Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PANITIA SEJARAH KALI PERTAMA 2024/2025

Tarikh : 18 Mac 2024

Masa : 1.45 Petang

Tempat : Bilik ICT

Pengerusi : Pn.Nurshamin Natasha Binti Osmarani

Kehadiran(Bilangan) : 6 orang

Nama Yang Hadir : Pn. Nurshamin Natasha Binti Osmarani


: Pn. Nik Norizan Binti Che Rahani
: Pn. Nor Affiza Binti Othman
: Pn. Nurul Hudha Binti Ab Rauf

Nama Yang Tidak Hadir : TIADA

Turut Hadir (Jika ada) : Puan Siti Arneda (GPK Tadbir & Kurikulum)

1.0 KATA ALU-ALUAN PENGERUSI

1.1 Puan Shamin mengucapkan selamat datang kepada semua ahli panitia
dalam mesyuarat Panitia Sejarah kali pertama bagi sesi 2024/2025.
1.2 Beliau juga mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan
oleh semua guru sepanjang sesi 2023/2024

Tindakan: Makluman
2.0 UCAPAN PENGERUSI
2.1 Puan Shamin memaklumkan berkenaan agenda mesyuarat yang akan
dibincangkan pada hari ini iaitu:

2.1.1 Penulisan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT)


2.1.2 Penulisan Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
2.1.3 Penggunaan buku
2.1.4 Aktiviti panitia
2.1.5 Kewangan
2.1.6 Hal-hal Lain

3.0 AGENDA YANG DIBINCANGKAN

3.1 Penulisan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT)


a) Puan Shamin meminta semua ahli panitia agar menulis RPT mengikut
takwim yang telah ditetapkan oleh sekolah, minggu pertama ( pembukaan
sekolah ). Oleh itu penulisan RPT bermula pada minggu ke dua.
b) Semua maklumat perlu dimasukkan dalam takwim antaranya seperti tarikh,
aktiviti sekolah, cuti umum, dan sebagainya.
d) Minggu 9 dan 10 penulisan RPT menggunakan tema yang sama ini kerana
pada minggu tersebut murid dan guru terlibat dengan sukan tahunan
sekolah.
e) Puan Shamin turut memaklumkan bahawa UASA akan dijalankan pada
minggu ke 38, oleh itu semua ahli diminta membuat RPT lagi pada minggu
ke 39 dan 40. Manakala minggu ke 41 dan 42 pula untuk pengurusan
kelas dan cuti akhir tahun.
f) Seterusnya beliau memaklumkan nama-nama guru yang terlibat dengan
penulisan RPT iaitu:
- Puan Nurul Hudha -Tahun 4
- Puan Nurshamin Natasha – Tahun 5

- Puan Nik Norizan – Tahun 6


3.2Penulisan Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
a) Puan Shamin mengingatkan guru perlulah menulis tema, tajuk, objektif,
kriteria kejayaan, aktiviti dan refleksi. Penulisan objektif mestilah
berdasarkan standard pembelajaran (SP), manakala kriteria kejayaan
pula tidak boleh diambil daripada SP.

3.3 Penggunaan Buku

a) Beliau juga memaklumkan bahawa buku kerja digunakan oleh murid tahun
4, 5 dan 6 serta buku teks dan buku nota

3.4 Aktiviti Panitia

a) Puan Sapora memaklumkan bahawa panitia sejarah akan menjalankan


program sepanjang bulan kemederkaan pada bulan ogos.

b) Perancangan program akan dilakukan pada mesyuarat kali kedua.

3.7Kewangan

a) Puan Shamin turut memaklumkan berkenaan kewangan, beliau


menyatakan baki terkini bagi Panitia Sejarah adalah sebanyak RM
1997.44.

3.8 Hal-hal lain

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00 petang.

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

…………………..........................................……… ……………………...............................……….

PUAN NIK NORIZAN BINTI CHE RAHANI PUAN NURSHAMIN NATASHA BINTI OSMARANI

SETIAUSAHA PANITIA SEJARAH KETUA PANITIA SEJARAH

You might also like