Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SEKOLAH

KEBANGSAAN SRI
DARUN

91117 LAHAD DATU, SABAH.

MINIT MESYUARAT KURIKULUM

BIL 4/2023

TARIKH : 26 JANUARI 2024

HARI : JUMAAT

MASA : 8.00 PAGI

TEMPAT : MAKMAL KOMPUTER SKSD


KEHADIRAN :
1. En. Mohd Usal bin Abd Mumin
2. En. Mohd Noor bin Siru
3. En. Jamanie bin Ubong
4. En. Mustaffa bin Abdullah
5. En. Denissius Loikoh
6. En. Rozaimi bin Rajid
7. En. Silvester bin Dadi
8. En. Mohd Shahir bin Bakri
9. Cik Viannie binti Amin
10. Pn. Jacqueline Sin Siew Fong
11. Pn. Cassandra Teo Filus
12. Cik Nor Sakinah binti Saffar
13. Cik Rozainny Loikoh
14. Pn. Flora Yassun (Cuti bersalin)

AGENDA MESYUARAT:

1.0 UCAPAN GURU BESAR


Guru Besar, Encik Mohd Usal bin Abd Mumin mengucapkan tahniah kepada Penolong Kanan Pentadbiran,
Encik Mohd Noor atas pelaksanaan Mesyuarat Kurikulum kali ke-empat bagi sesi 2023/2034. Mesyuarat
dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Shahir. Beliau berkongsi beberapa dapatan dari Dialog Prestasi
PPDLD iaitu :
1.1 Tahniah kepada semua guru mata pelajaran atas usaha dan pencapaian di mana tiada murid SKSD yang
mendapat TP1 & TP2 dalam Pentaksiran Bilik Darjah sesi 2023.

1.2 KPI Pengarah JPN tiada murid Tahun 6 berada di TP 1 & TP2
1.3 Utamakan penilaian akademik kerana itu peranan utama kita sebagai guru akademik .
1.4 Maksimakan masa PdPc di dalam kelas dan utamakan kemenjadian murid.

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT LEPAS

2.1 Pembetulan nama : Cassandra Teo Filus


2.2 Perkara berbangkit :
- Pelaksanaan kelas bercirikan PAK21 masih berjalan dengan kelas tahun 4 Jupiter sebagai kelas model.
Guru kelas boleh mewujudkan kelas PAK21 pada minggu pertama sesi persekolahan yang baru.
- Tiga buah komputer riba baru diterima dan boleh di bawa keluar untuk urusan di luar sekolah.
- Program 5 Minit Nilai Murni masih tidak dapat dilaksanakan. Dicadangkan kekerapannya 2 minggu sekali
semasa perhimpunan dan aktiviti kerohanian setiap hari Jumaat.

2.3 Minit Mesyuarat Kurikulum bil.3/2023 telah disahkan


- Pencadang : Ustaz Mustaffa bin Abdullah
- Penyokong : Encik Rozaimi bin Rajid

3.0 ANALISIS PENTAKSIRAN BILIK DARJAH(PBD) & UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK (UASA)

Cikgu Mohd Noor memaklumkan bahawa Unit Kurikulum sekolah akan mengadakan Dialog Prestasi Akademik
sebanyak dua kali setahun seperti yang dilaksanakan oleh PPD. Setiap Ketua Panitia perlu mengisi data dan
menyimpan analisis data untuk simpanan fail panitia. Beberapa panitia telah membentangkan analisis PBD
dan UASA setiap mata pelajaran. Antaranya :
3.1 Panitia Bahasa Melayu :
 Perlu seragamkan modul asas dengan modul prasekolah
 Cadangan untuk memanggil guru tadika feeder yang berdekatan untuk memberi pendedahan
terhadap modul yang sekolah gunakan
 Cadangan untuk melaksanakan PLC dengan guru prasekolah bersama guru Bahasa Melayu Tahun
1
 Intervensi data kehadiran daripada unit HEM untuk dijadikan bahan sokongan bagi murid yang ada
masalah kehadiran
 Kebanyakan murid terkejut dengan format peperiksaan dan tidak terbiasa dengan had masa yang
ditetapkan.

3.2 Panitia Bahasa Inggeris :


 Murid yang berada Tahap 5 perlu dilatih membuat persembahan di Speakers Corner untuk
meningkatkan keyakinan murid di khalayak ramai.
 Isu : murid tidak biasa mengisi borang OMR dan format peperiksaan.
 Antara intervensi yang dicadangkan ialah kempen ‘ a word a day’ atau ‘English Day’.

3.3 Panitia Matematik :


 Murid yang berada di TP2 dan menghadapi masalah kehadiran ialah Ariana dan Idris.
 Intervensi yang dicadangkan ialah mengadakan kelas tambahan penyelesaian masalah dan
program Bijak Sifir.

