Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 9

BAB 2: STRUKTUR DAN ORGANISASI SEL

2.1 STRUKTUR DAN FUNGSI SEL


Sel Haiwan:

Nukleus

Nukleolus Jasad Golgi

Jalinan Endoplasma Kasar


Mitokondrion

* Sentriol
Ribosom

Sitoplasma

Jalinan Endoplama Licin


* Lisosom

Membran plasma
*terdapat pada sel haiwan sahaja

Sel Tumbuhan:

** Dinding sel

** Kloroplas

** Vakuol

**terdapat pada sel tumbuhan sahaja

Cikgurafidah2020; BIO T4 1
Organel / Struktur Fungsi
1 Nukleus  Mengawal semua aktiviti sel
Nucleus  Kromosom di dalam nukleus mengandungi gen
 yang menentukan sifat & mengawal aktiviti sel

2 Nukleolus  Membentuk ribosom


Nucleolus  Menghasilkan DNA & RNA

3 Jalinan Endoplama Licin  Mensintesis karbohidrat dan lipid


Smooth Endoplasmic Reticulum  Meneutralkan toksin/racun/dadah

4 Jalinan Endoplasma Kasar  Mengangkut protein yang disintesis oleh ribosom ke Jasad Golgi
Rough Endoplasmic Reticulum menggunakan vesikel pengangkut

5 Ribosom  Mensintesis protein


Ribosome  Ribosom pada J.E.Kasar sintesis protein utk kegunaan luar sel
 Ribosom bebas sintesis protein untuk kegunaan dalam sel

6 Jasad Golgi  Mengubah suai protein yang disintesis oleh ribosom menjadi protein
Golgi Apparatus kompleks (enzim, glikoprotein, antibodi, hormon...)
 Membungkus protein kompleks/enzim yang telah dihasilkan di dalam
vesikel rembesan
 Mengangkut /Merembeskan protein kompleks /enzim tersebut keluar sel
7 Mitokondrion  Menjana tenaga melalui proses respirasi sel
Mitochondrion  Menyimpan tenaga dalam bentuk molekul ATP
 Membekalkan tenaga untuk kegunaan sel
8 Lisosom  Merembeskan enzim hidrolisis/lisozim untuk mencernakan organel rosak/
Lysosome sel patogen/ bahan organik kompleks

9 Sentriol  Membentuk gentian gelendong semasa pembahagian sel di dalam sel


Centriole haiwan

10 Sitoplasma  Menyediakan medium untuk tindak balas biokimia


Cytoplasm  Mengandungi nutrien/bahan keperluan/oksigen untuk tindak balas
biokimia/metabolisme
 70% air
11 Membran plasma  Mengawal pergerakan bahan keluar dan masuk sel
Plasma membrane  Terdiri daripada lapisan fosfolipid yang separa telap
 Mempunyai protein pengangkut untuk membolehkan keluar/masuk
bahan
12 Kloroplas  Menyerap cahaya dan menjalankan fotosintesis untuk menghasilkan
Chloroplast makanan organik/glukosa di dalam sel tumbuhan

13 Vakuol  Menyimpan air berlebihan, nutrien dan bahan buangan sel tumbuhan
Vacuole  Mengawal tekanan osmosis/ kesegahan sel tumbuhan

14 Dinding sel  Melindungi dan memberikan bentuk tetap kepada sel tumbuhan
Cell wall  Mengelakkan sel tumbuhan daripada pecah akibat kemasukan air yang
berlebihan
 Terbentuk daripada selulosa yang sangat kuat / teguh

Cikgurafidah2020; BIO T4 2
2.2 PROSES HIDUP ORGANISMA UNISEL:

Contoh: Amoeba Paramecium

Pergerakan Bergerak dangan mengunjurkan Bergerak dengan memukul silia secara beritma
Pseudopodium ke arah destinasi pergerakan - menghasilkan gerakan ke hadapan secara berputar

Pemakanan Makan secara fagositosis Makan melalui alur mulut


 Makanan dikepung dengan pseudopodium  Mengepung makanan dengan memukul silia secara
lalu diperangkap ke dalam vakuol makanan beritma ke arah alur mulut dan dikumpul di dalam
 vakuol makanan bergabung dengan lisosom vakuol makanan
 makanan dihidrolisis oleh enzim lisozim  makanan dihidrolisis oleh enzim lisozim
 Nutrien diserap ke dalam sitoplasma  Nutrien diserap ke dalam sitoplasma
 Makanan tidak tercerna disingkirkan bila  Makanan tidak tercerna disingkirkan melalui liang
Amoeba sp. bergerak dubur
Pembiakan  Membiak secara aseks dengan kaedah  Membiak secara aseksual dengan kaedah belahan
belahan dedua di mana sel membahagi dedua
secara mitosis.

