Contoh Kertas Kerja

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

PERSATUAN IBU BAPA & GURU

SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU MANIS,


26640, PEKAN, PAHANG.
TEL : 095461593 Email : cba5022.skpmanis@gmail.com

KERTAS KERJA PROJEK


PEMBINAAN PENTAS TAPAK PERHIMPUNAN
SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU MANIS
anjuran
PIBG SK.PULAU MANIS

PENDAHULUAN

Tapak perhimpunan merupakan suatu tempat dimana para guru serta pelajar berkumpul
bagi menjalankan perhimpunan mingguan mahupun bulanan. Antara peranan penting tapak
perhimpunan adalah ianya merupakan tempat di mana para pelajar dan guru-guru dikumpulkan
bagi menyalurkan segala informasi berguna yang berkaitan sekolah. Di sini juga merupakan
tempat untuk memberitahu guru bertugas bagi minggu tertentu, melatih dan mendidik disiplin
diri para pelajar, memberi bimbingan dan nasihat serta menyampaikan ilmu yang mungkin tidak
disampaikan di dalam kelas. Selain itu tapak perhimpunan juga merupakan tempat di mana
kebolehan para pelajar diasah untuk bercakap atau menyampaikan sesuatu di khalayak ramai
bagi membentuk keyakinan dalam diri para pelajar.

Tapak perhimpunan lama di sekolah ini sudah tidak sesuai lagi digunakan kerana banyak
kerosakan yang perlu diselenggara. Kos yang lebih tinggi diperlukan untuk tujuan itu.
Tambahan pula, kedudukan tapak perhimpunan lama yang agak tersorok ke belakang setelah
siapnya bangunan baru, menimbulkan rasa ketidakselesaan kepada murid-murid.

Selain itu, jika berlaku masalah hujan yang turun tiba-tiba sewaktu perhimpunan
berlangsung, murid-murid terpaksa berlari ke kelas masing-masing yang agak jauh dari situ
khususnya murid tahap 2. Hal sedemikan berkemungkinan boleh mengakibatkan kecederaan
lain. Berbanding dengan cadangan kedudukan tapak perhimpunan yang baharu, tempat ini lebih
dekat dengan dewan terbuka Ibnu Sina’. Ini memudahkan murid-murid berlindung sekiranya
berlaku hujan atau tiupan angin kencang.
TUJUAN

1. Memohon pembinaan pentas dan tiang bendera di kawasan tapak perhimpunan


baharu agar berada di kawasan hadapan bangunan sekolah.

2. Memohon peruntukan sebanyak RM10,000.00 daripada pihak YB Encik


Khairuddin b Hj Mahmud selaku ADUN Kawasan Pulau Manis (N.20).

3. Mewujudkan ruang tapak perhimpunan yang lebih mesra pelajar dan guru.

OBJEKTIF

1. Membina satu pentas tapak perhimpunan yang lebih strategik


kedudukannya.
2. Mengelakkan kes-kes kecederaan sekiranya berlaku hal-hal luar duga di
tapak perhimpunan.
3. Menimbulkan suasana kondusif di tapak perhimpunan.
4. Memberi keselesaan kepada guru dan murid-murid pada waktu
perhimpunan.
5. Mewujudkan suatu suasana yang menarik dan cantik di kawasan tapak
perhimpunan.
6. Menambahkan keceriaan kawasan sekolah yang menjadi tumpuan utama
7. Memberi identiti yang bersesuaian dengan nama Sekolah Kebangsaan Pulau
Manis
8. Memberi keselesaan kepada para pelawat yang datang membuat lawatan
9. Mewujudkan tapak perhimpunan yang mempunyai tiang bendera agar
bendera dapat dikibarkan di bahagian hadapan sekolah.
AHLI JAWATANKUASA

AHLI JAWATANKUASA PROJEK PEMBINAAN PENTAS TAPAK PERHIMPUNAN

SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU MANIS 2013.

PENASIHAT : EN.ABDUL RAZAK B ABD MALEK (GURU BESAR)

PENGERUSI : EN.MOHD SHOPIAN B ABDULLAH

(YDP PIBG SK.PULAU MANIS)

NAIB PENGERUSI : PN.SARIMAH HJ MOHAMED (GPK KURIKULUM)

: EN.PUJIASTO B KASMONO ( NYDP PIBG)

SETIAUSAHA : EN.MOHD NASIR B SALLEHUDDIN (S/U PIBG)

BENDAHARI : EN.AHMAD FADZIL B ABDULLAH.

AJK KECIL : EN.MOHD ANUAR B IBRAHIM

: EN. MUSTAFAR B ABD KARIM

: EN.MOHD NAJIB B MD YUSOP

: PN.KHAIRULSUZANA BT ZULKIFLY

: PN.MAZIAH BT ABD KARIM

: PN.RAIHAN BT MOHD ARIFFIN

: PN.NOOR ARMILA BT MOHD MASROM

: PN.SHERALENA BT MD RASID.

: CIK ROSHAIZAN BT ROSLAN

: PN.WAN KHAIRIYAH BT WAN DAUD


GAMBAR TAPAK PERHIMPUNAN LAMA

Kedudukan yang terlindung ke belakang sekolah dan kerosakan tar


yang teruk menyebabkan air bertakung.

TAPAK CADANGAN PEMBINAAN PENTAS PERHIMPUNAN


BAHARU.

Kedudukan yang terletak di hadapan sekolah dan keadaan tar yang


lebih baik.
ANGGARAN PERBELANJAAN.
BIL ITEM KOS

1 PENTAS TAPAK RM 6000.00


PERHIMPUNAN

2 TIANG BENDERA X 3 RM 3000.00

BATANG

3 KECERIAAN RM1000.00

JUMLAH RM 10,000.00

PENUTUP

Pihak PIBG SK.Pulau Manis amat mengharapkan semoga permohonan peruntukan


projek ini sebanyak RM 10,000.00 dapat diluluskan oleh pihak Yang Berhormat
En.Khairuddin b Hj Mahmud . Seterusnya projek ini dapat dilaksanakan dengan jayanya
bagi mencapai objektif yang digariskan dalam melahirkan pelajar yang cemerlang dari
semua sudut sama ada akademik, akhlak dan sahsiah, hubungan dengan manusia dan
dengan Maha Pencipta. Semoga apa jua sumbangan dan bantuan yang diberikan
mendapat keberkatan dari Ilahi. Segala perancangan, pengurusan dan pentadbiran yang
teliti menjadikan pelaksanaan yang dibuat berjalan dengan lancar berserta hidayah dan
pertolongan Allah SWT.

Disediakan oleh, Disemak oleh :

…………………….. …………………………
(MOHD NASIR B SALLEHUDDIN)
SETIAUSAHA KEHORMAT,
PIBG SK.PULAU MANIS.

You might also like