Pa Full Devi

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 40

981208055424

1.0 PENGENALAN

Perniagaan internet merupakan salah satu aktiviti perniagaan yang menggunakan


teknologi yang canggih atau lebih dikenali sebagai e-dagang iaitu melakukan urusan jual
beli antara peniaga dengan pengguna melalui internet. Di Malaysia, aktiviti perniagaan
internet semakin terkenal dan mendapat sambutan pada masa ini, selaras dengan
kemajuan pembangunan dan ekonomi di peringkat globalisasi. Di samping itu,
perniagaan internet bukan sahaja untuk syarikat-syarikat besar, tetapi juga untuk syarikat
kecil. Walaupun mereka mempunyai pekerjaan tetap, mereka juga boleh menjalankan
perniagaan ini bagi memperoleh pendapatan sampingan. Hal ini menunjukkan bahawa
perniagaan internet semakin mendapat sambutan hangat dan memberikan kebaikan
kepada peniaga dan pengguna. (Mohd Khir Kassim, 2010)

Kecanggihan teknologi hari ini memungkinkan segala benda dilakukan dengan


hanya satu sentuhan. Antara perkara yang paling mendapat tempat seiring dengan
perkembangan teknologi hari ini adalah perkhidmatan beli-belah dalam talian. Pengguna
hari ini dilihat begitu bijak dalam menilai serta membandingkan harga dan tawaran ke
atas sesuatu produk bagi mendapatkan nilai yang lebih berbaloi atas setiap perbelanjaan.
Ditambah dengan desakan gaya hidup serta kos yang semakin meningkat, ramai dalam
kalangan generasi hari ini lebih gemar melakukan aktiviti beli-belah dalam talian. Siapa
yang tidak gemarkan pakaian baharu? Mungkin ada antara pembaca yang rasa kurang
yakin apabila tidak mengenakan pakaian baharu dalam jangka masa lama. Kini dengan
adanya portal beli-belah dalam talian seperti Zalora, FashionValet dan Shopee,
menjadikan ‘trip’ ke pusat beli-belah seakan membazir masa.Apatah lagi kini hampir ke-
semua portal menyediakan khidmat pemulangan untuk tempoh 30 hari dari tarikh
pembelian. Jadi, tidak mengapa jika saiz yang dibeli tidak sesuai. Pulangkan saja. Duit
juga boleh dipulangkan semula. (Nabila Yasmin Razib,2017)

Dalam semua perniagaan, keperluan terhadap teknologi yang mampu


memudahkan aktiviti perniagaan adalah penting. Pembaharuan yang dapat diberi oleh
internet telah banyak mengubah dan seterusnya mewujudkan model perniagaan yang
menjadikan kebaikan-kebaikan internet sebagai aset terpenting dalam mebantu kejayaan

1
981208055424

sesebuah perniagaan. Maka wujudlah perniagaan yang dijalankan secara dalam talian.
(Shazizam Ibrahim 2006).

Perniagaan dalam talian turut memberi peluang kepada peniaga beroperasi selama
24 jam setiap hari. Teknologi yang canggih kini membolehkan pengguna internet
membeli-belah dalam talian pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Pelanggan bagi
perniagaan dalam talian juga tidak terhad kepada kawasan setempat malahan mampu
mencapai pelanggan di seluruh dunia. Peniaga tidak perlu memantau urusan tempahan
sepanjang masa kerana cuma perlu menyediakan sistem tempahan automatik untuk
kemudahan pengguna seterusnya menguruskan urusan penghantaran tempahan sebaik
sahaja pejabat pos dibuka. Justeru, peniaga yang memilih kaedah perniagaan ini dapat
menikmati kebebasan atau fleksibiliti waktu kerja tanpa menjejaskan sumber pendapatan
mereka. (Rohaizan Abdullah,2016)

Pengkaji telah memilih tajuk pembelian pakaian tradisional kaum India secara
dalam talian dalam kalangan penduduk Taman Sri Sinar. Pakaian tradisional kaum India
ialah pakaian yang wajib dipakai oleh semua masyarakat kaum India diseluruh dunia.
Pakaian tradisional merupakan pakaian yang dipakai ke semua majlis dan kuil. Pakaian
tradisional lazimnya berpakaian selesa dan cantik. Masyarakat kaum India sekarang
membeli pakaian tradisional secara dalam talian kerana mereka hendak menjimatakan
masa dan kos mereka.

Pakaian tradisional kaum India terdiri daripada beberapa jenis, corak, warna dan
stail. Contoh pakaian tradisional kaum India adalah sari, kurta, lehenga, salwar kameez,
dhoti, pavadhai thavani, pinjabi suit dan sebagainya. Kebanyakan pakaian tadisional
kaum India dijual secara dalam talian. Banyak pembeli membeli pakaian tersebut dan
berasa puas hati. Pakaian tradisional kaum India dijual dengan harga yang berpatutan
berbanding dengan kedai-kedai yang menjual pakaian tradisional.

Perniagaan merupakan satu usaha untuk mengagih dan menukarkan barangan


yang berbentuk barangan fizikal atau perkhidmatan atau kedua-duanya. Takrif perniagaan
menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) ialah bermaksud sesuatu yang dipakai

2
981208055424

(baju, seluar, kain, dan lain-lain) dan dalam talian bermaksud berada di bawah kawalan
langsung unit pemprosesan utama komputer.

Rasional kajian ialah kebanyakan masyarakat kauam India minat memakai


pakaian tradisional. Hal ini disebabkan pakaian tradisional wajib dipakai oleh semua
masyarakat kaum India. Seorang perempuan akan nampak cantik apabila dia memakai
sari atau selain daripada pakaian tradisional kaum India dan juga untuk lelaki jika dia
memakai kurta atau dhoti, dia akan nampak kacak dan tampak. Mereka lebih memilih
untuk membeli pakaian tradisional kaum India secara dalam talian kerana mereka tidak
perlu meluangkan masa yang lama di kedai. Mereka bukan sahaja dapat menjimatkan
masa dan tenaga serta menjimatkan wang mereka.

