Document 1

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 18

Sm st.

peter telipok
Telipok 88450, Kota Kinabalu.
KERJA LAPANGAN
GEOGRAFI TINGKATAN 2
TAJUK KAJIAN:
Pengangkutan Awam Di
Kampung Maruah Telipok,
Tuaran, Sabah.

Nama: MELBERTPP
TINGKATAN: 2 SAPPHIRE
Nama Guru: PETER TEO
Tarikh Penghantaran: 9 Disember
2022
JADUAL KERJA

TARIKH/HARI AKTIVITI/PERKARA
14/11/2022 Diberi taklimat kerja lapangan
1. (RABU) Geografi oleh guru Geografi,
Cikgu Peter.
21/11/2022 Perbincangan dengan rakan
2. (ISNIN) kumpulan secara dalam talian.

23/11/2022 Perbincangan dengan rakan


3. (RABU) kumpulan secara dalam talian.

24/11/2022 Membina Jadual Kerja dan


4. (KHAMIS) Senarai Kandungan

26/11/2022 Menulis penghargaan dan


5. (SABTU) pendahuluan tentang kerja
lapangan.
28/11/2022 Menyenaraikan objektif kajian
6. (ISNIN) dan menulis perincian kawasan
kajian.
30/11/2022 Mencari peta berdasarkan
7. (RABU) Google Maps dan menerangkan
kaedah kajian yang digunakan
1/12/2022 Menjalankan soal selidik
8. (KHAMIS) dengan mendapatkan respon
dari 7 orang sumber.
2/12/2022 Merekod, mengumpul dan
9. (JUMAAT) menganalisi data daripada soal
selidik.
6/12/2022 Menulis hasil kajian daripada
10. (SELASA) data, rumusan kerja lapangan,
menulis rujukan yang
digunakan dan melengkapkan
lampiran.

SENARAI KANDUNGAN

BI PERKARA MUKA SURAT


L
1. Pendahuluan 1
2. Objektif kajian 2
3. Kawasan kajian 3
4. Kaedah kajian 5
5. Hasil kajian 6
6. Rumusan 8
7. Rujukan 9
8. Penghargaan 11
9. Lampiran 12
PENDAHULUAN

Saya telah menjalankan kajian tentang tajuk


pengangkutan awam di Kampung Maruah
Telipok, Tuaran, Sabah.

Saya memilih tajuk ini kerana penduduk di sini


menggunakan pengangkutan awam seperti
bas dan pengangkutan awam atas talian
untuk ke suatu tempat. Tambahan pula,
kawasan kajian saya ini merupakan tempat
laluan utama pengangkutan awam.

Saya menjalankan kajian ini selama 2 minggu


pada bulan November. Pengumpulan data
dan maklumat dilakukan pada waktu pagi
bersama kumpulan saya. Manakala bagi
penulisan laporan kerja dilakukan dirumah
selepas waktu persekolahan yang diadakan
pada tengah hari.
OBJEKTIF KAJIAN

Saya menjalankan kerja lapangan di Kampung


Maruah Telipok, Tuaran, Sabah. Bertujuan
untuk:

(a) Mentakrif dan menguraikan konsep


pengangkutan awam.

(b) Menyatakan dan menghuraikan jenis


pengangkutan awam.

(c) Menyatakan dan menghuraikan


kepentingan pengangkutan awam di kawasan
kajian.

(d) Menghuraikan masalah perkembangan


pengangkutan awam di kawasan kajian.

(e) Menghuraikan cadangan untuk


mengurangkan masalah pengangkutan awam
di kawasan kajian.
KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian saya adalah di sekitar


Kampung Maruah Telipok, Tuaran, Sabah.
Jumlah penduduk di kawasan kajian ini adalah
lebih kurang 500 penduduk.

