Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 126

AMALAN DEMOKRASI

DAN PILIHAN RAYA DI


MALAYSIA

Topik 3
KENAPA PERLU
MENGUNDI?
PILIHAN RAYA PERSEKUTUAN PERTAMA
1955
PILIHAN RAYA PERSEKUTUAN PERTAMA
1955
PILIHAN RAYA PERSEKUTUAN PERTAMA
1955
PILIHAN RAYA
PERSEKUTUAN
PERTAMA
1955
MAKSUD MANIFESTO
PILIHAN RAYA UMUM MALAYSIA TELAH
DIADAKAN DALAM TAHUN?

1955, 1959, 1964, 1969,


1974, 1978, 1982, 1986,
1990, 1995, 1999, 2004,
2008, 2013, 9 Mei 2018,
???
CIRI-CIRI DEMOKRASI:
1. Ada pilihan raya
2. Pilihan raya adalah bebas
3. Rakyat tidak wajib mengundi
4. Undi adalah sulit
5. Kebebasan bersuara
6. Pihak yang memperoleh undi
majoriti akan membentuk
kerajaan
AMALAN DEMOKRASI DI MALAYSIA
Malaysia mengamalkan sistem demokrasi.
Kerajaan dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya umum.
Parti politik yang memenangi majoriti mudah bilangan kerusi
dalam pilihan raya umum akan berkuasa untuk membentuk
kerajaan.
Konsep “kerajaan rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat”.
Malaysia mengamalkan doktrin pengasingan kuasa.
Bentuk pemerintahan: Sistem raja berperlembagaan.
STPM 2020: SOALAN 6
Yang manakah yang benar mengenai sistem
kerajaan demokrasi berparlimen di Malaysia?
(I) Pilihan raya boleh diawalkan dari tempoh yang ditetapkan, iaitu
lima tahun.
(II) Pilihan raya peringkat persekutuan dilaksanakan apabila Parlimen
dibubarkan.
(III) Pilihan raya perlu diadakan selepas Perdana Menteri
membubarkan Parlimen.
(IV) Pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 30 hari selepas
Parlimen dibubarkan.
A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV
STPM 2020: JAWAPAN SOALAN 6
Yang manakah yang benar mengenai system
kerajaan demokrasi berparlimen di Malaysia?
(I) Pilihan raya boleh diawalkan dari tempoh yang ditetapkan, iaitu
lima tahun.
(II) Pilihan raya peringkat persekutuan dilaksanakan apabila Parlimen
dibubarkan.
(III) Pilihan raya perlu diadakan selepas Perdana Menteri
membubarkan Parlimen.
(IV) Pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 30 hari selepas
Parlimen dibubarkan.
A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV
FUNGSI-FUNGSI PILIHAN RAYA DI MALAYSIA
PILIHAN RAYA UMUM (PRU)
Mengikut Perlembagaan Persekutuan = sekali dalam tempoh
5 tahun.
Namun, pilihan raya umum boleh diadakan lebih awal
daripada tempoh 5 tahun jika Parlimen dibubarkan oleh
YdPA atau DUN dibubarkan oleh raja atau Yang di-Pertua
Negeri lebih awal daripada tempohnya.
PRU dijalankan oleh SPR.
PRU terbahagi kepada pilihan raya kawasan Parlimen dan
DUN.
PRU untuk kawasan Parlimen dan kawasan DUN tidak
semestinya diadakan serentak.
PILIHAN RAYA UMUM

1. Diadakan sekali dalam tempoh 5 tahun.


2. Dijalankan oleh SPR.
3. PRU terbahagi kepada pilihan raya kawasan
Parlimen dan pilihan raya kawasan Dewan
Undangan Negeri.
4. PRU untuk kawasan Parlimen dan DUN tidak
semestinya diadakan serentak.
5. 60 hari.
INGAT:
Seseorang calon tidak boleh bertanding di lebih
daripada satu kawasan Parlimen atau lebih daripada
satu kawasan DUN.
Seseorang calon boleh bertanding di satu kawasan
Parlimen dan satu kawasan DUN pada masa yang
sama.
Ahli Dewan Undangan Negeri boleh menjadi ahli
Dewan Negara pada masa yang sama.
Pilihan Raya Umum untuk kawasan Parlimen dan DUN
tidak perlu diadakan pada masa yang sama.
PERBEZAAN PRU KAWASAN PARLIMEN DAN DUN
1. Sebuah kawasan Parlimen terdapat beberapa buah
kawasan DUN.
2. Calon yang bertanding di kawasan Parlimen akan
dipilih untuk menjadi ahli Dewan Rakyat.
3. Calon yang bertanding di kawasan DUN – menjadi
ahli DUN.
4. Setiap pengundi dalam sesebuah kawasan pilihan
raya akan diberikan 2 keping kertas undi.
5. TETAPI, Wilayah Persekutuan KL, Labuan dan
Putrajaya terdapat kawasan Parlimen sahaja.
PERBEZAAN PRU DAN PILIHAN RAYA KECIL
1. PILIHAN RAYA UMUM
1. Melibatkan semua kawasan Parlimen dan kawasan
DUN di seluruh negara.
2. Parlimen , Dewan Undangan Negeri, Yang di-Pertuan
Agong, Yang di Pertua Negeri.
2. Pilihan Raya Kecil
-Melibatkan sesebuah kawasan Parlimen atau Dewan
Undangan Negeri.
-Diadakan apabila berlaku kekosongan luar jangka
kerusi Dewan Rakyat / DUN yang disebabkan:
PERBEZAAN PRU DAN PILIHAN RAYA
KECIL
1. didapati hilang kelayakan
Muflis, dipenjara melebihi 1 tahun, denda melebihi RM
2000, hilang akal dan memperoleh kewarganegaraan
asing.
2. Meletakkan jawatan
3. meninggal dunia
4. dibatalkan kemenangan oleh mahkamah pilihan
raya

