Kertas Kerja Pameran Pakaian Tradisional

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

KERTAS KERJA

PROGRAM MEMARTABATKAN BUDAYA MELALUI PAMERAN PAKAIAN TRADISIONAL MALAYSIA

ANJURAN :
PELAJAR 2 SVM MPP SEMESTER 4
(KOHORT 2021)
PROGRAM TEKNOLOGI PENYEJUKAN &
PENYAMANAN UDARA
KOLEJ VOKASIONAL SUNGAI BULOH

20 FEBRUARI 2023
1.0 PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Ilahi kerana dengan izinNya, kami selaku
penganjur Program Memartabatkan Budaya Melalui Pameran Pakaian Tradisional
Malaysia, telah berjaya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada Encik Rosli bin Shafie, Timbalan
Pengarah Sokongan Akademik Kolej Vokasional Sungai Buloh, yang telah berusaha
membantu kami dalam memberi khidmat sokongan, nasihat dan bimbingan beliau
sehingga kami dapat menyempurnakan tugasan yang diberikan.

Kami juga berterima kasih kepada Puan Siti Alawiyah, Pensyarah Bahasa Melayu,
selaku pengajar dan penasihat kami yang telah banyak memberikan sumbangan buah
fikiran dan cara pelaksanaan sehingga kami dapat melengkapkan kertas kerja ini dalam
tempoh yang ditetapkan.

Tidak lupa juga kami ingin sampaikan ucapan penghargaan kepada rakan-rakan pelajar
yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung. Mereka telah banyak
menyumbang bakti dari segi tenaga, masa dan lontaran idea yang dapat memberikan
input yang berguna untuk tugasan ini.

Jutaan terima kasih kepada semua penyumbang dana program kami. Tanpa
sumbangan mereka, program ini tidak mungkin dapat dijayakan sama sekali.

Akhir kata, kami dahului dengan ucapan tahniah kepada seluruh warga kolej untuk
turun sama-sama memeriahkan lagi program kali ini dan turut sama mewar-warkan
program murni ini kepada sahabat handai, rakan taulan dan masyarakat di luar sana.
2.0 PENDAHULUAN

Kumpulan kami akan mengadakan pameran tentang pakaian tradisional.


Terdapat pelbagai jenis pakaian tradisional yang diperagakan oleh masyarakat majmuk
di Malaysia.

Bagi orang Melayu, pakaian tradisional Melayu biasanya merujuk kepada baju Melayu
dan baju kurung. Selain itu, ia juga termasuk baju kebaya. Baju Melayu dipakai oleh
orang lelaki Melayu sebagai pakaian harian terutama sekali untuk bersembahyang,
menghadiri majlis formal atau ke pejabat dan juga sebagai pakaian adat seperti majlis
perkahwinan, pertunangan dan sebagainya. Sememangnya, Baju Melayu merupakan
busana wajib bagi bagi kaum Melayu apabila tiba hari raya.

Bagi kaum perempuan Melayu pula, mereka memakai baju kurung. Ia kelihatan sopan
dan sangat sesuai dipakai samada dalam majlis-majlis formal ataupun urusan harian. Ia
juga sangat sesuai dipakai semasa musim perayaan. Keluarga Melayu juga gemar
mengenakan pakaian sedondon dengan pilihan warna dan gaya masa kini.

Bagi orang Cina, mereka terkenal dengan pakaian tradisional yang dikenali sebagai
Samfoo dan Cheongsam. Samfoo adalah pakaian harian wanita keturunan Cina selain
Cheongsam. Ia digemari oleh wanita-wanita separuh umur dan yang bekerja di ladang,
lombong atau di rumah. Ia turut dipakai oleh lelaki berketurunan Cina.

