudina boleh menyebabkan fungsi paru-paru menjadi lebih lemah berbanding perisa tanpa
mentol, lapor United Press International (UPI).
- Penyelidik mendapati cecair e-rokok yang mengandungi mentol menghasilkan lebih banyak
zarah mikro toksik dalam paru-paru berbanding tanpa mentol kerana antara 2.5 juta belia
yang mengambil e-rokok pada 2022, perisa pudina dan mentol merupakan pilihan paling
popular.

2. KANDUNGAN CECAIR MERBAHAYA


- Bahan-bahan yang terkandung di dlm cecair rokok elektronik apabila dipanaskan akan
menghasilkan bahan kimia yang boleh memberi kesan keradangan kepada lapisan paru-paru
dan menyebabkan penyakit EVALI ( E-cigarette or Vaping Use-Associated Lung Injury ).
- Pada tahun 2019, Menteri Kesihatan Malaysia Khairil Jamaluddin berkata EVALI mula
didianosa di Amerika menyebabkan 2,800 kes kecederaan paru-paru dan 68 kematian
disahkan melibatkan pengunaan rokok elektronik
- Manakala di Malaysia pula, kes EVALI dilaporkan sebanyak 12 kes pada 2021.

3. KANDUNGAN NIKOTIN TINGGI


- Kandungan nikotin yang terdapat dalam vape adalah dadah yang sama yang menyebabkan
ketagihan dalam rokok biasa, shisha, ceruk atau produk tembakau yang lain.
- Walau bagaimanapun tahap nikotin tidak sama dalam rokok elektronik dan kadangkala label
produk tidak menyenaraikan kandungan nikotin yang sebenar.
- Kandungan nikotin dalam rokok elektonik boleh merbahayakan perkembangan otak remaja,
otak manusia akan terus berkembang sehingga usia 25 tahun.penggunaan nikotin bagi
golongan remaja boleh merosakkkan bahagian otak yang mengawal tumpuan,
pembelajaran, mood dan kawalan impulse. Penggunaan nokotin juga boleh meningkatkan
ketagihan kepada dadah atau seumpamanya pada masa akan datang
- Pada tahun 2020, satu kajian telah dijalankan untuk menilai kesan penggunaan rokok
elektronik . Hasil daripada kajian tersebut didapati nikotin meningkatkan kadar denyutan
jantung dan tekan darah diastolik. Ini boleh menyebabkan serangan jantung dan strok dalam
kalangan perokok elektronik.
- Penggunaan rokok elektronik dikalangan remaja juga menyebabkan bronkotis kronik dan
memburukkan gejala asma seterusnya kecenderungan berlaku kecedederaan paru-paru.
4. VAPE RISIKO BUKAN PEROKOK MENJADI PEROKOK
 Menerusi penulisan, Pn. Nur Azima Mat Zin dari Pusat Kesihatan Universiti ( UMT ),
kajian telah menunjukkan rokok elektronik dan Vape merupakan satu ‘Gateway’
untuk golongan kanak-kanak memulakan tabiat merokok (Brian A et al. 2015).
 Remaja yang menggunakan rokok elektronik adalah berisiko untuk menukar kepada
tabiat merokok jika dibandingkan dengan remaja yang tidak merokok (Bunnel, et al.
2015).
 Pemerhatian melalui media sosial di Malaysia mendapati ramai golongan wanita
yang telah mula mencuba amalan vaping.

HUJAH PEMBANGKANG
( KEBAIKAN )

1. INDUSTRI ROKOK ELEKTRONIK DAPAT MENINGKATKAN EKONOMI NEGARA

 INDUSTRI vape atau rokok elektronik yang mula memasuki pasaran Malaysia secara
agresif sejak 2010 dengan kini dianggarkan bernilai RM2.27 billion.
 Pada masa ini juga sebanyak 3,300 entiti perniagaan terlibat dengan 15,000 peluang
Pakar-pakar ekonomi meramalkan ia bakal berkembang hingga mencecah RM10
bilion dalam masa beberapa tahun lagi, terutama jika diberikan rangsangan
munasabah oleh kerajaan. Pada mata kasar memang industri ini dimomokkan
dengan elemen negatif.
 Tetapi industri vape akan berada di landasan yang betul jika ia dikawal selia melalui
satu peraturan yang komprehensif dan mampu mencecah RM10 bilion setahun ia
bukan sesuatu yang kecil. Dengan saiz perniagaan sebesar itu, ia mampu menjadi
sumber hasil baharu kepada kerajaan bagi menampung kemerosotan dalam industri
lain ekoran pandemik Covid-19.
 Pada masa sama ia juga mampu meningkatkan pembabitan bumiputera dalam
perniagaan dan membuka peluang pekerjaan di kalangan golongan muda.