Jika kekosongan luar jangka kerusi berlaku dalam


2 tahun terakhir daripada tempoh 5 tahun, pilihan
raya kecil tidak perlu diadakan.
PERBEZAAN PRU DAN PILIHAN RAYA
KECIL

PERKARA 54: KEKOSONGAN LUAR JANGKA.

Dengan syarat selanjutnya bahawa, jika kekosongan luar jangka di


Dewan Rakyat dipastikan pada suatu tarikh dalam masa dua tahun
dari tarikh Parlimen akan terbubar mengikut Fasal (3) Perkara 55,
maka kekosongan luar jangka itu tidak boleh diisi melainkan jika
Yang di-Pertua Dewan Rakyat memberitahu Suruhanjaya Pilihan
Raya secara bertulis bahawa kekuatan dari segi bilangan parti
yang membentuk majoriti semua ahli Dewan Rakyat terjejas oleh
kekosongan itu, dan dalam keadaan sedemikian kekosongan itu
hendaklah diisi dalam masa enam puluh hari dari tarikh
pemberitahuan itu diterima.
STPM 2016: SOALAN 17
Nyatakan tiga keadaan yang menyebabkan
kekosongan luar jangka kerusi Dewan Rakyat
atau Dewan Undangan Negeri. [3]
(a) __________________________________
(b) __________________________________
(c) ___________________________________
STPM 2016: SOALAN 17 (JAWAPAN)
Nyatakan tiga keadaan yang menyebabkan
kekosongan luar jangka kerusi Dewan Rakyat
atau Dewan Undangan Negeri. [3]
(a) Hilang kelayakan.
(b) Meletakkan jawatan.
(c) Meninggal dunia.
(d) Dibatalkan kemenangan oleh mahkamah.
[ Pilih mana-mana 3]
STPM 2022: SOALAN 17
Kemukakan tiga keadaan yang memerlukan
pilihan raya diadakan untuk mengisi
kekosongan luar jangka Dewan Rakyat. [3]
(a) __________________________________
(b) __________________________________
(c) ___________________________________
STPM 2022: SOALAN 17 (JAWAPAN)
Kemukakan tiga keadaan yang memerlukan
pilihan raya diadakan untuk mengisi
kekosongan luar jangka Dewan Rakyat. [3]
AHLI SURUHANJAYA PILIHAN RAYA
MALAYSIA (BAHAGIAN 8: PERLEMBAGAAN)
Terdiri daripada seorang pengerusi, timbalan pengerusi
dan lima orang ahli yang lain.
Dilantik oleh YdPA dengan nasihat Perdana Menteri setelah
berunding dengan Majlis Raja-Raja.
Memegang jawatan sehingga berusia 66 tahun.
Bukan seorang muflis.
Tidak memegang jawatan bergaji (Boleh memegang
jawatan kebajikan sosial).
Bukan ahli Parlimen / ADUN.
Saraan di bawah peruntukan Parlimen dan
dipertangggungkan oleh Kumpulan Wang Yang Disatukan.
AHLI SURUHANJAYA PILIHAN RAYA
MALAYSIA (BAHAGIAN 8: PERLEMBAGAAN)
PENGERUSI SURUHANJAYA PILIHAN RAYA (SPR)
YBHG. DATUK HAJI ABDUL GHANI BIN SALLEH

VISI SPR
Memartabatkan Institusi Pengurusan Pilihan Raya Bagi Mendaulatkan Demokrasi
Negara.

MISI SPR
Memperkasakan Pengurusan Pilihan Raya Yang Lebih Efisien, Telus dan Adil
Berlandaskan Perlembagaan dan Undang-Undang Bagi Mengukuhkan Kepercayaan
Rakyat.
PEMECATAN AHLI SURUHANJAYA PILIHAN
RAYA MALAYSIA

Boleh dipecat melalui tribunal oleh YdPA


kerana:
Muflis
Memegang jawatan berpendapatan
Menjadi Ahli Parlimen / ADUN
Badan lemah / berkelakuan kurang baik
(PERKARA 160) "Jawatan berpendapatan" ertinya apa-apa
jawatan sepenuh masa dalam mana-mana perkhidmatan
awam, dan termasuklah-
(a)jawatan mana-mana hakim Mahkamah Persekutuan,
Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi; dan
(b)jawatan Ketua Audit Negara; dan
(c)jawatan seseorang anggota Suruhanjaya Pilihan
Raya, jawatan seseorang anggota (selain anggota ex-
officio) sesuatu Suruhanjaya yang baginya Bahagian X
terpakai, atau jawatan seseorang anggota (selain
anggota ex-officio) mana-mana Suruhanjaya yang
bersamaan yang ditubuhkan oleh Perlembagaan
sesuatu Negeri; dan
(d)apa-apa jawatan lain yang tidak dinyatakan dalam
Fasal (3) Perkara 132 yang boleh ditetapkan sebagai
jawatan berpendapatan melalui Akta Parlimen;
Ahli MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI (MMK)
yang tidak menang pilihan raya.

