Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 10

BAB 3: PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN IMBANGAN PEMBAYARAN

3.1 Perdagangan Antarabangsa dan Keterbukaan Ekonomi


Ekonomi terbuka
Merupakan sesebuah negara yang menjalankan aktiviti perdangan antarabangsa iaitu ekspor dan
import
Keterbukaan ekonomi
1. Merupakan ukuran sejauh mana sesebuah negara menjalankan perdagangan antarabangsa
2. Cara mengukur darjah keterbukaan ekonomi:
a) Eksport/ import/ KDNK atau b) Eksport + import / KDNK

3. Nilai keterbukaan ekonomi yang kurang daripada satu atau kurang daripada 0.5 bermaksud
nilai perdagangan luar negara adalah kurang daripada KDNK iaitu ekonomi tersebut adalah
kurang terbuka
4. Nilai keterbukaan ekonomi yang lebih besar daripada satu atau lebih daripada 0.5 bermaksud
nilai perdagangan luar negara adalah lebih daripada KDNK iaitu ekonomi tersebut adalah
lebih terbuka
3.2 Kesan Perdagangan Antarabangsa
Kesan Positif
1) Menggalakkan Pengkhususan
• Menjamin penggunaan sumber ekonomi dengan lebih cekap di sesebuah negara
• Pengkhususan membolehkan sesuatu barangan yang dikeluarkan dengan lebih banyak
kerana sumber bagi barangan yang tidak dapat dikeluarkan akan digunakan untuk
mengeluarkan barangan yang boleh dikeluarkan
2) Memperoleh Barangan Yang Tidak Dikeluarkan Dalam Negara
• Perdagangan antarabangsa membolehkan sesebuah negara mengimport barang dan
perkhidmatan yang tidak dapat dikeluarkan akibat factor semula jadi seperti iklim dan
jenis tanah
• Contohnya, perbezaan iklim dan jenis tanah menyebabkan Malaysia mengimport epal
dan kurma daripada negara lain
3) Meluaskan pasaran
• Pasaran yang luas menggalakkan firma untuk menjalankan pengeluaran secara besar-
besaran dan seterusnya menimati faedah ekonomi bidangan
• Harga keluaran tempatan yang lebih rendah kesan daripada faedah ekonomi bidangan
menyebabkan eksport negara meningkatMenggalakkan perkembangan teknologi
4) Menggalakan perkembangan teknologi
• Sesebuah negara boleh mengimport dan menggunakan teknologi yang canggih dan
terkini daripada luar negara
• Ini dapat meningkatkan daya pengeluaran dan seterusnya mengurangkan kos
pengeluaran firma tempatan
• Kesannya, daya saing barangan tempatan dalam pasaran antarabangsa meningkat
5) Meningkatkan kualiti barangan
• Mendorong pengeluar untuk berusaha menguasai pasaran dan meningkatkan daya
asing keluaran masing-masing
• Contohnya, pemgeluar akan menggunakan teknologi pengeluaran yang moden dan
terkini, mencari tapak kilang yang berkos rendah, dan menggunakan tenaga buruh
yang cekap serta murah
6) Mengurangkan Kesan monopoli
• Membolehkan sesuatu barangan dikeluarkan oleh beberapa negara yang berlainan
• Ini dapat mengalakkan sesebuah negara daripada memonopoli pengeluaran sesuatu
barangan
• Kewujudan monopoli memberikan kuasa pemonopoli untuk menetapkan harga yang
lebih tinggi bagi sesuatu keluaran
7) Membangunkan industri tertentu
• Industri yang menggunakan input yang diimport biasanya lebih mudah dibangunkan
• Contohnya, di Malaysia industri pembuatan roti yang menggunakan gandum yang
diimport, dan industri pembuatan kereta yang menggunakan teknologi yang diimport
8) Merangsang pertumbuhan ekonomi tertentu
• Peningkatan kegiatan eksport dan import dapat meningkatkan pengeluaran barang
dan perkhidmatan dalam sesebuah negara
