Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

REHERSAL MENJAWAB SOALAN RAMALAN S1 2024 SET 2

Bahagian A
[50 markah]
Jawab semua soalan.

1 Huraikan tiga persekitaran tugas yang mempengaruhi sesebuah perniagaan. [6]


Q. Huraikan tiga persekitaran tugas yang mempengaruhi sesebuah perniagaan.

Pelanggan
 Merupakan individu/pihak/organisasi yang membeli barang atau perkhidmatan.
 Pengaruh- Perubahan cita rasa pelanggan mempengaruhi jenis keluaran, harga dan kualiti
yang dikeluarkan oleh pengguna.

Pembekal
 Merupakan pihak yang membekalkan input, bahan mentah atau barang separa siap kepada perniagaan
 Pengaruh - Bekalan yang berterusan dan cekap menentukan kejayaan sesebuah perniagaa Pesaing.

Pembiaya
 Merupakan pihak yang memberi pinjaman kepada perniagaan
 Pengaruh - pinjaman tinggi membolehkan pembesaran perniagaan

Pemodal/pelabur
 Merupakan pihak yang menyumbangkan modal kepada perniagaan
 Pengaruh - Sumbangan modal yang tinggi dan berkekalan memastikan kelangsungan perniagaan.

Pesaing
 Merupakan firma perniagaan lain dalam industri yang sama yang mengeluarkan atau menawarkan
produk yang hampir sama dalam pasaran yang sama
 Pengaruh - Firma perlu bersaing untuk mendapat syer pasaran bagi produknya untuk mempunyai
tapak yang kukuh di pasaran.

Kerajaan
 Pihak berkuasa yang menguatkuasakan undang-undang / peraturan / pelesenan
 Pengaruh - Cukai tinggi mengurangkan keuntungan perniagaan dan jualan

Pekerja
 Merupakan individu yang menyumbang tenaga fizikal dan mental kepada sesebuah organisasi
 Pengaruh - Pekerja yang baik / berkemahiran tinggi meningkatkan produktiviti pengeluaran.

Masyarakat
 Merupakan komuniti yang mempunyai kepentingan/ pengaruh secara langsung ke atas
sesebuah perniagaan
 Pengaruh - Perniagaan perlu menjalankan tanggungjawab sosial untuk memastikan sokongan yang
berterusan dari masyarakat.

2 Huraikan dua aktiviti perniagaan berasaskan pengeluaran. [4]

Dua aktiviti perniagaan berasaskan pengeluaran.

1. Ekstraktif
 Aktiviti perniagaan yang melibatkan pengeluaran hasil alam semula jadi
 Pertanian, perlombongan, pembalakan, perikanan dan sebagainya

2. Barangan pengguna
 Aktiviti perniagaan yang melibatkan proses penghasilan barangan untuk kegunaan pengguna akhir

1 |PANDUAN JAWAPAN SOALAN TARGET PP SEM 1 STPM


3. Barangan industri
 Perniagaan yang melibatkan penjualan barang kepada pihak lain untuk dijual semula
 Aktiviti perniagaan yang melibatkan proses penghasilan produk atau barangan separuh siap yang akan
digunakan oleh pelbagai industri
 Komponen-komponen barangan elektrik, komponen kenderaan dan sebagainya

4. Pembuatan
 Aktiviti perniagaan yang melibatkan pengeluaran barangan yang menggunakan sumber bahan mentah
seperti kraf tangan dan sebagainya

5. Pemasangan
 Aktiviti perniagaan yang melibatkan pemasangan komponen-komponen yang akan menghasilkan
produk siap
 Pemasangan kereta, Pemasangan barangan elektrik dan sebagainya

3 Huraikan dua hubungan antara jabatan pengeluaran dengan jabatan sumber manusia. [4]
Dua hubungan antara jabatan pengeluaran dengan jabatan sumber manusia. [4]

Hubungan jabatan pengeluaran dengan jabatan sumber manusia


1. Jabatan pengeluaran membuat unjuran keperluan sumber manusia dalam jabatan pengeluaran
kepada jabatan sumber manusia, dan jabatan sumber manusia memberi maklumat kebersediaan
sumber manusia organisasi kepada jabatan pengeluaran untuk merancang sebarang program dalam
jabatan.
 Jabatan pengeluaran memaklumkan kepada jabatan sumber manusia apabila berlaku pemecatan
pekerja atau pengurangan dalam bilangan sumber manusia dalam jabatan pengeluaran, dan jabatan
sumber manusia akan merekrut, membuat pemilihan, mengadakan program orientasi, melaksanakan
program latihan yang berkaitan dengan jabatan pengeluaran.

