Topik 07 Internet

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 26

INTERNET

TOPIK 7

TOPIK 7

INTERNET

PENGENALAN
Topik ini pula kita akan memberi penumpuan terhadap perkembangan dan sejarah Internet pula. Anda mungkin sudah biasa melayari Internet, tetapi tahukah anda apakah keupayaan sebenar Internet? Di dalam topik ini, kita akan mempelajari tentang bahanbahan yang terdapat di Internet dan kegiatan-kegiatan yang boleh dilakukan di Internet. Selain itu, anda juga akan mengenalpasti proses mencari maklumat secara berkesan di Internet.

OBJEKTIF
Selepas menjalani topik ini, anda seharusnya dapat: 1. mengetahui sejarah Internet; 2. mengetahui bahan yang terdapat di Internet; 3. mengenalpasti kegiatan yang boleh dilakukan di Internet; dan 4. menguasai proses mencari maklumat secara berkesan di Internet.

7.1

TAKRIFAN

Istilah seperti Internet, Intranet dan extranet sering terdapat dalam majalah komputer. Apakah maksud istilah-istilah ini? Setiap istilah mempunyai perbezaan antara satu sama lain.

Dalam satu organisasi seperti pejabat kerajaan, syarikat swasta dan universiti, komputer lazimnya disambungkan dalam satu rangkaian komputer yang dinamakan LAN (local area network) atau rangkaian kawasan setempat. Ini membolehkan pengguna berkongsi sumber seperti pencetak, berkomunikasi melalui e-mel, berkongsi pangkalan data dan sebagainya. Apabila dua atau lebih LAN ini digabungkan kepada satu LAN yang besar, ia dinamakan internetwork atau Internet. Seperti yang dapat kita lihat dalam Rajah 7.1 berikut:

106

OUM

TOPIK 7

INTERNET

Rajah 7.1: Struktur internet

Sekarang bayangkan semua rangkaian komputer LAN di seluruh dunia digabungkan untuk membentuk satu rangkaian komputer yang bersifat global. Rangkaian yang terbentuk ini dinamakan Internet, iaitu satu rangkaian yang terbentuk dari gabungan rangkaian-rangkaian komputer dari seluruh dunia. Dengan Internet, sebuah komputer di Kuala Lumpur mampu mencapai sebuah komputer di China, di India, di Amerika Syarikat, di Jepun, di Arab Saudi dan di mana-mana sahaja. Internet merupakan satu gabungan rangkaian komputer yang besar yang meliputi seluruh dunia. Internet ini telah berjaya mewujudkan desa sejagat di mana satu komuniti boleh berhubung dengan komuniti lain dengan mudah tanpa batasan sempadan dan waktu. Istilah intranet merujuk kepada gabungan beberapa rangkaian kawasan setempat dalam satu organisasi sahaja (intra membawa maksud dalaman)

Sebagai contoh, sistem rangkaian kawasan setempat yang menghubungkan semua fakulti-fakulti di Open University Malaysia adalah intranet. Sepertimana yang kita tahu Internet menguasai hampir setiap aspek kehidupan manusia masa kini. Adakah anda tahu bagaimana ia bermula?

OUM

107

INTERNET

TOPIK 7

7.2

SEJARAH

Rangkaian Internet mempunyai sejarah yang amat menarik. Dengan melihat perkembangan sejarah ini, kita akan dapat menilai kelebihan, kekurangan, kelemahan, perkembangan dan masa depan Internet dengan lebih baik. Rangkaian Internet dilahirkan di Amerika Syarikat. Pada tahun 1978, Jabatan Pertahanan, Kerajaan Amerika Syarikat telah menubuhkan agensi Advance Research Projects Agency (ARPA). Organisasi ini bertanggungjawab untuk meningkatkan kegiatan penyelidikan dan pembangunan dalam bidang teknologi untuk bersaing dengan kerajaan Russia. Ini merupakan satu jawapan kepada kejayaan kerajaan Russia melancarkan satelit komunikasi Sputnik pada tahun 1977. Pada dekad 1970an, kerajaan Amerika Syarikat dan Kerajaan Russia berada dalam peringkat perang dingin. Ramai berpendapat, kejayaan Russia telah membangunkan Amerika Syarikat dari tidurnya.

7.2.1

Bagaimana Internet Bermula

Dua penyelidikan utama dalam ARPA adalah perkongsian intelek dan perkongsian sumber komputer. Penyelidikan perkongsian intelek adalah bagaimana para penyelidik boleh berkongsi pendapat di antara satu sama lain walaupun di mana mereka berada. Penyelidikan perkongsian sumber komputer adalah bagaimana seorang penyelidik boleh menggunakan sumber komputer di tempat lain dengan mudah. Perlu diingat pada dekad itu, komputer adalah mahal terhad dan besar. Satu komputer lazimnya berharga melebihi berjuta ringgit dan memenuhi satu bilik besar. Hanya organisasi seperti Jabatan Pertahanan dan syarikat yang besar mampu memiliki komputer. Komputer peribadi belum wujud. Hasil dari penyelidikan ini, satu rangkaian komputer yang dinamakan ARPANET telah dihasilkan pada 1969. Ia menghubungkan empat komputer yang berada pada lokasi yang berasingan iaitu University of California at Los Angeles (UCLA), University Of California at Santa Barbara (UCSB), University of Utah dan Stanford Research Institute (SRI). (Sila rujuk atlas dan dapatkan lokasi-lokasi komputer-komputer ini serta jarak di antara mereka) Pada tahun 1971, sebanyak 23 komputer menyertai ARPANET, kebanyakannya adalah universiti dan pusat penyelidikan. Pada tahun 1973, jumlah ini meningkat kepada 2,000 komputer. Pada 1971, kemudahan e-mel diperkenalkan dalam ARPANET. Pada dekad 70an, usaha telah ditumpukan untuk mewujudkan satu piawai dalam perkongsian data di antara berbagai jenis rangkaian komputer. Pada masa itu, setiap syarikat komputer memperkenalkan sistem rangkaian yang berbeza antara satu sama lain. Ini untuk membolehkan semua komputer yang berlainan jenama dalam berbagai jenis rangkaian mampu berkongsi data atau berkomunikasi antara satu sama lain dengan mudah. Pada tahun 1974, satu kaedah perkongsian data yang dinamakan Transmission Control Protocol (TCP) diperkenalkan. Selanjutnya pada 1978, kaedah ini diperluaskan kepada satu kaedah yang dinamakan Transfer Control Protocol/Internet Protocol (TCP/IP). Tahukah anda bahawa Internet dianggap sebagai satu revolusi dalam teknologi maklumat.

