Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

REHERSAL MENJAWAB SOALAN RAMALAN S1 2024 SET 4

Bahagian A
[50 markah]
Jawab semua soalan.

1 Berikan maksud perniagaan. [4]


Q. Berikan maksud perniagaan. [4]
 Perniagaan merujuk kepada satu aktiviti pengeluaran dan penjualan barang dan perkhidmatan
 Yang dikehendaki oleh pengguna /memuaskan keperluan dan kehendak pelanggan.
 Melalui pertukaran nilai
 Bermotif untung

2 Huraikan tiga persekitaran umum yang boleh mempengaruhi sesebuah perniagaan. [6]

Q. Huraikan tiga persekitaran umum yang boleh mempengaruhi sesebuah perniagaan. [6]

Persekitaran ekonomi
 Keadaan ekonomi sesebuah negara menunjukkan kedinamikan pasaran yang mempengaruhi kuasa beli
penduduknya
 Prestasi ekonomi – pertumbuhan ekonomi yang baik dapat merangsang penghasilan produk perniagaan
/ kemelesetan ekonomi menghalang perkembangan perniagaan duduknya

Persekitaran persaingan dan jaringan


 Persaingan merujuk kepada ancaman yang diberikan oleh perniagaan lain yang mengeluarkan produk
yang sama/hampir sama atau pengganti dan dipasarkan dalam pasaran yang sama - Persaingan
menggalakkan inovasi produk /meningkatkan kualiti produk /atau mengurangkan kos pengeluaran
 Jaringan perniagaan merujuk kepada hubungan formal atau tidak formal, yang dibentuk oleh
perniagaan dengan pembekal, pengilang, pesaing atau pengedar untuk menghasilkan produk atau
memasarkannya di pasaran - Jaringan memastikan bekalan diterima dalam masa yang dikehendaki /
Memastikan barangan dapat diberi keutamaan pasaran oleh pengedar / membolehkan pesaing
membentuk pakatan strategik bagi menghasilkan produk masing-masing

Persekitaran sosiobudaya
 Perubahan cita rasa pengguna menggalakkan syarikat untuk sentiasa menghasilkan produk yang
menepati keinginan pengguna semasa
 Kepercayaan, pegangan agama, adat atau nilai masyarakat mempengaruhi keputusan syarikat
dalam menawarkan produk atau perkhidmatan

Persekitaran politik dan perundangan


 Politik merujuk kepada dasar kerajaan yang memerintah dan tekanan berkaitan kuasa serta
penguatkuasaan peraturan dan undang-undang - Kestabilan politik akan memberi jaminan kepada
kelangsungan sesebuah perniagaan.
 Perundangan merujuk kepada undang-undang dan peraturan yang ada dalam sesebuah negara -
Undang-undang yang ketat ataupun longgar akan mempengaruhi operasi sesebuah perniagaan.

Persekitaran teknologi
 Kaedah atau peralatan yang digunakan untuk melaksanakan aktiviti perniagaan / membolehkan
organisasi melakukan sesuatu yang baharu/lebih baik
 Penemuan dan ciptaan baharu membantu meningkatkan produktiviti
 Perkembangan teknologi menyebabkan masa pembuatan atau pengeluaran sesuatu produk dapat
dipercepatkan

Persekitaran prasarana
 Kemudahan infrastruktur yang disediakan untuk menyokong aktiviti perniagaan
 Merujuk kepada kemudahan asas yang disediakan untuk membantu aktiviti perniagaan
terutamanya kemudahan pengagihan produk, iaitu pergerakan produk kepada pengguna dan juga
kemudahan berhubung dengan pihak yang terlibat.

