Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

PENGENALAN

Isu pencemaran alam merupakan satu fenomena yang tidak dapat dielakkan sejak
dahulu lagi. Ianya bukanlah perkara baru di Malaysia ataupun luar negara. Antara faktor yang
menyumbang pencemaran alam secara langsung atau tidak langsung adalah perkembangan
teknologi, pembangunan, budaya dan sosio ekonomi. Perkara penting yang perlu diambil kira
ialah penggunaan sumber yang tiada pengganti secara berlebihan, pembalakan, penebangan
pokok secara berleluasa dan secara haram.

Perkara yang perlu dititikberatkan dalam isu ini adalah penggunaan secara berlebihan
sumber yang tiada pengganti seperti petroleum, biji timah dan emas, penebangan hutan secara
haram yang berleluasa dan pengusaha perindustrian yang tidak mengambil berat tentang
akibat perbuatan meraka terhadap alam sekitar. Isu pemanasan global merupakan satu isu
yang dihadapi seluruh dunia buat ketika ini. Selain kesan daripada perubahan tiupan angin
serta perubahan iklim, pencemaran alam sekitar juga adalah dikenalpasti sebagai
penyumbang utama kepada peningkatan suhu bumi.

Pelbagai kempen kitar semula yang disiarkan melalui televisyen, radio serta media
cetak bagi mewujudkan kesedaran kepentingan kitar semula. Kempen kitar semula
dilaksanakan bertujuan untuk mengguna semula bahan yang terpakai serta dapat menjimatkan
penggunaan bahan baru. Rakyat Malaysia perlu mengambil cakna perkara ini supaya generasi
akan datang mendapat manfaatnya.
BAHAGIAN I
SOALAN I
Pencemaran alam sekitar yang membawa kepada maksud apa-apa perubahan secara
lansung dan tidak lansung terhadap sifat-sifat fizikal , haba dan kimia termasuk kesan
biologikal terhadap alam sekeliling yang meliputi pencemaran air , udara , bunyi , tanah serta
laut.
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menyatakan bahawa pencemaran
adalah suatu perbuatan yang mencemarkan (mengotorkan) - pengotoran alam - perbuatan
mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap .

Jenis-jenis pencemaran
Terdapat pelbagai cara pencemaran ini boleh berlaku . Tetapi ianya terbahagi kepada dua
jenis iaitu :
i) Pencemaran yang disebabkan oleh faktor Semulajadi
Pencemaran yang disebabkan oleh faktor semulajadi adalah pencemaran yang berlaku dengan
sendirinya setelah berlakunya bencana alam seperti letusan gunung berapi, dilanda ribut
taufan, gempa bumi , tsunami dan sebagainya .
ii) Pencemaran yang disebabkan oleh faktor manusia .
Pencemaran yang disebabkan oleh faktor manusia adalah pencemaran yang dilakukan oleh
manusia samada sengaja atau tidak disengajakan . Antaranya adalah:

 Pencemaran Udara
Contohnya, gas-gas beracun, zarah-zarah yang terperangkap hasil dari asap
kenderaan, jerebu dari kesan pembakaran secara terbuka dan sebagainya .

 Pencemaran Air
Contohnya, pembuangan air kumbahan, sisa-sisa kimia, haba, pembuangan sampah
dan sebagainya .

 Pencemaran Tanah
Contohnya, pemusnahan hutan akibat pembalakan, pembuangan sisa-sisa kimia dan
sisa-sisa pepejal yang berasal dari sistem pembuangan industri yang tidak terkawal
dan tidak mengikut garis panduan serta peraturan yang telah diperuntukkan kepada
setiap pengusaha kilang-kilang di Malaysia.
Di Malaysia terdapat banyak pencemaran telah berlaku sepanjang rempoh lima tahun
kebelakangan ini. Pada hari ini saya akan bahaskan dua pencemaran alam yang acap kali
berlaku atas faktor perkembangan sosio ekonomi dan peningkatan hidup. Berikut adalah
contoh pencemaran yang saya akan bahaskan :

1) PENCEMARAN BUNYI

Pencemaran bunyi merupakan pencemaran yang tidak dapat dilihat dengan mata
kasar. Ia berlaku apabila kita mendengar sesuatu bunyi yang bising dan kita merasa tidak
tenang dan kemungkinan juga menjadikan kita stress. Organ yang terlibat dalam
pencemaran bunyi ialah telinga.