- Dipanggil ex-officio
- Mereka ialah pegawai kerajaan
- Mereka ialah Setiausaha Kerajaan Negeri
- Mereka ialah Pegawai Kewangan Negeri
- Mereka ialah Penasihat Undang-Undang Negeri
CIRI-CIRI KEBEBASAN SPR

1. Anggota SPR dilantik oleh YDPA tanpa pengaruh


mana-mana pihak.
2. Ahli-ahlinya bukan pegawai kerajaan dan tidak
boleh memegang jawatan lain.
3. Sebarang perubahan PERATURAN PILIHAN RAYA
perlu mendapat KELULUSAN Parlimen.
4. Berkuasa penuh dalam proses pilihan raya.
TUGAS –TUGAS SPR

1. Menyelia pendaftaran pengundi/pemilih:


1. Menyemak dan mendaftar pengundi
2. Pengundi mesti warganegara yang berusia lebih
18 tahun
3. Pengundi mesti tinggal di kawasan pilihan raya
yang berkenan
PENGUNDI
MESTI
WARGANEGARA
YANG BERUSIA
LEBIH 18
TAHUN
TUGAS –TUGAS SPR
2. Menguruskan pilihan raya secara berkecuali dan adil:
(a) Menjalankan pilihan raya bagi Dewan Rakyat dan Dewan
Undangan Negeri
(b) Memastikan calon-calon yang bertanding memenuhi kelayakan
(c) Memastikan pengundi yang sah sahaja layak membuang undi
(d) Mereka yang tidak sempurna akal atau banduan penjara
hilang kelayakan membuang undi
(e) Memastikan calon menyerahkan akaun perbelanjaan
kempennya dalam masa 30 hari selepas keputusan pilihan
raya diumumkan
** PIHAK POLIS yang mengawal kempen pilihan raya
SELARAS DENGAN SEKSYEN 23 AKTA KESALAHAN
PILIHAN RAYA (AKPR) 1954, TERDAPAT implikasi
TERHADAP CALON YANG GAGAL MENYERAHKAN
PENYATA PERBELANJAAN
❑Tidak boleh menghadiri sidang atau mengundi dalam
Dewan Rakyat atau DUN
❑Tidak boleh menyertai mana-mana pilihan raya selama
tempoh lima tahun
❑Boleh didakwa dan diambil tindakan atas perbuatan
yang menyalahi undang-undang.
TUGAS –TUGAS SPR
3. Mempersempadankan kawasan pilihan raya:
(a) sekurang-kurangnya sekali dalam lapan hingga sepuluh
tahun (MESTI diluluskan dengan majoriti 2/3 Ahli
Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.
4. Menguruskan pengundian melalui pos:
(a) Kakitangan perkhidmatan awam yang berkhidmat untuk
Suruhanjaya Pilihan Raya
(b) Tentera, polis, pegawai kedutaan yang berkhidmat di
luar negara dan pelajar di luar negara serta isteri
mereka layak membuang undi lebih awal dengan cara
undi pos
INFO TERKINI

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan


mengadakan Semakan Pra-
Pendaftaran Pemilih Automatik (SPPA)
mulai 1 hingga 31 Oktober ini untuk
memberi peluang kepada 5.8 juta
bakal pemilih menyemak dan
mengesahkan rekod mereka.
STPM 2017: SOALAN 7

Yang manakah fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya?

A Membuat kajian dan persempadanan kawasan


pilihan raya
B Mengawal keselamatan dalam tempoh pilihan raya
C Meluluskan persempadanan kawasan pilihan raya
D Mengadili petisyen pilihan raya
JAWAPAN STPM 2017: SOALAN 7

Yang manakah fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya?

A Membuat kajian dan persempadanan kawasan


pilihan raya
B Mengawal keselamatan dalam tempoh pilihan raya
C Meluluskan persempadanan kawasan pilihan raya
D Mengadili petisyen pilihan raya
STPM 2019: SOALAN 6
Pernyataan yang manakah benar tentang Ahli-ahli
Suruhanjaya Pilihan Raya?

A Boleh memegang jawatan berpendapatan tetap


B Saraan ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong
C Ahli-ahlinya terdiri daripada ahli Majlis Parlimen
D Dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas
berunding dengan Majlis Raja-Raja
JAWAPAN STPM 2019: SOALAN 6
Pernyataan yang manakah benar tentang Ahli-ahli
Suruhanjaya Pilihan Raya?