1 |PANDUAN JAWAPAN SOALAN TARGET PP SEM 1 STPM 2024


Persekitaran antarabangsa
 Faktor-faktor seperti dasar perdagangan, undang-undang perniagaan yang melibatkan dua buah negara
atau lebih yang menentukan produk boleh dieksport ke sesebuah negara atau tidak
 Merujuk kepada faktor-faktor yang wujud dalam perniagaan yang melibatkan dua buah negara atau
lebih - melibatkan aktiviti eksport dan import barangan atau perkhidmatan
 Blok-blok perdagangan atau dasar perdagangan antara negara boleh meningkatkan atau menjejaskan
aktiviti import eksport antara negara yang terlibat

3 Huraikan dua evolusi pengeluaran. [4]


Q. Huraikan dua evolusi pengeluaran.

Evolusi Konsep
Revolusi industri Enjin wap
Pembahagian kerja
‘Interchangeable Parts’
Pengurusan saintifik Prinsip Pengurusan Saintifik
Kajian masa dan pergerakan
Carta penjadualan aktiviti [Gantt]
Barisan pemasangan bergerak
Perhubungan manusia Kajian Hawthorne
Teori Motivasi
Penyelidikan pengeluaran Pengaturcaraan linear
[operasi] Komputer digital
Simulasi, Teori Barisan menunggu, Teori Keputusan,
PERT/CPM
MRP, EDI, EFT, CIM

Revolusi kualiti Just in Time [JIT]


TQM [Total Quality Management]
Strategi dan operasi
Proses Perniagaan
Merekayasa [Reengineering]
Globalisasi WTO [World Trade Organization]
EU [European Union]
Other trade agreements
Revolusi internet Internet, WWW
ERP, Pengurusan Rantaian Bekalan
E-Dagang
4.

4 Huraikan tiga jenis inventori. [6]

Q. Huraikan tiga jenis inventori. [6]

1. Bahan mentah - Terdiri daripada bahan langsung/sumber alam/sumber alam semula jadi/ bahan tidak
langsung yang dimiliki dan disimpan oleh firma untuk kegunaan proses pengeluaran

2. Kerja dalam proses - Terdiri daripada produk/barang separa siap yang disimpan untuk
proses seterusnya dalam pengeluaran

3. Produk siap - Produk siap yang telah sempurna sepenuhnya melalui proses pengeluaran dan sedia
untuk dijual/dipasarkan

2 |PANDUAN JAWAPAN SOALAN TARGET PP SEM 1 STPM 2024


5 Takrifkan pemasaran dan berikan tiga kepentingan pemasaran [5]
Q. Takrifkan pemasaran dan berikan tiga kepentingan pemasaran. [5]

Pemasaran ialah pengagihan barang dan perkhidmatan daripada pengeluar kepada pengguna pada tempat,
masa, harga dengan saluran pengedaran yang sesuai. Pemasaran melibatkan empat aktiviti iaitu
membangunkan produk, menetapkan harga, menjalankan promosi dan mengedarkan produk.

Kepentingan pemasaran.
1. Memastikan proses pertukaran berlaku
2. Memenuhi keperluan dan kehendak pengguna
3. Memberi pilihan kepada pelanggan
4. Menjamin perkembangan perniagaan
5. Memastikan perniagaan terus kekal dalam pasaran
6. Mewujudkan peluang pekerjaan.

6 Senaraikan langkah dalam proses pembelian produk baru. [5]

Q. Senaraikan langkah dalam proses pembelian produk baru.


1. Menyedari
2. Meminati
3. Menilai
4. Mencuba
5. Menerima

7 Huraikan dua faktor yang mempengaruhi penetapan harga. [4]


Q. Huraikan dua faktor yang mempengaruhi penetapan harga. [6]

1. Objektif pemasaran
 Syarikat yang ingin memastikan perniagaan terus beroperasi dengan memasarkan produk pada
paras harga yang rendah
 Contoh : meletakkan / memasarkan harga yang rendah
2. Kos
 Harga yang diletakkan oleh peniaga mestilah dapat meliputi kos dan mendapat keuntungan
 Contoh : kos rendah, harga renda
3. Strategi pemasaran
 Keputusan menentukan harga produk perlu mengambil kira reka bentuk produk, cara pengedaran,
dan jenis promosi yang dilakukan
 Contoh : kos promosi rendah, harga rendah
4. Pertimbangan organisasi
 Dalam organisasi besar, harga ditentukan oleh pengurus atasan berdasarkan cadangan
daripada pengurus jualan, manakala organisasi kecil, harga ditentukan oleh pemilik
perniagaan
5. Keadaan pasaran dan permintaan
 Keadaan ekonomi dan permintaan pelanggan boleh mempengaruhi harga
 Contoh : keadaan ekonomi yang baik dan permintaan yang tinggi membenarkan pemasar
meletakkan harga yang bersesuaian dengan kuasa beli pengguna permintaan melebihi penawaran,
harga akan meningkat
6. Persaingan
 Persaingan yang wujud perlu diambil kira apabila pemasar menetapkan harga produk. Tindakan
pesaing menurunkan harga akan mempengaruhi harga produk syarikat
 Contoh : persaingan sengit, harga akan turun
7. Faktor persekitaran
 Persekitaran sosiobudaya dan perundangan menentukan tingkat harga yang boleh ditetapkan oleh
pemasar.