Pencemaran bunyi bermaksud bunyi bising yang keterlaluan yang boleh memekakkan
telinga manusia atau haiwan yang mendengarnya. Pencemaran bunyi biasanya melebihi
80 disebel (dB). Dari asalnya pencemaran bunyi berlaku dari perlakuan manusia.
Terdapat juga pencemaran bunyi yang semula jadi contohnya, bunyi guruh dan air terjun.

Dalam usaha menjadi sebuah negara yang maju, negara kita telah mengalami
pembangunan secara pesat. Namun begitu banyak pencemaran yang berlaku apabila
pembangunan ini dijalankan. Sebagai contoh pencemaran udara, air, tanah dan bunyi akan
terhasil apabila sesuatu pembangunan sedang dijalankan. Perkara ini seharusnya
mendapat perhatian dari pihak yang berkenaan terutamanya dari pihak kerajaan dan
swasta yang berhasrat untuk membangunkan sesuatu kawasan, pelbagai kesan negative
yang akan timbul dan bukanlah memikirkan kuntungan semata-mata. Apabila
pembangunan sedang dijalankan penggunaan jentera berat contohnya lori tanah, jentera
penanam cerucuk, lori simen akan menghasilkan pencemaran bunyi di kawasan sekitar
tapak pembinaan tersebut.

Pencemaran bunyi ada beberapa kesan negatif antaranya adalah kesan terhadap
pendengaran apabila seseorang itu mendengar sesuatu benda yang sangat bising,
kemungkinan gegendang telinga mereka akan pecah. Tidur mereka pula akan terganggu
akibat dari pada pencemaran bunyi tersebut.
2) PENCEMARAN AIR

Kesinambungan untuk menjadi negara maju selain dari berlaku pencemaran bunyi,
pencemaran air juga telah berlaku dalam membina sesuatu pembangunan. Sistem perparitan
yang tidak sistematik juga akan menyebabkan pencemaran air, air tanah merah yang
mengalir tanpa arah terus memasuki kawasan penempatan berhampiran dan seterusnya
mengalir ke sungai berhampiran dan menyebabkan pencemaran air. Pencemaran ini
menjejaskan tahap kualiti air dan memerlukan kos yang berlipat ganda untuk pembersihan
supaya air yang bersih dapat disalurkan kepada pengguna. Keadaan ini juga akan
mengganggu ekosistem hidupan air di sungai-sungai. Selain itu, penolakan tanah yang tidak
terancang akan menyebabkan tanah runtuh dan lebih teruk mengakibatkan kawasan tebing
tapak perumahan akan mengalami ketidakseimbangan dan akan menyebabkan bangunan atau
binaan retak.

Pencemaran air boleh memberi kesan yang signifikan terhadap akuakultur, iaitu
penternakan ikan, krustasea, moluska, dan organisma akuatik lain. Akuakultur bergantung
kepada pemeliharaan persekitaran air yang sesuai bagi pertumbuhan dan kelangsungan hidup
spesies yang ditanam. Apabila air menjadi tercemar, ia boleh memberi beberapa kesan buruk
terhadap operasi akuakultur:

Kualiti Air Berkurangan: Pencemaran air memasukkan pelbagai pencemar seperti bahan
kimia, logam berat, racun perosak, dan nutrien berlebihan ke dalam persekitaran akuatik.
Pencemar-pencemar ini boleh merosakkan kualiti air, mempengaruhi kesihatan dan
pertumbuhan spesies akuakultur. Kualiti air yang buruk boleh menyebabkan peningkatan
tahap tekanan, penurunan fungsi imun, dan kejayaan pembiakan yang berkurangan pada
organisma yang ditanam.

