Contoh Karangan (Perpaduan)

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 27

TEMA:

PERPADUAN/
KEJIRANAN/BANTU-
MEMBANTU/
BEKERJASAMA/NILAI
MURNI
CONTOH KARANGAN (PERPADUAN & KEJIRANAN)(FAEDAH)

Menjelang Wawasan Kemakmuran Bersama 2030, Malaysia mengorak langkah dengan


sasaran yang lebih holisitik merangkumi ketiga-tiga kaum utama dari segi ekonomi dan
sosial. Walaupun Malaysia telah lama mengamalkan integrasi kaum sejak dahulu lagi,
namun kewujudan Kementerian Perpaduan Negara pada 2020 telah menzahirkan
kesungguhan kerajaan untuk mengukuhkan perpaduan kaum di Malaysia. Untuk itu, kita
perlu menelusuri kepentingan perpaduan kaum agar kita sendiri dapat mengenali dan
memahami erti perpaduan yang sebenarnya selaras dengan Rangka Tindakan Pelan
Perpaduan Negara 2021-2030 yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia.

Salah satu perspektif dalam isu perpaduan kaum ialah perpaduan atau integrasi
menjamin keamanan negara. Hal ini bertujuan menjaga kepentingan setiap kaum serta
menjamin keselamatan negara dan rakyatnya daripada ancaman musuh. Kesemua
peristiwa hitam yang pernah berlaku di dalam negara telah menjadi pengajaran kepada
rakyat Malaysia untuk terus menikmati kehidupan dengan mengamalkan semangat
perpaduan, bertoleransi dan bekerjasama dalam segenap aspek. Maka yang buruk jadi
sempadan, yang baik jadi teladan. Dengan cara itu, rakyat akan dapat menikmati
kemakmuran bersama seperti yang direncanakan oleh mantan Perdana Menteri
Malaysia. Oleh itu, rakyat Malaysia perlu menjaga hubungan antara kaum agar terbina
perpaduan demi keamanan negara.

Bukan itu sahaja, perpaduan boleh dijadikan produk pelancongan. Melalui kepelbagaian
agama dan budaya, setiap bangsa dan suku kaum di Malaysia mempunyai keunikan
budaya yang boleh ditonjolkan dalam pakej pelancongan ke Malaysia. Sebagai contoh,
keunikan budaya Baba dan Nyonya di Melaka menjadi tarikan pelancong luar negara
untuk melihat dan merasai budaya tersebut. Keunikan pelbagai budaya merupakan inti
pati perpaduan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia lalu menjadi produk pelancongan
negara. Secara tidak langsung ekonomi negara akan meningkat.

Melihat dari perspektif yang berbeza.perpaduan juga sangat penting untuk menjaga imej
negara. Malaysia sebagai sebuah negara yang menjadi ahli Badan Bangsa Bersatu
sering mendapat perhatian atas kebijaksanaan pemimpin negara yang berjaya mengawal
situasi yang melibatkan keselamatan negara. Malah, perpaduan juga menjadi faktor
pemimpin negara dihormati oleh pemimpin dunia sehingga mereka memilih pemimpin
Malaysia sebagai pengantara dalam pelbagai konflik seperti konflik di selatan Filipina
antara kerajaan Filipina dengan pejuang pembebasan Mindanao. Kesemua bukti ini
menunjukkan bahawa Malaysia mempunyai pengalaman luas dalam menjaga dan
mengurus perpaduan negara. Oleh itu, rakyat Malaysia haruslah menghargai nilai
perpaduan ini kerana negara yang baik lahir daripada rakyat baik.
Sebagai penutup bicara akhir, perpaduan kaum bukanlah hasil daripada satu malam
sahaja tetapi perpaduan ini terhasil daripada keringat pemimpin dan darah pejuang
terdahulu yang tidak dapat dibayar atau dibalas dengan wang. Oleh itu, semua pihak
hendaklah bertanggungjawab menjaga dan meneruskan amanah perjuangan ini agar
perpaduan kaum dapat dihayati oleh generasi akan datang. Sesungguhnya, negara ini
mempunyai corak danacuan tersendiri yang perlu kita ikuti demi menjamin Wawasan
Kemakmuran Bersama 2030 dapat dikecapi dan dinikmati semua.
CONTOH KARANGAN(PERPADUAN)(LANGKAH-LANGKAH)

Perpaduan masyarakat merupakan aspek penting dalam pembentukan sebuah negara


yang stabil dan harmoni. Di Malaysia, sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian
etnik, agama, dan budaya, perpaduan masyarakat adalah asas kejayaan dan keamanan.
Bagaimanapun, untuk mencapai perpaduan yang kukuh dan berkekalan, pelbagai
pendekatan perlu diambil kira. Dalam esei ini, kita akan meneliti cara-cara memupuk
perpaduan di Malaysia.

Salah satu aspek penting dalam memupuk perpaduan adalah pendidikan.Hal ini
demikian kerana pendidikan berperanan besar dalam membentuk pemikiran dan nilai
masyarakat. Contohnya di Malaysia, sistem pendidikan yang inklusif dan merangkumi
pelbagai lapisan masyarakat memberikan peluang kepada semua individu untuk
mendapat akses kepada pendidikan berkualiti. Buktinya, pendidikan multibahasa yang
membantu menyatukan pelbagai etnik dengan memberikan ruang kepada pelbagai
kumpulan untuk memahami dan menghargai bahasa dan budaya masing-
masing.Natijahnya, aspek perpaduan dapat dipupuk melalui pendidikan.