4 Huraikan tiga susun atur proses pengeluaran. [6]

Tiga susun atur proses pengeluaran.

Susun atur secara tetap


 Proses pengeluaran adalah kekal di satu lokasi dari awal hingga siap
 Semua input pengeluaran akan dibawa ke lokasi pengeluaran
 Ciri-ciri produk biasanya berat, besar, mudah pecah
 Contoh pengeluaran : Pembinaan lebuh raya, jambatan, bangunan, kapal laut, kapal terbang,
empangan, dan sebagainya.

Susun atur proses


 Input pengeluaran seperti mesin, tenaga kerja, bahan mentah dan peralatan disusun mengikut fungsi
kerja.
 Penghasilan produk adalah tidak seragam dan berbeza mengikut kuantiti keluaran.
 Pengeluaran adalah dalam kumpulan atau kelompok yang kecil.
 Contoh: Bengkel membaiki kereta, perkhidmatan hospital, perkhidmatan bank, perkhidmatan dobi.

Susun atur produk


 Semua input pengeluaran seperti tenaga kerja, mesin, bahan mentah, dan peralatan akan disusun
khusus mengikut urutan penghasilan sesuatu produk.
 Pengeluaran melibatkan penghasilan produk yang seragam.
 Pengeluaran melibatkan volum kuantiti yang banyak
 Contoh: Pengeluaran-pengeluaran automobil, pemprosesan makanan, pengeluaran kasut.

2 |PANDUAN JAWAPAN SOALAN TARGET PP SEM 1 STPM


3 |PANDUAN JAWAPAN SOALAN TARGET PP SEM 1 STPM
Susun atur selular
 Susun atur selular adalah satu pendekatan yang membantu membina pelbagai produk dengan hanya
menggunakan bahan dan alatan yang sedikit.
 Semua peralatan dan stesen kerja akan disusun dalam urutan yang melalui sesuatu proses yang
menyokong aliran dan susunan bahan mentah dan komponen secara lancar, tanpa berlaku kelewatan.
 Melibatkan produk yang memerlukan banyak gabungan komponen
 Contoh : pemasangan laptop, telefon bimbit.

5 Huraikan tiga strategi dan objektif pemasaran. [6]


Tiga strategi dan objektif pemasaran.
1. Penembusan pasaran – produk sedia ada - memasuki pasaran sedia ada
2. Pembangunan pasaran – produk sedia ada - memasuki pasaran baru
3. Pembangunan produk – produk baru - memasuki pasaran sedia ada
4. Pempelbagaian – produk baru/ perniagaan baru - memasuki pasaran baru

6 Huraikan langkah proses peletakan pasaran. [6]

Langkah dalam proses peletakan pasaran ialah:


1. Menentukan pasaran sasaran
 Pasaran sasaran terdiri dari sekumpulan pengguna yang mempunyai ciri-ciri dan keperluan yang
sama yang ingin disasarkan oleh pengeluar.
 Melalui sasaran pasaran, pengeluar menilai pelbagai segmen dalam pasaran tersebut.
2. Menyesuaikan produk dengan pasaran
 Pengeluar berusaha untuk mengetahui dan memahami keperluan pengguna
 Kemudian mengeluarkan produk yang sesuai dengan mereka
3. Mengkomunikasikan ciri-ciri produk
 Memperkenalkan produk kepada pengguna melalui komunikasi pemasaran seperti pengiklanan,
promosi jualan, jualan bersemuka dan sebagainya.
 Ciri-ciri produk seperti reka bentuk, fungsi, keistimewaan dan lain-lain didedahkan bagi menarik
minat pengguna.