Wabak Penyakit: Air yang tercemar boleh mempromosikan penularan penyakit di


kalangan spesies akuakultur. Patogen dan parasit berkembang dengan baik dalam
persekitaran tercemar, meningkatkan risiko wabak penyakit. Fasiliti akuakultur yang tidak
mempunyai sistem rawatan air yang mencukupi atau terletak di kawasan dengan tahap
pencemaran yang tinggi mungkin mengalami kadar jangkitan yang lebih tinggi, yang boleh
menyebabkan kerugian ekonomi dan keperluan strategi pengurusan penyakit.
Perubahan Tahap Oksigen: Pencemaran air boleh mengganggu keseimbangan oksigen
dalam sistem akuatik. Aliran nutrien yang berlebihan, seperti daripada aktiviti pertanian atau
air sisa yang tidak dirawat, boleh menyebabkan mekar alga. Mekar ini mengguna oksigen
semasa proses penguraian mereka, mengurangkan tahap oksigen dalam air. Konsentrasi
oksigen yang rendah boleh menyebabkan kematian ikan dan memberi kesan negatif terhadap
pertumbuhan dan kelangsungan hidup spesies akuakultur.

Penumpukan Toksin: Sesetengah pencemar, seperti logam berat dan bahan kimia industri,
boleh mengumpul dalam organisma akuatik. Apabila spesies akuakultur memakan sumber
makanan yang tercemar atau menyerap pencemar terus dari air, toksin-toksin ini boleh
terkumpul dalam tisu mereka. Dalam jangka masa yang lama, kepekatan toksin boleh
mencapai tahap yang berbahaya, menjadikan organisma yang ditanam tidak sesuai untuk
dikonsumsi manusia dan mengancam keberlanjutan ekonomi operasi akuakultur.

Kesan kepada Ekosistem: Kemudahan akuakultur selalunya terletak di badan air semula
jadi, seperti tasik, sungai atau kawasan pantai. Pencemaran air daripada operasi akuakultur,
termasuk efluen yang kaya dengan nutrien dan makanan berlebihan, boleh menyumbang
kepada eutrofikasi dan mengganggu keseimbangan ekosistem semula jadi. Tahap nutrien
yang diubah dan perubahan ekologi boleh membawa kepada peralihan dalam biodiversiti,
termasuk pembiakan spesies invasif, memberi kesan negatif kepada kesihatan dan fungsi
keseluruhan ekosistem.

Untuk mengurangkan kesan pencemaran air terhadap akuakultur, langkah proaktif seperti
rawatan air sisa yang betul, penggunaan bahan kimia dan antibiotik yang bertanggungjawab,
dan kriteria pemilihan tapak yang mempertimbangkan parameter kualiti air adalah penting.
Peraturan kerajaan dan amalan terbaik industri memainkan peranan penting dalam
memastikan amalan akuakultur yang mampan dan melindungi kedua-dua alam sekitar dan
daya maju ekonomi industri.
SOALAN II.