Selain daripada pendidikan, kerajaan juga memainkan peranan yang penting dalam
membentuk persepsi masyarakat terhadap kepelbagaian. Hal ini kerana pihak kerajaan
dapat menggunakan Media massa sebagai medium yang efektif untuk menyampaikan
mesej perpaduan dan menghormati kepelbagaian budaya di Malaysia. Misalnya,
Program-program televisyen, filem, dan siaran radio yang mempromosikan nilai-nilai
perpaduan dan kesatuan boleh memberi impak positif terhadap pemikiran masyarakat.
Oleh itu, perlu ada inisiatif untuk menggalakkan pembikinan kandungan media yang
mencerminkan kepelbagaian masyarakat Malaysia. Intiharnya, media massa merupakan
salah satu usaha yang efektif untuk memupuk perpaduan.

Di samping itu, penganjuran aktiviti kebudayaan yang melibatkan pelbagai etnik juga
dapat memupuk perpaduan. Hal ini disebabkan program-program kebudayaan yang
menunjukkan ekspresi pertama yang menarik. Sebagai contoh, mengadakan sebuah
festival seperti pameran seni, konsert, dan festival budaya boleh menyediakan platform
untuk masyarakat berkumpul dan berkongsi pengalaman. Tuntasnya, penganjuran
aktiviti kebudayaan dapat membuatkan pelbagai kaum berkumpul bersama-sama
mengeratkan perpaduan.

Secara keseluruhannya, memupuk perpaduan masyarakat di Malaysia adalah usaha


berterusan dan melibatkan pelbagai aspek. Pendidikan, media, kebudayaan, ekonomi,
dan pemimpin adalah elemen-elemen penting yang perlu diambil kira. Hanya dengan
usaha bersama dan kesedaran akan kepentingan perpaduan, Malaysia boleh terus
menjadi contoh kejayaan dalam mewujudkan masyarakat yang harmoni dan bersatu
padu.
CONTOH KARANGAN(PERPADUAN)(PUNCA PUDAR)

Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan
pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia. Namun disebalik itu, kita
acapkali tersentak oleh pelbagai permasalahan perkauman yang dicetuskan oleh rakyat
kita sendiri. Negara Malaysia mengecapi kemerdekaan hasil usaha kesemua rakyat pada
ketika itu, tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit untuk hidup harmoni bersama-
sama. Namun, hari ini kita sering melihat siaran berita di televisyen dan video-video
perkongsian di laman sosial yang menggugat perpaduan kaum yang telah terbina sejak
dahulu lagi. Pelbagai faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku di mana kekurangan
sifat toleransi merupakan nilai yang penting bagi mencari kemajmukan dalam kalangan
masyarakat hari ini. Oleh itu, mari kita huraikan cabaran-cabaran yang timbul dalam
mengekalkan perpaduan kaum.

Cabaran pertama adalah dari segi politik negara. Perbezaan parti politik di Malaysia yang
berasaskan perkauman telah menyukarkan perpaduan kaum. Dunia politik
sememangnya penuh dengan kontrovesi dimana terdapat pelbagai individu yang
mempunyai tujuan dan kepentingan yang berbeza. Hasilnya, masih terdapat pemimpin
yang kurang bijak dengan mengharapkan sentimen perkauman dapat memancing
perhatian rakyat tetapi sebaliknya hanya ingin melindungi kepentingan diri sendiri. Oleh
itu, bagi menggerakkan negara ke arah kemajuan yang berdiri sama tinggi dan duduk
sama rendah dengan negara maju yang lain, ahli politik perlu bersikap terbuka dan
matang. Politik sepatutnya membela nasib keseluruhan rakyat bukannya mengikut
kepentingan bagi mana-mana pihak. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa fahaman parti
politik merupakan salah satu cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum di negara ini.
Sekiranya rakyat dan para pemimpin negara dapat mengatasi cabaran ini, pasti
perpaduan kaum antara Masyarakat dalam negara akan menjadi lebih erat.

Di samping itu, dominisasi sesebuah kaum dalam sesuatu bidang ekonomi juga telah
mewujudkan jurang ekonomi antara perkauman. Cabaran ini telah pun timbul sejak
zaman penjajahan British lagi dimana kaum Melayu menjadi petani dan nelayan, kaum
India diletakkan di ladang getah dan kaum Cina bekerja sebagai pedagang dan
melakukan perlombongan. Setelah kemerdekaan dicapai, berlaku perubahan di mana
setiap kaum mendapat peluang pendidikan dan mampu berjaya sekiranya berusaha
dengan betul. Namun begitu, akibat dasar penjajah dahulu, kesannya masih dapat dilihat
sampailah sekarang dimana sektor perniagaan masih didominisasi oleh kaum Cina dan
kebanyakan orang India masih tinggal di ladang. Rentetan senario ini telah menyebabkan
interaksi sosial di antara mereka terbatas. Kesannya, perasaan prasangka dan
perkauman akan menjadi semakin kuat dan menebal di antara sesama kaum dan
menyukarkan proses perpaduan
Cabaran seterusnya adalah dari segi sosial golongan muda dimana sistem pendidikan
yang diasingkan mengikut kaum telah wujud dan meninggalkan kesan yang kurang baik.
Pengenalan sistem sekolah vernakular yang mengikut kaum telah menjadikan hubungan
masyarakat semakin renggang. Mutakhir ini, masih ramai rakyat yang merupakan
warganegara Malaysia tidak fasih untuk bertutur dalam bahasa kebangsaan iaiatu
Bahasa Melayu. Bahasa merupakan elemen utama untuk berkomunikasi di antara satu
sama lain, sekiranya kita tidak fasih untuk berbahasa, bagaimana untuk kita
berkomunikasi dan memahami individu lain yang berbeza pendapat dengan kita. Jika
masyarakat majmuk melibatkan diri dalam kegiatan sosial terutamanya pendidikan dan
berkomunikasi dengan baik maka akan timbul sifat keterbukaan, persefahaman dan
toleransi antara satu sama lain. Pada hemat saya, mewujudkan satu sahaja aliran dalam
sistem pendidikan negara serta penekanan tehadap penggunaan bahasa kebangsaan
dapat menyelesaikan masalah perpaduan kaum yang semakin membelenggu
masyarakat hari ini. Persis kata mutiara, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Secara tuntas, pelbagai cabaran yang timbul dalam mengekalkan perpaduan kaum
dalam negara kita. Pelbagai usaha telah diambil tetapi belum cukup untuk mengekalkan
perpaduan kaum yang mudah untuk dimusnahkan. Kestabilan politik dan ekonomi
merupakan antara aspek yang bakal menentukan keutuhan perpaduan kaum dalam
negara ini. Semoga setiap di antara kita sedar betapa nikmatnya untuk hidup bersama-
sama dengan kaum dan agama lain secara harmoni dan sejahtera. Cabaran
mengekalkan perpaduan kaum ini sebenarnya merupakan tugas kita sendiri dalam
memastikan pemimpin yang adil dipilih, amalan sikap toleransi serta bertolak ansur
dilaksanakan dalam kehidupan harian masing-masing. Bersatu kita teguh, bercerai kita
roboh.
CONTOH KARANGAN(KEJIRANAN)(LANGKAH-LANGKAH)