7 Huraikan tiga elemen penyata pendapatan. [6]


Elemen penyata pendapatan ialah :

Elemen Penyata Pendapatan:


1. Hasil - jualan barang niaga, kutipan hasil perkhidmatan, komisen jualan, sewa diterima, diskaun
diterima dan faedah diterima atas simpanan
2. Belanja - belian barang niaga, diskaun diberi, belanja angkutan, belanja sewa, belanja am, belanja
gaji, belanja susut nilai, belanja hutang lapuk
3. Untung/rugi – untung ialah lebihan hasil berbanding belanja, manakala rugi ialah lebihan belanja
berbanding hasil.

8 Huraikan tiga cabaran pengurusan sumber manusia. [6]


Tiga cabaran pengurusan sumber manusia ialah :
1. Teknologi -Persaingan pasaran menuntut syarikat melakukan automasi / menggunakan
teknologi tinggi untuk kekal berdaya saing
2. Peningkatan bilangan pekerja wanita -Peningkatan dalam pendidikan dan peluang pekerjaan
meningkatkan jumlah pekerja wanita
3. Kemasukan buruh asing - Untuk membantu tenaga buruh asing menyesuaikan diri dengan budaya
asing
4. Perubahan ekonomi/ketidaktentuan ekonomi-Kemelesetan ekonomi mengakibatkan pembuangan kerja
dan peningkatan pengangguran

4 |PANDUAN JAWAPAN SOALAN TARGET PP SEM 1 STPM


5. Kepelbagaian tenaga kerja - Terdapat golongan OKU, berlainan etnik, beza: umur, jantina, taraf
perkahwinan, agama, golongan minoriti dalam organisasi
6. Globalisasi - Mobiliti pekerja / Pasaran yang lebih luas
7. Keperluan pekerjaan - Ketidaksepadanan kemahiran pekerja dengan keperluan kerja

9 Huraikan dua tindakan dalam menarik minat sumber manusia. [4]

Dua tindakan dalam menarik minat sumber manusia ialah :

Tindakan dalam menarik minat sumber manusia:


1. Iklan,
 Merujuk kepada hubungan yang dibuat untuk mempromosikan sesuatu perkara seperti barangan,
perkhidmatan dan sebagainya. Media-massa utama untuk membuat pengiklanan pekerjaan ialah

2. Hebahan umum,
 Memaklumkan kepada agensi-agensi tertentu seperti jabatan buruh dan lain-lain.
 Wakil syarikat keluar mencari calon pekerja di luar organisasi dan syarikat seperti pergi ke
universiti untukmembuat pengrekrutan kampus dan sebagainya.

3. Head-hunting,
 Sumber utama merekrut untuk posisi pengurusan dan professional adalah melalui temu duga
dalam kampus. Kebanyakan organisasi besar mencari bakal pekerja berpotensi untuk jawatan
bertaraf eksekutif daripada bakal graduan universiti dan institusi pengajian tinggi (IPT) yang lain.

4. Walk-in
 Pendekatan yang murah dan selalu digunakan iaitu melalui permohonan secara terus dimana
pencari kerja menyerahkan bahan-bahan (seperti resume) tanpa diminta atau memberitahu secara
terus kepada pihak berkenaan bahawa beliau ingin memohon sesuatu jawatan di syarikat tersebut.

5. Rujukan (referrals)
 Ianya adalah secara rujukan ataupun cadangan (recomand) daripada pekerja dalaman syarikat itu
sendiri.

6. Agensi Pekerjaan

 Selalu digunakan oleh kebanyakan majikan dalam mengenalpasti bakal pekerja yang berpotensi.
Terdapat dua kategori agensi iaitu agensi naungan kerajaan dan juga agensi swasta.

10 Senaraikan empat ciri penilaian prestasi yang berkesan. [4]


Ciri penilaian prestasi yang berkesan ialah:

Penilaian yang berkesan


1. Dilakukan secara berterusan iaitu tidak tunggu sehingga ke akhir tahun.
2. Direka berdasarkan penghuraian kerja iaitu tidak sesuka hati pengurus.
3. Dibuat dengan adil dan dianggap adil oleh pekerja.
4. Penilai tahu apa yang patut dinilai
5. Penilai tahu teknik menilai dengan betul.
6. Bebas dari sifat berat sebelah.

