Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SJK (T) LADANG TEMERLOH, 34800 TRONG, PERAK.

LAPORAN PERTANDINGAN MENCIPTA ALAT MUZIK


DARIPADA BAHAN TERPAKAI
TAHUN 2019

Nama Program : Pertandingan Mencipta Alat Muzik daripada Bahan Terpakai


Anjuran : Panitia Pendidikan Keseniaan, SJKT Ladang Temerloh
Objektif :
i. Murid-murid dapat mencipta secara kreatif alat muzik dari bahan-bahan terpakai.
ii. Murid-murid dapat mencungkil bakat serta minat melalui permainan alat muzik tradisional.
iii. Murid-murid dapat mengeratkan persahabatan, berkongsi pengetahuan dan idea serta
pengalaman sesama mereka.

Tarikh / Tempoh : 19 Ogos hingga 30 Ogos 2019


Kumpulan Sasaran : Murid Tahun 1 hingga Tahun 5 SJK T Ladang Temerloh
Sinopsis Program :
Penyelaras Program telah menerangkan syarat pertandingan kepada murid Tahun 1 hingga
Tahun 5. Murid-murid yang berminat sahaja telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Murid-
murid dapat mencipta alat muzik daripada bahan buangan atau bahan terpakai dengan bimbingan guru
dan ibubapa masing-masing. Murid-murid telah menghantar alat muzik ini pada 30 Ogos 2019. Guru-
guru Pendidikan Kesenian telah memilih pemenang mengikut skema pemarkahan yang ditetapkan.
Murid K.Dilashini mendapat tempat pertama dan murid S.Arjun pula mendapat tempat kedua dalam
pertandingan ini.

Penilaian Program : Guru Pendidikan Kesenian menilai aktiviti yang dijalankan oleh murid.
Isu / Kekangan : Tidak dapat melihat proses penciptaan alat muzik murid. (Murid buat di rumah)
Cadangan : Menjalankan pertandingan ini (mencipta alat muzik) di sekolah.
Penambahbaikan
Rumusan : Secara keseluruhannya, perjalanan program ini berjalan lancar dengan
kerjasama yang diberikan oleh semua pihak.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

…………………………………………… ……………………………………..
(MOGANAVALLI A/P TAN KENG YU) (I.SANTHANAMARY A/P ISAAC)
Penyelaras Program Guru Besar
SJK (T) Ladang Temerloh SJK (T) Ladang Temerloh
Lampiran

Rajah 1 : Alat-alat muzik yang dicipta daripada bahan terpakai

Rajah 2 : Johan Pertandingan Mencipta Alat Muzik Daripada Bahan Terpakai


(Murid K.Dilashini)

You might also like