Taman Sri Sinar, Segambut merupakan lokasi kajian pengkaji kerana taman ini
mempunyai banyak penduduk kaum India dan ia akan membantu pengkaji untuk
membuat kajian atas kerjasama mereka. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengenal
pasti faktor-faktor pembelian pakaian tradisional kaum India secara dalam talian dalam
kalangan penduduk Taman Sri Sinar, Segambut dan juga mengenal pasti masalah-
masalah yang dihadapi oleh pembeli pakaian tradisional secara dalam talian dalam
kalangan penduduk Taman Sri Segambut.

3
981208055424

2.0 OBKEKTIF KAJIAN


Objektif kajian adalah:

1) Mengenal pasti faktor-faktor pembelian pakaian tradisional kaum India dalam


talian dalam kalangan penduduk Taman Sri Sinar.
2) Mengkaji masalah-masalah yang dihadapi oleh penduduk Taman Sri Sinar
apabila membeli pakaian tradisional kaum Indian secara atas talian.

4
981208055424

3.0 LOKASI KAJIAN

PETA 1: Peta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

SUMBER: GOOGLE MAP


Kuala Lumpur, (singkatan: KL) atau nama penuhnya Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur, ialah ibu negara dan bandar terbesar di Malaysia. Kawasan Wilayah
Persekutuan ini yang meliputi tanah seluas 244 km (94 bt persegi), diduduki 1.63 juta
orang mengikut banci tahun 2010. Kuala Lumpur tergolong dalam sebuah kawasan
metropolitan besar yang turut meliputi sebahagian besar negeri Selangor, iaitu Lembah
Klang, sebuah kelompokan bandar yang diduduki 7.2 juta orang, dan juga kawasan
metropolitan yang paling pesat membangun di negara dari segi bilangan penduduk dan
ekonomi. Kuala Lumpur merupakan tempat letaknya Parlimen Malaysia, dan juga pernah
menjadi lokasi cabang eksekutif dan kehakiman kerajaan persekutuan yang kini bertapak
di Putrajaya sejak tahun 1999. Namun begitu, terdapat beberapa cawangan kehakiman
yang kekal di ibu kota ini. Kediaman rasmi Yang di-Pertuan Agong, iaitu Istana Negara,
juga terletak di Kuala Lumpur. Bandar raya ini juga merupakan pusat kebudayaan dan
ekonomi Malaysia kerana kedudukannya selaku ibu negara dan bandar raya

5
981208055424

primat. Kuala Lumpur ditarafkan sebagai bandaraya dunia alfadan juga satu-satunya
bandar raya global di Malaysia, menurut Globalization and World Cities Study Group
and Network (GaWC).Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ialah salah satu daripada tiga
buah Wilayah Persekutuan Malaysia, dan juga sebuah enklaf dalam negeri Selangor di
pantai barat tengah Semenanjung Malaysia.

6
981208055424

PETA 2: Peta Kawasan Taman Sri Sinar, Segambut

SUMBER: GOOGLE MAP

Segambut terletak di Kuala Lumpur, Malaysia. Di sini terletaknya kondominium bertaraf


tinggi iaitu di Mont Kiara dan Sri Kiara. Kawasan ini mempunyai peratus yang besar
masyarakat kaum Cina. Banyak kemudahan awam disediakan di sini.

7
981208055424

FOTO 1: Papan Tanda Taman Sri Sinar


SUMBER: GOOGLE MAP
Taman Sri Sinar mempunyai infrastruktur dan kemudahan yang lengkap serta sempurna.
Selain itu, beberapa sekolah telah didirikan seperti SK Taman Sri Sinar, SMK Sinar
Bintang, SMK Segambut, dan lain-lain.kemudahan pasar juga disediakan di kawasan ini.
Pengangkutan awam seperti Bas Rapid KL dan KTM juga disediakan untuk manfaat
penduduk . Taman permainan dan taman rekreasi juga telah disedikan untuk kegunaan
penduduk.

8
981208055424

4.0 METODOLOGI KAJIAN

Pendahuluan

Menurut Kamus Dewan (Edisi Keempat), metodologi merupakan sistem yang


merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan disiplin, kajian
dan sebagainya. Oleh itu, bahagian ini akan membincangkan reka bentuk kajian, sampel
persoalan-persoalan kajian yang telah dikemukakan lebih awal.

Reka Bentuk Kajian

Kajian ini berbentuk kajian tinjauan. Kajian tinjauan merupakan satu rangka rujuk
mengenai perkara-perkara yang berkaiatn dengan persampelan, pengukuran dan analisis
data. Kajian ini adalah untuk mengenal pastinya faktor pembelian pakaian tradisional
kaum India dalam kalangan penduduk Taman Sri Sinar dan masalah-masalah semasa
pembelian pakaian tradisional kaum India secara dalam talian di Taman Sri Sinar.

Instrument Kajian

Instrument ialah proses menyesayakan alat mengumpul data menerusi konsep yang
berkaitan dengan sikap, persepsi, pandangan dan latar belakang. Dalam kajian ini,
instrument yang digunkan untuk mendapatkan data adalah dengan menggunakan borang
soal selidik, temu bual dan kaedah rujukan.

Kaedah Instrument Kajian


Kuantitatif Borang soal selidik
Kualitatif Temu bual, Rujukan
Jadual 4.1: Instrument Kajian yang digunakan

Cara mendapatkan informen

Informen kajian ini terdiri daripada 30 orang penduduk dari kawasan Taman Sri Sinar.
Dariapada jumlah keseluruhan penduduk adalah terdiri daripda 12 orang lelaki dan 18
orang perempuan dari penduduk dari kawasan Taman Sri Sinar akan sayambil sebagai

9
981208055424

informen. Informen terbatas kepada penduduk yang mensayami kawasan Taman Sri
Sinar dan mengisi borang soal selidik dengan lengkap pada hari kajian ini pula ialah
dijalankan. Bagi teknik persampelan rawak mudah di mana dengan menggunakan
prosedur persampelan ini, setiap penduduk di Taman Sri Sinar mempunyai peluang yang
sama untuk dipilih sebagai seorang informen. Sampel kajian terdiri daripada 30 set
borang soal selidik akan diberikan kepada 30 orang penduduk secara rawak untuk
mendapatkan data yang lebih tepat. Dalam kualitatif pula, seorang sumber akan
menerima temu bual yang disesayakan oeh pengkaji. Selaian itu, kaedah rujukan akan
dilakukan oleh pengkaji sendiri.