5 |PANDUAN JAWAPAN SOALAN TARGET PP SEM 1 STPM


Bahagian B
[50 markah]
Baca kajian kes di bawah dan jawab soalan yang mengikutinya.
GINTELL

11 GINTELL telah ditubuhkan pada 1996, adalah pengeluar yang terkemuka dalam pasaran produk
penjagaan kesihatan di Malaysia. GINTELL mempunyai lebih daripada 100 cawangan di seluruh negara dan
dianugerahkan 'Rangkaian Produk Penjagaan Kesihatan Terbesar' oleh Malaysia Book of Records. GINTELL
telah mengukuhkan penjenamaan di pasaran selama 20 tahun dengan prinsip utamanya yang menggalakkan
kesihatan, kasih sayang serta kehidupan. GINTELL berusaha untuk membina kehidupan rakyat Malaysia yang
lebih sihat melalui empat kategori produk penjagaan kesihatan iaitu Relaxation, Reflexology, Beauty and
Slimming dan Fitness. Kategori produk yang paling popular ialah Relaxation yang menawarkan pelbagai
rangkaian sofa dan kerusi urutan.

Pemasaran rangkaian sofa urutan GINTELL De'Vano S, GINTELL memperkenalkan duta terbarunya
iaitu pelakon dan penyanyi terkenal, Ayda Jebat. Pemilihan artis berkenaan adalah inisiatif dan langkah
strategik GINTELL untuk mengukuhkan jenamanya kepada pasaran yang lebih muda. Ayda yang memegang
watak utama drama 'M.A.I.D' dan drama baharu 'Awak Sangat Nakal', memaklumkan moto 'Health Love Life'
memang serasi dengan dirinya yang mengutamakan kesihatan, ikatan kasih sayang keluarganya dan dirinya.
Bagi Ayda, kesihatan adalah penting untuk menikmati rasa cinta yang indah dan bermakna dalam kehidupan.
Pemilihan Ayda Jebat sebagai duta juga dilihat mampu membantu memperkenalkan rangkaian sofa urutan
GINTELL De'Vano S yang lebih bercita rasa muda.

Menurut Ayda, kerjayanya sebagai pelakon dan penyanyi menuntut masa yang tidak menentu, ini
memberinya tekanan dan kadang kala menjejaskan kesihatan. Bagaimanapun, dengan adanya sofa urutan
GINTELL De'Vano S di rumah, Ayda dapat menghilangkan tekanan dan kepenatan kerja pada bila-bila masa
sahaja. Beliau kagum dengan lanjutan Trek V yang berukuran 105cm panjang dalam reka bentuk sofa itu yang
dapat melegakan kesakitan dan tekanan melalui urutan yang selesa pada bahagian leher dan pelvic. Dengan
meluangkan sedikit masa setiap hari bersama GINTELL De'Vano S, Ayda dapat menenangkan diri dan berehat
dengan sepenuhnya. Ayda juga yakin ciri beg tekanan udara pada sofa urutan ini yang terdapat pada GINTELL
De'Vano S dapat membentuk dan membetulkan pinggul dan paha, agar terus tampil anggun dan segar. Beliau
turut memuji rupa bentuk sofa urutan ini yang bergaya moden dan ergonomik serta diperkemaskan dengan
fabrik yang berwarna ceria dan cerah. Sofa urutan itu mempunyai 4 sistem kawalan mudah dan mesra
pengguna. GINTELL De'Vano S FUNtastic Sofa yang ringan dan bersaiz kecil ini adalah pilihan yang tepat dan
sempurna untuk kediaman dan juga pejabat kerana sofa ini sesuai untuk diletakkan di mana-mana sahaja.