Semangat kejiranan merupakan elemen utama dalam membina komuniti yang kukuh
dan harmoni. Kejiranan yang cergas dan bersatu padu membawa pelbagai kebaikan
seperti keamanan, pertukaran sokongan, dan rasa kebersamaan. Dalam usaha membina
semangat kejiranan yang kukuh, terdapat beberapa cara yang boleh diambil oleh
masyarakat.

Marilah kita capahkan lensa perbincangan dengan mengatakan bahawa saling


berkomunikasi adalah kunci untuk membina semangat kejiranan yang baik. Perkara ini
dapat dicapai apabila setiap individu melibatkan diri dalam perbincangan berkaitan
kejiranan, sama ada melalui mesyuarat kejiranan atau platform digital.Sebagai contoh
menghadirkan diri dalam mesyuarat bulanan yang diadakan.Melalui mesyuarat ini dapat
membolehkan penduduk berinteraksi dan berkongsi pandangan mereka.Kesan daripada
ini ialah sebarang perbalahan dapat diselesaikan lebih efisien. Natijahnya,komunikasi
yang terbuka dan jujur membina kepercayaan dan memupuk rasa kebersamaan di
kalangan jiran bagai air dengan tempayan.

Jika ditinjau dari skop yang berbeza,aktiviti sosial dalam kejiranan juga membentuk
ikatan yang erat antara penduduk.Hal ini dikatakan demikian kerana melalui aktiviti ini
dapat menambah kemahiran bersosial antara jiran.Misalnya,mengadakan majlis kecil
seperti jamuan kejiranan, perayaan harijadi atau aktiviti sukan bersama-sama membantu
mewujudkan suasana yang mesra dan akrab.Melalui aktiviti ini,masyarakat akan saling
bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk memenangi
pertandingan.Kesannya,semasa mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti ini, penduduk
dapat berinteraksi secara santai dan mengenal satu sama lain dengan lebih
baik.Tuntasnya,semangat kejiranan dapat dipupuk melalui aktiviti bersosial.

Melihat dari perspektif yang berbeza,kejiranan yang berupaya memberi dan menerima
sokongan antara satu sama lain memainkan peranan penting dalam membina semangat
kejiranan.Perkara ini dapat dibuktikan apabila sokongan emosi dan fizikal antara jiran
membantu mencipta persekitaran yang lebih selamat dan selesa.Sebagai misalynya,
saling membantu jiran dalam situasi kecemasan.Apabila kita saling membantu jiran yang
berada dalam kesusahan,kelak hari mereka akan membantu kita
semula.Intiharnya,memberi sokongan kepada jiran-jiran dapat memupuk semangat
kejiranan.
Sebagai kesimpulan, membina semangat kejiranan bukan hanya menjadi
tanggungjawab individu tetapi juga merupakan usaha bersama komuniti. Melalui
langkah-langkah diatas dapat memastikan semangat kejiranan terus disemai dalam diri
masyarakat. Semangat kejiranan yang cergas dan harmoni adalah asas kepada
kesejahteraan masyarakat tempatan dan kesinambungan hubungan yang erat antara
penduduk.
CONTOH KARANGAN(KEJIRANAN)(FAEDAH)

Semangat kejiranan, atau kebersamaan di antara jiran, merupakan asas yang kukuh
untuk mewujudkan masyarakat yang harmoni dan sejahtera. Terdapat banyak faedah
yang dapat diperoleh apabila semangat kejiranan diterapkan dan dihidupkan dalam
kehidupan seharian. Peribahasa Melayu yang sesuai untuk menggambarkan konsep ini
adalah "Bersekutu Bertambah Kuat," yang bermaksud kekuatan akan meningkat apabila
kita bersatu padu. Mari kita terokai beberapa faedah semangat kejiranan dalam konteks
masyarakat Malaysia.

Sebagai prakarsa perdana, semangat kejiranan membentuk suatu benteng keselamatan


di dalam komuniti.Peribahasa ”Air dicincang tidak akan putus" memberi gambaran
bahawa apabila penduduk kejiranan bersatu padu, mereka dapat memberikan
perlindungan dan sokongan kepada satu sama lain.Sebagai contoh,jawatankuasa
perumahan melakukan rondaaan pada waktu malam untuk memastikan keselamatan
penduduk terjamin.Melalui usaha ini sebarang kecurian atau rompakan dapat
dibanteras.Kesannya,minda penduduk akan menjadi tenang dan memastikan bahawa
tiada yang terpinggir atau terbiar dalam situasi yang memerlukan
pertolongan.Natijahnya,sebuah benteng kesalamatan dapat dibentuk melalui sifat
kejiranan.

