Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 6

PENGENALAN PROGRAM

PENDIDIKAN INKLUSIF

Perlaksanaan PPI ini adalah bagi


memenuhi hasrat KPM untuk
melahirkan murid yang cemerlang
tanpa mendiskriminasikan murid
atas kekurangan mereka. PPI
adalah satu program bagi murid
berkeperluan khas (MBK) belajar
bersama dengan murid aliran
perdana dalam satu kelas yang
sama. Oleh itu “GALLERY WALK”
diwujudkan untuk memberi ruang
kepada semua warga sekolah, ibu
bapa dan pelawat untuk lebih
memahami tentang PPI.
PROGRAM
PENDIDIKAN INKLUSIF

DASAR
Dasar pendidikan kebangsaan
adalah untuk memastikan MBK yang
berpotensi diberi peluang untuk
ditempatkan secara inklusif di dalam
kelas arus perdana selaras dengan
prinsip untuk semua (EFA)
DEFINISI
Suatu program pendidikan bagi
murid berkeperluan pendidikan khas
yang dihadiri oleh murid
berkeperluan khas bersama-sama
dengan murid lain dalam kelas yang
sama di sekolah kerajaan atau
sekolah bantuan kerajaan.
PROGRAM
PENDIDIKAN INKLUSIF

MATLAMAT
Untuk meningkatkan akses kepada
pendidikan bagi MBK belajar bersama-
sama murid arus perdana dalam
persekitaran tanpa halangan. PPI juga
memberi kesedaran kepada
masyarakat supaya tidak menafikan
potensi MBK untuk cemerlang dalam
bidang akademik mahupun bukan
akademik.
MODEL PPKI SKOS
MBK belajar bersama-sama arus
perdana secara separa masa dan
mengikut pembelajaran bagi
beberapa mata pelajaran akademik
berasaskan kurikulum kebangsaan.
MBK turut terlibat dalam aktiviti
kokurikulum sebagaimana murid
arus perdana yang lain.
PROGRAM
PENDIDIKAN INKLUSIF

OBJEKTIF
1. Memastikan MBK mendapat hak
yang sama rata untuk belajar
dalam persekitaran tanpa
halangan.
2. Membina keyakinan diri MBK
bagi mencapai potensi yang
optimum.
3. Memastikan MBK dapat
menyesuaikan diri dengan murid
arus perdana bagi meningkatkan
kemahiran kehidupan harian.
4. Meningkatkan kesedaran dan
penerimaan warga sekolah serta
komuniti tantang kepelbagaian
keupayaan MBK.
PENDEKATAN
PENDIDIKAN INKLUSIF

INKLUSIF PENUH
MBK ditempatkan di kelas arus
perdana sepenuh masa dan
mengikuti semua mata pelajaran
akademik bersama-sama tipikal.
INKLUSIF SEPARA
MBK mengikuti pembelajaran
tertentu sahaja mengikut
keupayaan murid di kelas arus
perdana.
Waktu selebihnya, MBK mengikuti
pembelajaran di kelas PK.
PPI
INKLUSIF INKLUSIF
PENUH SEPARA

1. AKADEMIK
ARUS PERDANA
SEPENUH MASA 2.KOKURIKULUM

#DEMIMBPKSKOS
BUKAN
#KASIJADI
AKADEMIK

You might also like