Sebagai duta terbaru GINTELL, Ayda membuat penampilan khas di AEON Mall Bandaraya Melaka,
untuk sesi temu salam dengan peminat dan pelanggan GINTELL semasa Program SIHAT bersama GINTELL
2017. Pada hari berkenaan, Ayda berpeluang untuk membuat persembahan nyanyian dan beramah mesra
dengan orang ramai, sekali gus mengeratkan lagi hubungan dengan peminat dan pelanggan GINTELL. Bagi
pelanggan yang hadir pada hari berkenaan juga, GINTELL menawarkan kombo pakej terhebat bagi kedua-dua
GINTELL De'Vano S dan mesin urut kaki G-Beetle Plus dengan hanya RM3,988. GINTELL turut membuka
kiosk yang dikendalikan oleh pakar kesihatan agar pelanggan dapat menjalankan pemeriksaan sendi-sendi dan
urat di badan mereka dan mendapat khidmat nasihat tentang produk yang paling sesuai untuk mereka.

(Disesuaikan daripada http://galaksi-media.com.my yang dicapai pada 25 Januari 2021)

Berdasarkan kes pada petikan GINTELL,


(a) terangkan campuran promosi yang dilaksanakan oleh GINTELL [18]
(b) jelaskan atribut produk GINTELL De'Vano S. yang dikeluarkan oleh GINTELL. [12]

6 |PANDUAN JAWAPAN SOALAN TARGET PP SEM 1 STPM


11(a) Antara Campuran promosi yang dilaksanakan oleh GINTELL ialah:

Fakta Huraian Kaitan Kes


Perhubungan  Aktiviti yang dibentuk 1. Pemasaran rangkaian sofa urutan GINTELL
awam bagi mewujudkan serta De'Vano S, GINTELL memperkenalkan duta
mengekalkan hubungan terbarunya iaitu pelakon dan penyanyi terkenal,
baik antara perniagaan Ayda Jebat.
dengan pihak awam
2. Pemilihan artis berkenaan adalah inisiatif dan
 Membina hubungan baik
antara syarikat dengan langkah strategik GINTELL untuk mengukuhkan
pelbagai lapisan jenamanya kepada pasaran yang lebih muda.
masyarakat melalui aktiviti 3. Pemilihan Ayda Jebat sebagai duta juga dilihat
seperti malam amal, larian mampu membantu memperkenalkan rangkaian
amal dan derma sofa urutan GINTELL De'Vano S yang lebih
 Langkah syarikat menjalin bercita rasa muda.
hubungan baik dengan 4. Sebagai duta terbaru GINTELL, Ayda membuat
masyarakat umum
penampilan khas di AEON Mall Bandaraya
termasuk pihak
berkepentingan Melaka, untuk sesi temu salam dengan peminat
dan pelanggan GINTELL semasa Program
SIHAT bersama GINTELL 2017.
5. Pada hari berkenaan, Ayda berpeluang untuk
membuat persembahan nyanyian dan beramah
mesra dengan orang ramai, sekali gus
mengeratkan lagi hubungan dengan peminat dan
pelanggan GINTELL.
Publisiti  Publisiti ialah komunikasi 6. Ayda yang memegang watak utama drama
yang disampaikan melalui 'M.A.I.D' dan drama baharu 'Awak Sangat
cerita dan berita berkait Nakal', memaklumkan moto 'Health Love Life'
dengan produk syarikat memang serasi dengan dirinya yang
 Publisiti ialah mengutamakan kesihatan, ikatan kasih sayang
penghebahan ke atas keluarganya dan dirinya.
sesuatu produk, 7. Bagi Ayda, kesihatan adalah penting untuk
perkhidmatan atau menikmati rasa cinta yang indah dan bermakna
perniagaan melalui berita- dalam kehidupan.
berita komersial yang 8. Menurut Ayda, kerjayanya sebagai pelakon dan
disiarkan melalui media penyanyi menuntut masa yang tidak menentu dan
elektronik dan media cetak ini memberinya tekanan dan kadang kala
 Publisiti merupakan menjejaskan kesihatan.
saluran promosi tidak 9. Bagaimanapun, dengan adanya sofa urutan
berbayar (percuma) yang GINTELL De'Vano S di rumah, Ayda dapat
bertujuan meningkatkan menghilangkan tekanan dan kepenatan kerja pada
permintaan pengguna bila-bila masa sahaja. Dia kagum dengan
terhadap sesuatu produk. lanjutan Trek V yang berukuran 105cm panjang
dalam reka bentuk sofa itu yang dapat melegakan
kesakitan dan tekanan dengan urutan yang selesa
pada bahagian leher dan pelvic.
10. Dengan hanya meluangkan sedikit masa setiap
hari bersama GINTELL De'Vano S, Ayda dapat
menenangkan diri dan berehat dengan
sepenuhnya.
11. Ayda juga yakin ciri beg tekanan udara pada sofa
urutan ini yang terdapat pada GINTELL De'Vano