Cara mendapatkan informen maklumat / data daripada informen

Borang soal selidik yang sesuai telah disesayakan oleh pengkaji untuk mendapat dan
mengumpul maklumat yang tepat dan benar berdasarkan objektif kajian. Borang telah
diedarkan secara rawak kepada informen di lokasi kajian. Borang soal selidik terdiri
dariapada dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A mengenai
demografi informen manakala Bahagian B adalah soalan mengenai faktor yang
menyebabkan kurangya di Taman Sri Sinar. Kajian ini menggunakan skala permarkahan
likert tiga mata yang merangkumi tiga aras, iaitu tidak setuju, kurang setuju, dan setuju.

Tidak setuju
Kurang setuju
Setuju
Jadual 4.2: Skala Likert 3 Aras

Selain itu, kaedah soal selidik juga digunakan semasa itu, pengkaji menemu bual dengan
seorang sumber yang tinggal di kawasan Taman Sri Sinar. Tujuan utama temu bual ini
sayadakan adalah untuk mengetahui faktor pembelian pakaian tradisional kaum India. Di
samping itu, pengkaji akan meminta pendapat sumber tentang temu bual.

Sementara itu, kaedah ketiga yang digunakan oleh pengkaji adalah melalui kaedah
rujukan. Pengkaji telah merujukkan internet dan Kamus Dewan Edisi Keempat supaya
dapat memperoleh sumber yang betul dan tepat.

10
981208055424

Memproses dan mempersembahkan data

Kaedah statistik deskriptif digunakan dalam penganalisisan data yang berbentuk skala
Likert. Untuk memudahkan penganalisisan data, skala Likert akan dikategorikan seperti
yang ditunjukkan dalam Jadual 4.3.

Setuju Tidak Setuju


Kategori Tidak setuju Kurang setuju
setuju

Selain itu, dalam aspek penganalisisan data, pengiraan data, pengiraan manual akan
diguna pakai. Oleh itu, kekerapan dan peratus sahaja dijadikan data untuk sayanalisis.
Data yang dikumpulkan akan disembahkan dalam bentuk grafik iaitu graf bar, graf pai
dan jadual.

Rumusan

Secara keseluruhannya, metodologi yang digunakan bersesuaian dengan objektif tajuk


kajian yang dijalankan. Pengkaji harus bijak mencari informen serta lokasi kajian yang
bersesuaian dengan kajian tersebut kerana informen yang bekerjasama dan lokasi kajian
yang dipilh akan memastikan kajain ini dijalankan dengan lancar dan teratur. Apabila
pengkaji sudah mempunyai informen serta lokasi kajian maka, alat kajian yang
bersesuaian harus dipilh untuk digunakan dalam kajian tersebut. Dalam kajian ini, kaedah
yang bersesuaian sanagt penting untuk menentukan hasil yang diperoleh tidak dapat
dipertikaikan dan dapat kesahihan yang sah. Sehubungan dengan itu, pengakaji akan
mengikut tatacara kajian yang ketat dengan menepati prosedur kutipan data dan
instrument yang telah dikenal pasti.

11
981208055424

5.0 DAPATKAN KAJIAN

Bahagian ini menerangkan keputusan analisis data berdasarkan tindak balas informen
terhadap mengenal pasti faktor pembelian pakaian tradisional kaum India secara dalam
talian dan mengkaji masalah yang dihadapi oleh penduduk kaum India semasa pembelian
pakaian tradisional kaum India secara dalam talian dalam kalangan penduduk Taman Sri
Sinar.

5.1 Demografi Informen

Jadual 1 menunjukkan pecahan informen daripada kalangan penduduk di kawasan Taman


Sri Sinar berdasarkan jantina, umur dan jenis mesaya sosial yang digunakan.

Jadual 1: Demografi Informen

Bil Faktor Kategori Kekerapan Peratusan


(orang) (%)
1. Jantina Lelaki 12 40

Perempuan 18 60

2. Umur 20-29 16 53.33


30-39 7 23.33

40-49 6 20
50-59 1 3.33
3. Jenis mesaya sosial yang Facebook 12 40
digunakan. Instargram 15 50
Wechat 3 10

12
981208055424

Jantina
Perempuan Lelaki

40%

60%

Rajah 1: Jantina Informen

Sumber: Kajian Informen 2017

Berdasarkan daripada 30 orang informen yang telah disoal selidik, seramai 18 informen
adalah perempuan bersamaan dengan 60%. Sementara itu, begi lelaki adalah seramai 12
orang informen bersamaan 40%.

13
981208055424

Umur
20-29 30-39 40-49 50-59

3%

20%

53%

23%

Rajah 2: Umur Informen

Sumber: Kajian Lapangan 2017

Rajah 2 menunjukkan demografi informen berdasarkan umur 20-29 tahun, 30-39 tahun,
40-49 tahun, dan 50-59 tahun di Taman Sri Sinar. Daripada 30 penduduk yang telah
disoal selidik, seramai 16 orang informen berumur 20-29 bersamaan dengan 53.33%.
Seramai 7 orang informen berumur 30-39 bersamaan dengan 23.33%. Seterusnya,
seramai 6 orang informen berumur 40-49 bersamaan dengan 20%. Akhir sekali, seorang
informen berumur 50-59 bersamaan dengan 3.33%.

14
981208055424

Jenis Media Sosial


Facebook Instargram Wechat

10%

40%

50%

Rajah 4: Demografi Informen Mengikut Jenis Sosial Mesaya

Sumber: Kajian Lapangan 2017

Rajah 4 menunjukkan demografi informen mengikut jenis mesaya sosial. Sebanyak 12


orang informen bersamaan dengan 40% menggunakan Facebook. Seramai 15 orang
informen bersamaan dengan 50% menggunakan Instagram manakala 3 orang informen
bersamaan dengan 10% menggunakan Wechat.

Analisis dapatan berkaitan dengan faktor-faktor pembelian pakaian tradisional kaum


India secara dalam talian yang ditunjukkan di Jadual 9.