• Kegiatan ekonomi menjadi lebih rancak dan seterusnya dapat meningkatkan
pertumbuhan ekonomi negara
9) Mencipta peluang pekerjaan
• Peningkatan kegiatan pengeluaran dalam sesebuah negara melalui import dan eksport
menyebabkan permintaan terhadap buruh meningkat dalam pelbagai sektor
• Kesannya, peluang pekerjaan bertambah dan kadar pengangguran menurun
Kesan Negatif
1. Persaingan daripada industri luar negara
• Industri muda ialah industri yang baru dibangunkan dan belum mencapai tahap
kecekapan optimum dari segi pengeluaran, teknologi, peruntukan sumber dan
kemahiran buruh seperti indusrti luar negara
• Oleh itu, industri muda sukar bersaing dengan industri luar ngera yang sudah lama
dan stabil dalam pasaran
2. Menjejaskan Imbangan pembayaran
• Jika sesebuah negara banyak mengimport barangan dari luar negara berbanding
dengan mengeksport barangan ke luar negara, nilai pembayaran kewangan ke luar
negara adalah lebih besar daripada nilai penerimaan kewangan dari luar negara
• Kesannya imbangan pembayaran negara tersebut mengalami kurangan atau deficit
3. Lambakan
• Kegiatan menjual sesuatu barangan dalam pasaran tempatan sesebuah negara pada
harga yamg lebih rendah daripada kos pengeluaran atau lebih rendah daripada harga
barangan tersebut dalam pasaran negara tersendiri
• Kebanjiiran terlalu banyak brang import ysng berharga rendah dalam pasaran
tempatan negara yang mengalami lambakan akan berlaku
• Kesannya, penduduk negara tersebut lebih gemar membeli barangan import yang
murah berbanding barang tempatan
4. Terdedah kepada kitaran perniagaan antarabangsa
• Jika ekonomi sesebuah negara luar mengalami kemelesetan, negara lain yang
menjalankan perdagangan antarabangsa dengan negara luar tersebut akan menerima
kesan negatif
• Hal ini berlaku kerana penurunan permintaan agregat di negara luar itu akan
menyebabkan permintaan terhadap barangan daripada negara lain terjejas
5. Terdedah kepada inflasi diimport
• Inflasi diimport akan berlaku dalam sesebuah negara apabila haraga barangan
mengalami kenaikan kesan daripada kenaikan harga daktor atau barangan yang
diimport dari luar negra
• Hal ini kerana pengeluar terpaksa mengenakan harga yang lebih tinggi untuk
barangan yang dijual dalam pasaran tempatan bagi menampung peningkatan kos
pengeluaran dan kos import
6. Mengurangkan Peluang pekerjaan
• Apabila permintaan terhadap eksport sesebuah negara menurun ekoran kemelesetan
ekonomi yang berlaku di ngera rakan dagang, firma terpaksa mengurangkan jumlah
pengeluaran
• Kemerosotan pengeluaran bermakna firma terpaksa mengurangkan pengambilan
tenaga buruh dan peluang perkerjaan akan berkurang
7. Kehausan sumber
• Pengkhususan pengeluaran terutama dalam pengeluaran bahan mentah akan
menyebabkan kehausan sumber negara dalam jangka Panjang
• Kesannya, pengangguran berlaku dalam sektor ekonomi tertentu dan pendapatan
negara merosot
8. Tindak balas negatif daripada negara rakan dagang
• Setiap negara yang terlibat dalam perdagangan antarabangsa sememangnya terdedah
kepada tindak balas negtif negara rakan dagang yang berpunca daripada perselisihan
politik atau ketidaksefahaman tentang isu-isu sosial dan kemanusiaan
• Sekatan drastik dalam bentuk embago, iaitu terhadap barangan import dari sesebuah
negara akan memberi kesan buruk kepada ekonomi negara berkenaan
3.3 Langkah Mengawal Perdagangan Antarabangsa
1. Liberalisasi Perdagangan