7 |PANDUAN JAWAPAN SOALAN TARGET PP SEM 1 STPM


S dapat membentuk dan membetulkan pinggul
dan paha, agar terus tampil anggun dan segar.
12. Beliau turut memuji rupa bentuk sofa urutan ini
yang bergaya moden dan ergonomik serta
diperkemas dengan fabrik yang berwarna ceria
dan cerah.
Promosi Jualan  Segala rangsangan secara 13. Bagi pelanggan yang hadir pada hari itu,
langsung yang GINTELL menawarkan kombo pakej terhebat
menawarkan insentif bagi kedua-dua GINTELL De'Vano S dan mesin
ataupun nilai yang lebih ke urut kaki G-Beetle Plus dengan hanya RM3,988.
atas keluaran melalui
desakan jualan, agihan
keluaran kepada pengguna
akhir dengan objektif
untuk mewujudkan jualan
segera.
 Memberi insentif kepada
pengguna dan
mendorong membuat
keputusan pembelian
dalam jangka
masa pendek.
Jualan  Adalah satu kaedah 14. GINTELL turut membuka kiosk yang
Bersemuka komunikasi penjualan dikendalikan oleh pakar kesihatan agar
yang membolehkan pelanggan dapat menjalankan pemeriksaan sendi-
komunikasi dua hala sendi dan urat di badan mereka dan mendapat
tentang idea, produk atau
khidmat nasihat tentang produk yang paling
perkhidmatan yang
ditawarkan oleh syarikat sesuai untuk mereka.
 Jualan secara peribadi
melalui pertemuan secara
langsung dengan pengguna
 Pemasar akan
memaklumkan pengguna
tentang jenis produk yang
ditawarkan oleh syarikat
 Satu promosi yang
melibatkan hubungan
peribadi antara
pembeli dengan
penjual untuk
melakukan jualan dan
membentuk hubungan

8 |PANDUAN JAWAPAN SOALAN TARGET PP SEM 1 STPM


(b) Antara atribut produk GINTELL De'Vano S. yang dikeluarkan oleh GINTELL. [12]

Fakta Huraian Kaitan Kes


Atribut Produk Atribut produk merupakan 1. Sofa urutan GINTELL De'Vano S dapat
ciri- ciri/sifat-sifat yang menghilangkan tekanan dan kepenatan kerja pada
terdapat pada sesuatu bila-bila masa sahaja.
produk sama ada ketara dan 2. lanjutan Trek V yang berukuran 105cm panjang
tak ketara. dalam reka bentuk sofa
3. dapat melegakan kesakitan dan tekanan melalui
sifat ketara seperti bahan, urutan yang selesa pada bahagian leher dan pelvic.
warna, jenama, saiz dan 4. Dengan meluangkan sedikit masa setiap hari
bentuk; bersama GINTELL De'Vano S, Ayda dapat
sifat tak ketara seperti menenangkan diri dan berehat dengan sepenuhnya.
kualiti produk seperti 5. Ayda juga yakin ciri beg tekanan udara pada sofa
ketahanan, kejituan, urutan ini yang terdapat pada GINTELL De'Vano
ketepatan, keberkesanan, S dapat membentuk dan membetulkan pinggul dan
jaminan dan khidmat lepas paha, agar terus tampil anggun dan segar.
jualan. 6. Ayda turut memuji rupa bentuk sofa urutan ini
yang bergaya moden dan ergonomik
7. diperkemaskan dengan fabrik yang berwarna ceria
dan cerah.
8. Sofa urutan itu mempunyai 4 sistem kawalan
mudah dan mesra pengguna.
9. GINTELL De'Vano S FUNtastic Sofa yang ringan
dan bersaiz kecil ini adalah pilihan yang tepat dan
sempurna untuk kediaman dan juga pejabat
10. sofa ini sesuai untuk diletakkan di mana-mana
sahaja.