15
981208055424

Jadual 9: Analisis keseluruhan faktor-faktor pembelian pakaian tradisional kaum India


secara dalam talian dalam kalangan penduduk Taman Sri Sinar. (OBJEKTIF 1)

Bil Faktor Setuju Kurang Setuju Tidak Setuju


.
Bilangan Peratusan Bilangan Peratusan Bilangan Peratusan
(%) (%) (%)
1. Pakaian yang dijual 16 53.33 11 36.67 3 10
sama seperti dengan
yang luar.

2. Harga pakaian yang 15 50 9 30 6 20


ditawarkan sangat
berpatutan.
3. Menjimatkan masa 14 46.67 9 30 7 23.33
dan kos.
4. Perkhidmatan yang 11 36.67 14 46.67 5 16.67
disesayakan sangat
sistematik.
5. Banyak pilihan dari 17 56.67 9 30 4 13.33
segi warna, corak,
dan sebagainya.
6. Pakaian yang dijual 19 63.33 7 23.33 4 13.33
mengikut fesyen
terkini.
7. Mudah untuk dibeli 18 60 9 30 3 10
tanpa mengira waktu.

Analisis dapatan berkaitan dengan pendapatan terhadap masalah-masalah yang dihadapi


oleh pembelian pakaian tradisional kaum India secara dalam talian ditunjukkan di jadual
17.

16
981208055424

Jadual 17: Analisis peratusan keseluruhan masalah-masalah yang dihadapi semasa


pembelian pakaian tradisional kaum India secara dalam talian dalam kalangan penduduk
Taman Sri Sinar. (OBJEKTIF 2)

Bil Masalah Setuju Kurang Setuju Tidak Setuju


. Bilanga Peratusan Bilangan Peratusan Bilangan Peratusan
n (%) (%) (%)
1. Pakaian tidak berkualiti. 19 63.33 8 26.67 4 13.33
2. Proses pengiriman 16 53.33 11 36.67 3 10
barang agak lama.
3. Pakaian yang dihantar 14 46.67 11 36.67 5 16.67
tidak sama seperti yang
dipesan.
4. Tidak dapat menguji 9 30 16 53.33 5 16.67
pakaian tersebut.
5. Caj penghantaran yang 18 60 9 30 3 10
tinggi.
6. Pakaian yang dihantar 12 40 14 46.67 4 13.33
tidak boleh dipulangkan
semula.
7. Pakaian yang dihantar 12 40 9 30 9 30
koyak.

5.2 Faktor-faktor Pembelian Pakaian Tradisional Kaum India Secara Dalam Talian
Dalam Kalangan Penduduk Taman Sri Sinar.

Berdasarkam soal selidik yand diperoleh, data telah sayanalisis secara detektif
menggunakan peratusan. Analisis dapatan berkaitan dengan faktor pakaian yang dijual
sama seperti yang ditunjukkan di graf.

17
981208055424

Pakaian yang dijual sama seperti dengan luar


60.00%

50.00%

40.00%

30.00%

20.00%

10.00%

0.00%
setuju kurang setuju tidak setuju

Rajah 5.2.1: Pakaian yang dijual sama seperti dengan yang luar.

Sumber: Kajian Lapangan 2017

Berdasarkan rajah 5.2.1 daripada 30 orang informen seramai 16 orang informen


bersamaan 53.33% bersetuju faktor pembelian pakaian tradisonal kaum India secara
dalam talian untuk pakaian yang dijual sama seperti dengan yang luar. Hal ini disebabkan
kerana, ia akan menyenangkan penduduk untuk dibeli di dalam talian dan di luar
manakala seramai 11 orang informen bersamaan 36.67% kurang setuju serta seramai 3
orang informen bersamaan 10% tidak setuju.

Hal ini disokong oleh informen X yang berpendapat bahawa, ia mengurangkan masa
informen untuk pergi ke kedai untuk membeli pakaian padahal boleh mendapatkan
pakaian tradisional yang sama secara dalam talian.

18
981208055424

Harga pakaian yang ditawarkan sangat


berpatutan
60%

50%

40%

30%

20%

10%

0%
setuju kurang setuju tidak setuju

Rajah 5.2.2: Harga pakaian yang ditawarkan sangat berpatutan

Sumber: Kajian Lapangan 2017

Berdasarkan Rajah 5.2.2. daripada 30 orang informen 15 orang reponden bersamaan 50%
setuju. Hal ini disebabkan kerana, pakaian yang sama jual di luar mahal daripada pakaian
tradisional yang dijual dalam talian manakala seramai 9 orang informen bersamaan
dengan 30% kurang setuju dan seramai 6 orang informen bersamaan dengan 20% tidak
setuju.

Hal ini disokong oleh informen X yang berpendapat bahawa, saya suka membeli pakaian
tradisional dalam talian berbanding di luar kerana di luar mereka dijual dengan harga
berkali ganda dua. Bukan itu sahaja, saya suka pakaian yang dijual dalam talian.

19
981208055424

Menjimatakan masa dan kos.


50.00%
45.00%
40.00%
35.00%
30.00%
25.00%
20.00%
15.00%
10.00%
5.00%
0.00%
setuju kurang setuju tidak setuju

Rajah 5.2.3: Menjimatkan masa dan kos.

Sumber : Kajian Lapangan

Rajah 5.2.3 menggambarkan jawapan informen terhadap menjimatkan masa dan kos
sebagai faktor pembelian pakaian tradisional kaum India secara dalam talian. Daripada 30
orang informen 14 informen bersamaan 46.67% bersetuju. Hal ini berlaku kerana,
pembelian pakaian tradisional secara dalam talian akan menjimatkan masa dan kos
penduduk untuk membeli pakaian tradisional manakala seramai 9 orang kurang setuju
iaitu bersamaan dengan 30% dan seramai 7 orang informen tidak bersetuju iaitu
bersamaan dengan 23.33% bagi faktor tersebut.

Hal ini disokong lagi dengan pendapat informen Z menyatakan bahawa saya
menjimatkan masa dan kos dari perjalanan, petrol, tambang teksi atau Grab dan
sebagainya. Saya boleh melayari laman web yang berkaitan bila-bila masa.