A Boleh memegang jawatan berpendapatan tetap


B Saraan ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong
C Ahli-ahlinya terdiri daripada ahli Majlis Parlimen
D Dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas
berunding dengan Majlis Raja-Raja
STPM 2021: SOALAN 7
Yang manakah benar tentang pengundi yang layak
mengundi secara pos?

A Banduan yang sedang menjalani hukuman penjara


B Anggota perkhidmatan awam yang sedang bertugas
di luar negara
C Warganegara Malaysia yang bekerja di sektor
swasta di luar negara
D Pelajar yang sedang mengikuti program pertukaran
pelajar di luar negara
JAWAPAN STPM 2021: SOALAN 7
Yang manakah benar tentang pengundi yang layak
mengundi secara pos?

A Banduan yang sedang menjalani hukuman penjara


B Anggota perkhidmatan awam yang sedang
bertugas di luar negara
C Warganegara Malaysia yang bekerja di sektor
swasta di luar negara
D Pelajar yang sedang mengikuti program pertukaran
pelajar di luar negara
STPM 2014: SOALAN 17
Terangkan dua sebab Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
dikatakan agensi yang bebas? [4]
(a) ____________________________________________
_______________________________________________
(a) ___________________________________________
_______________________________________________
STPM 2014: SOALAN 17
Terangkan dua sebab Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
dikatakan agensi yang bebas? [4]
(a) Ahli-ahlinya bebas dan berkecuali kerana bukan wakil rakyat dan
bukan pegawai kerajaan.
(b) Keanggotaan ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dilantik oleh
Yang di-Pertuan Agong tanpa pengaruh mana-mana pihak.
(c) Suruhanjaya bertindak tanpa dipengaruhi oleh parti politik.
(d) Suruhanjaya tidak dipengaruhi oleh badan pemerintahan mahupun
badan kehakiman.
(e) Suruhanjaya bebas daripada segala pertelingkahan keputusan
pilihan raya kerana sebarang isu yang timbul diselesaikan di
Mahkamah Pilihan Raya.
[Pilih mana-mana 2]
STPM 2019: SOALAN 7
Pernyataan yang manakah yang benar tentang kebebasan pilihan
raya?
I. Rakyat bebas memilih wakil mereka.
II. Undian rakyat ditentukan oleh ketua parti.
III. Rakyat bebas mengundi mengikut kaedah pilihannya.
IV. Parti politik bebas berkempen mengikut undang-undang.

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
JAWAPAN STPM 2019: SOALAN 7
Pernyataan yang manakah yang benar tentang kebebasan pilihan raya?
I. Rakyat bebas memilih wakil mereka.
II. Undian rakyat ditentukan oleh ketua parti.
III. Rakyat bebas mengundi mengikut kaedah pilihannya.
IV. Parti politik bebas berkempen mengikut undang-undang.
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
SENARAI KAWASAN PENGUNDIAN DI MALAYSIA
Kerusi Parlimen (peringkat kebangsaan) diwakili
tanda P.xxx manakala kerusi DUN (peringkat negeri)
diwakili tanda N.xx. Terdapat 222 kerusi Parlimen
dan juga 576 kerusi DUN secara keseluruhannya.
Kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri ini
telah diwartakan setelah proses persempadanan
semula kawasan pilihan raya 2003.
SENARAI KAWASAN PENGUNDIAN DI SABAH & SARAWAK
SENARAI KAWASAN PENGUNDIAN DI MALAYSIA
SENARAI KAWASAN PENGUNDIAN DI MALAYSIA
KELAYAKAN PEMILIH
1. Warganegara Malaysia.
2. Telah mencapai umur 18 tahun.
3. Tidak hilang kelayakan.

4. Seseorang pemilih akan hilang kelayakan jika ada:


1. Pada tarikh kelayakan, ditahan kerana tidak siuman atau
sedang menjalani hukuman penjara; atau
2. Sebelum tarikh kelayakan, telah didapati bersalah dan
dihukum mati atau penjara untuk tempoh lebih 12 bulan dan
masih menjalani hukuman pada tarikh kelayakan; atau
3. Telah didapati bersalah di bawah Akta Kesalahan Pilihan
Raya 1954; atau telah memperoleh kerayatan asing.
KELAYAKAN PEMILIH
STPM 2017: SOALAN 17
Tidak sempurna akal
Menjalani hukuman pejara kurang 12 bulan
Disabitkan kesalahan di mana-mana bahagian dunia dan dijatuhi
PEMILIH hukuman bunuh
Nama tiada dalam daftar pengundi
Memperoleh kewarganegaraan asing
Didapati bersalah di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954

Berdasarkan gambar rajah di atas, pilih empat keadaan yang menyebabkan


seseorang pemilih tidak layak mengundi pada hari mengundi. [4]
(a) __________________________________________________________________
(b) __________________________________________________________________
(c) __________________________________________________________________
(d) __________________________________________________________________
STPM 2017: SOALAN 17
Tidak sempurna akal
Menjalani hukuman pejara kurang 12 bulan
Disabitkan kesalahan di mana-mana bahagian dunia dan dijatuhi
PEMILIH hukuman bunuh
Nama tiada dalam daftar pengundi
Memperoleh kewarganegaraan asing
Didapati bersalah di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954