3 |PANDUAN JAWAPAN SOALAN TARGET PP SEM 1 STPM 2024


8 Huraikan tiga pihak yang berkepentingan terhadap penyata kewangan. [6]
Q. Huraikan tiga pihak yang berkepentingan terhadap penyata kewangan. [6]

1. Pemegang saham/ pemilik


 Memastikan pelaburan diguna dengan baik dalam perniagaan untuk menghasilkan keuntungan.
 Memastikan sama ada hendak mengekalkan pemegang saham atau menambahkan pegangan
saham.
 Mengetahui keberuntungan perniagaan
2. Pelabur/bakal pelabur
 Penyata kewangan yang baik dapat menarik pelabur atau bakal pelabur
 Para pelabur yang berminta dengan pencapaian syarikat kerana kedudukan kewangan
mempengaruhi harga saham syarikat.
 Pelabur akan mengekalkan pegangan saham jika syarikat menunjukkan prestasi kewangan yang
kukuh.
3. Pemiutang / pembekal
 Keupayaan memberi kredit terhadap syarikat yang mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh
dan memberi kepercayaan pihak pembiaya untuk memberi pinjaman modal dan sebagainya.
 Mengetahui kemampuan bayar syarikat atas hutang
4. Bank/Pembiaya/institusi/kewangan/pemberi pinjaman/kreditor
 Melihat kemampuan syarikat membayar balik pinjaman
5. Agensi kerajaan/LHDN –
 Asas pengiraan cukai pendapatan bagi setiap tahun.
 Digunakan oleh Jabatan Statistik Kementerian Pembangunan Usahawan untuk melihat pencapaian
syarikat dalam perniagaan.
6. Pekerja / Kesatuan sekerja
 Berminat mengetahui kedudukan syarikat untuk tuntutan bonus bagi setiap tahun, kenaikan gaji
dan sebagainya.
7. Pihak pengurusan
 Menilai prestasi syarikat
 Membuat pertimbangan untuk pemberian ganjaran seperti bonus dan dividen
 Perbandingan keuntungan antara tahun semasa dengan tahun sebelumnya
 Garis panduan untuk perancangan pengagihan sumber

9 Huraikan tiga kaedah menentukan keperluan sumber manusia. [6]

Q. Huraikan tiga kaedah menentukan keperluan sumber manusia. [6]

Meramal sumber dalaman dan sumber luaran


 Merupakan suatu anggaran bilangan dan jenis pekerja yang diperlukan oleh organisasi pada masa
depan.
 Sumber dalaman terdiri dari daripada pekerja organisasi yang sedia ada dan boleh dinaikkan pangkat,
diturunkan pangkat atau dipindahkan ke bahagian lain untuk memenuhi kekosongan jawatan yang ada.
 Sumber luaran pula terdiri daripada individu di luar organisasi seperti penganggur dan
pekerja organisasi lain.
Carta penggantian
 Senarai pemegang jawatan semasa dan mereka yang berkemungkinan boleh menggantikan tempat
jika jawatan tersebut dikosongkan.
Inventori kemahiran
 Fail peribadi pekerja yang mengandungi maklumat tentang pendidikan, pengalaman, minat dan
kemahiran yang membolehkan pengurus memadankan dengan cepat jawatan yang sesuai dengan latar
belakang pekerja.