108

OUM

TOPIK 7

INTERNET

7.2.2

Internet Sebagai Satu Fenomena

Pada tahun 1982, rangkaian ARPANET menggunakan TCP/IP sepenuhnya sebagai piawai dalam perkongsian data. Ini membolehkan berbagai jenis komputer dalam ARPANET berkongsi data antara satu sama lain. Istilah internet dan Internet mula digunakan dari tarikh ini. Istilah internet merujuk kepada rangkaian komputer yang menggunakan TCP/ IP dan Internet merujuk kepada gabungan rangkaian-rangkaian komputer yang menggunakan TCP/IP. Kejayaan ARPANET menggunakan TCP/IP telah menyetopikkan banyak universiti dan organisasi menyertai ARPANET. Pada tahun 1984, dianggarkan terdapat 1,000 komputer dalam ARPANET. Kegiatan utama di Internet pada masa itu adalah e-mel, pemindahan fail (ftp) , login masuk jauh (remote login) dan USENET. Pada tahun 1986, NFSNET, satu rangkaian berkelajuan tinggi telah ditubuhkan. Rangkaian ini menjadi rangkaian tulang belakang yang menghubungkan universiti, pusat penyelidikan dan agensi kerajaan dengan pusat superkomputer. Pada tahun 1990, rangkaian ARPANET ditamatkan dan fungsinya telah diambilalih oleh NFSNET. Pada 1997, fungsi NSFNET sebagai rangkaian tulang belakang telah diambilalih oleh pihak swasta. Pada dekad 80an dan awal 90an, penggunaan Internet masih terhad pada universiti, pusat penyelidikan dan organisasi kerajaan. Penggunaan utama adalah e-mel, ftp dan USENET. Pada 1989, satu peristiwa besar berlaku di European Laboratory for Particle Physics (CERN), sebuah pusat penyelidikan yang besar di Switzerland, yang bakal mengubah corak Internet untuk selamanya. Tim Berners-Lee, seorang penyelidik di CERN, telah mencadangkan satu kaedah perkongsian maklumat berasaskan hiperteks untuk persekitaran Internet. Pada 1990, Berners-Lee telah memperkenalkan protokol atau kaedah Hypertexts Transfer Protocol (HTTP), iaitu satu kaedah yang boleh digunakan untuk membangunkan sistem multimedia teragih berasaskan rangkaian.

Sistem multimedia ini mengandungi grafik, teks, audio dan video yang boleh diindeks dan dicapai dengan mudah oleh pengguna dari seluruh dunia. Sistem ini telah diberikan berbagai nama seperti World Wide Web, W3, web atau WWW. Seperti yang kita tahu kini Internet telah dilahirkan! Dari segi takrif, World Wide Web atau Web atau WWW boleh ditakrifkan sebagai satu jalinan berbagai jenis maklumat seperti grafik, audio, video dan teks berasaskan hiperteks. Istilah asal hiperteks telah diperkenalkan oleh Ted Nelson pada tahun 1967. Pada asalnya hiperteks hanya melibatkan dokumen teks tetapi kini ia meliputi dokumen berasaskan grafik, audio, video dan sebagainya. (dapatkan rencana as we may think dari Internet). Ted Nelson berusaha membangunkan satu sistem hiperteks yang dinamakan Xanadu. Idea asas hiperteks pernah diutarakan oleh Vannevar Bush dalam rencana As We May Think pada tahun 1947. Mengikut Nelson, hiperteks bermaksud satu koleksi dokumen atau nod yang mempunyai pautan atau rujukan antara satu sama lain. Pengguna boleh membaca satu dokumen dan mencapai dokumen lain melalui pautan secara interaktif. Konsep asas dalam hiperteks adalah pautan, capaian dan interaktif. Dengan hiperteks, maklumat yang disediakan adalah berpautan antara satu dengan lain seperti jaringan labah-labah.

OUM

109

INTERNET

TOPIK 7

7.2.3

Marc Andreessen

Kaedah http diperkenalkan di Internet pada tahun 1991.

Pada 1992, terdapat 70 tapak yang menawarkan perkhidmatan http atau WWW di seluruh Internet. Kaedah http masih tidak meluas digunakan kerana tiada pelayar Internet (browser) yang baik dan menarik untuk pengguna. Kebanyakan pelayar Internet pada masa itu adalah berasaskan teks. Pada 1993, satu pelayar berasaskan grafik telah dibangunkan oleh Marc Andreesen dan Eric Bina di National Center for Supercomputing Application (NCSA) di Amerika Syarikat. Pelayar ini dinamakan Mosaic dan diberikan secara percuma untuk pengguna. Ia mempunyai ciri-ciri antaramuka yang menarik dan mesra pengguna. Gabungan idea hiperteks Berners-Lee dan pelayar Mosaic akhirnya telah berjaya mempopularkan kaedah http di Internet. Perisian Mosaic telah dianggap sebagai perisian adicipta, iaitu satu aplikasi unggul yang telah berjaya mempopularkan Internet kepada pengguna awam dalam sekelip mata. Pada akhir 1993, dalam tempoh 24 bulan sejak http diperkenalkan, terdapat lebih 700 tapak WWW. Internet mula mendapat perhatian media dan orang awam. Banyak berita tentang Internet terdapat di majalah, surat khabar dan televisyen. Dari segi komersil, Internet mula mendapat perhatian syarikat-syarikat komersil gergasi. Ramai berpendapat, Internet merupakan kunci untuk kejayaan masa depan untuk syarikat-syarikat komersial. Banyak syarikat berasaskan Internet ditubuhkan seperti cendawan selepas hujan. Marc Andreseen dan beberapa rakan-rakan telah menubuhkan satu syarikat teknologi Internet dan mengeluarkan pelayar Internet yang dinamakan Netscape. Pelayar ini diberikan secara percuma kepada semua pengguna. Syarikat gergasi Microsoft agak lewat memasuki era Internet. Syarikat ini mengeluarkan pelayar Internet Explorer sebagai usaha untuk menguasai Internet. Persaingan antara keduadua perisian pelayar Internet ini untuk mendapat pasaran pengguna Internet adalah amat menarik. Ramai berpendapat, sesiapa yang menguasai pasaran pelayar akan menguasai Internet.

7.2.4

Perkembangan Internet

Pada pendapat anda, apakah perubahan Internet dalam jangka masa 7 tahun akan datang?

Adalah dianggarkan pengguna Internet berganda setiap 18 bulan. Tempoh 1997-1999 merupakan tahun ledakan Internet di mana Internet menjadi bualan dan topik perbincangan yang hangat. Demam Internet mula melanda setiap pengguna di mana setiap pengguna ingin mempunyai laman web peribadi dan mempunyai akaun e-mel. Berbagai faedah dan keistimewaan tentang Internet dicadangkan oleh media dan berbagai pihak. Antara faedah yang sering digembar-gembur tentang Internet adalah Internet mampu mewujudkan desa sejagat, menghapuskan sempadan antara negara,

110

OUM

TOPIK 7

INTERNET

menyediakan maklumat secara pantas, sebagai satu alat merapatkan jurang negara maju dan negara membangun, pendidikan terbuka atas talian dan ekonomi tanpa batasan sempadan. Kini, kebanyakan kenyataan tersebut masih belum dicapai sepenuhnya atau masih boleh dipertikaikan. Tahun 2000 merupakan tahun kebenaran untuk Internet. Kelemahan Internet mula ketara dan dirasai oleh pengguna. Antara masalah yang timbul adalah kesukaran mencari maklumat yang relevan, kesesakan rangkaian, berita tidak bertapis, berbagai khabar angin, penyebaran virus melalui e-mel, tahap keselamatan yang rendah apabila menggunakan kad kredit dalam urusniaga, pencerobohan komputer, bahan-bahan lucah disebarkan secara berleluasa dalam talian dan sebagainya. Banyak syarikat dotcom mengalami kerugian dan ditutup. Mengikut satu kajian, syarikat yang untung di Internet adalah syarikat yang mengendalikan laman web yang menjual bahan lucah.

Dapatkan kenyataan akhbar tentang Internet pada tempoh 1997-1999. Dalam keghairahan mempopularkan Internet, setengah dari kenyataan tersebut mungkin keterlaluan. Berdasarkan fakta semasa, tentukan kenyataan yang benar dan yang salah.

Latihan 7.1
Dapatkan senarai syarikat dotcom di Malaysia. Apakah masalah penubuhan syarikat dotcom di Malaysia?