20
981208055424

Perkhidmatan yang disediakan sangat


sistematik
50.00%
45.00%
40.00%
35.00%
30.00%
25.00%
20.00%
15.00%
10.00%
5.00%
0.00%
setuju kurang setuju tidak setuju

Rajah 5.2.4: Perkhidmatan yang disesayakan sangat sistematik.

Sumber: Kajian Lapangan 2017

Rajah 5.2.4 menggambarkan jawapan informen terhadap perkhidmatan yang disesayakan


sangat sistematik sebagai faktor pembelian pakaian tradisional kaum India secara dalam
talian. Daripada 30 orang informen 14 orang informen bersamaan dengan 46.67% kurang
setuju bagi faktor tersebut. Hal ini demikian kerana, dari segi cara pembayaran mereka
boleh membayar melalui kad debit, cek, kiriman wang, dan sebagainya. Penduduk juga
boleh membuat pembayaran melalui paypal iaitu perniagaan e-commerce yang
membolehkan pembayaran dan penukaran wang melalui internet yang ditawarkan oleh e-
bay dan ini akan menyebabkan apa-apa masalah selepas membeli pakaian tersebut.
Seramai 11 orang informen telah bersetuju bagi faktor tersebut manakala seramai 5 orang
tidak bersetuju bagi faktor tersebut.

Hal ini disokong oleh informen Y bahawa saya kurang bersetuju dengan faktor tesebut
kerana saya menyatakan bahawa perkhidmatan yang disesayakan kurang memuaskan
kerana pembayaran wang melalui internet boleh menimbulkan apa-apa masalah
kemusayannya. Contohnya, jika pembekal tidak menerima wang padahal pembeli sudah
membayar wang yang secukupnya.

21
981208055424

Banyak pilihan dari segi warna, corak dan


sebagainya.
60.00%

50.00%

40.00%

30.00%

20.00%

10.00%

0.00%
setuju kurang setuju tidak setuju

Rajah 5.2.5: Banyak pilihan dari segi warna, corak dan sebagainya.

Sumber :Kajian Lapangan 2017

Rajah 5.2.5 menggambarkan jawapan informen terhadap banyak pilihan dari segi warna,
corak dan sebagainya daripada pembeli terdahulu sebagai faktor pembelian pakaian
tradisional kaum India secara dalam talian. Daripada 30 orang seramai 17 orang bersetuju
bersamaan dengan 56.67% bagi faktor tersebut. Hal ini kerana, pembeli boleh membuat
pilihan dari segi corak, warna, stail dan sebagainya apabila menempah pakaian
tradisional. Ini akan menyebabkan pembeli rasa lega setelah mendapat pakaian yang
ditempah oleh mereka.

Hal ini disokong oleh informen X bahawa saya bersetuju dengan faktor tersebut kerana
saya mendapat pakaian yang ditempah mengikut corak, warna dan sebagainya. Ini
menyebabkan saya teruskan pembelian secara dalam talian.

22
981208055424

Pakaian yang dijual mengikut fesyen terkini.


70.00%

60.00%

50.00%

40.00%

30.00%

20.00%

10.00%

0.00%
Setuju Kurang setuju Tidak setuju

Rajah 5.2.6: Pakaian yang dijual mengikut fesyen terkini.

Sumber:Kajian Lapangan 2017

Rajah 5.2.6 menggambarkan jawapan informen terhadap pakaian yang dijual mengikut
fesyen terkini sebagai faktor pembelian pakaian tradisional kaum India secara dalam
talian. Daripada 30 orang seramai 19 orang informen bersamaan 63.33% setuju bagi
faktor ini. Hal ini demikian kerana, ramai pembeli zaman ini suka membeli dan memakai
pakaian mengikut fesyen atau trend terkini. Oleh itu, banyak pakaian tradisional telah
dijual.

Hal ini disokong lagi dengan pendapatan informen Y bahawa membeli pakaian
tradisional mengikut fesyen terkini. Saya menyatakan bahawa ahli keluarga saya
membeli pakaian tradisional mengikut fesyen terkini kerana ia akan menyebabkan rasa “
update” dengan fesyen terkini.

23
981208055424

Mudah untuk dibeli tanpa mengira waktu


70%

60%

50%

40%

30%

20%

10%

0%
setuju kurang setuju Tidak setuju

Rajah 5.2.7: Mudah untuk dibeli tanpa mengira waktu.

Sumber: Kajian Lapangan 2017

Rajah 5.2.7 menggambarkan jawapan informen terhadap mudah untuk dibeli tanpa
mengira masa sebagai faktor pembelian pakaian tradisional secara dalam talian. Daripada
30 orang informen 18 orang informen iaitu bersamaan dengan 60% bersetuju dengan
faktor tersebut. Hal ini kerana, dengan online kita boleh mencari pakaian tradisional
tanpa mengira masa dan ia mudah untuk dicari.

Hal ini disokong oleh informen Z menyatakan bahawa saya mempunyai peluang untuk
membeli-belah pakaian tradisional tanpa mengira masa, tidak perlu berkejar-kejar dan
tidak perlu berpusing-pusing untuk mencari tempat meletak kereta.

24
981208055424

70.00%

60.00%

50.00%

40.00%

30.00%

20.00%

10.00% Setuju
Kurang setuju
0.00% Tidak setuju
ar
. n. s. ik
. a. ni
. a.
lu tuta n ko mat ainy rki mas
ng pa a te g te a
ya ber sa d t sis seba yen ngir
n t a s e
n ga nga n m nga dan t fe m
e a a u a
d sa k s k, ik np
erti kan mat kan ora eng li ta
sep ar enji edia a, c l m ibe
w n a
a
a
m dita M dis ar iju uk d
s g w d t
al ang y an egi ang un
ji u y s y h
g
d
ia n atan dari ian u da
n a m a M
ya pak h id ihan Pak
n k l
kaia arga P er k pi
Pa H ny
a
B a

Rajah 5.2.8: Analisis peratusan keseluruhan faktor-faktor pembelian pakaian tradisional


kaum India secara dalam talain dalam kalangan penduduk Taman Sri Sinar.