Bentuk muka bumi kawasan ini adalah


terdiri daripada tanah pamah yang rata serta
memiliki sungai. Jarak kawasan dari bandar
Kota Kinabalu ialah sekitar 25.3km. Tambang
bas ialah sekitar RM 2 ke RM 5. Manakala
menaiki pengangkutan yang dipesan secara
dalam talian ialah RM 36.
KAEDAH KAJIAN

Saya menjalankan kajian menggunakan


kaedah yang berikut:
(a) Pemerhatian:
Saya menggunakan kaedah ini untuk
mengetahui jenis pengangkutan awam di
kawasan kajian.
(b) Soal selidik:
Saya menggunakan kaedah ini untuk
mengetahui kepentingan pengangkutan
awam di kawasan kajian serta untuk
mengetahui masalah.
(c) Rujukan:
Rujukan buku secara maya dan laman web
digunakan untuk mengetahui konsep
pengangkutan awam.
HASIL KAJIAN
A. Konsep pengangkutan awam

Menurut wikipedia
https://ms.wikipedia.org/wiki/Pengangkutan_
awam, pengangkutan awam atau transit
awam merangkumi segala
sistem pengangkuan yang mana penumpang
tidak bergerak menggunakan kenderaan
sendiri.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat,


pengangkutan awam dapat didefinisikan
sebagai sistem pengangkutan bermotor
seperti teksi, bas dan kereta api yang
digunakan oleh orang ramai di kawasan
tertentu dengan kadar tambang yang telah
ditetapkan.

B. Jenis pengangkutan awam di


kawasan kajian
Melalui perhatian saya, jenis pengangkutan
awam di Kampung Maruah, Telipok, Sabah
ialah perkhidmatan bas, perkhidmatan
pesanan pengangkutan secara dalam talian
(GRAB, MAXIM). Pengangkutan bas di sini
terdiri daripada bas berhenti-henti atau
pesanan pengangkutan secara dalam talian
(GRAB, MAXIM). Perkhidmatan bas sekolah
sangat penting kepada murid-murid untuk ke
sekolah pada setiap hari persekolahan.
Perkhidmatan bas berhenti-hrnti pula penting
kepada penduduk dalam kawasan kajian
untuk ke bandar.

Selain itu, pesanan pengangkutan secara


dalam talian (GRAB, MAXIM) iaitu seorang
pemandu memandu kenderaan yang
digunakan untuk mengangkut seorang atau
sebilangan kecil penumpang ke destinasi yang
dipilih oleh penumpang.

C. Kepentingan pengangkutan
awam
Kepentingan pengangkutan awam di
Kampung Maruah, Telipok adalah seperti yang
tertera di bawah.

(a) Mengurangkan kesesakan lalu lintas


Melalui pemerhatian saya selama beberapa
hari, penggunaan pengangkutan awam dapat
mengurangkan kesesakan lalu lintas di
kawasan kajian. Penggunaan pengangkutan
awam seperti bas dan pesanan pengangkutan
dalam talian dapat mengurangkan bilangan
kenderaan di jalan raya. Hal ini secara tidak
langsung dapat mengurangkan kesesakan lalu
lintas di kawasan kajian.

(b) Membawa penumpang


Melalui pemerhatian saya, didapati bahawa,
pengangkutan awam di kawasan kajian sangat
penting untuk membawa penumpang. Saya
sendiri menggunakan e-hailling pada masa
yang sangat memerlukan. Bas merupakan
kenderaan utama bagi pekerja asing untuk ke
bandar Kota Kinabalu dan ke tempat-tempat
lain.
(c) Sumber pendapatan
Melalui soal selidik, ada responden
menyatakan dengan adana pengangkutan
awam telah membuka peluang pekerjaan dan
menambah pendapatan bagi pemandu dan
konduktor bas.

(d) Menjimatkan kos


Melalui pemerhatian saya, penggunaan
pengangkutan awam dapat menjimatkan kos.
Saya dapat pergi ke bandar Kota Kinabalu
hanya dengan tambang RM 36 berbanding
dengan kos menggunakan kenderaan
persendirian. Selain kos bahan api atau petrol,
kos tempat letak kereta juga turut dapat
dijimatkan dengan menggunakan
pengangkutan awam.

