Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 7

MINIT MESYUARAT

KAJIAN RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PENDANG,


KEDAH 2035 (PENGGANTIAN)
– Mesyuarat Kemajuan Kerja Draf Akhir

Tarikh : 11 Ogos 2022 (Khamis)

Masa : 2.30 petang

Tempat : Secara Dalam Talian

Pautan (link) : https://us02web.zoom.us/j/87381781755?pwd=SVpPSEt


ZZHhOR0o3UDlYVklqWTJSdz09
mesyuarat

Pengerusi : Pengarah Pejabat Projek Zon Utara


PLANMalaysia

0/12
HADIR

Pengerusi

1. En. Che Rasid bin Che Seman


Pengarah
Pejabat Projek Zon Utara

PLANMalaysia@PPZU

2. Pn. Hamidah binti Khalil


Pegawai Perancang Bandar dan Desa

3. Pn.Nurul Hanisah binti Ramli


Pegawai Perancang Bandar dan Desa

4. En. Mohd Rashid bin Abd. Talib


Penolong Pegawai Perancang Bandar

5. En. Mohd Zul Amin bin Che Ahmad


Penolong Pegawai Perancang Bandar

Perunding ANZ Planners Sdn. Bhd.

6. TPr. Lar. Zaliah binti Shamsudin

7. Pn. Noranisa binti Roslee

8. En. Tun Mohd Syimir bin Tun Mohd Adib

9. Pn. Fathin Nadhrah Binti Mohamad Nazri

10. Pn. Nooredlin binti Ismail

Urusetia

11. Pn. Norzaina binti Salim - Pencatat Minit


Penolong Pegawai Perancang Bandar

12. Pn. Nur Zuraida bin Che Ahmad


Penolong Pegawai Perancang Bandar

2
1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Tuan Pengerusi mengucapkan salam dan terima kasih kepada semua ahli
mesyuarat yang hadir pada hari ini.

1.2 Tuan pengerusi memaklumkan mesyuarat pada petang ini bertujuan untuk
memantau kemajuan kerja penyediaan Draf Akhir Kajian Rancangan
Tempatan Daerah Pendang, Kedah 2035 (Penggantian).

1.3 Kajian ini telah mengalami kelewatan empat (4) bulan dari jadual asal dan
pihak perunding diminta menyiapkan laporan dengan kadar segera serta
berkualiti. Perunding diminta membuat pengemaskinian Laporan Draf Jilid 1,
Jilid 2 dan Jilid 3. Pihak perunding masih belum menghantar draf bahan
publisiti dan laporan eksekutif bagi kajian ini.

1.4 Tuan pengerusi memaklumkan supaya kajian ini perlu disiapkan dengan
kadar segera dan mengikut jadual kerana kelewatan akan memberi kesan
kepada proses pembayaran dan kemajuan fizikal kajian.

1.5 Sesi pemurnian telahpun diadakan sebanyak empat (4) kali tetapi laporan
masih tidak memenuhi kehendak dan keperluan kajian.

1.6 Tuan pengerusi memaklumkan bagi memenuhi keperluan penyediaan


Program Publisiti dan Penyertaan Awam, DRT ini akan diangkat ke
mesyuarat Jawatankuasa Tetap Perancangan Majlis pada 16 Ogos 2022 dan
diterima di Mesyuarat Majlis Penuh pada 23 Ogos 2022. Laporan ini
seterusnya akan dibawa ke Mesyuarat Perancang Negeri (SPC) pada 29
Ogos 2022.

1.7 Pihak perunding ditegaskan menyiapkan bahan publisiti dan ringkasan


eksekutif mengikut tempoh yang telah ditetapkan dalam mesyuarat hari ini.
Tindakan : ANZ Planners Sdn Bhd.

2.0 ULASAN LAPORAN DRAF RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PENDANG,


KEDAH 2035 (PENGGANTIAN)

Perbincangan Draf Jilid 1 dan Jilid 2 adalah berdasarkan slaid pembentangan.


(rujuk Lampiran)
Tindakan : Makluman

3
2.1 JILID 1 : PERNYATAAN BERTULIS DAN PETA CADANGAN

Puan Hamidah binti Khalil, Pegawai Perancang Bandar dan Desa URP 5,
PPZU, PLANMalaysia memberi ulasan kepada Laporan pindaan Jilid 1:
Pernyataan Bertulis dan Peta Cadangan bagi Kajian Rancangan Tempatan
Majlis Daerah Baling, Kedah 2035 (Penggantian) sebagaimana di slaid
pembentangan (rujuk Lampiran).

i. Pejabat Projek Zon Utara telah menyerahkan ulasan terperinci Jilid 1


kepada pihak perunding ANZ Planers Sdn. Bhd. melalui surat bertarikh
8 Ogos 2022. Pihak perunding diminta membuat pindaan berdasarkan
ulasan yang telah diberikan.

ii. Tuan pengerusi meminta pihak perunding membuat penambahbaikan


gambaran ilustrasi dan gambar yang menggunakan pelan daripada
aplikasi google map.

iii. Perunding perlu menyemak semula kiraan gunatanah semasa dan


kiraan zon gunatanah. Kiraan tersebut perlulah tepat dan betul.

iv. Pihak perunding diminta menyerahkan Laporan Jilid 1 : Pernyataan


Bertulis dan Peta Cadangan yang telah siap dipinda sebelum atau pada
16 Ogos 2022.
Tindakan : ANZ Planners Sdn Bhd.