Bagi kaum India pula, Dhoti merupakan pakaian untuk kaum lelaki yang berwarna putih.
Ia banyak dilihat pada hari perkahwinan sahaja kerana generasi muda hari ini tidak lagi
berminat mengenakan pakaian tradisional ini. Pakaian ini juga banyak dipakai oleh
golongan ceti. Sari pula adalah pakaian seharian untuk kaum perempuan.

Pakaian tradisional di Sabah pula berbeza mengikut kaum yang terdapat di negeri ini
seperti Bajau, Melanau, Lotud, Irranun, Kadazan, Rungus, Murut dan lain-lain lagi.
Perbezaan di antara suku kaum tersebut adalah dari segi bahasa, agama, adat istiadat,
corak dan pegangan hidup termasuklah pakaian tradisi mereka. Pakaian tradisional di
Sarawak juga berbeza mengikut etnik seperti orang Iban, Ulu, Bidayuh dan Melanau.
Pakaian ini dipakai mengikut adat tradisi suku kaum yang berbeza-beza.
3.0 MATLAMAT PROGRAM

1. Memperkenalkan kebudayaan dan kesenian bangsa Malaysia yang pelbagai


melalui pakaian tradisional supaya tidak lapuk ditelan zaman.

2. Memberikan kesedaran kepada generasi muda supaya sentiasa cakna dan cinta
dengan budaya tempatan demi mengekalkan warisan bangsa sehingga turun
temurun.

3. Mengutuhkan hubungan dan kesepakatan antara pelajar-pelajar Kolej


Vokasional Sungai Buloh dalam menjayakan program.

4. Dapat mempelajari tentang budaya yang berlainan supaya boleh


menyesuaikan diri dalam apa jua lapangan yang dicorakkan oleh kepelbagaian
budaya.

4.0 OBJEKTIF PROGRAM


1. Memberikan kesedaran kepada warga kolej dan masyarakat tentang
kepelbagaian budaya yang harus dihormati oleh setiap orang mahupun bangsa.
2. Meningkatkan pengetahuan warga kolej dan masyarakat melalui aspek pakaian
tradisional pelbagai bangsa mengikut adat resam dan agama.
3. Para pelajar yang menjayakan program dapat meningkatkan kemahiran
komunikasi, pengurusan dan kesepakatan bersama melalui aktiviti yang
dijalankan.
4. Meningkatkan hubungan yang lebih rapat dengan pelbagai kaum yang terdiri dari
warga kolej, pelajar dari institusi lain dan masyarakat sekeliling.

5.0 KUMPULAN SASARAN


 Seluruh warga Kolej Vokasional Sungai Buloh
 Pelajar sekolah berhampiran
 Masyarakat setempat dan berhampiran
 Warga Selangor dari pelbagai bangsa dan agama
6.0 TARIKH PELAKSANAAN
20 Februari 2023

7.0 TEMPAT
 Dewan Inovatif
 Kawasan parkir berhampiran dewan
 Padang bola

8.0 PELAKSANAAN PROGRAM


JAWATANKUASA INDUK
Penasihat : En. Ahmad bin Abdul Razak (Pengarah)
Pengerusi : En. Rosli bin Shaffie (T/Pengarah Sokongan Akademik)
Setiausaha : Pn. Siti Alawiyah binti Mohd Nor (Pensyarah)

JAWATANKUASA KERJA
Penyelaras : Najwan Hakimi bin Che Mat Arifin
Penolong Penyelaras : Nurlaila Adameia binti Mohamad Asri
AJK Banner : Ahmad Fahman bin Abdul Aziz
AJK Buku Program : Muhammad Hazim bin Radzi
AJK Brosur : Khairil Aqil bin Kamal Ariffin
AJK Publisiti : Nuraina Batrisya binti Mohd Nasir
AJK Grafik : Aqil Syahmi bin Azizul Ikram
AJK Fotografi : Amirul Aiman bin Jefferi
AJK PA Sistem : Iqbal Zarif bin Idris
AJK Persiapan Tempat : Aufa Hamiza binti Roslan
AJK Pameran : Muhammad Adib bin Rasman
AJK Hadiah
(Cabutan Bertuah/Kuiz) : Ali Imran bin Abdullah
9.0 JADUAL DAN AKTIVITI PROGRAM
 Pameran pakaian tradisional
 Sesi fotografi dengan pakaian tradisional (dikenakan bayaran berpatutan)
 Jualan makanan tradisional
 Pertunjukan seni bela diri Melayu, Cina dan India
 Tayangan video kebudayaan Malaysia bertema pakaian tradisional
 Cabutan bertuah untuk pengunjung
 Kuiz Budaya berkaitan pakaian tradisional
 Pertandingan pakaian tradisional (warga KVSB)