4 |PANDUAN JAWAPAN SOALAN TARGET PP SEM 1 STPM 2024


10 Huraikan dua faktor penentuan keperluan sumber manusia. [4]
Q. Huraikan dua faktor penentuan keperluan sumber manusia.

1. Perubahan teknologi - Pengurus sumber manusia perlu menyediakan sumber manusia/pekerja yang
berkebolehan secara cekap dan berkesan supaya dapat disesuaikan dengan perubahan semasa
2. Perubahan sosioekonomi - Lambakan modal insan yang mempunyai tahap pendidikan tinggi /
Bilangan tenaga kerja wanita lebih ramai berbanding lelaki.
3. Pertumbuhan perniagaan - Keperluan tenaga kerja semakin meningkat.
4. Penamatan perkhidmatan - Syarikat boleh menamatkan perkhidmatan staf atas sebab persaraan apabila
telah mencapai umur bersara wajib.

5 |PANDUAN JAWAPAN SOALAN TARGET PP SEM 1 STPM 2024


Bahagian B
[50 markah]
Baca kajian kes di bawah dan jawab soalan yang mengikutinya.

Syarikat Faiza Sendirian Berhad

11 Hajah Faiza Bawumi Sayed Ahmad bukan satu nama yang asing lagi pada kita semua. Beliau merupakan
pengasas jenama Beras Faiza di bawah Syarikat Faiza Sendirian Berhad (SFSB). Beliau memilih segmen
perniagaan beras kerana mempunyai pasaran yang luas memandangkan nasi merupakan makanan asasi
penduduk negara ini . Justeru, pada 1989, SFSB telah ditubuhkan untuk menjadi pembekal dan pengeluar beras
ke pasaran tempatan secara kecil-kecilan.

SFSB sebenarnya bukanlah semata-mata syarikat pembekal dan pengeluar beras, sebaliknya telah
bermula dengan mengeluarkan rempah ratus sejak tahun 1968 lagi. Beliau berharap produk yang dikeluarkan
oleh syarikatnya akan memberi lebih pilihan kepada pengguna beragama Islam terutamanya untuk
mendapatkan keperluan asas seperti beras, rempah ratus, bahan masakan, sos cili dan kicap serta bihun yang
bermutu tinggi tanpa meragui status halalnya. Sekitar tahun 1998, melihat kepada gaya pemakanan kurang sihat
di kalangan masyarakat Malaysia telah mendorong Hajah Faiza untuk mempromosi beras ponni dari India yang
dipercayai baik untuk kesihatan, khususnya bagi penghidap diabetes, obesiti dan darah tinggi.

SFSB mengedar pelbagai jenis beras dalam saiz yang berbeza seperti beras ponni, beras basmathi, beras
wangi, beras tempatan dan beras siam . Terdapat lebih 21 jenama beras termasuk yang paling dikenali, iaitu
“Herba Ponni Taj Mahal” , Moghul Basmathi, Maharani, Kashmir, Mahsuri, Lagenda dan Faiza Emas. Selain
itu, pelbagai jenis rempah dikilangkan termasuk rempah Raja Kari, Bukhari, Beriani, Sup, Kari Ikan dan Kari
Daging. Syarikat juga turut mengeluarkan pelbagai bahan masakan seperti Crystal Rock Salt, Serbuk Perasa
MSG, Serbuk Krim Kelapa, Bubur Herba Berkhasiat, sos cili dan kicap perisa manis, masin dan lemak manis.
Produk terbaru syarikat adalah bihun iaitu Bihun Siam dan Bihun Segera dalam dua perisa yang enak iaitu Tom
Yam dan Sup.