• Merupakan inisiatif mengurangkan atau menghapuskan halangan atau sekatan dalam


perdagangan amtarabangsa bagi memudahkan aliran barang, perkhidmatan dan sumber
merentasi sempadan negara
• Sebagai contoh, tarif import, kuota import, embargo, kawalan pertukaran asing dan sebarang
dasar yang menghalang kemasukan barangan, pelaburan, teknologi dan factor pengeluaran
dari sebuah negara ke negara lain akan dikurangkan atau dihapuskan
• Kesan positif liberalisasi perdagangan
a) Mewujudkan pilihan yang lebih luas kepada pengguna untuk mendapatkan barang atau
perkhidmatan yang terbaik
b) Menggalakkan persaingan dari segi penciptaan reka bentuk yang lebih menarik atau
teknologi yang lebih canggih
c) Meningkatkan kecekapan pengeluaran dan pengurusan dan seterusnya menggalakkan
lebih banyak kegiatan inovasi dan kreativiti dalam kalangan pengeluar
2. Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA)

• Merupakan perjanjian blok perdagangan yang dimeterai oleh sepuluh negara anggota
Persatuan Negara-negara Asia Tenggara
• Bertujuan menyokong pertumbuhan industri tempatan di semua negara ASEAN
• Matlamat penebuhan AFTA:
a) Meningkatkan daya saing ASEAN sebagai sebuah pangkaian pengeluaran di pasaran
dunia melalui penghapusan halangan kemasukan barangan dalam kalangan negara
ASEAN selain penghapusan tarif dan halangan bukan tarif
b) Menarik lebih banyak pelaburan langsung asing ke negara ASEAN
3. Galakan eksport

• Merupakan dasar Kerajaan untuk menggalakkan industri tempatan mengeluarkan barangan


eksport yang mempunyai kelebihan daya saing dalam pasaran antarabangsa serta setaraf
dengan barangan import negara lain
Langkah-langkah menggalakkan eksport
Memberikan insentif fiskal

• Bertujuan menggalakkan industri tempatan untuk meningkatkan pengeluaran barangan bukan


Sahaja untuk memenuhi keperluan pasaran tempatan, malah untuk pasaran eksport
• Contoh, pengurangan cukai keuntungan korporat, pemberian elaun cukai pelaburan dan skim
jaminan eskport
Menyediakan insentif kewangan

• Institusi kewangan dan pihak Kerajaan menyediakan bantuan modal untuk industri tempatan
yang berorientasikan eksport
• Contoh: EXIM Bank menawarkan kemudahan kredit jangka pendek kepada pengeskport
tempatan
Mewujudkan zon perdagangan bebas

• Pengurangan cukai bahan mentah dan penyediaan kemudahan infrastruktur untuk industri
yang beroperasi di Zon Perdagangan Bebas
• Ini dapat mengurangkan kos pengeluaran firma, sekali gus memudahkan firma tempatan
untuk menembusi pasaran eskport
• Contoh, Zon Perdagangan Bebas di Bayen Lepas (Pulau Pinang) dan Jelapang (Perak)
Menyediakan bantuan pemasaran dan khidmat nasihat

• Bertujuan memudahkan pengeskport tempatan untuk mendapatkan bantuan pemasaran dan


khidmat nasihat melalui pembentukan cawangan agensi Kerajaan di luar negara
• Contoh, Lembaga Pembangunan Pemasaran Malaysia (MIDA) dan Perbadanan Pembangunan
Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE)
Liberalisasi perdagangan

• Dasar mengurangkan atau menghapuskan sekatan perdagangan dengan mewujudkan integrasi


ekonomi antara negara atau blok perdagangan tertentu
• Bertujuan membantu pengeskport tempatan meluaskan pasaran keluaran ke luar negara
• Contoh, Penubuhan AFTA
PENGGANTIAN IMPORT

1. Strategi kerajaan untuk menggantikan kegiatan mengimport barangan dari luar negara dengan
menggalakkan perkembangan industri gantian import di dalam negara.
2. Kerajaan telah menyediakan pelbagai insentif untuk menggalakkan pertumbuhan industri
gantian
import di Malaysia seperti taraf perintis dan elaun cukai pelaburan.

DASAR PERLINDUNGAN

Dasar perlindungan merupakan usaha kerajaan untuk melindungi kepentingan industri tempatan
dengan mengenakan pelbagai sekatan terhadap kemasukan barang import.