Mari kita capahkan lensa diskusi, semangat kejiranan juga dapat memberikan faedah
dalam pembangunan sosial dan ekonomi.Hal ini kerana ,komunti ini bertanggungjawab
untuk menyediakan langkah kanan perniagaan ahli komuniti mereka sendiri. Contoh yang
boleh diambil adalah mereka dapat membangunkan projek-projek tempatan,
menggalakkan perniagaan kecil, dan membina ekonomi tempatanUsaha ini
membolehkan para penduduk untuk menerokai bidang perniagaan untuk memajukan
komuniti.Impaknya, ekonomi di komuniti tersebut akan menjadi lebih
mantap.Tuntasnya,ekonomi dan sosial dapat diperingkatkan melalui semangat kejiranan
yang kukuh.

Jika ditinjau dari skop yang berbeza, semangat kejiranan turut melibatkan kesedaran dan
penghormatan terhadap kepelbagaian budaya di dalam masyarakat. Peribahasa "Seperti
telur di hujung tanduk" menunjukkan bahawa kepelbagaian budaya adalah kekayaan
yang perlu dijaga dengan berhati-hati.Misalnya,setiap jiran perlu memahami dan
menghargai perbezaan setiap kaum dan budaya.Seperti yang kita ketahui,Malaysia
terdiri daripada pelbagai kaum yang unik.Penghormatan ini akan menciptakan suasana
yang inklusif dan bersatu padu.Intiharnya,sifat hormat dapat ditanam dalam diri
masyarakat melalui semangat kejiranan.
Akhirulkalam, semangat kejiranan membawa bersama banyak faedah yang
memperkukuhkan hubungan di antara jiran-jiran. Masyarakat haruslah menjaga
keamanan, kesejahteraan, dan kemajuan bersama. Masyarakat diharapkan dapat
mencapai perpaduan apabila mereka bersatu padu, dan semangat kejiranan adalah
kunci kepada kejayaan masyarakat yang seimbang dan bersatu.
CONTOH KARANGAN(KEJIRANAN)(PUNCA GAGAL)

Semakin berkembang pemikiran manusia dari semasa ke semasa, semangat kejiranan


yang lemah atau gagal berkembang sering kali berakar daripada pelbagai faktor yang
memerlukan penelitian dan penyelesaian. Hal ini kerana, mereka malu untuk saling
menegur antara satu sama lain peribahasa Melayu yang sesuai Seperti anak tebu,
masing-masing berdiri,. Perkara ini dapat ditonjolkan apabila, kurangnya program
komuniti di kawasan kejiranan.Terdapat beberapa punca utama yang menyebabkan
kegagalan semangat kejiranan.

Sebagai pembukaan isi yang pertama, perpecahan budaya dan perbezaan pendapat
boleh menjadi punca kegagalan semangat kejiranan.Hal ini demikian kerana mereka
tidak saling mengenali antara satu sama lain seperti peribahasa Tak tahu maka tak
cinta. Contohnya, tidak memahami etnik atau kaum yang jarang diwarwarkan
masyarakat. Sebagai bukti, budaya kadazandusun, bidayuh dan lain-lain yang jarang
didengari sehingga hari ini. Kesannya, mereka sukar untuk memahami antara satu
sama lain. Intiharnya, perbezaan budaya merupakan punca kepada kegagalan untuk
memupuk semangat kejiranan.

Selain daripada itu, ketiadaan kepemimpinan dalam sesebuah komuniti untuk


menggalakkan semangat kejiranan. Hal ini disebabkan, kurangnya individu yang
berilmu tinggi untuk memimpin masyarakat seperti peribahasa "Lidi sejajar rebungnya
condong,". Misalnya, seseorang yang tidak mendapat pendedahan awal tentang ilmu
kepimpinan seperti kurangnya pengetahuan dalam mentadbir masyarakat.Impak
daripada situasi ini, ekonomi dan pentadbiran masyarakat dalam sesuatu komuniti akan
terjejas. Izharlah di sini bahawa pemimpin berperanan penting dalam memupuk
semangat kejiranan

Mari kita meneruskan perbincangan dengan minda kelas pertama, kurangnya


kesedaran akan faedah semangat kejiranan di kalangan penduduk. Hal ini kerana
masyarakat hanya menggunakan akal sihat tanpa sebarang petunjuk yang betul untuk
meningkatkan semangat kejiranan sesuai dengan peribahasa "Seperti tikus membaiki
labu".Sebagai contoh, mereka melakukan kempen dalam kawasan kejiranan dengan
ala kadar sahaja. Buktinya, kempen dalam kawasan kejiranan yang kurang berkesan
untuk menggalakkan masyarakat berganding bahu. Kesannya, semangat kejiranan
masih tidak dapat dibaiki sekiranya tidak mempunyai pengetahuan yang
luas.Natijahnya, kesedaran semangat kejiranan hendaklah dipupuk untuk mengelakkan
kegagalan memupuk semangat kejiranan.
Sebagai penutup karangan, kegagalan semangat kejiranan disebabkan oleh pelbagai
faktor, termasuk ketidakfahaman, perbezaan budaya, kepimpinan yang lemah, tekanan
ekonomi, kurangnya tanggungjawab bersama, dan kurangnya kesedaran. Masyarakat
haruslah menghindari punca-punca kegagalan dalam memupuk semangat
kejiranan.Masyarakat diharapkan dapat mengeratkan semangat perpaduan agar
kesejahteraan dapat dicapai.
CONTOH KARANGAN(BANTU-MEMBANTU)(FAEDAH)

Dalam usaha untuk mencapai era yang penuh dengan nilai positif, amalan bantu
membantu semestinya perlu diluaskan sehingga seantero dunia.Hal ini kerana,terdapat
ramai orang di dunia ini yang masih memerlukan dan mengahrapkan bantuan seperti
peribahasa “Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan”. Situasi ini dapat dibuktikan apabila
pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membantu kawasan-kawasan banjir di
Malaysia. Perkara ini memberi pelbagai faedah kepada masyarakat setempat. Oleh itu
apakah kebaikan amalan bantu-membantu kepada masyarakat.