Selain di Batu Pahat, Johor, SFSB kini mempunyai tiga lagi kilang di Selangor, Kedah dan Terengganu.
SFSB mempunyai 200 orang pekerja tetap dan lebih 300 pekerja kontrak. Syarikat Faiza juga membuka sebuah
kedai runcit Faiza yang telah beroperasi sejak 1972 sehingga kini di Batu Pahat bagi menjual semua produk
Faiza dan beberapa produk keluaran syarikat lain. Bagi pasaran tempatan, semua produknya boleh diperolehi di
Pasaraya Tesco, Carrefour, Billion, Giant, Tunas Manja dan Tiong Fat di seluruh negara. Selain itu Syarikat
Faiza turut merancang membawa produk syarikatnya ke pasaran Eropah dan Timur Tengah.
Sifat prihatin Hajah Faiza memang tidak dapat disangkal lagi. Beliau berusaha keras untuk mencapai kejayaan
hari ini bukan disebabkan kekayaan atau wang ringgit semata-mata, tetapi disebabkan keazaman beliau untuk
menjadi pembayar zakat terbesar di Malaysia dan menubuhkan Yayasan Faiza bagi membantu golongan miskin
dan ibu tunggal yang lebih memerlukan agar mereka juga mampu menikmati kehidupan yang baik seperti
orang lain. Beliau juga yang merupakan Pengarah Urusan Syarikat Faiza Sdn Bhd amat sinonim dengan
program realiti Bersamamu terbitan TV3 di mana syarikatnya merupakan penaja utama bagi rancangan amal
tersebut.
( dipetik dan disesuaikan daripada www.utusan.com.my.26 Jun 2016 )

Berdasarkan kajian kes Syarikat Faiza Sendirian Berhad

(a) Jelaskan tiga kepentingan Syarikat Faiza Sdn. Bhd. terhadap masyarakat [6]
(b) Jelaskan asas segmentasi yang dijalankan oleh Syarikat Faiza Sdn. Bhd [12]
(c) Jelaskan lini produk bagi Syarikat Faiza Sdn. Bhd. [12]

6 |PANDUAN JAWAPAN SOALAN TARGET PP SEM 1 STPM 2024


11(a) Antara kepentingan Syarikat Faiza Sendirian Berhad terhadap masyarakat ialah:
Bil Kepentingan [ Fakta = 1 ] Perkaitan dengan kes [1]
1. Menyediakan produk yang SFSB menyediakan barangan keperluan asas seperti
memenuhi keperluan dan kehendak beras, bahan masakan yang berkualiti tinggi dan halal
masyarakat [1] [1]
2. Menyediakan pelbagai pilihan SFSB menyediakan pelbagai jenis beras seperti beras
produk [1] kepada masyarakat ponni, beras basmathi, beras wangi, beras tempatan
dan beras siam [1]
SFSB mengeluarkan pelbagai jenis rempah/pelbagai
jenis bahan masakan/dua perisa bihun untuk beri lebih
pilihan kepada pengguna [1]
3. Menyediakan peluang pekerjaan SFSB mempunyai 200 orang pekerja tetap dan lebih
kepada masyarakat [1] 300 pekerja kontrak [1]

4. Melaksanakan tanggungjawab sosial SFSB menjadi pembayar zakat terbesar [1]


[1] SFSB menubuhkan Yayasan Faiza [1]
SFSB menaja program realiti Bersamamu terbitan
TV3 bagi membantu golongan miskin dan ibu tunggal
[1]

11(b) Antara asas segmentasi yang dijalankan oleh Syarikat Faiza Sendirian Berhad
Bil Asas Segmentasi Huraian Fakta Perkaitan dengan kes
1. Demografi [1] Pembahagian pasaran  SFSB memberi lebih pilihan kepada
berdasarkan ciri-ciri pengguna beragama Islam terutamanya
penduduk [1] [1] untuk mendapatkan keperluan
menghasilkan produk seperti beras, rempah ratus, bahan
tertentu berdasarkan masakan, sos cili dan kicap serta bihun
faktor umur,jantina, yang bermutu tinggi tanpa meragui
bangsa, pendidikan, status halalnya [1]
saiz keluarga,
agama,[1]

2. Psikografi [1] - Pembahagian pasaran  SFSB mensegmenkan produknya untuk


berdasarkan personaliti, pengguna yang mementingkan gaya
gaya hidup, minat dan hidup sihat [1]menghasilkan beras ponni
kelas sosial [1] dari India yang dipercayai baik untuk
- Keperluan dan kesihatan, khususnya bagi penghidap
kehendak pengguna diabetes, obesiti dan darah tinggi. [1]
dikaitkan dengan faktor
gaya hidup[1]