7.3

EVOLUSI INTERNET

Setengah pihak berpendapat Internet membuka satu era baru dalam ekonomi. Dalam era ekonomi baru ini, sebuah syarikat tidak perlu satu bangunan atau tapak fizikal, ia cuma perlu satu laman web untuk berurusan dengan pengguna. Semua urusan boleh dilakukan melalui Internet. Banyak syarikat berasaskan Internet, juga disebut syarikat dotcom, ditubuhkan di seluruh dunia. Banyak syarikat ini disenaraikan di bursa saham dan mendapat sambutan luar biasa dari pelabur. Ada syarikat yang disenaraikan pada harga RM2.00, dan pada esoknya diurusniaga pada harga RM200! Internet akan terus berkembang dan terus berkembang. Dalam Jadual 7.1, dinyatakan sejarah Internet yang menunjukkan bagaimana perubahan-perubahan yang berlaku dalam sejarah Internet.

7.3.1
1969

Garis Masa Internet


4 komputer dihubungkan dalam rangkaian ARPANET di Amerika Syarikat. Komputer yang terlibat adalah UCLA (University of California at Los Angeles), UCSB (University of California at Santa Barbara), SRI (Stanford Research Institute) dan University Of Utah. Bilangan komputer dalam ARPANET meningkat kepada 21. Kaedah komunikasi e-mel diperkenalkan.
111

1971

OUM

INTERNET

TOPIK 7

Jadual 7.1: Fasa-fasa Perubahan Internet Evolusi Fasa pertama (1978-1969) Takrifan Untuk tujuan penyelidikan dan perkongsian sumber komputer. Hanya terdapat di Amerika Syarikat sahaja. Kebanyakan penguna adalah saintis, pelajar dan ahli akademik. Internet digunakan sebagai alat berkongsi sumber komputer. Komunikasi seperti e-mel, ftp, USENET digunakan secara meluas. Pengunaan masih terhad kepada universiti dan agensi kerajaan. Internet tertumpu di Amerika Syarikat, negara Eropah dan Japan. Internet digunakan sebagai alat komunikasi. Kaedah hiperteks mula digunakan secara meluas untuk menjalinkan maklumat. Internet mulai mendapat perhatian umum kerana pelayar Internet mempunyai antaramuka yang menarik dan mesra pengguna. Ledakan Internet. Bilangan pengguna meningkat dengan cepat. Internet mula digunakan untuk urusan perniagaan. Internet menjadi bahan bualan dan berbagai rencana majalah. Realiti Internet. Banyak syarikat dotcom gulung tikar. Realiti tentang kekuatan dan kelemahan Internet mula dirasai. Berbagai usaha untuk memajukan Internet diteruskan.

Fasa kedua (1970-1990)

Fasa ketiga (1990-1997) Fasa keempat (1997-2000) Fasa kelima (2001-?)

1973 1978 1979 1982

University College of London disambung kepada ARPANET. Hubungan pertama ARPANET luar dari Amerika Syarikat. Kaedah perkongsian data TCP/IP dihasilkan. USENET diperkenalkan. Ia melibatkan 2 komputer dalam ARPANET. ARPANET menggunakan TCP/IP sepenuhnya. Takrif Internet dan internet diperkenalkan. Takrif internet merujuk kepada satu gabungan rangkaian komputer yang menggunakan TCP/IP, dan Internet sebagai gabungan banyak internet di seluruh dunia. Bilangan komputer di Internet melebihi 1,000 unit. Bilangan komputer di Internet melebihi 10,000 unit. Peningkatan sebanyak 1000%. Internet dilumpuhkan oleh Internet Worm, satu aturcara komputer yang telah tersebar secara sendiri. Peristiwa ini menunjukkan tahap keselamatan yang rendah di Internet. CERT (Computer Emergency Response Team) ditubuhkan untuk mengawasi isu keselamatan di Internet. Bilangan komputer melebihi 100,000 unit. Buku Cuckoo Nest diterbitkan. Buku ini menceritakan bagaimana sekumpulan penceroboh dari Jerman berjaya memasuki beberapa komputer tentera Amerika Syarikat secara tidak sah melalui Internet. ARPANET diberhentikan dan digantikan dengan rangkaian NFSNET. HTTP dihasilkan oleh Tim Berners-Lee di CERN. Ia menjadi asas kepada perkembangan WWW di Internet.

1984 1987 1988

1989

1990 1991

112

OUM

TOPIK 7

INTERNET

1992

Bilangan komputer di Internet melebihi 1,000,000 unit. Buku Surfing the Internet (http://www.netmomcom/about/surfing.shtm.l) dan Zen and the Art of the Internet (http://www.cs.indiana.edu/docproject/zen/zen-1.0_toc.html) dihasilkan dan diedarkan secara percuma di Internet. Frasa melayar Internet adalah diangkat dari buku Surfing the Internet. (dapatkan buku-buku ini dari Internet). Malaysia menyertai Internet. Rangkaian Internet di Malaysia diuruskan oleh MIMOS (Malaysian Institute of Microelectronic Systems). Rangkaian ini dikenali sebagai JARING dan disertai beberapa universiti tempatan seperti Open University Malaysia. Peningkatan pelayan WWW sebanyak 341,643%. Pelayar Mosaic diperkenalkan dan diberikan secara percuma untuk pengguna. Fungsi tulang belakang rangkaian NFSNET dalam menyediakan laluan Internet diambilalih oleh syarikat komersil. Bahasa aturcara komputer berasaskan objek Java dilancarkan oleh Sun Microsystem pada Mei 23. Bahasa ini mendapat sambutan yang amat luar biasa. Bahasa Java membolehkan laman web mempunyai berbagai animasi menarik. Enjin gelintar diperkenalkan. Peperangan berlaku di antara pelayar Netscape Communicator dan Internet Explorer. Pada masa ini hampir 80% pengguna menggunakan Netscape. Terdapat 17,618 medan perbincangan berasaskan e-mel. Internet dianggarkan mempunyai 277,320 juta laman web. Teknologi e-dagang dan portal mula mendapat perhatian. Bilangan komputer di Internet dianggarkan sebanyak 76 juta unit. Bilangan pelayan WWW dianggarkan sebanyak 7 juta unit. Dianggarkan terdapat lebih-kurang 1 bilion laman web di Internet. Terdapat hampir 2.1 bilion laman web di Internet. Terdapat hampir 470 juta pengguna. Hampir kesemua negara di dunia ada Internet. (Dapatkan negara yang tiada Internet)

1993 1997

1996 1997 1998 1999 2000 2001

Dari sejarah dan garis masa Internet, kita dapati perkembangan pesat Internet dalam tempoh 30 tahun sahaja. Internet bermula sebagai rangkaian penyelidikan, kemudian kepada rangkaian komunikasi dan perkongsian data, dan akhirnya kepada rangkaian untuk e-dagang. Dari satu dunia yang berpisah menggabungkan sempadan, Internet telah berjaya mewujudkan desa sejagat yang melangkau tempat dan masa. Cuba anda bayangkan impak Internet terhadap masyarakat, baik di Malaysia mahupun di seluruh dunia. Cuba bayangkan jika Internet tidak wujud pada masa ini. Apakah kegiatan yang pengguna tidak boleh buat jika tiada Internet?

Tahukah anda bahawa nombor IP untuk seluruh Internet diselaraskan oleh satu badan yang berpusat di http://www.internic.net, sementara untuk komputer di Asia diselaraskan oleh APNIC (Asia Pacific Network Information Center) yang berpusat di Jepun. Lazimnya, nombor IP hanya diberikan kepada organisasi, universiti dan agensi kerajaan. Ia tidak diberikan kepada orang perseorangan. Pengagihan nombor IP di Malaysia diuruskan oleh MIMOS.

OUM

113

INTERNET

TOPIK 7

Nombor IP digunakan oleh satu komputer untuk berhubung dengan satu komputer yang lain di Internet. Tanpa nombor IP, komputer tidak boleh memasuki Internet.