3.4 Panitia Sains :


 Isu yang timbul ialah kekurangan masa mengajar di mana guru hanya mengejar syllabus tanpa ada
masa untuk ulangkaji
 Intervensi : Adakan kelas amali atau praktikal untuk menjimatkan masa
 Isu murid MBK : syarat untuk melalui saringan kesihatan ialah melalui pembelajaran secara
berterusan selama 6 bulan

3.5 Panitia PAI


 Guru besar mencadangkan untuk mengadakan majlis khatam al Quran setiap tahun untuk murid
yang berjaya menghabiskan bacaan al Quran sepanjang sesi persekolahan untuk meningkatkan
motivasi murid
 Murid memerlukan latih tubi yang berterusan terutama sekali bacaan jawi

3.6 JQAF
 Bagi murid yang sudah melepasi Iqra’ 4 boleh lompat ke bacaan Al Quran (soft learning)
 Isu : ibu bapa tidak membantu dan menggalakkan murid membaca al Quran di rumah
 Intervensi : Program Guru Muda Al-Quran, kelas mengaji tambahan di luar waktu sekolah dan
meletakkan buku Iqra’ di dalam kelas untuk murid membacanya semasa masa lapang atau
ketiadaan guru

4.0 PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK

Cikgu Mohd Noor selaku Penolong Kanan Kurikulum menyeru semua panitia dan unit untuk menyediakan
takwim dan pelan strategik tahunan dan membentangkannnya semasa Mesyuarat Kurikulum bil.1/2024 pada
sesi akan datang. Setiap panitia diminta untuk merancang sekurang-kurangnya satu program untuk setiap unit
beserta dokumentasi.
Tindakan : Ketua Panitia

5.0 PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS)

Puan Cassandra selaku Guru Perpustakaan dan Media (GPM) mengambil kesempatan untuk mengucapkan
tahniah dan terima kasih kepada semua guru dan ahli jawatankuasa Program Khidmat Bantu Penarafan PSS
yang telah berlangsung pada minggu lepas dengan jayanya. Ada beberapa teguran dan penambahbaikan
yang diusulkan untuk pihak sekolah, antaranya :

5.1 Meletakkan tarikh kemaskini beserta nombor rujukan bagi setiap papan kenyataan yang berada di
Laluan Ilmu.
5.2 Memasukkan pencapaian bintang NILAM dan markah PAJSK murid.
5.3 Menyelitkan slot NILAM dalam mesyuarat PIBG untuk memberi pendedahan dan pemahaman
kepada ibu bapa tentang kepentingan NILAM
5.4 Mengaktifkan semula aktiviti SEMAI (Sepuluh Minit Amalan Ilmu) selama 10 minit sebelum masuk
ke kelas atau selepas waktu rehat.
5.5 Mempelbagaikan tema bagi Sudut Koleksi Setempat dari segi makanan, pakaian, alat muzik, adat
istiadat dan lain-lain.
5.6 Memasukkan analisis PBD dalam dokumentasi sebagai impak kepada murid.
5.7 Berkolaborasi dengan komuniti setempat(PIBKS) untuk mewujudkan kamus khas Dusun Begak
sebagai identiti setempat.
Tindakan : Semua guru

6.0 SKPMG – KUALITI SEKOLAH

Cikgu Rozaimi selaku Penyelaras SKPMG mengucapkan tahniah kepada guru yang telah melengkapkan
pengisian. Beliau telah memaklumkan beberapa perkara termasuklah :

5.1 Borang manual akan diedarkan kepada setiap panitia untuk diisi dan penyelaras akan key in dalam
sistem. Tarikh akhir penghantaran borang tersebut adalah pada hari Isnin.
5.2 Minggu hadapan akan dilaksanakan perjumpaan terakhir untuk penataran dan check and balance.
5.3 Setiap guru harus menyemak tagging masing-masing dan sekiranya ada kesilapan, guru boleh
mengubahnya secara langsung di dalam pautan.
Tindakan : Semua guru

7.0 HAL-HAL LAIN


7.1 Cikgu Jamanie mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada unit kurikulum atas transformasi dan
bimbingan yang diberikan terutama sekali kepada Cikgu Mohd Noor selaku Penolong Kanan Kurikulum.
7.2 Guru Besar mengingatkan agar setiap program yang telah dilaksanakan didokumentasikan di
dalam template laporan bergambar atau ‘One Page Report’.
7.3 Cikgu Rozaimi mengingatkan agar semua guru memulangkan semua peralatan ICT untuk semakan
dan simpanan semasa cuti panjang.
7.4 Cikgu Dennis memaklumkan bahawa peminjaman buku teks bagi sesi baharu akan dilaksanakan
pada minggu hadapan dan memo peringatan akan diberikan kepada ibu bapa untuk mengingatkan
murid yang telah menghilangkan buku teks.
7.5 Cikgu Mohd Noor mengingatkan bahawa Mesyuarat Pengurusan akan dilaksanakan pada hari
Selasa.

8.0 PENANGGUHAN MESYUARAT

Mesyuarat ditangguhkan pada 11.05 pagi.

Disediakan oleh , Disemak oleh, Diluluskan oleh,

………………………….. ……………………………….. ………..…………………………


NOR SAKINAH BINTI SAFFAR MOHD NOOR BIN SIRU MOHD USAL BIN ABD MUMIN
Setiausaha Kurikulum Penolong Kanan Pentadbiran Guru Besar

You might also like