PENCEMARAN UDARA

Pencemaran udara merupakan satu keadaan yang melibatkan pengenalan sebarang


bahan kimia, jirim sarahan atau bahan bilogi yang boleh menyebabkan mudarat atau
ketidakselesaan kepada manusia atau organism hidup lain, atau merosakkan alam sekitar.
Pencemaran udara boleh diklasifikasi kepada dua bahagian iaitu pencemaran udara dan
pencemaran udara sekunder. Pencemaran udara primer ialah penghasilan sulfur monoksida
dan karbon monoksida akibat daripada pembakaran yang tidak lengkap. Pencemaran
sekunder adalah berpunca hasil daripada tindak balas sulfur dioksida yang bergabung dengan
wap-wap di udara.
Banyak punca yang menyebabkan pencemaran udara. Punca pertama ialah disebabkan
oleh aktiviti perindustrian. Perkembangan dalam bidang ini menyebabkan penambahan pada
pelepasan pencemaran gas organic dan bukan organic, bahan kimia dan juga habuk. Pelbagai
jenis industry menghasilkan bahan pencemar yang berbeza. Kilang-kilang seperti kilang
nukleur melepaskan gas-gas yang amat bahaya. Walaupun kilang nukleur mendatangkan
banyak kebaikan, tetapi juga mendatangkan keburukan.
Punca kedua ialah pelepasan gas-gas daripada kenderaan motor. Masyarakat moden
amat bergantung kepada pengangkutan bermotor seperti kereta, lori dan bus. Setiap
pergerakan kenderaan motor menggunakan tenaga yang banyak. Kenderaan motor membakar
bahan api fosil untuk pergerakan yang menghasilkan asap-asap yang dapat mencemarkan
udara. Kenderaa berdaftar digunakan dalam Malaysia semakin meningkat, ini juga
bermaksud pencemara udara semakin meningkat dari semasa ke semasa di Malaysia.
Pencemaran udara yang berlaku di tempat tinggal saya adalah pembakaran terbuka.
Penduduk kampung saya suka membakar sampah sarap apabila gotong-royang rumah mereka
dan apabila mereka menebang pokok-pokok besar. Walaupun sisa-sisa dari pokok boleh
menjadi baja, tetapi semasa proses pembakaran akan mengeluarkan asap-asap yang
mencemarkan udara. Pembakaran hutan juga adalah salah satu pembakaran terbuka.
Pembakaran hutan berlaku kerana pemaju ingin membuka tanah yang baru untuk mendirikan
bangunan atau kepanasan suhu menjadi kebakaran.
Malaysia juga pernah menghadapi fenomena Jerebu yang disebabkan pembakaran
terbuka yang berleluasa terutamanya di kawasan pertanian. Pengusaha Kawasan tersebut
mengambil langkah mudah dan murah untuk membersihkan Kawasan pertanian mereka dan
telah menyebabkan tahap jerebu mencapai sehingga 300. Rajah 1 di bawah menunjukkan
pembakaran terbuka yang berlaku di kampung saya :

RAJAH 1

Pada hari ini, cuaca panas yang di sebabkan oleh fenomena El-Nino yang mana
kebanyakkan negara di khatulistiwa mendapat cuaca panas sehingga 40 °C. Ini menyebabkan
kekeringan tumbuhan, rumput-rumput dan hutan yang boleh mengakibatkan terjadinya
kebakaran, maka berlakulah pencemaran udara seperti mana yang sedaang dialami oleh
negeri Sabah. Akibat suhu panas yang keterlaluan, kawasan hutan terbakar dan merebak
menyebabkan asap mencemarkan udara sekitar. Namun begitu, pecemaran udara ini lebih
diburukkan lagi dengan pembakaran terbuka. Pembakaran terbuka akan menyumbang
kepada pemanasan suhu dan pelepasan partikel yang berbahaya ke udara menjadikan udara
tidak sihat.
SOALAN III
Pelbagai cara untuk menangani pencemaran alam ini antaranya adalah, langkah
pertama ialah kita perlu mengubahkan cara berfikir dan sikap kita sendiri. Kebanyakkan
pencemaran alam berlaku adalah daripada sikap manusia yang mementingkan kepentingan
sendiri. Pemilik kilang membebaskan gas-gas beracun ke udara kerana ingin mendapatkan
keuntungan yang lebih dan tidak mahu membazirkan duit untuk menapiskan gas-gas tersebut.
Oleh itu, kita perlu mengubahkan cara berfikir dan sikap kita sendiri dengan menyedari
pencemaran alam akan mendatangkan banyak kesan-kesan negatif yang merosakkan alam.