7.4

KOMPUTER DI INTERNET

Terdapat dua jenis komputer di Internet iaitu komputer hos dan komputer pelayan. Hos adalah sebuah komputer yang unik dalam Internet mempunyai nombor IP(Internet Protocol). Nombor IP adalah jujukan empat nombor a.b.c.d. Contoh nombor IP adalah seperti 202.187.48.7, 202.187.46.197 dan 192.228.128.18. Setiap jujukan a,b,c,d adalah di antara julat 0 hingga 277. Sebagai contoh, nombor IP untuk hos di Universiti Kebangsaan Malaysia adalah antara julat 202.187.40.x hingga 202.187.46.y. Analogi yang baik untuk nombor IP adalah nombor kad pengenalan. Ianya adalah unik untuk satu hos. Tidak ada dua hos di Internet yang mempunyai nombor IP yang sama. Komputer perlu ada nombor IP untuk mencapai Internet. Sebagai peraturan mudah, jika komputer itu komputer peribadi dan mempunyai nombor IP, maka komputer itu adalah komputer hos. Sekiranya pengguna mencapai Internet dengan pembekal khidmat Internet seperti tm.net.my, jaring.my atau maxis.my melalui komputer di rumah, pengguna tidak memerlukan nombor IP. Komputer pengguna akan diberikan nombor IP secara dinamik oleh Pembekal Perkhidmatan Internet. Komputer juga boleh berfungsi sebagai pelayan, iaitu komputer yang boleh dicapai oleh pengguna di Internet. Pelayan adalah sebuah komputer berkuasa tinggi yang digunakan sebagai tapak laman web, tapak e-mel, tapak perbincangan elektronik, arkib, pelayan fail dan sebagainya. Pelayan lazimnya menggunakan sistem pengoperasian Unix, Linux, Solaris, atau Windows 2000 Server. Pelayan mempunyai dua bentuk pengenalan, nombor IP dan nama FQDN. Contoh nama FQDN (Fully Qualified Domain Name) pelayan adalah seperti www.jaring.my(192.228.128.18) dan oum.edu.my (202.187.48.7). Analoginya adalah, seorang insan ada nombor kad pengenalan dan nama, maka pelayan mempunyai nombor IP dan nama FQDN. Sebagai peraturan mudah, jika komputer itu berkuasa tinggi, mempunyai nombor IP dan nama FQDN, maka komputer itu adalah pelayan. Nama-nama FQDN adalah untuk memudahkan pengguna Internet kerana adalah lebih senang mengingati nama FQDN www.jaring.my dari nombor IP 192.228.128.18. Oleh itu, setiap pelayan di Internet mempunyai nombor IP dan nama sebagai pengenalan. Nama FQDN memberikan banyak maklumat tentang satu-satu pelayan. Sebagai contoh, nama pelayan pkrisc.cc.ukm.my membawa maksud berikut; pkrisc adalah komputer, cc adalah nama fakulti atau pusat, ukm adalah nama organisasi dan my adalah nama negara. Oleh itu, secara keseluruhan nama pkrisc.ukm.my merujuk kepada sebuah pelayan yang berada di Pusat Komputer, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia. (indexpkrisc.cc.ukm.my.)

114

OUM

TOPIK 7

INTERNET

Akhiran pada nama pelayan lazimnya menunjukkan lokasi atau jenis organisasi di mana pelayan berada. Umpamanya; .edu merujuk kepada institusi pendidikan, .org merujuk kepada organisasi bukan komersil, .com merujuk kepada syarikat, .my merujuk kepada Malaysia, .de merujuk kepada Jerman, .uk merujuk kepada United Kingdom, .ch merujuk kepada China dan sebagainya. Kita dapat melihat contoh alamat Internet di dalam Rajah 7.2 dan keterangan mengenai domainnya ditunjukkan di dalam Rajah 7.3.

Rajah 7.2: Alamat e-mel

Rajah 7.3: Internet domain

Dewasa ini kebanyakan nama pelayan adalah dalam bentuk URL (Uniform Resource Locator) yang diasaskan oleh protokol http. Contoh nama URL adalah seperti http://www.unitem.edu.my dan http:// www.jaring.my. Nama ini membawa maksud; http merujuk kepada protokol http, www merujuk kepada laman web, OUM merujuk kepada Open University Malaysia , edu merujuk kepada institusi pendidikan dan my merujuk kepada negara Malaysia.

OUM

115

INTERNET

TOPIK 7

Latihan 7.2
1. 2. Apakah yang anda faham berkenaan komputer pelayan? Huraikan. Anda digalakkan untuk berehat sebentar bagi membolehkan anda memberi tumpuan pada bahagian berikutnya.

7.5

STATISTIK INTERNET

Bahagian ini mengandungi berbagai statistik mengenai Internet. Ia bertujuan untuk memberikan gambaran menyeluruh mengenai Internet.

7.5.1

Bilangan pengguna

Bilangan pengguna Internet pada akhir 2000 untuk beberapa negara adalah seperti matriks. Adalah dianggarkan pada 2002, bilangan pengguna dijangka mencecah 470 juta seluruh dunia. Hampir 1/3 pengguna Internet adalah dari Amerika Syarikat.

7.5.2

Saiz Internet

Mengikut satu tinjauan, terdapat 2.1 billion laman web di Internet pada tahun 2000. Adalah dianggarkan saiz Internet bertambah 7 juta laman web sehari. Pada 2002, bilangan laman web dijangka akan bertambah dua kali ganda. Terdapat 87% laman web di Amerika Syarikat. Jika pengguna melayar satu laman web selama 1 minit, berapa lama masa yang perlu diambil untuk melayari 2.1 billion laman web di Internet dalam setahun? Ini menunjukkan saiz Internet yang amat besar. Tidak siapa dapat memberikan jumlah bilangan pelayan web yang sebenar di Internet. Ini kerana, pelayan web boleh dibangunkan dengan mudah oleh mana-mana organisasi.

7.5.3

Bahasa Internet

Apakah bahasa lingua franca, iaitu bahasa yang banyak digunakan untuk perhubungan di Internet? Tidak hairan, bahasa lingua franca adalah bahasa Inggeris. Satu kesimpulan yang dibuat; jika pengguna ingin memanafaatkan maklumat di Internet, pengguna perlu mahir Bahasa Inggeris. Untuk membaca maklumat lain, pengguna mungkin perlu belajar bahasa Jepun, Jerman dan Perancis. Kita dapat melihat statistik penggunaan bahasa yang digunakan di dalam Internet seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 7.2.

116

OUM

TOPIK 7

INTERNET

Jadual 7.2: Peratusan Bahasa yang Digunakan di Internet Bahasa Inggeris Jepun Jerman China Perancis Laman Web (juta) 214 18 18 12 9.2 Peratus 68 6 6 3.8 2.96

7.6

APAKAH KANDUNGAN INTERNET?

Mengikut pendapat anda, apakah sebenarnya ada di Internet yang boleh dimanfaatkan oleh pengguna? Apa yang boleh dibuat di Internet? Apa proses yang boleh dibantu dengan Internet?

Internet pada mulanya merupakan satu rangkaian untuk tujuan penyelidikan. Ia banyak digunakan di universiti, pusat penyelidikan dan agensi kerajaan. Oleh itu terdapat banyak dokumen bercorak ilmiah di sini. Ia meliputi buku, laporan teknik, hasil penyelidikan, terjemahan, data, rencana, perbincangan, kod punca aturcara perisian, perisian penyelidikan, nota kuliah, panduan perisian, gambar, bunyi dan sebagainya. Lazimnya maklumat adalah percuma dan boleh dicapai melalui laman web. Berdasarkan senario ini, Internet boleh diibaratkan sebagai satu perpustakaan maya yang besar yang mengandungi seribu satu macam maklumat. Internet juga menawarkan berbagai bentuk komunikasi seperti e-mel, perbincangan dalam talian USENET dan perbincangan berasaskan e-mel. Kaedah komunikasi ini telah berjaya mewujudkan desa sejagat.