2.2 JILID 2 : GARIS PANDUAN DAN KAWALAN PEMBANGUNAN

En. Mohd Rashid bin Abd. Talib dan En. Mohd Zul Amin bin Che Ahmad
selaku pegawai yang membuat semakan kepada peta cadangan dan kelas
guna tanah memberi ulasan bagi Jilid 2 : Garis Panduan dan Kawalan
Pembangunan berdasarkan slaid pembentangan (rujuk Lampiran).

i. Pihak perunding diingatkan supaya menggunakan peta NCDB sebagai


peta asas dalam penyediaan peta cadangan seperti yang telah
dinyatakan sebelum ini.

ii. Perunding diminta membuat rujukan dengan manual GIS 2.0 bagi
menyelaraskan klasfikasi gunatanah Infrastruktur dan Utiliti (Struktur
Empangan) serta klasifikasi gunatanah Badan Air (Tasik Empangan).

iii. Perunding diminta membuat ‘data cleaning’ supaya pelan GIS yang
disediakan sempurna dan tiada pertindihan. Ia merupakan salah satu
skop kerja sektor GIS yang perlu dilaksanakan.

4
iv. Perunding diminta merujuk format kajian Rancangan Tempatan Majlis
Perbandaran Kubang Pasu yang telah disediakan oleh ANZ Planners
Sdn. Bhd. Format tersebut memaparkan nama dan nombor jalan, nama
bangunan, nama tempat dan sebagainya

v. Sebahagian ulasan pindaan bagi Jilid 2 akan diserahkan pada hari ini
dan selebihnya pada 14 Ogos 2022. Pihak perunding diminta membuat
penambahbaikan dan pindaan seperti ulasan yang akan diserahkan.

vi. Pihak perunding diminta menyerahkan Laporan Jilid 2 : Garis Panduan


dan Kawalan Pembangunan yang telah siap dipinda sepenuhnya
sebelum atau pada 24 Ogos 2022.
Tindakan : ANZ Planners Sdn Bhd.

2.3 JILID 3 : PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN

i. Jilid 3 hanya terdapat sedikit pindaan sahaja iaitu pada format laporan
supaya selaras dengan Laporan Jilid 1 dan Jilid 2.

ii. Pihak perunding diminta menyerahkan Laporan Jilid 3 : Pengurusan dan


Pelaksanaan yang telah siap dipinda sebelum atau pada 16 Ogos 2022.
Tindakan : ANZ Planners Sdn Bhd.

3.0 BAHAN PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM

3.1 POP UP DISPLAY DAN FLIP FOLIO

i. Tuan pengerusi menegur bahan publisiti terlalu banyak penggunaan


perkataan. Perunding diminta menggunakan kaedah infografik supaya
lebih menarik dan padat. Bahan publisiti perlu menarik dan mudah
difahami. Pihak perunding diminta merujuk contoh bahan publisiti yang
telah dibekalkan.

ii. Selain itu, tuan pengerusi menyarankan pihak perunding menggunakan


imej lakaran 3D bagi projek fizikal yang dipamerkan.

iii. Pihak perunding diminta menyerahkan ‘softcopy’ draf Bahan Publisiti


dan Penyertaan Awam yang telah siap dipinda sebelum atau pada 26
Ogos 2022.
Tindakan : ANZ Planners Sdn Bhd.

5
3.2 RINGKASAN EKSEKUTIF

i. Ringkasan Eksekutif perlu disediakan dalam versi Bahasa Malaysia dan


Bahasa Inggeris. Bahan ini perlu dicetak sebanyak 10 salinan.

ii. Logo ANZ Planners Sdn. Bhd. yang diletakkan di muka depan laporan
perlu dikeluarkan. Perunding diminta menyediakan 2 pilihan kulit
laporan Ringkasan Eksekutif.

iii. Pasukan petugas PPZU akan memberikan contoh senarai isi


kandungan bagi ringkasan eksekutif supaya pihak perunding dapat
membuat rujukan dan pindaan ke atas ringkasan eksekutif ini.

iv. Mesyuarat telah bersetuju untuk menyediakan ringkasan eksekutif


dalam bentuk custom saiz iaitu kertas A4 yang dipotong memanjang.

v. Pihak perunding diminta menyerahkan ‘softcopy’ Ringkasan Eksekutif


yang telah siap dipinda sebelum atau pada 26 Ogos 2022.
Tindakan : ANZ Planners Sdn Bhd.

3.3 DESIGN BANNER, STREAMER DAN BACKDROP

Pihak perunding juga diminta menyediakan ‘design’ untuk banner, streamer


dan backdrop seperti yang dibincangkan.
Tindakan : ANZ Planners Sdn Bhd.

4.0 HAL-HAL LAIN

i. Tuan pengerusi memaklumkan bahawa bayaran yuran perunding 15% (Draf


Akhir) hanya akan dibayar setelah pasukan teras berpuas hati dengan
pindaan laporan yang dikemukakan oleh perunding ANZ Planners Sdn. Bhd.

ii. Bayaran akhir sebanyak 10% akan dibuat setelah semua laporan, bahan
publisiti, ringkasan eksekutif dan semua ‘softcopy’ berkenaan kajian Draf
Rancangan Tempatan Daerah Pendang, Kedah 2035 (Penggantian) telah
diserahkan mengikut persetujuan.

iii. Senarai Semak Bahan Publisiti


Perkara Bilangan Cetakan
Laporan Draf RTD Pendang 2035
i. Jilid 1 10 cetakan (Berwarna – Hardcover)
ii. Jilid 2 10 cetakan (Berwarna – Hardcover)
iii. Jilid 3 5 cetakan (Berwarna – Hardcover)
Ringkasan Eksekutif 10 cetakan (Berwarna)
i. Bahasa Melayu
ii. Bahasa Inggeris
Flip Folio A2 2 Set (Berwarna - Hardcover)
6

You might also like