Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

PENGHAYATAN ETIKA DAN PERBADANAN

MPU2172

FOLIO :
PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA

NAMA : AIMI NAZIRAH AZWANI AHMAD SUHAIMI


PROGRAM : PERAKAUNAN / 1DBE
NAMA PENSYARAH : EN. SHAHRIZAL BIN MOHD SHARIF
1.0 PENGENALAN
1.1 Pembentukan peradaban majmuk di Malaysia ia telah
wujud hasil keterlibatan masyarakat di pelbagai rantau,
antaranya ialah Nusantara yang melibatkan zaman
prasejarah bemula empat dekad sebelum mashi. Oleh itu, di
zaman prasejarah ini belum wujud sebuah entiti politik atau
sempadan negara bangsa yang dikenali sebagai Tanah
Melayu mahupun Malaysia. Namun ia telah pun mempunyai
sebuah unit geografi yang dikenali sebagai alam nusantara
(Syed Huseein Ali, 2017). Sehubungan itu, dalam konteks
binaan bangsa Malaysia, adalah perlu untuk dalami
perkembangan sejarah peradaban yang lalu bagi memahi
etos budaya rantau Melayu sebagai teras penting dalam
pembinaan bangsa Malaysia.
2.0 PEMBENTUKAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA
2.1 Peradaban peribumi Alam Melayu
• Peradaban Melayu dikatakan berasal daripada penduduk Asia Tenggara, Khasnya Gugusan
Kepulauan Melayu (yang mencukupi selatan siam, semenanjung Tanah Melayu, Pulau
Sumatera, Jawa, Madura, Sunda, Borneo, Sulawesi, Filipina, pulau-pulau timur Indonesia
dan juga bahagian kecil daripada Kampuchea sehingga ke Vietnam). Selain itu, fenomena
yang disebut sebagai imperialisme budaya ini turut berlaku di Alam Melayu yang terkenal
sebagai Kawasan strategik antara timur dan barat, pusat perdagangan dan pusat aktiviti
keagamaan.
2.2 Peradaban Asia (India, Cina, Timur Tengah)
• Peradaban Asia turut mempengaruhi pembinaan bangsa dan negara di Malaysia.
Hubungan antara pedagang India, Cina dan Timur Tengah sejak sekian lama telah membawa
kepelbagaian adat dan budaya serta pegangan agama. Oleh itu, masyarakat India dan Cina
datang ke Tanah Melayu secara pesatnya pada kurun ke -18. Selain itu, kedatangan mereka
adalah hasil usaha pihak penjajah yang membawa masuk pekerja asing bagi memenuhi
keperluan ekonomi. Akhir sekali, peradaban Timur Tengah seperti peradaban India dan Cina
yang ada di Malaysia mash tidak banyak berubah secara keseluruhannya.
2.3 Peradaban Barat
• Akibat peristiva penjajahan yang berlaku, kita dapat melihat kesannya terhadap sistem
politik ekonomi dan sosial di Malaysia. Antara impak yang paling besar dapat kita saksikan
adalah kewujudan masyarakat berbilang kaum di negara ini.
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Kesan Penjajahan Barat Dan Jepun Terhadap
Malaysia berdasarkan aspek politik, ekonomi dan social manakala portugis adalah kuasa
asing pertama yang menduduki Melaka sejak tahun 1511 hingga tahun 1641. Meskipun
menjajah Melaka dalam tempoh yang lama, Portugis tidak dapat menjayakan perluasan
pengaruhnya. Mereka gagal menawan Naning dan Rembau serta tidak berjaya
mengembangkan agama Kristian.
2.4 Peradaban globalisasi
• Peradaban globalisasi membawa pengaruh yang besar dalam pelbagai aspek kehidupan
merentasi bidang politik, ekonomi, sosio-budaya termasuk perkembangan bidang ilmu dan
permikiran. Terdapat berberapa pembentukan peradaban majmuk di Malaysia iaitu peranan
pelaburan asing dalam mewujudkan pekerjaan dan mengurangkan kemiskinan di sebilangan
negara,
peningkatan mobility sosial dan pengukuhan kelas menengah dan penonjolan idea-idea dan
amalan pemerintahan yang baik seperti pertanggungjawab awam, peraturan undang-
undang. Oleh itu, disebalik kebaikan ini ada juga keburukan kesan daripada globalisasi iaitu
pengabaian keperluan asas hidup di rakyat termiskin di banyak negara, kebajiran maklumat
yang tidak berguna dan kualiti alam sekitar yang semakin merosot akibat terlalu
mementingkan faktor keuntungan.