Masa Tempat Aktiviti Catatan


8.30 pagi – 5.30 Dewan Inovatif Pameran pakaian Pakaian tradisional
petang tradisional Malaysia Malaysia yang
mewakili kaum-
kaum utama dipilih
dan dipamerkan
beserta aksesori.
Antaranya:
1. Baju Melayu
2. Baju Kurung
3. Baju Kebaya
4. Sam Foo
5. Cheongsam
6. Dhoti
7. Sari
8. Kadazan
Penampang
9. Melanau
10. Bajau
11. Iban
12. Bidayuh
9.00 pagi – 11.00 Dewan Inovatif Sesi fotografi Terbuka kepada
pagi dengan pakaian semua. Yuran
tradisional sebanyak RM3
2.00 petang – 4.00 untuk sesi fotografi.
petang Pakaian tradisional
sendiri sahaja.
8.30 pagi – 5.30 Kawasan parkir luar Jualan makanan Gerai-gerai jualan
petang dewan tradisional beserta wakil
penjual disediakan
10.00 pagi – 11.00 Dewan Inovatif Pertunjukan seni Wakil-wakil seni
pagi bela diri Melayu silat, wushu dan
(silat), Cina silambam dijemput
(wushu) dan India khas. Tempat
(silambam) duduk pengunjung
disediakan di
bawah kanopi.
Dewan Inovatif Tayangan video Terbuka kepada
kebudayaan pengunjung yang
Malaysia bertema berminat. 3 sesi
pakaian tradisional disediakan (pagi,
tengahari, petang)
Meja AJK Hadiah Cabutan bertuah Pengunjung
untuk pelawat yang diberikan nombor
hadir. cabutan bertuah.
AJK Hadiah akan
mengumumkan
nombor cabutan
bertuah mengikut
sela masa tertentu.
8.30 pagi – 5.30 Pengunjung perlu
petang menuntut hadiah di
meja AJK Hadiah
yang disediakan
Meja AJK Hadiah Kuiz Budaya Terbuka kepada
(Pakaian semua. Peserta
Tradisional) mengisi jawapan
pada kad soalan
dan
memasukkannya
ke dalam kotak kuiz
yang disediakan.
Meja AJK Hadiah Pertandingan Terbuka untuk
pakaian tradisional warga kolej sahaja.
Pakaian sendiri
sahaja