9 |PANDUAN JAWAPAN SOALAN TARGET PP SEM 1 STPM


Jawab satu soalan sahaja.

12. Jelaskan empat klasifikasi produk pengguna [20]

1. Barangan mudah beli


 Barangan yang dibeli dengan masa dan usaha paling minimum.
 Produk ini kerap dibeli
 Harga produk adalah murah dan pengguna tidak membuang masa untuk membuat
perbandingan harga dan kualiti
 Merangkumi 3 jenis iaitu barangan asas, kecemasan dan gerak hati
 Contoh produk ialah minyak masak, sabun dan gula

2. Barangan beli-belah
 merupakan barangan yang jarang dibeli ,mungkin sebulan atau setahun sekali
 pembelian dibuat selepas tinjauan dan perbandingan harga dan kualiti
 mempunyai gaya, jaminan produk, perkhidmatan selepas jualan
 Contoh produk ialah perabot dan peralatan elektrik

3. Barangan Istimewa
 Barangan yang mempunyai ciri unik yang disukai pengguna dari aspek jenama
 Pengguna sanggup berusaha untuk mencari dan mendapatkan barangan ini.
 Pengguna tidak akan berkira tentang kos yang dibelanjakan untuk memilikinya.
 Contoh produk ialah jam tangan Rolex

4. Barangan Tidak Dicari


 Barangan yang tidak diketahui kewujudannya oleh pembeli di pasaran
 Pengguna tidak merasakan desakan untuk memilikinya
 Memerlukan banyak maklumat
 Contoh produk ialah polisi insurans

13. Jelaskan proses pengambilan sumber manusia

[20] Proses pengambilan sumber manusia ialah


1. Merekrut
 merupakan proses menarik minat, mencari dan mengalakkan bakal calon yang berkelayakan untuk
mengisi kekosongan jawatan
 Sumber pengrekrutan terdiri dari sumber dalaman dan sumber luaran organisasi
 Pengrekrutan sumber dalaman boleh dibuat melalui pengumuman kerja di papan kenyataan, risalah
organisasi, e-mel organisasi, pencalonan daripada penyelia atau rujukan pekerja
 Pengrekrutan luaran boleh dibuat melalui iklan, agensi pekerjaan, head-hunting atau walk-in

2. Pemilihan
 merupakan proses menilai dan memilih pekerja terbaik untuk mengisi jawatan kosong dalam organisasi
 Calon yang dipilih mestilah memiliki kelulusan dan kemahiran berdasarkan kriteria yang telah
ditetapkan dalam spesifikasi kerja
 Calon yang dipilih berdasarkan keperluan tugas yang terdapat dalam penghuraian kerja
 Pemilihan melibatkan borang permohonan/ semakan rujukan/ temuduga/ ujian

3. Penawaran Kerja
 Tawaran kerja diberikan kepada calon-calon yang berjaya setelah pemilihan
 Tawaran kerja dimaklumkan melalui surat rasmi/ panggilan telefon/ internet/ emel
 Calon perlu mengesahkan sama ada menerima atau menolak tawaran tersebut dalam tempoh yang
ditetapkan

10 |PANDUAN JAWAPAN SOALAN TARGET PP SEM 1 STPM


 Antara kandungan tawaran kerja ialah jawatan yang ditawarkan, tempoh percubaan dan pengesahan
jawatan, gaji yang bakal diterima, faedah dan ganjaran, dan lain-lain.

4. Induksi
 Kursus yang diberikan kepada pekerja baharu atau yang diberikan tanggungjawab baharu/ kenaikan
pangkat
 Tujuan utama induksi ialah untuk membolehkan pekerja baru membiasakan diri dengan persekitaran/
suasana/ iklim tempat kerja baru / jawatan baharu
 Tempoh induksi bergantung kepada kandungan program induksi yang dirangka untuk seseorang pekerja
 Isi kandungan induksi diterangkan tentang tugas dan tanggungjawab kerja, waktu bekerja, keadaan di
tempat kerja dan syarat perkhidmatan.

11 |PANDUAN JAWAPAN SOALAN TARGET PP SEM 1 STPM

You might also like