Berdasarkan gambar rajah di atas, pilih empat keadaan yang menyebabkan


seseorang pemilih tidak layak mengundi pada hari mengundi. [4]
(a) Tidak sempurna akal.
(b) Nama tiada dalam daftar pengundi.
(c) Memperoleh kewarganegaraan asing.
(d) Didapati bersalah di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
KELAYAKAN PEMILIH
Pengundi tidak hadir boleh mengundi melalui pos.
1. Ahli dan pegawai SPR.
2. Petugas pilihan raya
3. Anggota polis
4. Anggota Angkatan Tentera Malaysia yang sedang bertugas
(suami/isteri)
5. Anggota mana-mana perkhidmatan awam yang sedang
berkhidmat di luar negara (suami/isteri)
6. Pelajar Malaysia yang belajar di luar negara (suami/isteri)
KELAYAKAN CALON UNTUK
BERTANDING
1. Warganegara Malaysia dan bermastautin di negara ini.
2. Berumur 18 tahun atau lebih.
3. Tinggal di negeri di mana dia akan bertanding.
4. Bukan seorang bankrap atau seorang bankrap yang telah dilepaskan.
5. Sempurna akal.
6. Tidak pernah dipenjarakan melebihi satu tahun.(5 tahun selepas tamat
hukuman penjara)
7. Tidak pernah didenda RM 2000 ke atas (boleh bertanding jika diampuni)
8. Tidak memegang jawatan berpendapatan tetap dalam perkhidmatan
awam.
KELAYAKAN CALON UNTUK
BERTANDING
1. Calon tidak semestinya anggota parti politik. Dia boleh
bertanding sebagai calon bebas.
2. Kelemahan fizikal bukan penghalang kepada calon untuk
bertanding.
3. Warganegara Malaysia yang berkahwin dengan warga
asing layak bertanding.
Belanja berkempen untuk calon pilihan raya dalam pilihan raya
umum adalah:
 Tidak melebihi RM 200 000 bagi kawasan Parlimen
 Tidak melebihi RM 100 000 bagi kawasan Dewan Undangan
Negeri

Setiap calon dikenakan wang deposit:


-RM 10 000 untuk kawasan Parlimen
-RM 5000 untuk kawasan Dewan Undangan Negeri

-Calon yang kalah akan hilang wang depositnya jika bilangan


undi yang diperolehnya kurang daripada 1/8 jumlah undi yang
diperoleh oleh semua calon yang bertanding dalam kawasan
pilihan raya berkenaan.
ELEMEN PENTING UNTUK MELAKSANAKAN
PILIHAN RAYA DI MALAYSIA
❖Persempadanan kawasan pilihan raya.
❖Pendaftaran pengundi / semakan daftar pengundi.
❖Penamaan calon yang bertanding.
❖Proses pilihan raya/ pengiraan undi.
❖Pengumuman keputusan pilihan raya.
SOALAN 17: STPM 2013
Nyatakan tiga elemen penting untuk melaksanakan
pilihan raya di Malaysia. [3]
(a) ________________________________________
(b) ________________________________________
(c) ________________________________________
SOALAN 17: STPM 2013
Nyatakan tiga elemen penting untuk melaksanakan
pilihan raya di Malaysia. [3]
(a) Persempadanan kawasan pilihan raya.
(b) Pendaftaran pengundi / semakan daftar
pengundi.
(c) Penamaan calon yang bertanding.
(d) Proses pilihan raya/ pengiraan undi.
(e) Pengumuman keputusan pilihan raya.
[Pilih mana-mana 3]
HARI PENAMAAN CALON
❖Seseorang calon boleh menarik diri dalam masa 3
hari pertama selepas hari penamaan calon.
❖Sekiranya hanya seorang calon mendaftarkan diri
daripada hari penamaan calon di sesuatu kawasan,
calon itu akan diisytiharkan sebagai pemenang
tanpa bertanding.
❖Pilihan raya tidak akan diadakan di kawasan itu.
WRIT BERMAKSUD:
Perintah atau proses yang dikeluarkan oleh mahkamah atau pegawai
kehakiman meminta mana-mana orang melakukan atau tidak melakukan sesuatu
dan yang mengandungi arahan tentang apa yang patut dibuat.

