Minit Mesyuarat Kejohanan Bola Tampar Muallim

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH MUALLIM

MINIT MESYUARAT PENYELARASAN KEJOHANAN BOLA TAMPAR MAJLIS SUKAN


SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH (MSSD) MUALLIM TAHUN 2023

Tarikh : 12 Jun 2023 (Isnin)


Hari : Khamis
Masa : 2:30 – 3.30 petang
Tempat : Bilik Gerakan SMJK Katholik, Tanjong Malim

Kehadiran:

1. En. Yeo Chong Ee (Pengerusi) PK Kokurikulum (SMJK Katholik)


2. Pn. Siti Mahfuzah binti Ab Halim PTPS Bola Tampar daerah Muallim
3. Pn. Nor Ismah binti Isa SMJK Katholik
4. Pn. Alhan Salwana binti Mohd Roslan SMJK Katholik
5. En. Muhammad Aizad Fikri Bin Azmi Kolej Vokasional Slim River
6. Pn. Norfadzilah binti Jarkasi SMK Slim
7. Pn. Siti Zuraidah binti Abdul SMK Khir Johari, Tg Malim, Perak
8. Pn. Suryati binti Muktar SMK Bandar Behrang 2020
9. Pn. Nur Izzaty binti Saroman Kolej Vokasional Slim River
10. Pn. Faridah binti Sameli SMK Proton City

AGENDA 1: UCAPAN PENGERUSI


1.1 En. Yeo Chong Ee mengalu-alukan kehadiran dan ucapan terima kasih kepada semua guru
dalam mesyuarat Kejohanan Bola Tampar MSSD Muallim 2023. Beliau turut berharap agar
tahun 2023, daerah Muallim dapat melahirkan pemain bola tampar yang berkualiti di
samping cemerlang dalam permainan serta mendapat tempat terbaik dalam kejohanan pada
peringkat negeri.

AGENDA 2: UCAPAN PTPS BOLA TAMPAR DAERAH MUALLIM


2.1 Puan Marfuzah mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru dalam mesyuarat
Kejohanan Bola Tampar MSSD Muallim 2023. Beliau memaklumkan bahawa sejarah
kejohanan Bola Tampar MSS Perak yang lepas menunjukkan pencapaian yang tidak
membanggakan. Justeru itu beliau mengharapkan kejohanan Bola Tampar kali ini akan
melahirkan pemain-pemain yang berkualiti dan dapat mempertingkatkan pencapaian daerah
Muallim di dalam kejohanan Bola Tampar di peringkat MSS Perak dan seterusnya ke
peringkat MSSM.

1
AGENDA 3: TAKLIMAT KEJOHANAN BOLA TAMPAR MSSD MUALLIM 2023

3.1 NAMA KEJOHANAN


3.1.1 Kejohanan Bola Tampar Majlis Sukan Sekolah-sekolah Bawah 18 tahun Daerah
Muallim.
3.2 PENGANJUR
3.2.1 Pejabat Pendidikan Daerah Muallim
3.3 PENGELOLA
4.3.1 SMJK Katholik, Tanjong Malim

3.4 TARIKH / TEMPAT


3.4.1 3 Julai 2023 (Isnin) Kategori Perempuan
3.4.2 4 Julai 2023 (Selasa) Kategori Lelaki
3.4.3 Gelanggang Bola Tampar Politeknik Sultan Azlan Shah, Slim River

3.5 PENYERTAAN
3.5.1 Penyertaan dibuka kepada:-
a) Semua murid yang berumur di bawah 18 tahun dan kebawah yang bersekolah di
sekolah kebangsaan serta sekolah jenis kebangsaan dalam kawasan PPD Muallim.
b) Semua murid yang berumur di bawah 18 tahun dan kebawah yang bersekolah di
sekolah swasta yang berdaftar dengan PPD Muallim.

