Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

KERTAS CADANGAN

KARNIVAL TAMAN BAHASA INGGERIS


MINGGU BAHASA AKADEMIK

Yang Berbahagia,
Datin Nor Ashikin binti Mohamed Noor
Pengetua
SMK Seafield

1. TAJUK KERTAS CADANGAN

PROGRAM IHYA’ RAMADHAN 1444


MAJLIS KHATAM AL-QURAN, PENYAMPAIAN SUMBANGAN, IFTAR
PERDANA DAN SOLAT TARAWIH

2. PENGENALAN / LATAR BELAKANG PROGRAM

Program Ihya’ Ramadhan bagi tahun 1444H/2023M telah dilancarkan secara


rasmi oleh Ybhg. Datin Pengetua pada 2 Ramadhan 1444H bersamaan 24 Mac
2023. Antara pengisian program Ihya’ Ramadhan pada tahun ini telah digariskan
berdasarkan beberapa objektif yang diharapkan. Antara aktiviti harian sepanjang
Ramadhan yang sedang berlangsung ialah Tadarus al-Quran, kempen
mempelajari al-Quran dan Tazkirah Pagi. Justeru kemuncak kepada aktivi-aktiviti
yang telah dijalankan ini, maka dicadangkan penangguhan program dengan
penganjuran satu majlis yang sederhana tetapi berimpak tinggi kepada seluruh
warga sekolah, khususnya murid-murid beragama Islam. Program tersebut
dinamakan sebagai MAJLIS KHATAM AL-QURAN, PENYAMPAIAN
SUMBANGAN, IFTAR PERDANA DAN SOLAT TARAWIH.

3. OBJEKTIF PROGRAM
3.1 Menyemarakkan lagi penghayatan Ramadhan al-Mubarak.
3.2 Menyuntik keghairahan menguasai pembacaan al-Quran dalam kalangan
murid dan seterusnya membudayakannya.
3.3 Meningkatkan kefahaman tentang pentingnya menguasai kefahaman al-
Quran.
3.4 Membudayakan semangat berkebajikan melalui kutipan sumbangan.
3.5 Mengeratkan lagi hubungan silatrurrahim antara seluruh warga sekolah, guru
dengan murid serta semua pihak berkepentingan, termasuk pekerja
pembersihan dan keselamatan .

4. KUMPULAN SASAR

Seluruh warga sekolah, khususnya murid-murid, para guru, staf sokongan dan
pekerja pembersihan beragama Islam. Justeru rakan-rakan bukan beragama
Islam turut dijemput menikmati juadah berbuka puasa.

5. BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM

Tarikh : 18 April 2023 (27 Ramadhan 1444H)


Hari : Selasa
Masa : 6.00 petang
Tempat : Dewan Sri Kenangan, SMK Seafield
Kehadiran : Guru dan murid beragama Islam

6. JAWATANKUASA KERJA
Jawatankuasa pelaksana

Pengerusi : Datin Nor Ashikin binti Mohamed Noor (Pengetua)


Timbalan Pengerusi : Puan Jeppy Theodora Ansow (Penolong Kanan
HEM) Naib Pengerusi I : En. Mohd Nurul Hafiz Alawi (PK Petang)
Naib Pengerusi II : Puan Alison Ng Hooi Suan (PK Kokurikulum)
Penyelaras :Puan Muniswari A/P Aramugam (GKMP Sains Sos)
Setiausaha : Ustaz Shamsujunaidi Mat Dris (KP Pend. Islam)
Ahli Jawatankuasa : Semua guru beragama Islam

Ahli Jawatankuasa Kerja


Pendaftaran : Dokumentasi dan Jurufoto :
1. 1.
Sambutan dan Protokol : Jamuan dan kebersihan:
1. 1.
Sijil dan cenderamata : Jemputan dan Sumbangan :
1. 1.
Kelengkapan dan peralatan Siaraya : Persiapan tempat :
1. 1.

7. TENTATIF PROGRAM

Masa Perkara
6.00 petang Ketibaan peserta dan pendaftaran
6.15 petang Majlis Khatam al-Quran
6.45 petang Penyampaian sumbangan, saguhati dan sijil
7.00 petang Tazkirah ramadan
7.20 petang Doa
7.21 malam Berbuka puasa
7.45 malam Solat Maghrib
8.30 malam Solat Isyak dan Solat sunat Tarawih
9.30 malam Bersurai
8. IMPLIKASI KEWANGAN

8.1 Sumber kewangan :

Bil. Perkara Perbelanjaan


1. Kegiatan Agama Moral (KAM) RM2000.00
2. Sumbangan Guru RM1000.00
3. Sumbangan Ibu Bapa/ Penjaga RM1150.00
Jumlah Keseluruhan RM
4150.00

8.2 Anggaran perbelanjaan keseluruhan :

Bil. Perkara Kuantiti Harga Seunit Perbelanjaan


1. Makan & Minum 210 RM10.00 RM2100.00

2. Sumbangan (Khatam Quran ke?) 20 RM20.00 RM400.00

3. Sumbangan Hari Raya (Murid) 10 RM50.00 RM500.00

4. Sumbangan Hari Raya (Pekerja 10 RM100.00 RM1000.00


Pembersihan & Pengawal
Keselamatan)
5. Sumbangan Imam Jemputan 1 RM150.00 RM150.00

Jumlah Keseluruhan RM 4150.00


9. PENUTUP

Adalah diharapkan dengan berakhirnya program ini, maka semua murid dapat
menghayati semangat dan falsafah Ramadan, khususnya ibadat puasa yang
mengajar umat Islam peri pentingnya menginsafi kesusahan dan keperitan hidup
golongan yang tidak bernasib baik. Dalam pada itu semoga madrasah Ramadan
yang dilalui selama sebulan berjaya mentarbiah murid dan para guru untuk
menghayati keutuhan silaturrahim dan perpaduan. Natijahnya, nilai takwa
daripada ibadat puasa berjaya diterapkan dalam diri kita semua.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

….………………………………. ….………………………………..

(SHAMSUJUNAIDI MAT DRIS) (JEPPY THEODORA ANSOW)


Ketua Panitia Pendidikan Islam Penolong Kanan HEM
SMK Seafield, Subang Jaya SMK Seafield, Subang Jaya
Tarikh : 3. 4. 2023 Tarikh :

KERTAS CADANGAN
PROGRAM IHYA’ RAMADHAN 1444
MAJLIS KHATAM AL-QURAN, PENYAMPAIAN SUMBANGAN, IFTAR
PERDANA DAN SOLAT TARAWIH

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan Program Ihya Ramadhan 1444


‘Majlis Khatam al-Quran, Penyampaian Sumbangan, Iftar
Perdana dan Solat Tarawih

atau

Tidak meluluskan Kertas Cadangan Program Ihya


Ramadhan 1444 ‘Majlis Khatam al-Quran, Penyampaian
Sumbangan, Iftar Perdana dan Solat Tarawih

Ulasan :

.
………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………

(DATIN NOR ASHIKIN BINTI MOHAMED NOOR)


Pengetua
SMK Seafield, Subang Jaya
Tarikh :

You might also like