Langkah kedua ialah pihak kerajaan perlu mengadakan kempen-kempen tentang


pencemaran alam. Tujuan kempen diadakan ialah menyedarikan masyarakat tentang
kepentingan memeliharan dan menjaga alam sekitar. Di samping itu, masyarakat akan
didedahkan tentang kesan-kesan, punca-punca dan langkah-langkah mengatasi alam sekitar.
Kempen ini harus diadakan sepanjang tahun supayakan masyarakat tidak akan lupa menjaga
alam sekitar. Kempen ini boleh diakan di sekolah, dewan perumahan atau perpustakaan
awam. Poster juga boleh ditampar di tempat-tempat yng dapat dilihat oleh orang ramai.

Langkah ketiga ialah kuatkuasakan undang-undang dan peraturan yang berkenaan.


Maksud kuatkuasakan undang-undang dan peraturan yang berkenaan ialah pihak yang
melakukan pencemaran alam akan dikenakan tindakan dari segi undang-undang. Kilang-
kilang yang melepaskan asap-asap yang mencemarkan udara, membuang sisa toksik ke dalam
sungai dan menggunakan jentera berat sehingga lewat malam akan disaman. Jika kilang
tersebut terus melakukan kegiatan tersebut. Lessen perniagaan akan digantung.

Kesan-kesan yang disebabkan oleh pencemaran alam ialah menjejaskan kesihatan


manusia.. Manusia memerlukan udara dan air yang bersih untuk hidup. Jika udara yang
dihidu tercemar, sistem pernafasan akan menyerap pelbagai bahan pencemar ke dalam paru-
paru. Jika kita minum air yang kotor, kita akan mengalami sakit perut dan tidak sihat. Pesakit
asma apabila menyerap bahan penemar ke dalam badan kemungkinan akan mengakibatkan
maut. Manusia akan menghidap pelbagai penyakit apabila selalu menghidu udara yang kotor.
Contoh-contoh penyakit adalah seperti kanser paru-paru, kanser hidung dan sebagainya.
Selain itu, pencemaran udara akan menyebabkan hujan asid berlaku. Pelbagai bahan
kimia buangan seperti sulfur dioksida dan nitrogen dioksida akan larut dengan wap air dan
akan turun sebagai hujan asid. Apabila air hujan asid telah meresap ke dalam tanah, ia akan
mengakibatkan tanah tersebut tidak lagi subur. Tanaman seperti sayu-sayuran apabila terkena
hujan asid, sayur-sayuran itu tidak lagi segar dan tidak boleh dimakan lagi. Ini
mengakibatkan petani akan mengalami kerugian yang besar.

Di samping itu, pencemaran udara juga memberi kesan ke atas atmosfera kita. Bahan-
bahan pencemar seperti CFC (kloroflora karbon) dikatakan boleh mengakibatkan lapisan
ozon kita menjadi nipis dan bocor. Ini kerana bahan-bahan tersebut bertindak balas dengan
lapisan ozon sehingga menguraikan oksigen yang membentuknya. Ini akan mengakibatkan
suhu bumi meningkat. Penipisan lapisan ozon juga akan mengakibatkan sinar ultra-ungu
menembusi atmosfera tanpa lapisan dan menyebabkan seseorang itu menghidap penyakit
kanser kulit.

Kesimpulannya, rakyat dan kerajaan harus berganding bahu untuk mengatasi masalah
pencemaran alam. Walaupun hal ini tidak boleh diatasikan dalam sekelip mata, tetapi dengan
kerjasama daripada pelbagai pihak masalah pencemaran udara dapat diatasi. Kita harus
memikirkan generasi-generasi yang akan dating memerlukan alam sekitar yang cantik dan
nyaman untuk mereka hidup di dunia ini. Akhir sekali, sayangilah alam sekitar yang telah
dicipta oleh Allah.
BAHAGIAN II

You might also like