D. Masalah pengangkutan awam


di kawasan kajian

(a) Pencemaran udara


Berdasarkan pemerhatian saya, pengangkutan
awam di kawasan kajian telah menyebabkan
pencemaran udara. Tambahan pula, bas-bas
mengeluarkan asap yang banyak kerana
mungkin ada sedikit kerosakan yang tidak
mahu dibaiki. Kesan ini mendatangkan
ketidakselesaan kepada penduduk dan bole
mendatangkan penyakit.
(b) Kemalangan
Berdasarkan soal selidik dengan Encik Nadin,
beliau bersetuju bahawa, terdapat pemandu
bas yang memandu secara berbahaya dan
hampir menyebabkan kehilangan nyawa
kerana mengejar jadual dan berlumba untuk
mendapatkan penumpang.

(c) Kos bahan api meningkat


Menurut penduduk sekitar, kenaikan kos
bahan api telah menyebabkan tambang bas
awam meningkat. Bahan api menyebabkan
orang awam terpaksa membayar mahal
tambang bas begitu juga dengan e-hailing.

(d) Jangka masa lama


Berdasarkan pengguna pengangkutan awam,
masa yang diambil untuk menunggu bas
adalah sangat lama iaitu 30minit lebih. Hal ini
menyebabkan pengguna terpaksa menunggu
lama untuk ke sesuatu tempat.

Jadual 1: Masalah pengangkutan awam di


kawasan kajian mengikut bilangan responden.

Masalah pengangkutan Bilangan responden


Pencemaran udara 2
Kos bahan api meningkat 3
Kemalangan 1
Jangka masa lama 1
Masalah Pengangkutan Awam Di
Kampung Maruah.

Jangka masa lama

Kemalangan

Pencemaran udara

Kos bahan api meningkat

E. Cadangan untuk mengurangkan


masalah pengangkutan awam di
kawasan kajian.

(a) Menambah bilangan bas dan bas baharu


Pihak syarikat bas hendaklah menambah
bilangan bas dan menggantikan bas-bas yang
tidak layak digunakan untuk keselesaan
pengguna.

(b) Kempen alam sekitar


Menurut Myer, kempen alam sekitar perlu
dihebahkan kepada penduduk di kawasan
kajian. Bas-bas yang banyak mengeluarkan
asap perlu mengambil inisiatif untuk
mengurangkan kadar pengeluaran asap.

(c) Penapis asap atau catalytic convertor


Berdasarkan pengetahuan yang saya perolehi
dari bermain permainan video kereta dan
menjalankan kajian penggunaan penapis asap
catalytic convertor dapat mengurangkan
pembebasan gas-gas beracun ke udara.

(d) PMenguat kuasa undang-undang


Berdasarkan soal selidik penduduk disana,
penguatkuasa perlu melaksanakan tindakan
undang-undang kepada pemandu bas yang
tidak mematuhi peraturan. Dengan cara ini
pemandu bas akan lebih berhati-hati.

RUMUSAN

Kesimpulannya, pengangkutam awam yang


utama di Kampung Maruah ialah bas dan e-
hailing ini mempunyai banyak kepentingan
kepada penduduk kawasan kajian.

Pelbagai masalah yang dihadapi oleh


pengangkutan awam di kawasan kajian iaitu
menunggu jangka masa lama, mengalami
kemalangan, pencemaran udara, dan kos
bahan api yang meningkat.

Pelbagai cara yang digunakan untuk


mengatasi masalah ini. Antaranya, menambah
bilangan bas-bas baharu, menjalankan
kempen alam sekitar, menggunakan catalytic
convertor dan menguat kuasakan undang-
undang.

Saya bersyukur kerana dapat menjalankan


kajian ini. Kajian ini banyak membantu saya
lebih memahami topik yang diberikan oleh
guru.

RUJUKAN

BUKU:
Buku teks geografi tingkatan 2022
Kamus Dewan Edisi Keempat

INTERNET:
Wikipedia

GAMBAR

You might also like