Antara kebaikan utama bantu-membantu adalah ia dapat memberikan kesedaran


tentang kesusahan yang dihadapi oleh sebahagian masyarakat kepada mereka yang
lebih bernasib baik. Hal ini kerana, orang yang membantu dapat merasai keperitan orang
yang dilanda keadaan yang merungsingkan. Misalnya, kejadian bencana alam melanda
kawasan perkampungan. Buktinya, bencana banjir yang banyak memusnahkan atau
merosakkan kebajikan penduduk kampung seperti perkakas rumah dan
pakaian.Kesannya, situasi ini akan membuka mata pelbagai pihak khususnya kepada
orang yang kurang kesedaran tentang para mangsa bencana alam supaya tidak menjadi
seperti katak di bawah tempurung. . Jelasnya, faedah bantu-membantu dapat meyuntik
kesedaran terhadap kesusahan atau masalah yang dialami oleh sebahagian
masyarakat.

Selain itu, amalan bantu-membantu dapat membentuk keperibadian dan nilai-nilai murni
yang baik. Hal ini disebabkan,aktiviti bantu –membantu meningkatkan kemahiran dan
pengetahuan dalam diri. Misalnya,Seseorang individu akan memperoleh kemahiran yang
bersopan santun. Melalui aktiviti ini, kemahiran untuk berkomunikasi dengan lebih
empati, menguruskan logistik dan sebagainya diperolehi.Kesan daripada situasi ini,
Mereka akan memiliki personaliti seseorang yang ikhlas dan berbudi bicara kepada orang
yang memerlukan bantuan. Persis kata mutiara, budi bicara budaya kita. Tegasnya,
penyertaan dalam aktiviti bantu-membantu dapat membentuk keterampilan diri yang
baik.

Seterusnya, kebaikan melaksanakan amalan bantu-membantu adalah mewujudkan


masyarakat yang penyayang dan bersatu padu.Hal ini demikian kerana, orang yang
dibantu akan menghormati dan menyayangi kitaatas perbuatan yang kita lakukan.
Contohnya menjadi sukarelawan untuk membantu gotong-royong mangsa- mangsa
bencana alam. Mengedarkan bantuan seperti pakaian serta keperluan asasi kepada
mereka. Impaknya, rasa sayang akan terlahir dalam diri kedua-dua belah pihak.
Tuntasnya, masyarakat yang bantu-membantu adalah masyarakat yang cakna dan
harmoni.

Kesimpulannya, banyak kebaikan yang diperoleh sekiranya kita melibatkan diri atau
menganjurkan kerja-kerja untuk membantu mereka yang dalam kesusahan. Setiap di
antara kita seharusnya mencari peluang untuk menyertai aktiviti seperti ini sekurang-
kurangnya sekali untuk merasai pengalaman dan tidak buta hati. Golongan berkuasa dan
barisan pemimpin masyarakat sepatutnya menghabiskan lebih masa dalam aktiviti
seperti ini agar masyarakat yang lebih baik dapat dilahirkan. Ahli falsafah tersohor,
Samuel Johnson pernah mengung­kapkan “Masa depan dibeli oleh masa sekarang”.
Ungkapan tersebut jelas mengatakan bahawa jika kit g terjamin. Seterusnya dapat
menjadi contoh atau model kepada masyarakat antarabangsa dalam menjadi prihatin
serta penyayang antara satu sama lain
CONTOH KARANGAN(AMALAN MEMBANTU)(PUNCA PUDAR)