ALAT KAWALAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA

1.Alat galakan eksport

•Pengecualian cukai pendapatan


•Kemudahan pembiayaan semula kredit eksport
•Skim insurans dan jaminan kredit eksport
•Skim jaminan eksport

2.Insentif penggantian import

•Taraf perintis
•Elaun cukai pelaburan
•Elaun infrastruktur
•Elaun penyelarasan perindustrian

3.Alat dasar perlindungan

•Tarif import
•Kuota import
•Kawalan pertukaran asing
•Subsidi eksport
•Embargo
ALAT DASAR PERLINDUNGAN

TARIF IMPORT • Merupakan cukai yang dikenakan terhadap barangan yang dimport daripada
luar negara
terdiri daripada dua jenis, laitu tarif ad-valorem dan tarif spesitik
• Kesan: Harga barangan import secara relatif menjadi lebih mahal berbanding
dengan barangan tempatan, sekali gus menyebakan masyarakat lebih gemar
membeli barangan tempatan
• Contoh: Cukai atas kereta import
KUOTA IMPORT •Merupakan halangan dalam bentuk had kuantiti barangan yang bole dimport
•Kesan: Penawaran barangan import dalam pasaran tempatan menjadi terhad
lalu menyebabkan masyarakat perlu membeli barangan tempatan untuk
menampung kekurangan barangan import
•Contoh: Had atas kuantiti beras yang bole dimport daripada Thailand
KAWALAN PERTUKARAN Merupakan had terhadap pembelian mata wang asing ole pengimport tempatan
ASING • Kesan:
- penawaran barangan import menjadi terhad disebabkan kekurangan mata
wang asing untuk membuat pembayaran import
- masyarakat akan membeli barangan tempatan untuk menampung Kekurangan
barangan import
SUBSIDI ESKPORT • Merupakan bantuan kerajaan kepada pengeluar tempatan untuk
mengurangkan kos pengeluaran barangan tempatan
•Kesan:
- meningkatkan pengeluaran barangan tempatan pada kos yang lebih rendah
- harga barangan tempatan menjadi lebih murah, sekali gus meningkatkan daya
saing barangan tempatan dalam pasaran antarabangsa
Contoh: Bantuan kerajaan kepada pengeluar barangan pertanian
EMBARGO • Merupakan dasar kerajaan untuk melarang secara mutlak/mengharamkan
kegiatan perdagangan dengan sesebuah negara
• Kesan: Masyarakat akan membell barangan tempatan
• Contoh: Larangan kemasukan barangan dari negara Israel (tiada hubungan
diplomatik dengan Malaysia)

TUJUAN DASAR PERLINDUNGAN

1.Mempelbagaikan kegiatan ekonomi negara


2.Mengurangkan kadar pengangguran/ mencipta lebih banyak peluang pekerjaan
3.Melindungi keluaran tempatan daripada persaingan Keluaran asing,
4.Menentang dasar lambakan (antilambakan)
5.Meningkatkan daya saing pengeluar tempatan
6.Memperbalki imbangan pembayaran
7.Melindungi industri tempatan/ industri muda

3.4 IMBANGAN AKAUN SEMASA

1 Akaun semasa ialah akaun dalam imbangan pembayaran yang mencatatkan nilai eksport dan nilai
import barang nampak, nilai esport dan nilai import barang tak nampak (perkhidmatan) serta
pendapatan dan pindahan semasa yang dilakukan oleh pihak swasta dan kerajaan sesebuah negara
dengan negara lain bagi suatu tempoh tertentu.

2 Rumus menghitung imbangan akaun semasa adalah seperti berikut:


Imbangan akaun semasa = Imbangan akaun dagangan + Imbangan akaun perkhidmatan+
Imbangan akaun pendapatan + Imbangan akaun pindahan semasa bersih
3 Oleh itu, imbangan akaun semasa terdiri daripada empat komponen penting

i.Imbangan akaun dagangan

• Akaun yang merekodkan nilai eksport barang nampak dan nilal import barang nampak
•Rumus:
Imbangan akaun dagangan = Nilai eksport barang nampak -
Nilai import barang nampak

ii.Imbangan akaun perhidmatan

•Akaun yang merekodkan nilai eksport perkhidmatan (barang tak hampak) dan nilai import
perkhidmatan
•Rumus:
Imbangan akaun perkhidmatan = Nilai eksport perkhidmatan-Nilai import perkhidmatan
iii.Imbangan akaun pendapatan

•Akaun yang merekodkan jumlah penerimaan dan jumlan pembayaran pendapatan pelaburan dan
pampasan pekerja
• Rumus:
imbangan akaun pendapatan= Penerimaan pendapatan pelaburan dan pampasan pekerja -Pembayaran
pendapatan pelaburan dan pampasan pekerja

iv.Imbangan akaun pindahan semasa bersih

• Akaun yang merekodkan semua penerimaan dan pembayaran bayaran pindahan ole pihak swasta
dan kerajaan
• Rumus:
Imbangan akaun pindahan semasa bersih= Penerimaan pindahan - Pembayaran pindahan