2. BANYAK PILIHAN REKAAN BERGAYA MOD & PERISA VAPE TERSEDIA

 Rokok elektronik datang adalah pelbagai reka bentuk dan bentuk. Anda boleh
memilih daripada pelbagai warna, bentuk dan saiz yang sesuai untuk pelbagai majlis.
 Pilihan lain dengan kapasiti bateri tinggi dan tangki e-cecair seperti mod vape juga
tersedia. Sama ada anda memerlukan yang kelihatan seperti paip atau mata bola,
terdapat pilihan yang sesuai dengan keperluan anda.
3. VAPE KURANGKAN KETAGIHAN MEROKOK
 Di United Kingdom setiap tahun lebih 50,000 perokok menghentikan tabiat itu
melalui bantuan produk vape. Yang penting industri ini perlu dikawal selia melalui
peraturan yang lengkap. Daripada kaji selidik yang dilakukan, 80 peratus rakyat
Malaysia mahukan kerajaan bertindak mengawal selia industri vape.
 Kajian terbaharu yang dikeluarkan sebuah organisasi kesihatan awam di United
Kingdom yang dikenali sebagai Kesihatan Awam England (PHE) telah mengesahkan
bahawa vape atau rokok elektronik (e-rokok) adalah kaedah berkesan membantu
perokok berhenti merokok.
 Laporan yang dikeluarkan PHE pada akhir Febuari lalu itu turut memaklumkan
bahawa menghisap vape adalah 95 peratus kurang bahaya daripada rokok
tradisional.
 Berdasarkan laporan itu juga, lebih daripada 50,000 perokok berhenti merokok pada
tahun 2017 melalui bantuan vape.

4. MEMBANTU PEROKOK UNTUK BERHENTI MEROKOK


 HASIL kajian terkini diterbitkan Public Health England (PHE) iaitu sebuah agensi
kesihatan awam utama di United Kingdom mengesahkan bahawa kesan vape ke atas
kesihatan adalah 95 peratus kurang mudarat berbanding rokok tradisional.
 Kajian yang sama dijalankan oleh penyelidik di King's College London menunjukkan
bahawa vape membantu lebih 50,000 perokok di England berhenti merokok dalam
setahun.
 Kajian itu menjelaskan bahawa vape nikotin ialah produk paling popular menjadi
pilihan untuk bantu berhenti merokok di England pada tahun 2020 berbanding
terapi penggantian nikotin.
 Hasil laporan itu juga menyokong kajian yang sedia ada sekaligus mengukuhkan
bukti kepentingan vape bagi membantu perokok berhenti merokok.

RUMUSAN KERAJAAN

 Ketagihan rokok dan vape telah dibuktikan dalam banyak kajian sebagai pembuka laluan
kepada tabiat penyalahgunaan dadah dan bahan larangan. Maka, tabiat ini perlu
dibendung dari awal.
 Negara berpotensi mengalami krisis kesihatan awam terbesar sekiranya berlaku
peningkatan mendadak dalam kalangan golongan muda termasuk kanak-kanak yang
mengalami ketagihan nikotin akibat vape ini.
 Isu ini perlu ada tindakan segera yang berkesan untuk mengawalnya sebelum
membarah demi kesihatan generasi masa depan yang lebih baik.

RUMUSAN PEMBANGKANG

 Sebab itu industri ini perlu ada peraturan komprehensif untuk mengawal selia industri
supaya ia bukan sahaja memberi manfaat kepada perokok untuk berhenti merokok
orang ramai tetapi juga kepada ekonomi negara.

You might also like