Dokumen yg dikeluarkan oleh mahkamah bagi memerintahkan defendan ( pihak


yang kena tuntut ) dalam kes sivil supaya hadir di mahkamah pada tarikh dan
masa yang ditetapkan.
Perintah yang dikeluarkan oleh mahkamah yang menggariskan tindakan yang
perlu dipatuhi sesuatu pihak atau kedua-dua pihak dalam kes sivil.
Pilihan raya writ yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya yang
mengandungi arahan menghendaki pegawai pengurus sesuatu bahagian pilihan
raya mengambil langkah bagi mengadakan suatu pilihan raya mengikut cara
yang ditetapkan oleh undang-undang.
PROSES PILIHAN RAYA

SEMAKAN DAFTAR PEMILIHAN YANG SEDIA ADA

PENDAFTARAN PEMILIH BARU

SEMAKAN SEMULA DAFTAR PEMILIH


PROSES PILIHAN RAYA

PEMBUBARAN PARLIMEN

PENETAPAN TARIKH PILIHAN RAYA UMUM


(Dalam tempoh 60 hari)

HARI PENAMAAN CALON


PROSES PILIHAN RAYA

HARI PENGUNDIAN (8 Pagi hingga 5 Petang)

PENGIRAAN UNDI
(Pada malam hari mengundi)

PENGUMUMAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA


PROSES PILIHAN RAYA

KERAJAAN DIBENTUK
(Perdana Menteri dilantik dan Kabinet dibentuk)

PARLIMEN BERSIDANG
(Dalam tempoh 120 hari daripada tarikh pembubaran Parlimen)
PERTIKAIAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA
1. SPR tidak berkuasa menyelesaikan sebarang
pertikaian terhadap keputusan pilihan raya.
2. Sebarang cabaran atau petisyen keputusan
pilihan raya akan dibawa ke Mahkamah Tinggi.
3. Keputusan Mahkamah Tinggi boleh dirayu ke
Mahkamah Persekutuan.
4. Pertikaian hendaklah dikemukakan dalam
tempoh 21 hari dari tarikh keputusan pilihan
raya diwartakan.
PERTIKAIAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA
Sesuatu petisyen pilihan raya hanya boleh dibuat
atas alasan-alasan yang berikut:
1. sogokan, peras ugut atau sebarang salah laku
yang boleh menjejaskan pilihan raya.
2. Perbuatan rasuah atau perbuatan menyalahi
undang-undang yang dilakukan oleh calon-calon
atau ejen-ejennya.
3. Calon atau ejennya didapati tidak layak untuk
menyertai pilihan raya
LATIHAN (SOALAN OBJEKTIF)

Soalan 1: Kerajaan demokrasi berparlimen bermaksud

A rakyat bebas memilih ketua kerajaan


B wakil rakyat bebas bersuara di Parlimen
C wakil parlimen mempunyai keistimewaan
D rakyat memilih kerajaan melalui pilihan raya
JAWAPAN LATIHAN (SOALAN OBJEKTIF)

Soalan 1: Kerajaan demokrasi berparlimen bermaksud

A rakyat bebas memilih ketua kerajaan


B wakil rakyat bebas bersuara di Parlimen
C wakil parlimen mempunyai keistimewaan
D rakyat memilih kerajaan melalui pilihan raya
LATIHAN (SOALAN OBJEKTIF)

Soalan 2: Yang manakah situasi yang menyebabkan


pilihan raya kecil perlu diadakan?

A Speaker Dewan Rakyat meletakkan jawatan


B Wakil rakyat mengisytiharkan dirinya keluar parti
C Ahli Dewan Undangan Negeri diisytiharkan muflis
D Menteri Besar melakukan rombakan Ahli Majlis
Mesyuarat Kerajaan
JAWAPAN LATIHAN (SOALAN OBJEKTIF)

Soalan 2: Yang manakah situasi yang menyebabkan pilihan


raya kecil perlu diadakan?

A Speaker Dewan Rakyat meletakkan jawatan


B Wakil rakyat mengisytiharkan dirinya keluar parti
C Ahli Dewan Undangan Negeri diisytiharkan muflis
D Menteri Besar melakukan rombakan Ahli Majlis
Mesyuarat Kerajaan
LATIHAN (SOALAN OBJEKTIF)

Soalan 3: Fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya ialah


I menggubal Akta Pilihan Raya (Badan Perundangan) Parlimen , DUN)
II menerima tuntutan petisyen pilihan raya (Mahkamah.Badan Kehakiman)
III melakukan kajian persempadanan pilihan raya
IV mendaftar pemilih dan menyemak daftar pengundi

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
JAWAPAN LATIHAN (SOALAN OBJEKTIF)

Soalan 3: Fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya ialah


I menggubal Akta Pilihan Raya
II menerima tuntutan petisyen pilihan raya
III melakukan kajian persempadanan pilihan raya
IV mendaftar pemilih dan menyemak daftar pengundi

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
LATIHAN (SOALAN OBJEKTIF)

Soalan 4: Yang manakah menerangkan kebebasan


Suruhanjaya Pilihan Raya?

A Bebas daripada pengaruh politik


B Bebas menetapkan tarikh pilihan raya diadakan
C Bebas mengundi tuntutan petisyen pilihan raya
D Bebas menggubal rang undang-undang pilihan raya
JAWAPAN LATIHAN (SOALAN OBJEKTIF)

Soalan 4: Yang manakah menerangkan kebebasan


Suruhanjaya Pilihan Raya?

A Bebas daripada pengaruh politik


B Bebas menetapkan tarikh pilihan raya diadakan
C Bebas mengundi tuntutan petisyen pilihan raya
D Bebas menggubal rang undang-undang pilihan raya
LATIHAN (SOALAN OBJEKTIF)

Soalan 5: Yang manakah boleh dikaitkan sebagai Pengundi


Tidak Hadir semasa hari pengundian?