11(c) Lini produk bagi Syarikat Faiza Sendirian Berhad ialah:


Fakta Huraian Fakta Perkaitan Kes
Kelebaran Produk  merujuk kepada bilangan SFSB menawarkan lima barisan produk
barisan/lini produk yang iaitu beras, rempah ratus, bahan masakan,
ditawarkan kepada sos & kicap dan bihun [2]
pengguna [1]
Kedalaman Produk  merujuk kepada bilangan  Beras : lebih 21 jenama beras pelbagai
item /kepelbagaian jenis saiz termasuk yang paling dikenali,
produk yang terdapat iaitu “Herba Ponni Taj Mahal” ,
dalam sesuatu barisan/lini Moghul Basmathi, Maharani,
produk [1] Kashmir, Mahsuri, Lagenda dan Faiza
Emas [2]
 Rempah ratus : termasuk rempah Raja
Kari, Bukhari, Beriani, Sup, Kari Ikan
dan Kari Daging [2]

7 |PANDUAN JAWAPAN SOALAN TARGET PP SEM 1 STPM 2024


 Bahan masakan : Crystal Rock Salt,
Serbuk Perasa MSG, Serbuk Krim
Kelapa, Bubur Herba Berkhasiat
[2]Sos & kicap : sos cili dan kicap
berperisa manis,masin dan lemak
manis [2]
 Bihun : Bihun Siam dan Bihun Segera
dalam dua perisa iaitu Tom Yam dan
Sup [2]

Jawab satu soalan sahaja.

12. Jelaskan lima faktor pengeluaran yang terlibat dalam sebuah kilang roti. [20]

faktor pengeluaran yang terlibat dalam sebuah kilang roti. [20]


i. Modal insan
- Keupayaan fizikal dan mental yang digunakan dalam aktiviti perusahaan atau perniagaan
- Terdiri daripada buruh mahir dan kurang mahir
- Contoh : buruh yang melakukan kerja-kerja menimbang bahan, membakar dan juga membungkus

ii. Modal
- Sebarang bentuk pelaburan yang akan menghasilkan pulangan kepada masyarakat
- Terdiri daripada bentuk wang/aset/dana/sumber kewangan
- Contoh : kenderaan, bangunan kilang, ketuhar, mesin pembancuh dan mesin pembungkusan

iii. Keusahawanan *usahawan = TT


- Keupayaan/kemampuan perniagaan / orang yang menggabungkan faktor-faktor pengeluaran dan
menjadikan sebagai output dalam pengeluaran
- Sanggup mengambil risiko mendapat keuntungan
- Contoh : orang yang membuka perniagaan bakeri roti

iv. Teknologi
- Peralatan atau kaedah yang diperlukan untuk melaksanakan aktiviti perniagaan
- Membantu melancarkan sesuatu proses pengeluaran, meningkatkan kecekapan, meningkatkan daya
saing dan meningkatkan operasi perniagaan
- Contoh : mesin pembancuh yang digunakan untuk menggantikan penggunaan tenaga manusia

v. Bahan mentah
- Input-input yang akan digunakan dalam proses pengeluaran bagi menghasilkan sesuatu produk
- Input boleh terdiri daripada barang siap/barang separuh siap
- Contoh : tepung gandum, yis, garam dan gula merupakan bahan-bahan utama dalam pembuatan roti
*tidak terima gandum
*contoh mesti dikaitkan dengan kilang roti
* “kilang roti” mesti ada dalam mukadimah atau dalam huraian. Jika tidak = 0m
[(1F + 2H + 1C) X 5 = 20m atau (1F + 1H + 2C) X 5 = 0m]

