Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

BIL CUE

Mohon hadirin untuk pastikan telofon bimbit anda


dimatikan atau diletakkan dalam mode senyap

Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha Tuan Hj


Kamanizam bin Hj Tindek diiringi oleh barisan timbalan.
Hadirin diminta berdiri.

Lagu Negaraku Terus berdiri untuk lagu


Negaraku dan Kebesaran
Lagu Kebesaran Negeri Sembilan Negeri Sembilan

Hadirin, dipersilakan duduk

(SALUTASI)

Alhamdulillah, pada petang ini kita sama-sama dapat


berkumpul untuk Perhimpunan Dwi Bulanan Julai dan Ogos
2023 Pejabat Pendidikan Daerah Port Dickson.

Untuk memberkati majlis perhimpunan kita pada petang


ini, Majlis menjemput ........................... untuk membaca
doa.

(bacaan doa)

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih atas bacaan doa


sebentar tadi.

Seterusnya, majlis menjemput ..............................................


Untuk lafaz ikrar perkhidmatan awam

(bacaan ikrar)

Terima kasih ................................... atas lafaz ikrar


perkhidmatan awam.

Hadirin yang dihormati,

Majlis seterusnya menjemput En Halue bin Mat Tahir, Guru


Besar SK Telok Kemang untuk perkongsian ilmu kita pada
petang yang bertajuk APEC School Leadership

(Perkongsian Ilmu)

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada En Halue


bin Mat Tahir atas perkongsian sebentar tadi.
Majlis diteruskan dengan persembahan Multimedia.

Sama-sama kita saksikan


(persembahan multimedia)

Hadirin yang dihormati,

Majlis diteruskan lagi, dengan penyampaian


-sijil penghargaan
-sijil pekerja contoh bulanan
-dan kad ucapan hari lahir

Dengan ini, majlis menjemput Tn Hj Kamanizam bin Hj


Tindek dengan diiringi barisan timbalan untuk
menyampaikan sijil-sijil

(penyampaian sijil dan sambutan hari lahir)

Hadirin yang dihormati,

Sebagai melengkapkan lagi perhimpunan dwin bulanan kita


pada petang ini, majlis menjemput Tuan Hj Kamanizam bin
Hj Tindek , Pegawai Pendidikan Daerah Port Dickson untuk
menyampaikan ucapan.

Dengan ini majlis mempersilakan.

(ucapan kppd)

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih atas ucapan Tuan


Hj Kamanizam bin Hj Tindek yang penuh bersemangat
sebentar tadi.

Sebagai pelengkap tema perhimpunan dwi bulanan kali ini,


saksikan persembahan multimedia khas kemerdekaan dan
seterusnya pelancaran bulan kebangsaan serta kibar jalur
gemilang 2023

Alhamdulillah, kini majlis kita sampai di penghujungnya.


Saya mewakili jawatankuasa perhimpunan dwi bulanan
menyusun sepuluh jari atas salah silap sepanjang
pengendalian majlis kita pada petang ini.

Sebelum saya mengundur diri, terimalah serangkap pantun


dari saya,

Terbang Tinggi Si Burung Merpati,


Hinggap Sebentar Di Atas Dahan,
Sudah 66 Tahun Kemerdekaan Dirai,
Negara Sejahtera Penuh Kenangan.
Sekian, terima kasih.
Majlis menjemput Tn Hj Kamanizam bin Hj Tindek dengan
diiringi barisan timbalan, serta tetamu untuk jamuan
minum petang.

You might also like