Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 7

SJK(T ) THIRUVALLUVAR

ANAK BUKIT,KEDAH.

DOKUMENTASI DAN LAPORAN


SAMBUTAN PERAYAAN BULAN
KEMERDEKAAN BERSAMA HARI
MALAYSIA

TEMPOH :
27 Ogos 2019 - 15 September 2019

ANJURAN:
1
SJK T THIRUVALLUVAR
ANAK BUKIT,KEDAH.
LAPORAN SAMBUTAN PERAYAAN BULAN KEMERDEKAAN
KE - 62 , TAHUN 2019
PERINGKAT SEKOLAH

Perayaan Bulan kemerdekaan telah disambut dan dilaksanakan pada 27


Ogos 2019 sehingga 15 September 2019. Pada tahun ini perayaan ini
disambut diperingkat sekolah sahaja. Melalui Kempen dan Perlaksanaan
aktiviti-aktiviti sempena Bulan kemerdekaan ini diharapkan agar murid-murid
dapat menghayati dan mencintai serta menyayangi Negara Malaysia
seterusnya menghargai dan mempertahankan kedaulatannya, serta
mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang masa. Objektif sambutan perayaan
ini adalah untuk menggalakkan murid mengibarkan Jalur Gemilang dan
memupuk dan menyemarakkan semangat patriotisme di kalangan murid-
murid sekolah supaya terus kekal sehingga remaja dan dewasa. Ia juga
diharap dapat mencetuskan dan menyemarakkan perasaan, suasana dan
semangat kemerdekaa selain mewujudkan rasa kekitaan dan kerja
berpasukan seterusnya mengeratkan perpaduan di semua peringkat.
Bermula pada 27 Ogos 2019 satu perhimpunan khas dijalan pada jam
12 tengahari di sewan terbuka Senthamarai. Guru besar menyuntik semangat
Hari kebangsaan dengan ucapan bersemagat beliau. Sejurus perasmian
pertandingan mewarna dijalankan . Sepanjang bulan ini juga pertandingan
Kelas tercantik menghias mewngikut tema hari kebangsaan dijalankan. Sila
rujuk lampiran 1 – Jadual aktiviti sepanjang bulan kebangsaan.
Pada sepanjang bulan kemerdekaan ini pertandingan Mewarna
dijalankan . Pertandingan ini dijalankan mengikut kategori atau darjah. Sila
rujuk lampiran 2. Pada 27 Ogos Dekorasi Sepanduk Kemerdekaan “Sayangi
Malaysiaku, Malaysia Bersih dijalankan . Pada September 2019 Kembara
kemerdekaan dijalankan. Perancangan pada mulanya melibatkan kesemua
murid untuk menaiki basikal dan berkayuh sekeliling taman sambil berorak
Merdeka. Akan tetapi kerana tidak cukup basikal , adaptasi kepada
2
rancangan terpaksa dilakukan iaitu membuat kayuhan bagi mereka yang
mempunyai basikal manakala sebahagian yang lain berjalan kaki . Aktiviti ini
berjaya dilakukan dengan jayanya dan murid kembali ke dewan. Rujuk
kepada lampiran 2.
Akhir sekali aktiviti penutupan dilakukan. Pada hari ini penyampaian
hadiah dilakukan dengan menjemput tuan Guru Besar untuk menyampaikan
hadiah kepada murid murid. Hadian diberi untuk pertandingan Mewarna.

Disediakan oleh,
…………………………………….
( SHAHIR ZAKWAN BIN MD NOOR )
Setiausaha Program Sambutan Kemerdekaan
Peringkat SJK T Thiruvalluvar.

3
Lampiran 1- Jadual Aktiviti
BIL AKTIVITI TARIKH TINDAKAN
PERLAKSANAAN
1 Pertandingan Mewarna 27.8-15.9.2019 PN.HEMA RANI
Rabu PN.KRISHNAN VENI
PN.NOOR AWATIF
ISHAK
2 Dekorasi Sepanduk 27.08.2019 EN SHAHIR ZAKWAN
Kemerdekaan “Sayangi Selasa BIN MD NOOR
Malaysiaku, Malaysia EN HASNUL BASRI BIN
Bersih “ MD NOR

3 Perasmian Penutupan EN SHAHIR ZAKWAN


Sambutan Bulan 15.9.2019
Kemerdekaan Ahad
&
Kembara Kemerdekaan

4
Lampiran 2 – Gambar Pertandingan Mewana

5
Lampiran 3 – Kembara Merdeka

6
7

You might also like