Dalam masyarakat kita yang semakin kompleks dan dinamik, amalan tolong menolong
atau saling membantu telah semakin hilang dari pandangan dan nilai-nilai utama.
Fenomena ini kerana wujudnya pelbagai isu sosial yang dapat dilihat di sekitar kita.
Situasi ini dapat dibuktikan apabila masyarakat lebih gemar menonton orang yang dalam
kesusahan berbanding membantu orang tersebut.Perkara ini menyebabkan amalan
tolong menolong semakin berkurangan dalam masyarakat kita.Oleh hal yang demikian,
apakah punca-punca yang menyumbang kepada kemerosotan nilai bantu-membantu ini.
Sebagai pembuka bicara, urbanisasi dan gaya hidup moden seringkali dihubungkan
dengan penurunan amalan tolong menolong.Hal ini disebabkan masyarakat yang sudah
terikat dengan rutin harian yang sibuk, menyebabkan ramai orang semakin alpa dan leka
dengan isu kemanusiaan. Sebagai contoh, orang ramai yang lebih memfokuskan
perhatian mereka kepada keperluan peribadi. Melalui sikap sebegini,mereka akan fokus
menghabiskan waktu seperti berbelanja, bermain dan sebagainya. Kesannya,
masyarakat yang memerlukan bantuan akan semakin sirna dan akan diselaputi perasaan
kecewa dan sedih dalam diri mereka.Natijahnya, gaya hidup yang moden haruslah
dikawal dalam diri agar semangat bantu –membantu dalam diri kekal ada untuk
kepentingan semua pihak.
Selain itu, faktor ekonomi juga menjadi punca kepada kerosakan amalan bantu-
membantu.Hal ini demikian kerana terdapat jurang ekonomi yang menyebabkan beberpa
orang yang berkemampuan menjadi sombong dengan harta mereka. Misalnya, orang
yang berada dalam golongan T20 lebih memilih untuk membelanjakan harta mereka
dengan boros berbanding menginfakkan hartanya kepada golongan yang dalam keadaan
rungsing. Buktinya, terdapat golongan yang mempamerkan kemewahan di media sosial
daripada mempamerkan sikap membantu golongan yang dilanda kesusahan. Kesan
daripada situasi ini, terdapat lebih ramai golongan yang masih memerlukan bantuan
berbanding golongan yang menerima bantuan yang membuatkan ekonomi negara sedikit
terjejas. Intiharnya, masyarakat haruslah menaikkan ekonomi mereka agar dapat
membantu lebih ramai orang yang memerlukan.
Di samping itu, sektor pendidikan juga berperan dalam menentukan amalan tolong
menolong dalam masyarakat. Hal ini dikeranakan, sistem pendidikan yang terlalu
memfokuskan pada pencapaian akademik sehingga mengabaikan pembangunan nilai-
nilai sosial dan kemanusiaan dalam diri anak-anak. Sebagai contoh, anak-anak mungkin
diajar untuk bersaing dalam bidang akademik seperti persaingan dalam kelas ataupun
kokurikulum. Perkara ini dibuktikan apabila, terdapat golongan intelijen tetapi tidak
memiliki rasa simpati untuk saling bantu-membantu.Kesan daripada situasi ini generasi
yang lebih cenderung menjadi egois dan kurang peka terhadap keperluan komuniti
dilahirkan. Tuntasnya, sektor pendidikan sememangnya berperanan penting dalam
memebntuk insan yang suka bantu-membantu.
Akhirulkalam, terdapat beberapa punca pudarnya amalan bantu-membantu dalam diri
seseorang individu Masyarakat hendaklah mengelakkan sifat yang menyebabkan
amalan bantu-membantu pudar dalam diri mereka supaya tidak wujud golongan yang
sombong dan bongkak . Masyarakat juga diharapkan untuk berganding bahu supaya
dapat menguatkan diri untuk terus membantu golongan-golongan yang dilanda dalanm
kesusahan agar dapat membentuk dunia yang aman dan harmoni.
CONTOH KARANGAN(NILAI MURNI)(LANGKAH-LANGKAH)

Mutakhir ini,nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat semakin pudar.Hal ini terjadi
demikian kerana setiap pihak memandang enteng terhadap amalan nilai nilai murni.Jika
nilai-nilai murni ini tidak dipupuk maka negara kita akan dahagakan masyarakat yang
saling bersatu padu.Oleh itu,nilai-nilai murni ini haruslah dipupuk sejak dibangku sekolah
lagi kerana ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’.Bagaimanakah cara-cara untuk
memupuk nilai-nilai murni ini daripada terus hilang ditelan zaman?

Langkah perdana yang boleh diambil untuk memupuk nilai murni adalah melalui bantuan
pihak kerajaan.Kerajaan perlu mengadakan kempen-kempen kesedaran kepada
masyarakat sama ada di desa ataupun di bandar-bandar besar yang sedang mengalami
proses pembangunan ekonomi.kempen ini haruslah dilakukan secara berterusan dan
janganlah sekadar ‘hangat-hangat tahi ayam’kerana akan menyebabkan kerugian
kepada negara kita sendiri.Jika inisiatif untuk memupuk nilai-nilai murni dalam diri
masyarakat tidak dilakukan oleh pihak kerajaan maka masyarakat pada hari ini akan
terus hanyut dalam dunia modenisasi ini.Oleh itu,pihak kerajaan haruslah mengadakan
kempen ini secara berterusan supaya masyarakat akan terus dibasahi dengan nilai-nilai
murni yang akan mengeratkan hubungan antara masyarakat di negara kita

Langkah seterusnya yang dapat kita lakukan dengan menyedarkan ibu bapa tentang
pentingnya memupuk nilai-nilai moral dalam diri anak-anak semasa mereka masih tidak
mengenal apa itu erti kehidupan.Ibu bapa boleh memupuk anak-anak mereka dengan
sentiasa mengajar mereka tentang pentingnya semangat kejiranan dan perpaduan.Oleh
hal demikian,ibu bapa mestilah sentiasa membawa mereka untuk mengikuti program
yang dianjurkan oleh pihak tertentu yang menjurus kepada usaha untuk memupuk nilai-
nilai murni.Jika ibu bapa hanya mengambil ringan akan masalah yang sedang melanda
negara kita sekarang maka negara kita akan mengalami satu masalah besar yang akan
menyerang negara pada masa akan datang bak kata pepatah’api kecil baik
dipadam’.Oleh itu,peranan ibu bapa dalam menangani masalah ini amat diperlukan
kerana setiap pembelajaran itu bermula dari rumah dan ibu bapa haruslah sabar dalam
mendidik anak-anak kerana ‘belakang parang jika diasah tajam juga.

Jika ditinjau dari perspektif lain pula,pihak sekolah boleh mengadakan pelbagai aktiviti
yang berfaedah di sekolah mahupun di luar kawasan sekolah seperti bergotong-royong
untuk membersihkan sekolah dan mencantikkan sekolah.Aktiviti-aktiviti seperti ini dapat
memberi kesedaran kepada pelajar tentang pentingnya semangat bekerjasama dan
saling membantu dalam kalangan masyarakat.Kementerian Pelajaran boleh mewujudkan
mata pelajaran baru yang mengajar pelajar tentang nilai-nilai moral.Jika pihak sekolah
tidak memainkan peranan dalam mengatasi masalah ini maka negara kita semakin
kepupusan pelajar yang mempunyai nilai moral yang akan menjadi tunggak negara pada
masa akan datang.Tegasnya, pihak sekolah juga memainkan peranan utama dalam
mengatasi keruntuhan nilai-nilai moral dalam kalangan masyarakat.