Dengan e-mel, pengguna boleh berhubung dengan sesiapa sahaja di mana sahaja dia berada. Perhubungan jenis e-mel adalah murah dan cepat. Satu e-mel yang dihantar dari Open University Malaysia mungkin mengambil masa 7 saat untuk sampai ke United Kingdom. Dengan menggunakan e-mel, pengguna boleh menghantar sangkutan seperti dokumen MS-WORD, perisian, fail termampat, grafik atau audio. Kini banyak laman web seperti www.yahoo.com dan www.hotmail.com yang menawarkan akaun e-mel percuma untuk pengguna. Boleh dikatakan hampir semua pengguna Internet mempunyai akaun e-mel. Contoh alamat akaun e-mel adalah nurhizams@oum.edu.my.

OUM

117

INTERNET

TOPIK 7

Internet juga menawarkan berbagai topik perbincangan atas talian melalui USENET. Terdapat lebih 7,000 topik yang dibincangkan dalam USENET dan pengguna boleh memilih berbagai jenis topik yang diminatinya. Dalam perbincangan USENET, sesiapa sahaja di mana jua boleh mengeluarkan pendapat atau pandangan, tanpa sebarang tapisan atau halangan. Terdapat dua kaedah untuk mencapai USENET. Pertama, pengguna boleh mencapai pelayan USENET seperti http://groups.google.com. Kedua, jika pengguna melanggan Internet melalui www.jaring.my, pengguna boleh mencapai pelayan USENET pada news.jaring.my. Internet juga menawarkan perbincangan berasaskan e-mel. Topik dalam perbincangan ini lazimnya lebih fokus kepada satu-satu topik khusus. Pengguna perlu ada akaun emel untuk menyertai perbincangan ini. Terdapat bebeberapa lokasi yang menawarkan perbincangan berasaskan e-mel secara percuma seperti http://groups.yahoo.com. Di Internet juga anda boleh mencari dan mendapatkan berbagai jenis maklumat untuk rujukan atau bacaan. Jenis maklumat adalah beraneka. Sebagai contoh, pengguna boleh mendapat keseluruhan hasil karya sastera William Shakespeare, teks terjemah Al-Quran, teks hadith Bukhari, karya sastera klasik Melayu, resepi membuat kek, nota kuliah, laporan CIA tentang Malaysia dan lain-lain. Banyak universiti luar negara dan tempatan umpamanya telah meletakkan sumber kuliah seperti nota, contoh peperiksaan dan perisian atas talian yang boleh dicapai dan dimanfaatkan oleh semua mahasiswa. Satu contoh tapak web kuliah adalah www.utexas.edu/world/lecturer dan http://vlib.org. Internet juga satu arkib perisian komputer yang besar. Ia mengandungi berbagai jenis perisian seperti grafik, pemproses kata, pangkalan data, permainan dan lain-lain. Kebanyakan perisian-perisian ini adalah percuma. Contoh tapak yang mempunyai banyak perisian adalah http://www.tucows.com dan http://www.gnu.org. Satu jenis perisian yang semakin mendapat perhatian meluas di Internet dewasa ini adalah perisian sumber terbuka. Perisian sumber terbuka adalah perisian bermutu tinggi yang boleh diperolehi bersama-sama dengan kod aturcara perisian tersebut. Mengapa ini menarik? Pertama, sesiapa sahaja di mana jua di Internet boleh membantu dalam memperbaiki perisian ini agar ia menjadi lebih baik. Sebarang kesilapan aturcara dapat dibetulkan dengan cepat. Kedua, perkongsian perisian bermutu tinggi dapat dilakukan sebagai satu pemangkin dalam proses berkarya. Ini juga dapat mengurangkan kos untuk mereka yang tidak mampu. Idea asas perisian terbuka adalah bahawa perisian adalah sesuatu yang penting, sama seperti udara. Oleh itu, ia patut dikongsi sama agar pengguna boleh berkarya, berkongsi intelek dan melakukan kerja dengan lebih optimal. Tapak-tapak yang menawarkan berbagai perisian sumber terbuka adalah http://www.gnu.org, http://sourceforge.net dan http://opensource.org. Contoh perisian sumber terbuka yang popular adalah sistem pengoperasian Linux, perisian statistik R, perisian pelayan web apache, perisian automasi pejabat StarOffice dan penyunting emacs.

118

OUM

TOPIK 7

INTERNET

Internet juga menawarkan berbagai sumber berita terkini dan pantas melalui laman web suratkhabar dan televisyen. Contoh laman web berita adalah http://www.cnn.com, http://www.thestar.com.my dan http://www.bharian.com.my Melalui laman web berita, pengguna boleh mendapatkan berita yang lebih terkini, seimbang, tepat dan menyeluruh mengenai sesuatu isu. Pengguna juga boleh membeli berbagai jenis barangan di mana syarikat itu berada melalui Internet. Sebagai contoh, pengguna boleh membeli buku rujukan dari syarikat di Jerman melalui Internet. Pembelian melalui Internet lazimnya memerlukan kad kredit. Adalah dianggarkan jumlah jualan melalui Internet, disebut juga sebagai e-dagang, akan mencapai 7 bilion dalam tempoh terdekat. Contoh tapak e-dagang yang popular adalah seperti http://www.amazon.com, http://www.download.com dan http://www.sourceforge.net Internet juga menawarkan berbagai jenis hiburan, bahan ringan dan tapak untuk lepak. Contoh hiburan adalah seperti IRC(Internet Relay Chat), MUD(Multi User Dungeon), ICQ (I Seek You) dan permainan atas talian. IRC boleh diibaratkan sebuah kedai kopi siber. Dengan IRC, pengguna boleh berbual dengan pengguna-pengguna lain di Internet pada masa nyata. Kebanyakan topik yang dibualkan adalah isu remeh dan suka-suka sahaja. IRC amat popular di kalangan pelajar sekolah dan universiti. Untuk menyertai IRC, pengguna perlu mencapai hos pelayan IRC dengan menggunakan perisian IRC. Di Internet juga terdapat berbagai jenis laman web yang dibangunkan oleh berbagai pihak untuk tujuan promosi, iklan dan sebagainya. Pengguna boleh melawat laman web muzium, universiti, syarikat, orang persendirian dan sebagainya dan melihat berbagai jenis maklumat yang dipaparkan. Laman-laman web ini mengandungi berbagai maklumat seperti teks, audio, video, grafik, wayang, perisian dan lain-lain. Dengan erti kata lain, terdapat seribu satu macam bahan pada beratus-ratus ribu laman yang boleh dicapai di Internet. Berdasarkan perbincangan di atas, kita boleh ibaratkan Internet sebagai satu persekitaran maya yang amat luas, tanpa sempadan, tanpa peta yang jelas, tanpa penghulu yang mengawal kandungan, yang meliputi seluruh dunia. Ia boleh dikatakan mengandungi khazanah ilmu sejagat. Ia juga menawarkan beberapa kaedah komunikasi antara insan yang cekap dan pantas. Kita dapat melihat ringkasan bahan yang terdapat di Internet sebagaimana yang ditunjukkan dalam Rajah 7.4.