Sumber: Kajian Lapangan 2017

25
981208055424

5.3 Mengenal Pasti Masalah-Masalah Yang Dihadapi Oleh Pembeli Pakaian


Tradisional Secara Dalam Talian Dalam Kalangan Penduduk Di Taman Sri Sinar.

Berdasarkam soal selidik yand diperoleh, data telah sayanalisis secara detektif
menggunakan peratusan. Analisis dapatan berkaitan dengan faktor pakaian yang dijual
sama seperti yang ditunjukkan di graf.

Pakaian tidak berkualiti.


70.00%

60.00%

50.00%

40.00%

30.00%

20.00%

10.00%

0.00%
Setuju Kurang setuju Tidak setuju

Rajah 5.3.1: Pakaian yang tidak berkualiti.

Sumber: Kajian Lapangan 2017

Berdasarkan rajah 5.3.1. pakaian yang tidak berkualiti merupakan satu masalah yang
dihadapi oleh pembeli pakaian tradisional secara dalam talian. Daripada 30 orang
informen 19 orang iaitu bersamaan dengan 63.33% bersetuju masalah tersebut. Hal ini
dikatakan demikian kerana, pakaian tidak berkualiti dengan yang dijual di luar.

Hal ini disokong oleh informen Z yang berpendapatan bahawa, pakaian tidak berkualiti
dengan pakaian tradisional yang dijual di kedai-kedai diluar. Pakaian tersebut cepat pudar
apabila dibasuh.

26
981208055424

Proses pengiriman barang agak lama.


60.00%

50.00%

40.00%

30.00%

20.00%

10.00%

0.00%
Setuju Kurang setuju Tidak setuju

Rajah5.3.2.: Proses pengiriman barang agak lama.

Sumber: Kajian Lapangan 2017

Berdasarkan rajah 5.3.2 menunjukkan proses pengiriman barang agak lama sebagai
masalah yang dihadapi oleh pembeli pakaian tradisional secara dalam talian. Daripada 30
orang informen seramai 16 orang informen iaitu bersamaan dengan 53.33% bersetuju
bagi masalah tersebut. Hal ini kerana, proses pengiriman mengambil masa selama satu
bulan untuk menghantar pakaian tersebut kerana ramai pembeli akan menempah dan ini
akan menyebabkan masa yang lama untuk menghantar barangnya.

Hal ini disokong oleh informen X berpendapatan bahawa, saya biasanya menunggu
jangka masa yang lama untuk menerima pakaian tersebut. Ia mengambil jangka masa
yang lama kerana pakaian dihantar dari luar negara.

27
981208055424

Pakaian yang dihantar tidak sama seperti yang


dipesan.
50.00%
45.00%
40.00%
35.00%
30.00%
25.00%
20.00%
15.00%
10.00%
5.00%
0.00%
Setuju Kurang setuju Tidak setuju

Rajah 5.3.3: Pakaian yang dihantar tidak sama seperti yang dipesan.

Sumber: Kajian Lapangan 2017

Berdasarkan rajah di atas menujukkan pakaian yang dihantar tidak sama seperti yang
dipesan sebagai masalah yang dihadapi oleh pembeli pakaian tradisional secara dalam
talian. Daripada 30 orang informen 14 orang informen bersamaan dengan 46.67%
bersetuju kepada masalah tersbut. Hal ini kerana, ramai tertipu dengan gambar-gambar
pakaian tradisional yang dijual. Oleh itu, pakaian yang dijual oleh pembeli tidak sama
seperti yang dipesan.

Hal ini disokong oleh informen Y berpendapatan bahawa, pakaian yang diterima tidak
sama seperti yang dipesan kerana pembekal akan hantar pakaian dari stok lama dan ini
menyebabkan saya mendapat pakaian tradisional yang salah.

28
981208055424

Tidak dapat menguji pakaian tersebut.


60%

50%

40%

30%

20%

10%

0%
Setuju Kurang setuju Tidak setuju

Rajah 5.3.4: Tidak dapat menguji pakaian tersebut.

Sumber: Kajian Lapangan 2017

Berdasarkan rajah di atas menujukkan masalah yang keempat iaitu tidak dapat menguji
pakaian tersebut sebagai masalah yang dihadapi oleh pembeli pakaian tradisional secara
dalam talian. Daripada 30 orang informen seramai 16 orang iaitu bersamaan dengan
53.33% kurang bersetuju kepada masalah tersebut. Hal ini disebabkan kerana, kita dapat
menguji pakaian tersebut sebelum kita membeli. Unsur penipuan terjadi jika pembekal
tidak jujur.

Hal ini disokong oleh informen X berpendapatan bahawa pakaian tidak dapat menguji
kerana ia dijual dalam online. Padahal memang kita tidak boleh menguji pakaiannya.

29
981208055424

Caj penghantaran yang tinggi


70%

60%

50%

40%

30%

20%

10%

0%
Setuju kurang setuju Tidak setuju

Rajah 5.3.5: Caj penghantaran yang tinggi.

Sumber: Kajian Lapangan 2017

Berdasarkan rajah di atas masalah yang kelima adalah caj penghantaran sebagai masalah
yang dihadapi oleh pembeli pakaian tradisional secra dalam talian. Daripada 30 orang
informen seramai 18 orang bersetuju iaitu bersamaan dengan 60% kepada masalah
tersebut. Hal ini demikian kerana, caj penghantaran adalah dutanggung oleh pembeli.
Kadang-kadang, caj akan menjadi tinggi yang menjadikan pembelian di talian tidak
berbaloi.

Hal ini disokong oleh informen Z berpendapatan bahawa, kita perlu membayar caj
penghantaran kerana kita yang menempah pakaian, oleh itu kitalah yang perlu membayar
caj tersebut.

30
981208055424

Pakaian yang dihantar tidak boleh dipu-


langkan semula
50%
45%
40%
35%
30%
25%
20%
15%
10%
5%
0%
Setuju kurang setuju Tidak setuju

Rajah 5.3.6: Pakaian yang dihantar tidak boleh dipulangkan semula.