4 Terdapat tiga keadaan imbangan akaun semasa seperti berikut:

(a) Imbangan akaun semasa lebihan - berlaku apabila nilai penerimaan kewangan melebihi nilai
pembayaran kewangan
(b) Imbangan akaun semasa kurangan/defisit - berlaku apabila nilai penerimaan kewangan kurang
daripada nilai pembayaran kewangan
(c) Imbangan akaun semasa terimbang/seimbang - berlaku apabila nilai penerimaan kewangan sama
dengan nilai pembayaran kewangan

KOMPONEN IMBANGAN AKAUN SEMASA

Imbangan Akaun Dagangan

1 Imbangan akaun dagangan merekodkan perbezaan antara nilai esport barangan dengan nilai import
barangan.
2 Eksport barangan terdiri daripada barangan perkilangan, barangan galian dan barangan pertanian.
3 Import barangan pula termasuk barangan pengguna, barangan perantaraan dan barangan pelaburan.

KEADAAN HURAIAN
Imbangan akaun dagangan Nilai eksport barangan melibihi nilai import barangan
lebihan
Imbangan akaun dagangan Nilai eksport barangan kurang daripada nilai import barangan
defisit
Imbangan akaun dagangan Nilai eksport barangan sama dengan nilai import barangan
terimbang
IMBANGAN AKAUN PERHIDMATAN

1 Imbangan akaun perkhidmatan merekodkan perbezaan antara nilai eksport perkhidmatan dengan
nilai import perkhidmatan.

2 Eksport dan import perkhidmatan terdiri daripada tambang dan insurans, perjalanan dan urus niaga
kerajaan.

3 Terdapat tiga keadaan imbangan akaun perkhidmatan seperti berikut:

(a) Imbangan akaun perkhidmatan lebihan - berlaku apabila nilai eksport perkhidmatan melebihi nilai
import perkhidmatan
(b) Imbangan akaun perkhidmatan kurangan/defisit - berlaku apabila nilai eksport perkhidmatan
kurang daripada nilai import perkhidmatan
(c) Imbangan akaun perkhidmatan terimbang/seimbang - berlaku apabila nilai eksport perkhidmatan
sama dengan nilai import perkhidmatan

IMBANGAN AKAUN PENDAPATAN

1 Imbangan akaun pendapatan merekodkan perbezaan nilai penerimaan dan pembayaran pendapatan
pelaburan dan pampasan pekerja.

2 Butiran pendapatan pelaburan dan pampasan pekerja meliputi keuntungan pelaburan, pendapatan
daripada pampasan pekerja (upah) dan pulangan daripada pendapatan hartanah (sewa).

KEADAAN HURAIAN
Imbangan akaun pendapatan Nilai penerimaan pendapatan pelaburan dan pampasan pekerja
lebihan melebihi nilai pembayarannya
Imbangan akaun pendapatan Nilai penerimaan pendapatan pelaburan dan pampasan pekerja
kurangan/defisit kurang daripada nilai pembayarannya
Imbangan akaun pendapatan Nilai penerimaan pendapatan pelaburan dan pampasan pekerja
seimbang sama dengan nilai pembayarannya

IMBANGAN AKAUN PINDAHAN SEMASA BERSIH

1 Imbangan akaun pindahan semasa bersin merekodkan perbezaan nilai penerimaan dan pembayaran
pindahan kewangan yang dilakukan ole pihak swasta dan kerajaan.

2 Pindahan kewangan merujuk kepada sumbangan, derma atau bantuan yang disalurkan oleh pihak
swasta dan kerajaan.

3 Terdapat tiga keadaan imbangan akaun pindahan semasa bersih seperti berikut:

(a) Imbangan akaun pindahan semasa bersi lebihan - berlaku apabila nilai penerimaan pindahan
melebihi nilai pembayaran pindahan
(b) Imbangan akaun pindahan semasa bersih kurangan/defisit - berlaku apabila nilai penerimaan,
pindahan kurang daripada nilai pembayaran pindahan
(c) Imbangan akaun pindahan semasa bersih terimbang/seimbang - berlaku apabila nil penerimaan
pindahan sama dengan nilai pembayaran pindahan
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI IMBANGAN AKAUN SEMASA

A..HARGA BARANGAN DOMESTIK BERBANDING DEBGAN HARGA BARANGAN IMPORT

1 Jika harga barangan domestik naik, permintaan terhadap esport akan berkurang dan seterusnya,
menurunkan nilai eksport.
2 Sebaliknya, permintaan terhadap barangan import yang relatif lebih murah akan meningkat, dan
seterusnya meningkatkan nilai import.
3 Pengurangan esport dan peningkatan import akan menjejaskan imbangan akaun semasa.