Rajah 7.4: Bahan-bahan yang terdapat di internet

OUM

119

INTERNET

TOPIK 7

Berikut adalah laman-laman yang kerap dilawati pada Mac 2001. Kalau diperhatikan di dalam Jadual 7.3, laman-laman popular adalah laman portal, laman enjin gelintar dan laman berita.
Jadual 7.3: Laman Popular di Internet Laman www.yahoo.com www.lycos.com about.com amazon.com cnet. com altavista.com napster.com AskJeeves Googles.com Bilangan (Juta) 59 33 27.6 19.2 18,570 18.2 15.7 14 10.9

Berikut adalah antara beberapa lambang untuk enjin gelintar yang terdapat dalam Internet seperti yang terdapat dalam Rajah 7.5:

Rajah 7.5: Enjin gelintar

120

OUM

TOPIK 7

INTERNET

Andaikan Internet mempunyai 1,000,000 laman web dan pengguna mengambil masa 7 minit untuk satu laman web. Ini bermakna pengguna memerlukan 7,000,000 minit atau 83,333 jam atau 3,472 hari atau 9.77 tahun untuk melawat semua laman web. Tidak terdapat satu indeks besar yang menyenaraikan jenis maklumat dan nama hos untuk seluruh Internet. Dua kaedah terkini untuk membantu pengguna mencari maklumat adalah enjin gelintar dan laman portal. Maklumat yang terdapat juga tidak bertapis. Sesiapa sahaja di mana jua boleh meletakkan sebarang maklumat di Internet.Tidak ada satu badan yang memberikan nilai terhadap maklumat yang terdapat di Internet. Terdapat juga pengguna yang meletakkan bahan haram, bahan lucah dan bahan kontroversi di Internet. Bagaimana pengguna hendak menilai maklumat tersebut? Adakah maklumat itu relevan dengan apa yang pengguna cari?

Lingua franca atau bahasa perhubungan yang digunakan di Internet adalah Bahasa Inggeris. Hampir 80% maklumat adalah dalam Bahasa Inggeris. Ini akan menyulitkan mereka yang kurang mahir dalam bahasa ini. Laman web dalam Bahasa Melayu adalah sedikit dan tertumpu pada laman di Malaysia sahaja. Satu laman Melayu yang popular adalah http:/ /www.cikgu.net.my. Hampir 77% laman web berasal dari Amerika Syarikat dan Eropah. Laman web ini mungkin boleh memberi kesan negatif kepada pengguna remaja dengan berbagai maklumat yang bercanggah dengan tatasusila kebudayaan tempatan. Sebagai contoh, laman web mengenai penyalahgunaan dadah, senjata api, muzik memuja syaitan dan seks .

Latihan 7.3
1. Bincangkan strategi bagi menangani isu di bawah: Tahap keselamatan data di Internet untuk urusan e-dagang masih diragui oleh pengguna. Apakah jaminan pihak syarikat bahawa nombor kad kredit yang digunakan dalam urusniaga e-dagang adalah selamat? Sudah terdapat banyak cerita di mana beribu-ribu nombor kad kredit pengguna dicuri oleh penceroboh dari pelayan syarikat. 2. 3. Bagaimana pengguna hendak mencari maklumat yang bermanfaat di Internet dalam tempoh yang singkat? Apakah sebenarnya ada di Internet yang boleh dimanfaatkan oleh pengguna? Apa yang boleh dibuat di Internet? Apa proses yang boleh dibantu dengan Internet?

OUM

121

INTERNET

TOPIK 7

7.7

MENGURUS MAKLUMAT INTERNET

Rajah 7.6: Komponen dalam mencari maklumat di Internet

Dewasa ini, pengguna boleh mengikuti siaran berita, video atau audio secara langsung melalui Internet. Kaedah ini perlahan dan boleh menyetopikkan kesesakan trafik di Internet. Oleh itu, berbagai kajian sedang dilakukan agar proses penghantaran video dan audio di Internet lebih pantas dan memuaskan. Internet adalah sumber maklumat yang besar. Bagaimana mengurus maklumat di Internet secara efisyen? Pengguna perlu memahami kaedah ini kerana ia akan membantu pengguna mencari maklumat dan menggunakan maklumat tersebut secara efisyen. Proses mengurus maklumat Internet mengandungi 2 langkah utama; mencari dan mengolah. Mencari maklumat melibatkan proses mencari di mana maklumat yang diperlukan berada di Internet. Ini adalah satu proses yang penting. Ramai pengguna banyak menghabiskan masa menjelajahi Internet untuk mencari maklumat tetapi gagal. Pengguna ini mendapat maklumat yang tidak relevan atau sudah lapuk. Dua kaedah utama dalam mencari maklumat adalah enjin gelintar dan portal

122

OUM

TOPIK 7

INTERNET

Kaedah sampingan yang boleh digunakan adalah USENET, FAQ, medan diskusi e-mel dan tapak arkib. Mengolah maklumat melibatkan proses menggunakan maklumat yang diperolehi sebaik mungkin. Sering berlaku pengguna menghabiskan banyak masa mendapatkan maklumat yang pada akhirnya tidak boleh digunakan kerana pengguna tidak tahu mengolah maklumat tersebut. Sebagai contoh, pengguna mendapat satu dokumen yang berjudul get-rich-in-20-days.pdf. Dokumen ini boleh membantu pengguna menjadi kaya dalam masa 20 hari. Persoalannya, bagaimana pengguna hendak membaca dokumen ini? Jika pengguna tidak tahu, pengguna akan hanya membuang masa mencari dan mendapatkan dokumen ini. Tahap keselamatan Internet sudah banyak dipertingkatkan. Namun demikian, masih terdapat golongan penceroboh yang berjaya memasuki hos secara tidak sah. Sekiranya mereka berjaya, mereka akan mencuri data, menukar laman web, mencuri nombor kad kredit dan sebagainya. Di Malaysia, terdapat beberapa kes di mana penceroboh telah berjaya memasuki hos secara haram. Antara hos yang pernah diceroboh adalah http://www.tm.net.my, http://www.parlimen.gov.my dan http://www.jpj. gov.my.

7.7.1

Enjin Gelintar

Langkah pertama untuk mencari maklumat ialah dengan menggunakan enjin gelintar. Pengguna akan menggunakan satu atau lebih kata kunci mengenai maklumat yang dicari. Kemudian, enjin gelintar akan cuba mencari laman web berasaskan kata kunci tersebut.

Rajah 7.7: Enjin Gelintar www.google.com

OUM

123

INTERNET

TOPIK 7

Enjin gelintar tidak bijak, tetapi mereka juga tidak bodoh. Mereka berfungsi berasaskan robot dan indeks. Robot adalah satu perisian yang dihantar merayau ke seluruh Internet oleh enjin gelintar. Enjin gelintar akan menghantar banyak robot untuk merayau di Internet. Robot-robot ini membawa pulang data tentang pelayan-pelayan web yang dilawati. Berdasarkan data-data yang dibawa oleh robot-robot ini, satu indeks akan dibina. Indeks ini pada asasnya mengandungi kata kunci dan di pelayan mana kata kunci ini terdapat. Setiap enjin gelintar mempunyai kaedah yang berbeza untuk membina indeks ini. Oleh itu, dua enjin gelintar yang berbeza akan memberikan jawapan yang berbeza untuk kata kunci yang sama. Oleh kerana saiz Internet yang luas, tidak semua pelayan Internet dicapai oleh robot-robot tersebut. Apabila pengguna membuat pertanyaan berasaskan kata kunci di laman enjin gelintar, enjin gelintar akan merujuk kepada indeks untuk mendapatkan pelayan-pelayan yang berkaitan. Enjin gelintar sentiasa melakukan proses kemaskini terhadap indeks yang dibina. Antara enjin gelintar yang terbaik adalah; (i) (ii) http://www.google.com http://altavista.digital.com

Di Malaysia, terdapat beberapa buah enjin gelintar seperti; (i) (ii) http://altavista.skali.com.my http://www.google.com.my

7.7.2

Kaedah Enjin Gelintar

Kaedah enjin gelintar untuk mencari maklumat mempunyai beberapa kekangan seperti; (i) (ii) Internet adalah luas. Ini menyulitkan proses indeks yang lengkap. Adalah dianggarkan hanya 30-40% sahaja Internet yang dicapai oleh robot-robot untuk tujuan indeks. Maklumat dan hos di Internet berubah dengan pantas. Ini menyetopikkan indeks merujuk kepada pelayan atau maklumat yang tidak wujud. Ini sering berlaku kerana indeks mengambil masa 2-3 untuk dikemaskini.