Sumber: Kajian Lapangan 2017

Berdasarkan rajah di atas masalah keenam adalah pakaian yang dihantar tidak boleh
dipulangkan. Daripada 30 orang informen 14 orang informen bersamaan dengan 46.67%
kurang bersetuju kepada masalah tersebut. Hal ini dikatakan demikian kerana,
kebanyakan pakaian tradisional tidak boleh dipulangkan semula kerana ia bukan kedai
tetapi pembelian secara dalam talain. Jika kedai kita boleh menukar pakaian kita.

Hal ini disokong oleh informenY berpendapatan bahawa, jika kita menerima pakaian
yang berbeza, kita tidak boleh menukar tetapi boleh menghantar e-mel kepada pembekal.
Kebanyakannya, kita perlu menerima pakaian tersebut dan jangan mengulang kesalahan
tersebut.

31
981208055424

Pakaian yang dihantar koyak.


45%

40%

35%

30%

25%

20%

15%

10%

5%

0%
Setuju kurang setuju Tidak setuju

Rajah 5.3.7: Pakaian yang dihantar koyak.

Sumber: Kajian Lapangan 2017

Berdasarkan rajah di atas menunjukkan masalah yang terakhir iaitu pakaian yang dihantar
koyak sebagai masalah yang dihadapi oleh pembeli secara dalam talian. Daripada 30
orang informen seramai 12 orang iaitu bersamaan dengan 40% bersetuju kepada masalah
tersebut. Hal ini demikian kerana, masalah ini sering berlaku apabila pakaian tradisional
diterima. Oleh itu, pembeli perlu memeriksa pakaian tersebut sebelum berpakai.

Hal ini disokong oleh informen X berpendapatan bahawa, pakaian yang dihantar kadang-
kadang dikoyak. Apabila saya menerima pakaian tersebut, saya akan menjahitkan
pakaian tersebut dan ini akan mengenakan caj tambahan. Ini menyebabkan rugi kepada
saya kerana saya bayar lebih untuk pakaian tersebut.

32
981208055424

70.00%
60.00% Setuju
50.00% Kurang setuju
40.00% Tidak setuju
30.00%
20.00%
10.00%
0.00%

Rajah 5.3.8: Analisis Peratusan Keseluruhan Masalah-Masalah Yang Dihadapi Oleh


Pembeli Pakaian Tradisional Secara Dalm Talian Dalam Kalangan Penduduk Taman Sri
Sinar.

Sumber: Kajian Lapangan 2017

33
981208055424

Dapatan temu bual

Jadual 5.8: Dapatan Temu Bual Yang Dijanjikan

Bil. Tarikh Informen Ulasan


1. 29/2/2017 Informen Z
Soalan 1 bagi pengenalan: Saya berpendapat bahawa pakaian tradisional
Apakah anda takrifkan dengan pakaian merupakan pakaian yang yang diwajibkan
tradisional kaum India? memakai oleh kaum India sama ada pada hari
perayaan atau hari biasa.

Soalan 2 bagi pengenalan: Pembelian pakaian baik bagi seluruh


Apakah kebaikan pembelian pakaian masyarakat kaum India untuk membeli
tradisional kaum India secara dalam talian? pakaian secara dalam talian kerana ia menjual
pakaian tradisional yang menarik hati ramai
masyarakat.

Soalan 3 bagi pengenalan: Ya. Pembelian pakaian tradisional


Adakah pembelian pakaian tradisional secara memuaskan saya kerana pakaian tradisional
dalam talian memuaskan? yang sudah dibeli didapat dengan keadaan
yang baik.
Soalan 4 bagi pengenalan: Ya. Saya tidak tahu bagaimana untuk
Adakah anda mempunyai apa-apa masalah menempah pakaian tradisional pada mulanya
semasa pembelian pakaian tradisioanl secara tetapi semakin lama saya sudah mengetahui
dalam talian? cara untuk menempah dan membuat
bayarannya.

34
981208055424

6.0 Rumusan dan Kesimpulan

6.1 Pengenalan

Kajian ini mengkaji pembelian pakaian tradisional kaum India secara dalam talian dalam
kalangan penduduk Taman Sri Sinar. Objektif pertama adalah untuk mengenal pasti
faktor-faktor pembelian pakaian tradisional kaum India secara dalam talian dalam
kalangan penduduk Taman Sri Sinar dan mengkaji masalah-masalah yang dihadapi oleh
pembeli pakaian tradisional seacara dalam talian dalam kalangan penduduk Taman Sri
Sinar.

Untuk mencapai objektif kajian tersebut, seramai 30 orang penduduk yang tinggal di
Taman Sri Sinar telah dipilih sebagai informen kajian ini.

6.2 Kaedah kajian dan demografi informen

Terdapat tiga kaedah yang dipilh untuk menjalankan kajian ini iaitu kaedah soal selidik,
kaedah temu bual dan kaedah rujukan. Dalam menjalankan soal selidik, sebanyak 30
orang informen telah dipilih secara rawak daripada populasi lokasi kajian. Dapatan kajian
menunjukkan sebanyak 12 orang lelaki dan 18 orang perempuan telah dipilih umtuk
menjawab satu set soal selidik tersebut dan kebanyakan daripada kalangan umur 20-29
tahun manakala pengkaji juga telah temu bual tiga orang penduduk yang tinggal di
kawasan lokasi kajian untuk mendapatkan pandangan mereka berkenaan tajuk yang ingin
dikaji.

Setelah mengumpulkan data daripada informen dan temu bual, dalam aspek
penganalisisan data, pengiraan akan diguna pakai. Oleh sebab itu, kekerapan dan
peratusan sahaja akan dijasayakan data untuk sayanalisis.

6.3 Faktor pembelian pakaian tradisional kaum India secara dalam talian dalam
kalangan penduduk Taman Sri Sinar.

Dapatan kajian mendapati bahawa terdapat tiga faktor yang menyebabkan penduduk
lokasi kajian tersebut. Menurut soal selidik yang dijlalankan, mereka bersetuju bahawa
faktor pakaian yang dijual mengikut fesyen terkini.

35
981208055424

Seterusnya, mereka juga setuju bahawa bersetuju kepada faktor mudah untuk dibeli tanpa
mengira masa. Penduduk bersetuju faktor tersebut kerana pembelian secara dalam talian
tidak mengira masa.