A Pengundi telah mengundi awal


B Pengundi tidak membuat pendaftaran pemilih
C Nama pengundi belum disahkan sebagai pengundi
D Pengundi mendapati nama tiada dalam senarai daftar
JAWAPAN LATIHAN (SOALAN OBJEKTIF)

Soalan 5: Yang manakah boleh dikaitkan sebagai Pengundi


Tidak Hadir semasa hari pengundian?

A Pengundi telah mengundi awal


B Pengundi tidak membuat pendaftaran pemilih
C Nama pengundi belum disahkan sebagai pengundi
D Pengundi mendapati nama tiada dalam senarai daftar
LATIHAN (SOALAN OBJEKTIF)

Soalan 6: Yang manakah tanggungjawab Suruhanjaya Pilihan


Raya?

A Mengemaskini pendaftaran pemilih


B Melaksanakan tuntutan petisyen
C Mengisytiharkan kekosongan kerusi Parlimen
D Menggubal cadangan pindaan Akta Pilihan Raya
JAWAPAN LATIHAN (SOALAN OBJEKTIF)

Soalan 6: Yang manakah tanggungjawab Suruhanjaya Pilihan


Raya?

A Mengemaskini pendaftaran pemilih


B Melaksanakan tuntutan petisyen
C Mengisytiharkan kekosongan kerusi Parlimen
D Menggubal cadangan pindaan Akta Pilihan Raya
LATIHAN (SOALAN OBJEKTIF)

Soalan 7: Yang manakah menunjukkan amalan demokrasi


berparlimen dijalankan di Malaysia?

A Kerajaan dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya


B Parlimen menentukan sistem pemerintahan Malaysia
C Rakyat bebas untuk bercakap, berhimpun dan
berpersatuan
D Wakil rakyat bebas untuk bercakap semua perkara di
Dewan Rakyat
JAWAPAN LATIHAN (SOALAN OBJEKTIF)

Soalan 7: Yang manakah menunjukkan amalan demokrasi


berparlimen dijalankan di Malaysia?

A Kerajaan dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya


B Parlimen menentukan sistem pemerintahan Malaysia
C Rakyat bebas untuk bercakap, berhimpun dan
berpersatuan
D Wakil rakyat bebas untuk bercakap semua perkara di
Dewan Rakyat
LATIHAN (SOALAN STRUKTUR)
1. Senaraikan dua ciri tentang pilihan raya umum di Malaysia.
2. Nyatakan dua keadaan yang memerlukan pilihan raya umum
kawasan Parlimen diadakan dalam tempoh 60 hari di
Semenanjung Malaysia.
3. Nyatakan tiga sebab yang boleh menyebabkan kekosongan
luar jangka kerusi Dewan Rakyat.
4. Nyatakan dua sebab seseorang anggota Suruhanjaya Pilihan
Raya boleh dipecat oleh YdPa.
5. Nyatakan tiga tugas Suruhanjaya Pilihan Raya sebelum hari
pengundian dalam sesuatu pilihan raya umum.
6. Encik Y ingin mendaftar sebagai pengundi. Nyatakan dua
syarat yang perlu dipenuhi olehnya.
LATIHAN (SOALAN STRUKTUR)

7. Senaraikan dua golongan warganegara Malaysia di


luar negara yang layak mengundi secara pos.
8. Nyatakan tiga syarat yang menjadikan seseorang
tidak layak menjadi calon dalam pilihan raya.
9. Pada hari penamaan calon, hanya seorang yang
mendaftarkan diri sebagai calon. Nyatakan dua
tindakan yang akan diambil oleh pegawai pengurus
pilihan raya.
10. Nyatakan dua elemen penting dalam proses
melaksanakan pilihan raya di Malaysia.
JAWAPAN LATIHAN (SOALAN STRUKTUR)

SOALAN 1:
Diadakan sekali dalam tempoh lima tahun.
Terbahagi kepada pilihan raya Parlimen dan pilihan raya Dewan Undangan
Negeri.

SOALAN 2:
Parlimen terbubar secara automatik apabila cukup tempoh lima tahun.
Parlimen dibubarkan oleh YdPA.
JAWAPAN LATIHAN (SOALAN STRUKTUR)

SOALAN 3:
Seorang ahli Dewan Rakyat meletakkan jawatan.
Seseorang ahli Dewan Rakyat meninggal dunia.
Seorang ahli Dewan Rakyat hilang kelayakan.
Kemenangan seorang ahli Dewan Rakyat dibatalkan oleh Mahkamah Pilihan
Raya.
SOALAN 4:
Dia diisytiharkan muflis dan belum dilepaskan.
Dia dilantik menjadi senator.
Dia bekerja sebagai pengurus syarikat.
JAWAPAN LATIHAN (SOALAN STRUKTUR)

SOALAN 5:
Menentukan tarikh pilihan raya umum.
Melantik pegawai-pegawai untuk menjalankan pilihan raya.
Mendaftarkan calon-calon yang akan bertanding.
SOALAN 6:
Warganegara Malaysia
Mencapai umur 18 tahun.
JAWAPAN LATIHAN (SOALAN STRUKTUR)