10.0 SUMBER KEWANGAN & PERBELANJAAN


SUMBER JUMLAH
PERBELANJAAN
BIL PERKARA KEWANGAN PERBELANJAAN
(RM)
(RM) (RM)
Sewa pakaian
tradisional: 70.00/pasang 70.00
1) Baju Melayu (L) 50.00/pasang 50.00
2) Baju Kurung (P) 30.00/pasang 30.00
3) Baju Kebaya (P) 50.00/pasang 50.00
4) Sam Foo (L) 60.00/pasang Tajaan YB Tuan 60.00
5) Cheongsam (P) 50.00/pasang Mohd Khairuddin 50.00
6) Dhoti (L) 45.00/pasang bin Othman (ADUN 45.00
7) Sari (P) 65.00/pasang Paya Jaras) 65.00
8) Kadazan 73.00/pasang (RM5000) 73.00
Penampang(L) 70.00/pasang 70.00
Kadazan 93.00/pasang 93.00
Penampang(P) 70.00/pasang 70.00
9) Bidayuh (L) 81.00/pasang Tajaan Syarikat 81.00
Bidayuh (P) 65.00/pasang Mewah Bersatu Sdn 65.00
10) Melanau (L) 86.00/pasang Bhd (RM1500) 86.00
Melanau (P) 93.00/pasang 93.00
11) Bajau (L) 116.00/pasang 116.00
Bajau (P)
12) Iban (L)
Iban (P) Pusat Sumber
Sewa kanopi + meja 420.00 x 5 set KVSB = RM3000 2100.00
panjang + kerusi plastik
Sewa gerai jualan 150.00 x 10 buah 1500.00
Peralatan pameran
1) Economy display 150.00 x 5 unit 750.00
panel 85.00 x 1 unit Sumbangan ibu 85.00
2) Rak ampaian baju bapa pelajar
3.2 m (RM1500)
Brosur program & 0.32 x 1300 416.00
pameran naskah
Banner bunting with X- 42.86 x 5 unit 214.30
stand
Banner 3’x 6’ (cetak & 58.00 x 1 unit Kutipan pelajar- 58.00
reka bentuk) pelajar Kumpulan 1
Canon Pixma G3010 632.00 x 1 unit (RM200) 632.00
Refillable Ink Tank
Printer
A3 Glossy Laminating 160 x 1 unit 160.00
Pouch
A4 Laminating Pouch 160 x 1 160.00
A3 Laminating Film 48.50 x 1 48.50
A4 Laminating Film 24.00 x 1 24.00
Kertas A4 putih 12.90 x 3 rim 38.70
(450 helai)
Kertas A3 putih (450 25.00 x 1 rim 25.00
helai)
Beli makanan
tradisional 0.70 x 300 biji 210.00
1) Kuih koci 1035 biji 250.00
2) Kuih bahulu 1.00 x 200 200.00
3) Nasi lemak daun 1.20 x 500 biji 600.00
pisang 35.00 x 3kg 105.00
4) Ketupat 5.90 x 100 biji 590.00
Rendang ayam 15.00 x 20 bekas 300.00
5) Kuih bakul 11.00 x 30 pek 330.00
6) Kuih bangkit 500g 54.00
7) Marukku 54.00 x 1 ctn
8) Putu Mayam
Beli hadiah kuiz Johan: 20.00 x 1 20.00
N/johan: 15.00 x 15.00
1 10.00
Ke-3 : 10.00 x 1
Beli hadiah Johan: 50.00 x 1 50.00
pertandingan pakaian N/Johan: 35.00 x 35.00
tradisional 1 25.00
Ke-3 : 25.00 x 1
Beli hadiah pengunjung 40.00 x 5 200.00
bertuah
Sijil penyertaan 120.00 120.00
JUMLAH 11200.00 10492.50

11.0 PENUTUP
Program memartabatkan budaya melalui pameran pakaian tradisional amat
bertepatan dengan usaha kerajaan bagi menyuntik semangat muhibbah dan perpaduan
di kalangan rakyat Malaysia. Tentunya, ia dapat memberikan impak yang sangat positif
di kalangan pelajar yang terlibat secara langsung dan juga tidak langsung dalam
meningkatkan kefahaman tentang kebudayaan pelbagai kaum di Malaysia dan
semangat jati diri yang perlu dikekalkan demi warisan bangsa. Usaha ini tidak hanya
terhenti di sini sahaja malah perlu diteruskan pada masa akan datang dalam pelbagai
cara dan pendekatan yang lebih menarik. Untuk tujuan itu, pihak penganjur amat
berharap pihak pengurusan kolej dapat meluluskan program murni ini demi mencapai
matlamat dan objektif yang dikehendaki.

“PAKAIAN ADALAH MAHKOTA BANGSA”

You might also like