8 |PANDUAN JAWAPAN SOALAN TARGET PP SEM 1 STPM 2024


13. Jelaskan lima cabaran pengurusan sumber manusia [20]

Lima cabaran pengurusan sumber manusia ialah


5. Teknologi
 Pengeluar perlu menggunakan teknologi terkini sebab persaingan semakin sengit
 Agar daya saing perniagaan meningkat
 Perlu melatih pekerja / menyediakan program latihan yang sesuai agar menyesuaikan dengan
teknologi baru, supaya dapat mencapai matlamat organisasi, meningkatkan daya saing organisasi.
 Contoh: sebuah syarikat perabot telah menghantar 30 orang juruteknik ke Taiwan untuk mempelajari
teknologi pembuatan perabot yang baharu
6. Perubahan ekonomi
 Keadaan ekonomi melambung atau meleset memberi kesan kepada aktiviti perniagaan
 Dalam keadaan ekonomi melambung- permintaan buruh naik – kos upah meningkat/ perlu buruh yg
cekap
 Keadaan ekonomi yang meleset- permintaan buruh turun- henti pekerja- kurangkan waktu bekerja
 Contoh: sebuah syarikat perabot terpaksa memberentikan 100 orang pekerja kerana pengeluaran
perabot terjejas akibat keadaan ekonomi yang lembab
7. Peningkatan bilangan pekerja wanita
 Peningkatan dalam pendidikan dan peluang pekerjaan menggalakkan penyertaan wanita dalam
pasaran buruh
 Organisasi perlu peka terhadap keperluan /masalah/kebajikan pekerja wanita, ubah polisi, waktu kerja
 Contoh: sebuah syarikat perabot mengamalkan jadual kerja fleksibel untuk pekerja wanita di
jabatan pemasaran dan jabatan kewangan
8. Globalisasi
 Perlu berusaha meningkatkan daya saing produk
 Perlu berusaha mengurangkan kos
 meningkatkan kualiti utk hadapi globalisasi
 melatih pekerja setanding dengan pekerja di negara asing
 contoh: sebuah perniagaan perabot telah mengambil tindakan mengawal kos agar perabot dapat
dijual dengan harga yang rendah untuk bersaing dengan perabot import

9. Kemasukan buruh asing


 kemasukan buruh asing dgn budaya/latar belakang berbeza
 pekerja asinng perlu disesuaikan dengan budaya organisasi tempatan
 contoh: syarikat perabot menyediakan kursus induksi kepada pekerja asing tentang amalan yang perlu
dielak/ amalan yang melanggar budaya tempatan
10. Kepelbagaian (diversiti) tenaga kerja
 Pekerja golongan OKU,pelbagai bangsa/agama.
 Peluang sama rata perlu diberikan.
 Contoh: sebuah perniagaan perabot melantik 10 orang pekerja OKU sebagai pegawai khidmat
pelanggan
11. Faktor politik
 Polisi kerajaan sentiasa berubah
 Seperti dasar pengambilan pekerja asing
 Seperti dasar tentang keselamatan pekerja/sistem ganjaran
 contoh: pelaksanaan dasar gaji minimm oleh kerajaan menyebabkan syarikat perabot terpaksa
mengurangkan bilangan pekerja dan menggunakan kaedah automasi dalam pengeluaran
12. Sistem perundangan
 Patuhi segala akta spt akta KWSP, Akta keselamatan sosial, Akta kesatuan sekerja, Akta pekerjaan
 Elak tindakan kerajaan
 Contoh: syarikat perabot memastikan semua pekerja mencarum dalam KWSP dan PERKESO
13. Ketidakpadanan kemahiran pekerja dengan keperluan pekerjaan
 Lepasan universiti tidak mepunyai kemahiran yang diperlukan oleh industri
 perlu latih semula pekerja

9 |PANDUAN JAWAPAN SOALAN TARGET PP SEM 1 STPM 2024


 contoh: syarikat perabot terpaksa menyediakan program latihan untuk 5 orang jurutera yang baru
dilantik sebagai eksekutif pengeluaran
14. Penstrukturan semula organisasi
 melibatkan perubahan bidang tugas menyebakan kemahiran yang diperlukan berubah.
 Perlu melihat perubahan dan menyediakan latihan kemahiran sesuai selepas perubahan.
 Boleh menyebabkan peningkatan dan pengurangan pekerja
 Contoh: Penggabungan jabatan pemasaran dan jabatan jualan menyebabkan, syarikat perabot
memberhentikan 20 orang pekerja disebabkan pertindihan tugas.

10 |PANDUAN JAWAPAN SOALAN TARGET PP SEM 1 STPM 2024

You might also like