(iii) Saiz maklumat yang bertambah secara eksponen setiap 6 bulan. Ini dinamakan ledakan maklumat. Jika hari ini ada 1 juta laman web, mungkin 6 bulan dari sekarang terdapat 3 juta laman web. Ini turut menyukarkan proses membina indeks yang mencerminkan keadaan Internet yang sebenar. (iv) Kaedah gelintaran kini berasaskan kata kunci sahaja. Bagaimana jika pengguna ingin mencari gambar, audio atau video tentang satu-satu topik? (v) Bagaimana menentukan kerelevanan satu-satu dokumen? Sebagai contoh, pengguna ingin mencari maklumat tentang sejarah langkawi. Enjin gelintaran akan memaparkan hos yang menepati kata kunci langkawi. Bagaimana menentukan bahawa dokumen di hos A lebih relevan dari dokumen di hos B?

124

OUM

TOPIK 7

INTERNET

(vi) Tempoh capaian yang lambat. Kemudahan infrastruktur Internet di Malaysia masih rendah. Ini sering menyetopikkan pengguna menghadapi kesukaran mencapai Internet dan capaian perlahan.

7.7.3

Portal

Langkah kedua terbaik dalam mencari maklumat ialah dengan menggunakan portal. Portal adalah satu pelayan yang menyediakan satu direktori pelayan-pelayan di Internet berdasarkan kategori maklumat yang terdapat pada pelayan-pelayan tersebut. Pengguna boleh mencari maklumat dengan mencapai pelayan-pelayan dalam kategori yang berkaitan. Contoh portal yang popular adalah; (i) (ii) http://directory.google.org http://www.yahoo.com

(iii) http://www.netscape.com (iv) http://www.jaring.my (v) http://bigbook.com

Portal menggunakan manusia untuk menyusun dan mengkelaskan pelayan-pelayan kepada kategori-kategori tertentu. Kaedah ini menghasilkan senarai pelayan yang lebih tersusun dan mudah digunakan. Sebagai contoh, jika pengguna ingin maklumat lanjut tentang bahasa aturcara Java, pengguna boleh mencapai pelayan-pelayan yang terdapat di dalam kategori bahasa aturcara komputer. Seringkali kaedah ini akan menghasilkan maklumat sesuai dan relevan. Laman portal http://www.dmoz.org adalah satu usaha sukarelawan Internet untuk membina satu portal. Tapak portal komersil adalah seperti http://www.yahoo.com dan http://www.netscape.com. Contoh laman web portal BlueHyppo ditunjukkan di dalam Rajah 7.8.

Rajah 7.8: Laman portal BlueHyppo

OUM

125

INTERNET

TOPIK 7

7.7.4

Kaedah Lain

Selain dari enjin gelintar dan portal, pengguna boleh juga mencari maklumat dengan kaedah FAQ seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 7.9. Ingat kembali bahasa USENET adalah satu medan perbincangan atas talian. Terdapat berbagai medan perbincangan dalam USENET. Dalam satu medan perbincangan, pengguna baru mungkin akan bertanya soalan yang dianggap remeh-temeh oleh pengguna yang sudah berpengalaman. Sering kali bila soalan remeh-temeh ini ditanya dalam medan diskusi, pengguna berpengalaman akan berkata, RTFM or the FAQ. Apakah yang dimaksudkan dengan pengguna berpengalaman ini? Istilah RFTM bermaksud Read The Fine Manual, iaitu pengguna baru seharusnya membaca manual dahulu sebelum bertanya soalan-soalan remeh-temeh. Istilah FAQ bermaksud Frequently Asked Questions, iaitu satu dokumen dalam bentuk soalan dan jawapan. Soalan dalam FAQ adalah soalan yang sering ditanya dalam medan diskusi USENET. Terdapat ribuan medan diskusi USENET, maka terdapat ribuan dokumen FAQ. Sebelum menyertai mana-mana medan diskusi USENET, pengguna seharusnya membaca dokumen FAQ yang berkaitan dengan medan diskusi itu dahulu.

Rajah 7.9: Laman web http://www.faqs.org.

126

OUM

TOPIK 7

INTERNET

Banyak FAQ boleh dibaca pada laman http://www.faqs.org. Berikut di dalam Rajah 7.10 adalah contoh FAQ dari medan diskusi sci.math dalam USENET yang membincangkan tentang nombor jati;
sci.math FAQ: Prime Numbers From: alopez-o@neumann.uwaterloo.ca Newsgroups: sci.math,news.answers,sci.answers Subject: sci.math FAQ: Prime Numbers Date: 17 Feb 2000 22:71:78 GMT Organization: University of Waterloo Archive-name: sci-math-faq/primes Last-modified: February 20, 1998 Version: 7.7 Prime Numbers Largest known Mersenne prime Mersenne primes are primes of the form 2^p - 1. For 2^p - 1 to be prime we must have that p is prime. 2^(2976221) - 1 is prime. It was discovered in 1997. Largest known prime The largest known prime is the Mersenne prime described above. The largest known non-Mersenne prime, is 391781*2^(216193) - 1, discovered by Brown, Noll, Parady, Smith, Smith, and Zarantonello. Throughout history, the largest known prime has almost always been a Mersenne prime; the period between Brown et als discovery in August 1989 and Slowinski & Gages in March 1992 is one of the few exceptions. Largest Fermat number with known factorization F_(11) = (2^(2^(11))) + 1 which was factored by Brent & Morain in 1988. F_9 = (2^(2^9)) + 1 = 2^(712) + 1 was factored by A.K. Lenstra, H.W. Lenstra Jr., M.S. Manasse & J.M. Pollard in 1990. F_(10) was factored by Richard Brent who found a 40-digit factor of 2^(1024) + 1 on October 20, 1997. The cofactor is a 272 digit number, which is not so easy to factor. Luckily, this number was also prime. List of record numbers Chris Caldwell (caldwell@utm.edu) maintains a list called The Largest Known Primes. Some of the ways to get this list are: http://www.utm.edu/research/primes/largest.html ftp://math.utm.edu, directory /pub/math/primes Finger primes@math.utm.edu for a few record primes and the current ways to get the lists. He would like to know of any new titanic primes (over 1000 digits) so that he can add them to his list.

OUM

127

INTERNET

TOPIK 7

What is the current status on Mersenne primes? The following Mersenne primes are known. Number p Year 33 34 37 36? 879433 1277787 1398269 2976221 1994 1996 1996 1996

The way to determine if 2^p - 1 is prime is to use the Lucas-Lehmer test: Lucas_Lehmer_Test(p): u := 4 for i from 3 to p do u := u^2-2 mod 2^p-1 od if u == 0 then 2^p-1 is prime else2^p-1 is composite fi All exponents less than 1,481,800 have now been tested at least once. Alex Lopez-Ortiz alopez-o@unb.ca http://www.cs.unb.ca/~alopez-o Assistant Professor Faculty of Computer Science University of New Brunswick Last Update March 31 2001 @ 02:72 AM

Rajah 7.10: Contoh FAQ dari medan diskusi (Sumber: Math dalam USENET)

Selain dari FAQ dan RTFM, pengguna juga boleh juga mencari maklumat pada pelayan arkib, iaitu satu pelayan yang mengandungi banyak maklumat tentang satu-satu topik khusus. Alamat arkib lazimnya boleh diperolehi dari portal atau dokumen FAQ. Banyak hos di Internet menjadi arkib atau pusat pengumpulan maklumat kepada satu-satu bidang. Contoh laman web yang menjadi arkib atau pusat pengumpulan maklumat kepada satusatu bidang adalah seperti berikut: (i) (ii) www.cs.cmu.edu, satu arkib bidang kecerdasan buatan. stat.lib.cmu.edu, satu arkib bidang statistik.