Bukan itu sahaja, faktor banyak pilihan dari segi warna, corak dan sebagainya juga
mempunyai banyak sokongan. Hal ini demikian kerana, pakaian tradisional kini
dikeluarkan dengan pelbagai warna dan corak.

6.4 Masalah –Masalah Yang Dihadapi Oleh Pembeli Pakaian Tradisional Kaum
India Secara Dalam Talian Dalam Kalangan Penduduk Taman Sri Sinar.

Dengan kajian juga menunjukkan bahawa masalah yang dihadapi oleh pembeli pakaian
tradisional kaum India adalah pakaian tidak berkualiti. Menurut soal selidik yang
dikumpulkan, pengkaji mendapatkan bahawa kebanyakan informen bersetuju dengan
masalah tersebut .

Kedua-kedua masalah yang lain disokong oleh informen ialah masalah caj penghantaran
yang tinggi dan masalah proses pengiriman barang yang agak lama. Walau
bagaimanapun, ketiga-tiga masalah ini akan membawa impak yang besar kepada pembeli
dan pembekal.

6.5 Kesimpulan

Kesimpulannya, kajian ini didapati faktor pembelian pakaian tradisional kaum India
secara dalam talian dalam kalangan penduduk Taman Sri Sinar ialah faktor pakaian yang
dijual mengikut fesyen terkini, mudah untuk dibeli tanpa mengira masa, dan banyak
pilihan dari segi warna, corak dan sebagainya. Masalah yang ditimbul pula adalah
pakaian tidak berkualiti, caj penghantaran yang tinggi, proses pengiriman barang yang
lama.

36
981208055424

7.0 RUJUKAN

Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Khir Kassim, Perniagaan Internet dalam khirkassim.blogspot.com, 14 Jun


2010

Nabila Yasmin Razib. “5 faktor beli-belah dalam talian menyeronokkan” dalam


Utusan Online, 13 Februari 2017.

Rohaizan Abdullah.”Kelebihan Perniagaan Dalam Talian” dalam Utusan Online,


26 Oktober 2016.

Shazizam Ibrahim, 2006 “Sistem Perniagaan Internet: Anggunasia.com”. Tesis


Srajana. Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat, Universiti Teknologi
Malaysia.

Wawancara secara bebas bersama antara pengkaji dengan Sdri. Puvaneswary a/p
Balachandren selaku Informen X di rumah Informen di Taman Sri Sinar,
Segambut.

Wawancara secara bebas bersama antara pengkaji dengan Sdri. Keshika a/p
Jothiramalingam selaku Informen Y di rumah Informen di Taman Sri Sinar,
Segambut.

Temubual secara bebas bersama antara pengkaji dengan Sdr. Mathen a/l
Tamilarasan selaku Informen Z di rumah Informen di Taman Sri Sinar, Segambut.

37
981208055424

LAMPIRAN

38
981208055424

Bil Tarikh Informe Soalan Ulasan Informen


. n
1. 25/3/17 X Soalan 1 bagi Objektif 1: “Ya. Ia mengurangkan masa saya untuk
Adakah anda rasa mudah untuk membeli pergi ke kedai untuk membeli pakaian
pakaian tradisional yang sama sepeti tradisioanal yang sama padahal boleh
yang dijual di luar? mendapatkan secara dalam talian.”
Soalan 2 bagi Objektif 1: “Ya. Saya rasa harga pakaian yang
Adakah pakaian tradisional dalam talian ditawarkan sangat berpatutan berbanding di
lebuh murah berbanding di luar? luar kerana di luar mereka akan jual dengan
harga yang berganda.”
Soalan 2 bagi Objektif 2: “Ya. Saya telah menerima pakaian sebulan
Adakah pakaian yang dipesan mengambil selepas saya menempah pakaian. Kadang-
masa yang lama untuk diterima? kadang, saya menempah pakaian dalam
kuantiti yang besar, ia mengambil masa yang
lama iaitu hampir dua bulan untuk sampai.”
2. 27/03/17 Y Soalan 4 bagi Objektif 1: “Tidak, kerana perkhidmatan yang
Adakah perkhidmatan yang disesayakan disesayakan kurang memuaskan iaitu
memuaskan anda? pembayaran wang melalui internet boleh
menimbulkan apa-apa masalah
kemusayannya. Contohnya, jika pembekal
tidak menerima wang padahal pembeli sudah
membayar wang yang secukupnya.”
Soalan 6 bagi Objektif 1: “Ya. Mereka menjual pakaian mengikut
Adakah pakaian tradisional yang dijual fesyen terkini dan pakaian tersebut memang
secara dalam talian mengikut fesyen berbeza dan mereka “update” dengan
terkini? pembekalan pakaian tradisional mereka
mengikut trend terkini”.
Soalan 3 bagi Objektif2: “Ya. Saya menerima pakaian yang salah
Pernakah anda menerima pakaian yang kerana pembekal menghantar pakaian dari
lain daripada dipesan? stok lama supaya mereka boleh
menghabiskan stok lama tersebut.”

39
981208055424

3. 29/03/17 Z Soalan 3 bagi Objektif 1: “Ya. Saya boleh melayari laman web yang
Adakah pembelian secara dalam talian berkaitan bila-bila masa untuk membeli
membantu anda dalam menjimatkan pakaian tradisional. Saya menjimatkan masa
masa dan kos? dan kos dari segi perjalanan, petrol, tambang
teksi atau Grab dan sebagainya.”
Soalan 7 bagi Objektif 1: “Pada pendapat saya, pembelian pakaian
Pada pendapat anda,bilakah anda boleh secara dalam talian tidak perlu mengira
menempah pakaian tradisional tersebut? waktu. Kita berasa mudah untuk membeli
pakaian tanpa mengira waktu, tidak perlu
berkejar-kejar dan tidak perlu berpusing-
pusing untuk mencari tempat meletak kereta.
Kita berasa selesa dan semasa membuat
penempahan.”

Soalan 1 bagi Objektif 2: “Kualiti pakaian tradisional sangat


Bagaimanakah dengan kualiti pakaian mengecewakan saya. Pakaian tersebut
tradisional? menjadi pudar apabila dibasuh.”

40

You might also like