3.6 PENDAFTARAN PASUKAN


3.5.1 Setiap pasukan terdiri daripada:
a) Pengurus Pasukan : 1 orang
b) Jurulatih : 1 orang
c) Penolong Jurulatih : 1 orang
d) Pemain : 12 orang
3.5.2 Had umur peserta bagi pertandingan kejohanan ini adalah 18 tahun dan ke bawah pada
1 Januari tahun pertandingan.
3.5.3 Semua peserta wajib didaftar melalui Borang Pendaftaran Pasukan dan dihantar
bersama salinan kad pengenalan 1 sijil lahir yang disahkan Oleh Guru Besar sekolah
masing masing.
3.5.4 Setiap pasukan hendaklah mengisi borang pendaftaran individu M01 dan pendataran
pasukan M02.
3.5.5 RM250.00 bagi setiap pasukan.
3.5.6 Bayaran dalam bentuk cek seperti di bawah:
Nama penerima : PENGETUA SMJK KATHOLIK, TANJONG MALIM,
PERAK.
No. Akaun :
Bank :
3.5.7 Cek hendaklah diserahkan selewat-lewatnya pada 12 Julai 2023.
3.5.8 Pasukan yang menarik diri selepas tarikh ini tidak akan dipulangkan yuran
penyertaannya.

2
3.7 SISTEM DAN MATA PERTANDINGAN
3.7.1 Penyertaan yang tidak melebihi 5 pasukan pertandingan akan dijalankan secara liga
satu pusingan. Dua pasukan yang terbaik akan bertemu diperingkat akhir.
3.7.2 Penyertaan antara 6 hingga 10 pasukan akan dijalankan secara liga satu pusingan
didalam dua kumpulan A dan B. Kedua-dua pasukan yang berjaya ke peringkat akhir
pada kejohanan tahun lalu akan mengetuai kumpulan (seeded). Pasukan johan akan
mengetuai Kumpulan A dan naib johan mengetuai kumpulan B. Pasukan Iain akan
diundi untuk menentukan kumpulan masing-masing.
3.7.3 Dua pasukan terbaik daripada kedua-dua kumpulan layak ke peringkat separuh akhir.
Pemenang di dalam periawanan peringkat separuh akhir akan bertanding di peringkat
akhir.
3.7.4 Pasukan yang mencapai mata 25 terdahulu akan memenangi satu set.
3.7.5 Perlawanan akan dimenangi oleh pasukan yang memenangi dua set dengan keputusan
2-0 atau 2-1.
3.7.6 Perlawanan dimainkan secara "Best Of 3", daripada set berikut:
a) set pertama - 25 mata.
b) set kedua - 25 mata.
c) set ketiga - 15 mata.
3.7.7 Pemberian mata adalah seperti berikut :
Menang 2-0 - 3 mata
Menang 2-1 - 2 mata
Kalah 1-2 - 1 mata
Kalah 0-3 - 0 mata
3.7.8 Sekiranya terdapat 2 atau lebih pasukan yang memperolehi jumlah mata yang sama
banyak pada akhir fasa awal, maka pasukan yang memperolehi nisbah mata, C yang
lebih tinggi menduduki tempat teratas. Cara menentukan kedudukan ditetapkan
melalui kiraan nisbah mata seperti berikut :
JUMLAH MATA MENANG
C¿
JUMLAH MATA KALAH

3.7.9 Sekiranya masih terdapat persamaan kedudukan, maka penentuan nisbah set, N yang
lebih tinggi menduduki tempat teratas. Cara menentukan nisbah set adalah seperti
berikut:
JUMLAH SET MENANG
N¿
JUMLAH SET KALAH

3.8 UNDANG-UNDANG PERMAINAN


3.8.1 Undang-undang Permainan Bola Tampar Antarabangsa yang berkuatkuasa semasa
akan menjadi undang-undang rasmi pertandingan bagi semua peringkat umur kecuali
ada undang-undang khas yang menguasai pertandingan permainan MSSM.
3.8.2 Libero perlu didaftarkan semasa pendaftaran pemain.
3.8.3 Masa rehat (timeout) dibenarkan sebanyak 2 kali bagi setiap set.