(iii) metalab.unc.edu,satu arkib perisian sumber terbuka. (iv) tucows.com, arkib perisian untuk Windows XP. Anda digalakkan untuk berehat seketika supaya dapat memberi tumpuan pada bahagian berikutnya.

128

OUM

TOPIK 7

INTERNET

7.7.5

Contoh Mencari Maklumat

Andaikan pengguna ingin mencari maklumat tentang sejarah dan perbandingan berbagai bahasa aturcara komputer berasaskan objek. Langkah-langkah berikut boleh dilakukan; (i) Pengguna boleh menggunakan enjin gelintar di http://www.google.com. Gunakan kata kunci yang sesuai seperti programing language object oriented history comparison. Lebih tepat kata kunci yang digunakan, lebih baik hasil gelintaran. Pengguna boleh menggunakan laman portal http://directory.google. com/Top/ Computers/ Software/Object-Oriented/ dan mencapai laman-laman yang disenaraikan. Laman ini kaya maklumat tentang bahasa pengaturcaraan berasaskan objek.

(ii)

(iii) Pengguna boleh memperolehi dokumen FAQ bahasa objek pada laman http:// www.cyberdyne-object-sys.com/oofaq2/. Dokumen ini mengandungi berbagai soalan asas serta jawapannya yang sering ditanya oleh pengguna baru bersama dengan jawapannya. (iv) Pengguna boleh menyertai medan diskusi USENET yang membincangkan bidang pengaturcaraan berasaskan objek. Laman USENET yang boleh dicapai adalah http:// groups.google.com/ dan laman untuk bidang pengaturcaraan berasaskan objek adalah http://groups.google.com /groups?hl=en&lr=&safe =off &group=comp.object. (v) Pengguna juga boleh menyertai medan diskusi e-mel untuk topik pengaturcaraan berasaskan objek. Bagaimana dan di mana untuk menyertainya terdapat dalam dokumen FAQ.

Latihan 7.4
Jelaskan kelebihan cara berkomunikasi melalui: (i) (ii) E-mel USENET

Tahukah anda bahawa maklumat yang kita masukkan dapat diolah mengikut kesesuaian?

7.8

MENGOLAH MAKLUMAT

Setelah berpenat-lelah menghabiskan masa mendapatkan maklumat, pengguna perlu mengolah maklumat. Sebagai contoh, jika maklumat satu dokumen, pengguna boleh mencetaknya, jika dokumen sejenis aturcara, pengguna perlu kompil aturcara tersebut. Terdapat berbagai jenis format maklumat seperti grafik, dokumen postscript, video, data, bunyi, fail termampat, perisian, kod aturcara dan sebagainya. Setengah maklumat boleh dipapar pada skrin, sebahagiannya perlu dicetak dan terdapat juga maklumat yang perlu dikompil. Terdapat juga maklumat khusus untuk satu sistem pengoperasian sahaja seperti Windows XP dan tidak boleh digunakan pada sistem pengoperasian Unix/Linux. Maklumat yang diperolehi akan sia-sia jika tidak boleh digunakan sepenuhnya oleh pengguna.

OUM

129

INTERNET

TOPIK 7

Kebanyakan maklumat dari Internet adalah dalam bentuk termampat. Ia memerlukan perisian khas untuk nyahmampat maklumat tersebut. Tujuan pemampatan maklumat ialah untuk menjimatkan ruang storan dan menjimatkan masa muat-turun dari Internet. Lazimnya, maklumat termampat mempunyai suffix seperti .zip atau .gz. Perisian WinZip boleh digunakan untuk nyahmampat maklumat pada sistem Windows XP dan perisian gunzip boleh digunakan untuk Unix. Terdapat berbagai jenis maklumat di Internet. Jenis maklumat dapat dikenal pasti dengan melihat suffix pada nama maklumat tersebut. Umpamanya, satu maklumat yang diberi nama nasilemak.zip menunjukkan bahawa maklumat tersebut adalah dalam bentuk termampat (zip) untuk sistem Windows XP. Oleh itu, pengguna perlu perisian WinZip dan sistem Window XP untuk menggunakan maklumat tersebut. Jenis-jenis suffix yang lazim digunakan diberikan pada Jadual 7.4.
Jadual 7.4: Jadual Format Maklumat Akhiran zip tar.gz, tgz, .Z .pdf .jpg .gif .mpg .ps .dvi .c .txt .doc .html, .htm .ppt .xls Video Postscript Device independent Aturcara C Teks Fail MS-Word Dokumen HTML Persembahan Hamparan Sebarang Sebarang Sebarang UNIX Sebarang Windows Sebarang Powerpoint Windows 95/98/ME Pemain Mpeg Ghostscript Dvips, Xdvi Pengkompil gcc Penyunting MS-WORD TeX Powerpoint Excel Jenis Fail termampat Fail termampat Portable Grafik Sistem Pengendalian Windows 95/98/ME UNIX/Linux Dokumen/sebarang format Sebarang Perisian Win Gunzip Acrobat Reader Photoshop

7.9

INTERNET KINI

Pada asalnya Internet merupakan satu rangkaian untuk penyelidikan dan akademik. Oleh itu, kebanyakan maklumat amal di Internet adalah bercorak ilmiah. Pada masa Internet mula dibina, wujud satu sifat percaya- mempercayai di antara semua pengguna Internet. Isu keselamatan Internet tidak begitu penting. Internet juga munyediakan satu infrastruktur untuk komunikasi dan perkongsian intelek melalui e-mel, USENET dan medan diskusi.
130

OUM

TOPIK 7

INTERNET

Kini, kegiatan Internet meliputi e-dagang, berita, bahan multimedia, hiperteks, laman web, hiburan dan sebagainya. Suasana ini menyetopikkan isu yang tidak penting dahulu seperti capaian, penapisan maklumat, privasi pengguna, kesesakan laluan Internet dan keselamatan data mula diambil perhatian. Adalah diramalkan Internet akan menjadi bahan asasi sesebuah rumah, sama seperti telefon atau televisyen, dalam tempoh 37 tahun lagi. Perniagaan juga akan meningkat melalui Internet. Berbagai kaedah sedang dijalankan untuk menjadikan Internet lebih meluas dan mudah digunakan oleh pengguna. Sebagai contoh, capaian Internet melalui televisyen, kaedah 3G untuk telefon bimbit, penggunaan gentian optik dan talian berkuasa tinggi ke rumah. Berdasarkan perbincangan sebelum ini, kita dapati Internet juga mempunyai beberapa masalah. Dengan memahami masalah-masalah ini, pengguna akan menyedari had kemampuan dan masa depan Internet dan tidak mudah percaya dengan segala gembar-gembur Internet. Internet adalah bersifat maya dan amat luas.

RUMUSAN
Dalam topik ini anda telah mempelajari sejarah asal usul Internet.Bermula dari tahun 1978 hinggalah kini, komputer dan Internet telah melalui berbagai fasa dan menjadi sebahagian besar daripada kehidupan kita. Selain itu, kita juga telah didedahkan komputer hos dan komputer pelayan serta penggunaan nombor IP. Apakah yang boleh didapati di Internet dan proses mengurus maklumat di Internet turut dipelajari di dalam topik ini. Sebelum ke topik seterusnya, jangan lupa menjawab soalan latihan yang disediakan terlebih dahulu untuk menguji kefahaman anda.

OUM

131

You might also like