SOALAN 7:
Anggota perkhidmatan awam yang sedang berkhidmat di luar negara.
Pelajar Malaysia yang belajar di luar negara.
SOALAN 8:
Bukan warganegara Malaysia.
Belum mencapai umur 18 tahun.
Tidak sempurna akal.
Seorang bankrap yang belum dilepaskan.
Memegang jawatan berpendapatan tetap dalam perkhidmatan awam.
JAWAPAN LATIHAN (SOALAN STRUKTUR)

SOALAN 9:
Mengisytiharkan calon yang berdaftar itu sebagai pemenang tanpa bertanding.
Mengisytiharkan bahawa pilihan raya tidak akan diadakan di kawasan
berkenaan.
SOALAN 10:
Persempadanan kawasan pilihan raya.
Pendaftaran pengundi / semakan daftar pengundi.
Penamaan calon yang bertanding.
Proses pilihan raya / kiraan undi.
Pengumuman keputusan pilihan raya.
SOALAN 10 BUKU LP:

Jelaskan dua jenis pilihan raya yang


dilaksanakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya
Malaysia. [4]
a) _____________________________________________
b) _____________________________________________
JAWAPAN SOALAN 10 BUKU LP:

Jelaskan dua jenis pilihan raya yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Pilihan
Raya Malaysia. [4]

a) Pilihan Raya Umum. Apabila Parlimen atau Dewan


Undangan Negeri dibubarkan atau terbubar sendiri
selepas tamat tempoh lima tahun.
b) Pilihan Raya Kecil. Mengisi kekosongan kerusi Parlimen
atau Dewan Undangan Negeri disebabkan kematian,
peletakan jawatan, hilang kelayakan dan pembatalan
keputusan pilihan raya oleh mahkamah.
SOALAN 11 BUKU LP:

Jelaskan dua kategori pengundi pos luar negara.


[4]
a) _____________________________________________
b) _____________________________________________
JAWAPAN SOALAN 11 BUKU LP:
Jelaskan dua kategori pengundi pos luar negara. [4]
a) Warganegara Malaysia di luar negara. Warganegara
Malaysia yang telah mendaftar sebagai pemilih tetapi
berada di luar negara dan tidak berkesempatan untuk
pulang mengundi di Malaysia, dibenarkan untuk
memohon mengundi secara pos.
b) Pelajar di luar negara dan pasangan. Pelajar Malaysia
yang telah mendaftar sebagai pemilih tetapi berada di
luar negara kerana menuntut sepenuh masa dan
pasangannya layak mengundi secara pos.
c) Penjawat awam di luar negara dan pasangan. Penjawat
awam yang bertugas di luar negara dan pasangannya
layak mengundi secara pos.
SOALAN 9 BUKU LP: HOTS

Jelaskan dua jenis pemilih yang boleh didaftarkan


oleh Suruhanjaya Pilihan Raya. [4]
a) _____________________________________________
b) _____________________________________________
JAWAPAN SOALAN 9 BUKU LP: HOTS

Jelaskan dua jenis pemilih yang boleh didaftarkan


oleh Suruhanjaya Pilihan Raya. [4]
a) Pengundi biasa. Pemilih berdaftar yang perlu hadir untuk
mengundi di pusat-pusat mengundi semasa pilihan raya.
b) Pengundi tidak hadir. Pemilih yang dinyatakan dalam
Peraturan 2, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya 2002,
iaitu anggota tentera dan pasangan, anggota
perkhidmatan awam yang bertugas di luar negara dan
pasangan yang menetap bersamanya serta pelajar
sepenuh masa yang menuntut di luar neagra dan
pasangan yang menetap bersamanya.
SOALAN 10 BUKU LP: HOTS

Nyatakan tiga jenis pengundian di Malaysia. [3]


a) _____________________________________________
b) _____________________________________________
JAWAPAN SOALAN 10 BUKU LP: HOTS

Nyatakan tiga jenis pengundian di Malaysia. [3]


a) Pengundian biasa.
b) Pengundian awal.
c) Pengundian pos.
SOALAN TAMBAHAN:

Nyatakan tiga keadaan yang menyebabkan anggota Suruhanjaya Pilihan Raya


hilang kelayakan. [3]

a) _____________________________________________
b) _____________________________________________
c) _____________________________________________
JAWAPAN SOALAN TAMBAHAN:

Nyatakan tiga keadaan yang menyebabkan anggota Suruhanjaya Pilihan Raya


hilang kelayakan. [3]

a) Bankrap yang belum dilepaskan.


b) Melibatkan diri dalam apa-apa jawatan atau pekerjaan
berbayar di luar tugas jawatannya.
c) Ahli mana-mana Majlis Parlimen atau Dewan Undangan
Negeri.
TERUSKAN BERUSAHA DAN JANGAN BERPUTUS ASA
DISEDIAKAN OLEH: CIKGU CIA YEE
KETUA PANITIA PENGAJIAN AM, SMK KIDURONG, BINTULU

You might also like