 Membentuk spora bila persekitaran tidak  Boleh membiak secara seksual dengan kaedah
sesuai untuk pembiakan konjugasi
Respirasi  Proses pertukaran O2 dan CO2 berlaku secra resapan ringkas melalui membran plasma
Perkumuhan  Karbon dioksida dan ammonia disingkirkan secara reapan melalui membran plasma
 Air berlebihan disingkirkan oleh vakuol mengecut melalui proses pengosmokawalaturan
- air berlebihan dalam sel meresap secara osmosis ke dalam vakuol mengecut
- vakuol mengecut mengembang sehingga saiz maksimum
- vakuol mengecut mengecut untuk menyingkirkan air berlebihan keluar dari sel
- proses pengosmokawalaturan memerlukan tenaga
Persamaan Kedua-duanya:
 Merupakan organisma unisel yang terdiri daripada satu sel sahaja.
 Tidak perlu organisasi sel - proses hidup berlaku secara ringkas dalam sel yang satu
 Pertukaran bahan berlaku secara terus dengan persekitaran melalui proses ringkas
 Tekanan osmosis dikawal secara pengosmokawalaturan oleh vakuol mengecut

Cikgurafidah2020; BIO T4 3
2.3 PROSES HIDUP ORGANISMA MULTISEL:
Jenis-jenis Tisu Organisma Hidup:

4 jenis Tisu haiwan:

1. Tisu epithelium
2. Tisu Otot
3. Tisu Penghubung
4. Tisu Saraf

1. Tisu epitelium;
 lapisan pertama permukaan dalam & permukaan luar (kulit) organisma hidup
 membentuk kelenjar atau mempunyai silia
 fungsi: > melindungi tisu dalam badan
> merembeskan enzim pencernaan, mukus, peluh, sebum

Cikgurafidah2020; BIO T4 4
2. Tisu otot;
 otot rangka >> membalut tulang rangka
> fungsi: mengecut dan mengendur untuk menggerakkan anggota badan
 otot licin >> membentuk dinding salur darah, salur pencernaan & salur pembiakan
> fungsi: mengecut dan mengendur untuk menghasilkan peristalsis di sepanjang salur pencernaan /
salur pembiakan / mengekalkan tekanan darah dalam arteri
 otot kardium >> membentuk dinding jantung
> fungsi: mengecut dan mengendur untuk menghasilkan denyutan jantung; untuk
mengepam darah keseluruh badan

3. Tisu penghubung;
 Berfungsi untuk; (i) mengisi ruang antara tisu /organ, (ii) memberi sokongan struktur/ metabolik
kepada tisu / organ, atau (iii) menghubungkan antara tisu/organ
 Terdiri daripada tisu-tisu:
o Tendon dan ligament
o Tulang dan rawan
o Tisu darah
o Tisu adipose
o Tisu sum-sum dan limfa

Cikgurafidah2020; BIO T4 5
4. Tisu saraf
 Sel saraf – neuron >> membawa maklumat dalam sistem saraf
 neuron aferen / neuron deria >> bawa impuls dari reseptor di organ deria ke otak / saraf tunjang
 interneuron / neuron perantara >> memproses / mengintegrasi impuls / maklumat saraf di otak
 neuron eferen / neuron motor >> membawa impuls dari otak ke organ efektor

Cikgurafidah2020; BIO T4 6
4 jenis Tisu tumbuhan:
1. Tisu meristem;
 meristem apeks, meristem sisi
 fungsi: giat membahagi secara mitosis untuk menghasilkan sel-sel baru
> untuk pertumbuhan / membaiki tisu rosak
Tisu Kekal:
2. Tisu epidermis;
 lapisan paling luar yang melapisi permukaan organ tumbuhan
> permukaan daun, batang, akar, bunga, buah & biji benih.
 Fungsi: Melindungi tisu di bawahnya daripada terdehidrat dan jangkitan

3. Tisu vaskular
 Contoh: xilem, floem
 Fungsi: Xilem > mengangkut air dan garam mineral dari akar ke daun/pucuk
Floem > mengangkut makanan organik/glukosa dari daun ke bahagian lain tumbuhan ( ikut
keperluan / simpanan)

4. Tisu asas;
 Parenkima > berdinding sel yang nipis dan tersusun padat
>> mempunyai vakuol yang besar untuk memastikan kesegahan sel
>> tekanan segah sel memberi sokongan kepada tumbuhan herba / tisu muda
 Kolenkima > dinding sel tidak sekata ketebalannya
>> bervakuol besar untuk kesegahan dan sokongan
>> sebahagian dinding sel ditebalkan oleh lignin untuk membantu sokongan
 Sklerenkima > berdinding sel yang tebal
>> dinding sel ditebalkan oleh lignin yang kukuh
>> memberi sokongan mekanikal kepada tumbuhan berkayu