3.0 KONGSEP PEMBENTUKAN NEGARA DAN BANGSA DI MALAYSIA


3.1 Menerangkan kongsep negara
• Negara merujuk kepada masyarakat yang menetap di kawasan tertentu dan wujud untuk
memerintah kerajaan. Konsep negara ialah kerajaan berdaulat bebas yang mentadbir
wilayah yang diktiraf oleh negeri lain (Ozrikimili 2017).
Negara ialah suatu persatuan politik yang mempunyai kuasa, dan tanggungjawab dalam
menjalankan hal ehwal pentadbiran sendiri.
3.2 Menerangkan kongsep bangsa
• Daripada segi sejarah, perkataan bangsa berasal dari bahasa Latin, yang bermaksud
"dilahirkan". la merujuk kepada tempat kelahiran seseorang yang membawa kepada
pembentukan sekumpulan besar manusia. Penggunaan perkataan negara adalah sangat
biasa dan mempunyai makna yang kompleks.
Selalunya, istilah negara digunakan untuk menggambarkan kumpulan etnik, bahasa, dan
budaya sesebuah komuniti.
3.3 Menerangkan kongsep negara dan bangsa
• Pada asasya, istilah negara bangsa adalah gabungan dua dimensi utama iaitu negara dan
bangsa. Negara dibentuk oleh kewujudan tanah air, rakyat, kemerdekaan, kedaulatan,
sempadan, kerajaan dan undang-undang. Kesemua elemen ini saling melengkapi dan juga
mengesahkan sistem kuasa dan autoriti.
Menurut Abdul Rahman Embong (2001), konsep negara bangsa Eropah bermula dengan
lahirnya kumpulan negara yang menentang kuasa feudal dan proses pembentukan sistem
baru yang dinamakan kapitalisme. Di Eropah, sebagai contoh, Britain telah wujud dahulu
sebelum orang Eropah dan negara Inggeris moden. Matlamat utama konsep ini adalah bagi
mewujudkan perasaan taat setia dan perpaduan antara rakyat. Negara bangsa ialah sebuah
negara dimana budaya majoriti rakyatnya berkongsi rasa perpaduan dalam identiti nasional,
budaya bersama, sejarah yang dikongsi dan bertindih dengan sempadan politik wilayahnya
sendiri.
4.0 REFLEKSI
• Secara keseluruhannya,konsep pembinaan negara bangsa
adalah sesuatu yang melibatkan proses yang panjang. Namun
begitu, walaupun ia merupakan proses yang sukar,
pembinaan negara bangsa amat penting dalam sesebuah
negara masyarakat majmuk seperti di Malaysia. Pembinaan
negara bangsa yang mantap memerlukan penyertaan
menyeluruh dari setiap anggota masyarakat
dan jentera kerajaan. Justeru itu, Malaysia harus bersedia
dengan asas pegangan nasionalisme yang betul iaitu
nasionalisme yang dimiliki oleh sebuah kumpulan. Tetapi jika
nasionalisme yang dipegang itu masih lagi berasaskan
semangat assabiyah, maka negara tidak akan maju kerana
banyak masa dan kos terbuang begitu sahaja.
5.0 RUJUKAN
• MODUL UMUM KOLEJ VOKASIONAL, KOD MPU2172
• https://www.permohonan.my/kesan-penjajahan-barat-
dan-jepun/
• https://www.studocu.com/my/document/universiti-
teknologi-mara/basic-
instrumental-analysis/konsep-negara-dan-bahasa-
1/37069763
• https://sejarahnusantaraef.blogspot.com/2018/02/1.html?
m=1

You might also like