Kesimpulannya,kita haruslah bersatu padu dalam memerangi masalah keruntuhan


moral dalam kalangan masyarakat di negara ini dan semua pihak mestilah memainkan
peranan yang penting dalam memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat, bak
kata pepatah’Bersatu kita teguh,bercerai kita roboh’.Kita haruslah memupuk nilai-nilai
murni ini di dalam diri kita kerana tidak rugi seseorang itu yang mempunyai nilai-nilai
murni kerana ‘hancur badan dikandung tanah,budi baik dikenang juga’.
CONTOH KARANGAN(NILAI MURNI)(FAEDAH)

Nilai-nilai murni merupakan amalan baik yang perlu ada pada setiap orang supaya
segala tindakan mereka tidak menyeleweng dari norma-norma sosial yang dikehendaki
dalam masyarakat. Nilai-nilai murni ini dapat melahirkan insan yang unggul dan
utopia demi merealisikan misi nasional negara. Sejajar dengan itu, subjek Pendidikan
Moral dan Pendidikan Islam telah diajar di sekolah-sekolah untuk membentuk generasi
muda yang sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan mereka. Selain itu,
ibu bapa juga perlu memainkan peranan penting untuk memastikan wujudnya nilai-nilai
murni dalam diri anak-anak mereka.

Nilai-nilai murni penting dalam kehidupan untuk melahirkan insan yang berakhlak mulia.
Sesungguhnya berakhlak mulia amat dituntut dari sudut budaya, peradaban dan agama
kita. Amalan nilai-nilai murni dapat membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani,
emosi, rohani dan intelek. Kini, bilangan pelajar di negara kita sejumlah 5 juta orang, jika
tidak diterapkan dengan nilai-nilai murni sejak di bangku sekolah maka mereka akan
menjadi generasi yang akan merugikan negara pada masa kelak. Hal ini kerana, nilai-
nilai murni akan mencerminkan suasana kehidupan yang harmoni di Malaysia.

Selain itu, perlu adanya nilai-nilai murni dalam kehidupan adalah untuk membentuk
masyarakat yang berpegang teguh kepada ajaran agama. Kepatuhan kepada agama
dapat membentuk insan mulia yang sentiasa patuh kepada Tuhan dan setia kepada
negara. Oleh itu, ibu bapa perlu menerapkan nilai-nilai murni yang terdapat dalam doktrin
agama masing-masing ke dalam jiwa anak-anak. Tambahan pula, nilai-nilai murni yang
berasaskan agama penting untuk membentuk masyarakat yang bersatu padu.

Di peringkat sekolah pula, didikan moral yang positif dan nilai murni yang diterapkan oleh
guru, akan dapat mengelakkan diri pelajar daripada terjebak dalam pelbagai pengaruh
negatif luar yang tidak memberikan apa-apa faedah dan manfaat. Bekas Perdana
Menteri, Tun Sri Dr. Mahathir Mohamad memperkenalkan subjek Pendidikan Moral di
peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah adalah bertujuan memupuk nilai-nilai
murni remaja sejak di bangku sekolah. Hal ini demikian kerana negara memerlukan
generasi yang berpengetahuan, berwibawa dan berwawasan, berdisiplin, hemah tinggi,
dedikasi, berfikiran luas serta positif.

Guru-guru dan keadaan sekolah yang kondusif boleh membantu para pelajar untuk
mewujudkan nilai murni dalam diri mereka. Kewujudan nilai-nilai murni ini dapat
melahirkan pelajar yang cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik, tetapi juga
bidang kokurikulum. Sebagai contohnya, guru-guru yang menunjukkan sikap positif boleh
menjadi role model kepada para pelajar. Sementelahan, keadaan sekolah yang kondusif
dan lengkap dengan kemudahan pembelajaran dapat memudahkan para pelajar belajar
dan seterusnya dapat memupuk sikap posif dalam diri mereka. Begitulah caranya
sekolah dapat membantu para pelajarnya menjadi seorang yang memiliki nila-nilai murni
dalam diri mereka.
Tidak dapat dinafikan bahawa masyarakat pada hari ini terlalu materialistik dan
mementingkan kemewahan. Oleh itu, tanggapan sesetengah pihak yang menganggap
kononnya nilai kasih sayang yang boleh ditukar ganti dengan harta benda merupakan
satu kesilapan besar. Sebenarnya, gejala sosial yang semakin berleluasa ini berpunca
daripada kekurangan kasih sayang daripada ibu bapa mereka. Ibu bapa terlalu sibuk dan
tiada masa untuk menerapkan nilai-nilai murni kekeluargaan seperti kesopanan, adab
dan kelakuan yang baik kepada anak-anak. Oleh itu, dalam usaha memupuk nilai murni
dalam diri anak-anak, ibu bapa perlu sentiasa bersikap prihatin terhadap anak mereka
bagi membina sebuah keluarga yang harmoni.