B.KADAR PERTUKARAN ASING

1 Kenaikan kadar pertukaran asing akan meningkatkan eksport dan mengurangkan import.
2 Peningkatan eksport dan pengurangan import akan mengukuhkan imbangan akaun semasa.

C.DASAR KERAJAAN

1 Dasar kerajaan yang menggalakkan esport melalui pemberian subsidi esport akan meningkatkan
eksport negara.
2 Peningkatan esport menyebabkan imbangan akaun semasa bertambah baik
D.PENDAPATAN PENDUDUK DALAM NEGARA

1 Peningkatan dalam pendapatan penduduk tempatan akan menambahkan


permintaan terhadap barangan import. Kesannya, import negara meningkat.
2 Peningkatan import akan menjejaskan imbangan akaun semasa.

3.5 KADAR PERTUKARAN ASING

Maksud
Kadar pertukaran asing merujuk kepada harga mata wang asing yang dinatakan dalam sebutan nilai
mata wang tempatan atau harga mata wang tempatan yang dinyatakan dalam sebutan nilai mata wang
asing.

SISTEM KADAR PERTUKARAN ASINF

1.KADAR PERTUKARAN BOLEH UBAH

• Sistem kadar pertukaran yang ditentukan oleh permintaan dan penawaran mata wang asing dalam
pasaran pertukaran asing
• Contoh: Kadar pertukaran asing antara Dolar Amerika Syarikat (USD) dengan Ringgit Malaysia
(RM) dalam pasaran mata wang asing ialah USD1.00 = RM4.20

2.KADAR PERTUKARAN TETAP

•Sistem kadar pertukaran yang mana kerajaan sesebuah negara menetapkan mata wang tempatan
berbanding dengan mata wang asing pada kadar tertentu
• Contoh: Kadar pertukaran asing antara USD dengan RM ialah USD1.00 = RM4.00 tetapi kerajaan
Malaysia menetapkannya pada kadar yang lebih tinggi, iaitu USD1.00 = RM4.20
KESAN PERUBAHAN KADAR PERTUKARAN ASING TERHADAP EKONOMI

PERUBAHAN KADAR PERTUKARAN NILAI ASING

1.RM NAIK NILAI

a.Kesan terhadap harga barangan

• Harga barangan eksport secara relatif menjadi lebih mahal lalu menyebabkan permintaan terhadap
barangan eksport menurun
• Harga barangan import pula secara relatif menjadi lebih murah lalu menyebabkan permintaan
terhadap barangan import meningkat
• Kesannya, nilal eksport bersih menurun dan imbangan pembayaran bertambah buruk

b.Kesan terhadap daya saing sektor eksport

• Harga eksport yang relatif lebih mahal menyebabkan daya saing barangan eksport berkurang
• Pengeluar sektor eksport akan kurang berdaya saing di pasaran dunia
• Sebaliknya, pengeluar sektor eksport terpaksa menghadapi persaingan sengit daripada pengeluar
negara lain vang mampu menawarkan barangan pada harga yang relatif lebih rendah

2.RM SUSUT NILAI

a.Kesan terhadap harga barangan

• Harga barangan eksport secara relatif menjadi lebih murah lalu menyebabkan permintaan terhadap
barangan eksport meningkat
• Harga barangan import pula secara relatif meniadi lebih mahal lalu menyebabkan permintaan
terhadap barangan import menurun
• Kesannya, nilai eksport bersih bertambah dan imbangan pembayaran bertambah baik/ dapat dibaiki

b.Kesan terhadap daya saing sektor eksport

• Harga eksport yang relatif lebih murah menyebabkan daya saing barangan eksport meningkat
• Pengeluar sektor eksport akan lebih berdaya saing di pasaran dunia
• Pengeluar sektor eksport kurang menghadapi persaingan daripada pengeluar
negara lain yang menawar

You might also like