3.9 PAKAIAN SERAGAM


3.9.1 Tiap-tiap pemain hendaklah memakai jersi dan seluar seragam.
3.9.2 Pemain Libero hendaklah menggunakan jersi yang berlainan Warna daripada Warna
jersi pasukannya.
3.9.3 Jersi hendaklah bernombor saiz tidak kurang daripada 15 cm tingginya di depan dan
20 cm dibelakang.

3
3.9.4 Nombor yang digunakan adalah dari 1 hingga 20 sahaja.
3.9.5 Garis nombor hendaklah tidak kurang daripada 2 cm tebal.
3.9.6 Nombor yang digunakan pada jersi pemain hendaklah jelas bagi memudahkan
pengadil melihat.
3.9.7 Pasukan yang gagal memakai jersi mengikut peraturan diatas akan dilarang bermain
dan pasukannya boleh dibatalkan perlawanan.
3.9.8 Pegawai pasukan hendaklah memakai pakaian yang seragam, memakai seluar panjang
serta berkasut.

3.10 KELEWATAN DAN PEMBATALAN (WALKOVER)


3.10.1 Setiap pasukan mesti bersedia di gelanggang 30 minit sebelum masa yang ditetapkan
untuk perlawanan.
3.10.2 Jika satu pasukan dateng lewat 10 minit selepas masa yang ditetapkan tanpa sebab
yang munasabah, pasukan tersebut akan diisytiharkan kalah dan pasukan lawan akan
diberi mata kemenangan percuma.
3.10.3 Pasukan yang menarik diri dengan sengaja tidak akan dibenarkan meneruskan
pedawanan seterusnya dan semua keputusan perlawanannya dbatalkan.

3.11 PENGGANTUNGAN: PEMBATALAN SESEORANG PEMAIN


3.11.1 Jikaseseorang pemain disingkirkan (kad kuning dan merah) daripada perlawanan oleh
pengadil, dia dengan sendirinya ditegah bermain satu perlawanan berikutnya
sehingga menerima keputusan dari Jawatankuasa Pertandingan.
3.11.2 Jawatankuasa Pertandingan terdiri daripada:
a) Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan
b) Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan Bola Tampar MSSD Muallim

3.12 ALATAN, GELANGGANG DAN KETINGGIAN JARING


3.12.1 Bola yang digunakan mestilah berbentuk sfera dan diperbuat daripada kulit sentetik dengan
satu pundi di dalam yang diperbuat daripada getah. Warna bola boleh seragam dan cerah atau
kombinasi warna-warni.
Lilitan : 65 cm - 67 cm
Berat : 260 gm - 280 gm
Tekanan udara : 0.30 kg - 0.35 kg
Saiz :5
3.12.2 PTPS bola tampar Muallim menyarankan agar bola yang digunakan dalam kejohanan bola
tampar ialah bola jenama Molten kod 3500.
3.12.3 Semua garisan gelanggang adalah 5 cm lebar.
3.12.4 Ukuran gelanggang untuk Ketegori 18 tahun dan ke bawah adalah 18m x 9m.
3.12.5 Ketinggian jaring bagi kategori lelaki ialah 2.43 m manakala bagi perempuan ialah 2.24 m.