Tisu asas tumbuhan akuatik;


 Aerenkima – mengandungi rongga2 udara yg banyak
> menambah daya keapungan kpd tumbuhan akuatik
> membantu tumbuhan akuatik terapung / tegak dalam air

Cikgurafidah2020; BIO T4 7
2.4 ARAS ORGANISASI:
 Organisma multisel terbentuk dari banyak sel dan mempunyai saiz yang besar
>> Nisbah Jumlah Luas Permukaan Kepada Isipadu ( JLP/I ) lebih kecil
 JLP/I lebih kecil menyukarkan proses pengambilan bahan keperluan dan penyingkiran bahan buangan
 Organisasi sel diperlukan untuk memastikan
o organisma multisel dapat menjalankan proses hidup dengan lebih cekap
o organisma dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran untuk memastikan kelangsungan spesis
Aras Organisasi Sel:

Aras Definisi Contoh


Sel  Unit asas organisma hidup / hidupan. Sel otot licin
↓ ↓

Tisu  Sekumpulan sel yang sama jenis yang bekerja bersama untuk Tisu otot licin
menjalankan fungsi tertentu.
↓ ↓ (+ tisu2 lain)

Organ  Sekumpulan tisu yang berlainan jenis yang bekerja sama untuk Perut
menjalan fungsi-fungsi tertentu.
↓ ↓ (+ organ2 lain)

Sistem  Beberapa organ yang berlainan bekerja bersama untuk Sistem pencernaan
menjalan fungsi-fungsi tertentu.
↓ ↓ (+ sistem2 lain)

Organisma multisel  Sistem-sistem dalam satu badan saling bekerja sama dalam Manusia
berfungsi membentuk hidupan.

Sel Tisu Organ Sistem

Sel
Tisu epitelium
epitelium

Sel otot Tisu otot licin Perut Sistem pencernaan


licin

Cikgurafidah2020; BIO T4 8
11 Sistem Badan Manusia: Organ dan Fungsi sistem:

1. Sistem Saraf Otak, saraf tunjang, saraf periferi


 Mengesan dan menghantar maklumat saraf serta mengkoordinasi aktivti badan
2. Sistem Endokrin Kelenjar-kelenjar endokrin
 Merembeskan hormon untuk mengkoordinasi aktivti badan

3. Sistem Otot Otot rangka, otot licin, otot kardium


 Mengecut dan mengendur untuk membolehkan pergerakan anggota badan

4. Sistem Rangka Tulang, rawan, ligamen, tendon


 Memberi sokongan kepada badan dan melindungi organ dalaman
5. Sistem Respirasi Hidung, trakea, peparu, diafragma
 Membolehkan pengambilan O2 dan penyingkiran CO2 untuk kegunaan sel badan

6. Sistem Pencernaan Mulut, esofagus, perut, hati, pankreas, usus kecil, usus besar
 Mencerna makanan dan membolehkan penyerapan nutrien ke dalam darah
7. Sistem Peredaran Darah Jantung, arteri, vena, kapilari darah
 Mengangkut bahan keperluan sel dalam badan dan mencegah jangkitan
8. Sistem Limfa Dukuts limfa, salur limfa, kapilari limfa, lakteal, nodus limfa
 Melengkapi sistem peredaran darah serta mengekalkan kesimbangan bendalir tisu
9. Sistem Urinari / Ginjal, ureter, pundi kencing, uretra
Perkumuhan
 Menyingkirkan bahan kumuh; urea, air berlebihan dan garam mineral berlebihan

10. Sistem Integumen Kulit, kuku, rerambut


 Melindungi badan dari penyahhidratan, jangkitan dan kecederaan fizikal
11. Sistem Pembiakan Lelaki: Testis, kelenjar prostat, zakar
 Menghasilkan sperma dan horma seks lelaki
Perempuan: Ovari, uterus, tiub falopio, faraj, serviks
 Menghasilkan ovum dan hormon skes perempuan

2 Sistem Tumbuhan Organ


1. Sistem Pucuk Batang, daun, pucuk, bunga, buah
 Memberi sokongan, menjalankan fotosintesis dan membolehkan pembiakan

2. Sistem Akar Semua jenis akar; akar tunjang, akar serabut, akar rerambut
 Memberi sokongan dan mendapatkan air dan garam mineral

Cikgurafidah2020; BIO T4 9

You might also like