3.13 BANTAHAN
3.13.1 Keputusan pengadil adalah muktamad.
3.13.2 Segala bantahan mengenai undang-undang permainan akan dirujuk Pengerusi
Jawatankuasa Pengelola,
3.13.3 Sekiranya Pengerusi Jawatankuasa Pengelola tidak dapat menyelesaikan masalah,
bantahan itu boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Rayuan. Pasukan yang ingin
membuat bantahan semasa perlawanan berjalan mesti memberitahu pengadil secara

4
lisan. Walau bagaimanapun, perlawanan akan diteruskan " Dalam Bantahan". Hanya
ketua pasukan boleh membuat bantahan.
3.13.4 Setiap bantahan perlu disertakan dengan wang tunai sebanyak RM 300 (Ringgit
Malaysia Tiga Ratus Sahaja). Wang pertaruhan ini tidak akan dipulangkan sekiranya
bantahan tersebut didapati tidak mengikut peraturan atau tidak munasabah..

3.14 HADIAH
3.14.1 JOHAN : Sijil dan medal
3.14.2 NAIB JOHAN : Sijil dan medal
3.14.3 TEMPAT KE 3 : Sijil dan medal

3.15 HAL-HAL LAIN


3.15.1 Tiap-tiap perlawanan akan dimulakan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Walau
bagaimanapun, pengelola mempunyai hak membuat pindaan jika perlu dan
memaklumkan kepada pasukan yang terlibat secepat mungkin.
3.15.2 Pegawai dan pemain pasukan yang bertanding sahaja dibenarkan masuk ke dalam
gelanggang atau duduk di bangku pernain gantian.
3.15.3 Ahli-ahli pasukan yang dibenarkan duduk di bangku pemain ganti semasa perlawanan
pasukannya adalah seperti:
a) Seorang Jurulatih
b) Seorang Penolong Jurulatih
c) Seorang fisioterapis
d) 6 orang pemain gantian.
Tindakan: Semua guru

AGENDA 4: ANGGARAN PERBELANJAAN

4.1 Anggaran pendapatan dan perbelanjaaan bagi kejohanan bola tampar MSSD Muallim adalah
seperti berikut:
4.1.1 Pendapatan.
Yuran penyertaan:
Pasukan lelaki (5 X RM250) : RM1,250.00
Pasukan perempuan (5 X RM250) : RM1,250.00
Jumlah RM2,500.00
4.1.2 Perbelanjaan.
Sewa gelanggang (2 hari X RM150) : RM 300.00
Medel (72 X RM7) : RM 504.00
Bayaran pengadil (5 orang X RM200) : RM1,000.00
Makanan urusetia dan pengadil (20 orang x RM12.50) : RM 250.00
Latihan pusat (24 orang x RM15) : RM 360.00
Banner (1 x RM86) : RM 86.00
Jumlah RM2,500.00

AGENDA 5: HAL-HAL LAIN

5.1 Cabutan undian kumpulan perlawanan telah dilakukan di antara Kolej Vokasional Slim
River, SMK Slim, SMK Khir Johari, SMK Bandar Behrang 2020 dan SMK Proton City

5
5.2 Jadual perlawanan akan dilakukan oleh PTPS bola tampar Muallim berdasarkan cabutan
undian kumpulan dan akan diberikan kemudian nanti.
Tindakan: PTPS bola tampar Muallim
5.3 Kejohanan bola tampar bawah 18 tahun Majlis Sukan Sekolah-Sekolah negeri Perak
dijangkakan pada 20 Julai 2023.
5.4 Latihan pusat bagi pasukan yang akan menyertai Kejohanan bola tampar bawah 18 tahun
Majlis Sukan Sekolah-Sekolah negeri Perak akan diadakan di Kolej Vokasional Slim River.

AGENDA 6: UCAPAN PENANGGUHAN


6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir dalam mesyuarat
kejohanan kali ini.
6.2 Beliau juga berharap agar kejohanan bola tampar itu dapat berjalan dengan lancar dan semua
pemain dapat bermain dengan seronok dan berdisiplin.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3:30 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

….…………………………. ….………………………….
(NOR ISMAH BINTI ISA) (YEO CHONG EE)
Setiausaha KoKurikulum Penolong Kanan KoKurikulum
SMJK Katholik, Tanjong Malim SMJK Katholik, Tanjong Malim

You might also like