Kesimpulannya, semua masyarakat di negara ini perlulah tahu dan mengamalkan nilai-
nilai murni dalam diri masing-masing. Hal ini demikian kerana, terdapat banyak
kepentingan bagi nilai-nilai murni yang wujud dalam diri kita. Selain itu, terdapat banyak
juga langkah untuk mewujudkan nilai-nilai murni ini. Sebagai hasilnya, negara akan
memiliki rakyat yang produktif dan berkualiti.
CONTOH KARANGAN(NILAI MURNI)(PUNCA PUDAR)

Semakin berkembang teknologi dari semasa ke semasa masyarakat kita, yang


sebelum ini dikenali dengan nilai-nilai murni yang kukuh dan tradisi yang terpelihara, kini
menghadapi cabaran besar dengan pudarnya nilai-nilai tersebut. Hal ini kerana,
masyarakat leka dengan kebutuhan sosial akibat daripada perkembangan teknologi.
Perkara ini dapat ditonjolkan apabila masyarakat lebih menghabiskan masa
menggunakan teknologi untuk perkara yang tidak berfaedah berbanding menghabiskan
waktu melakukan amalan baik. Perkara ini memberi impak terhadap perkembangan
sosial, malah mengukuhkan jurang dalam hubungan antara individu dan
masyarakat.Perkara ini hendaklah dikenalpasti oleh semua pihak dalam usaha untuk
memahami punca-punca kehilangan nilai-nilai murni ini, kita perlu menyelami akar-akar
masalah yang mungkin menyumbang kepada perubahan ini.
Lensa perbincangan diluaskan dengan terjadinya perubahan dalam struktur keluarga
yang meyebabkan pudarnya nilai-nilai murni dalam masyarakat.hal ini kerana, perubahan
zaman dari zaman tradisional ke zaman moden membawa bersama perubahan gaya
hidup dan perubahan dalam peranan keluarga.Sebagai contoh, keluarga merupakan
tapak utama untuk pembelajaran nilai-nilai murni seperti hormat, tanggungjawab, dan
keberkatan seperti peribahasa anak-anak ibarat kain putih yang dicorakkan oleh ibu
bapa. Namun, dengan peningkatan kadar perceraian, keluarga terbahagi dan seringkali
nilai-nilai ini tidak dapat disampaikan secara menyeluruh kepada generasi muda.
Kesannya, nilai- nilai murni semakin sirna dalam diri anak- anak pada masa kini.
Intiharnya, keluarga merupakan salah satu struktur yang perlu dipertahankan untuk
mengelakkan sirnanya nilai murni dalam diri anak- anak.
Selain itu, fenomena globalisasi juga turut menyumbang kepada kehilangan nilai-nilai
murni dalam masyarakat.Hal ini demikian kerana dengan penyebaran teknologi dan
media massa, masyarakat kita terdedah kepada budaya luar yang mungkin tidak
sehaluan dengan nilai-nilai tradisional. Misalnya beberapa pengaruh dari luar yang
menunjukkan perilaku yang kurang sopan. Buktinya ramai individu yang kurang untuk
melakukan kebaikan tetapi mereka cenderung untuk membutakan mata dan leka dengan
pengaruh luar seperti peribahasa kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Impak
daripada situasi ini, pengaruh barat yang negatif akan bermaharaja lela mengendalikan
perbuatan masyarakat kita yang sepatutnya menerapkan nilai- nilai murni dalam
kehidupan,Nattijahnya, fenomena globalisasi merupakan faktor yang perlu dielakkan bagi
memastikan nilai murni terus mekar dalam diri masyarakat.
Seterusnya, sistem pendidikan juga tidak terkecuali daripada menyumbang kepada
pudarnya nilai-nilai murni dalam masyarakat. Hal ini disebabkan, pihak sekolah yang
terlalu mementingkan para pelajarnya untuk mencapai prestasi yang gemilang tanpa
memikirkan akhlak dan nilai murni dalam diri pelajar yang juga perlu dididik. Sebagai
contoh, pihak sekolah yang memaksa para pelajar mendaptakn gred tertinggi dalam
setiap subjek dan mengenepikan amalan nilai murni dalam diri pelajar seperti membantu
rakan- rakan yang lain. Kesan dari pada situasi ini, pelajar yang penuh dengan akhlak
buruk dilahirkan. Izharlah bahawa pihak sekolah perlu menitikberatkan aspek nilai murni
dalam diri pelajar.

Sebagai penutup bicara akhir masyarakat hendaklah menangani pudarnya nilai-nilai


murni peribahasa Melayu "Air dicincang tidak akan putus" mengingatkan kita bahawa
usaha bersama-sama dari pelbagai pihak akan membawa impak positif. Dengan
kesedaran dan usaha yang berterusan, kita dapat memulihkan dan mengukuhkan
kembali nilai-nilai murni yang telah lama menjadi asas masyarakat kita.
Slogan kata
Perpaduan/Kejiranan
• "Satu hati, bersatu padu, kejayaan bersama kita bina."
• "Harmoni dalam perbezaan, kekuatan dalam perpaduan."
• "Bersama-sama, kita cipta sejarah kejayaan yang abadi."
• "Cahaya persatuan menyinari jalan kejayaan kita bersama."
• "Berbilang warna, satu jiwa, menuju masa depan penuh kegemilangan."

Kerjasama
• "Kerjasama Cemerlang, Kejayaan Bertepatan."
• "Bersatu Seiring, Berjaya Bersama."
• "Sentiasa Bersama, Maju Ke Hadapan."
• ”Kekuatan Dalam Bersatu, Kejayaan Dalam Kerjasama."
• "Padu Sepakat, Kejayaan Dicapai Bersama."
Nilai murni
• "Kerjasama Cemerlang, Kejayaan Bertepatan."
• "Bersatu Seiring, Berjaya Bersama."
• "Sentiasa Bersama, Maju Ke Hadapan."
• "Kekuatan Dalam Bersatu, Kejayaan Dalam Kerjasama."
• "Padu Sepakat, Kejayaan Dicapai Bersama."
Mutiara Kata

• Jangan sesekali pernah membenci seseorang


• Anda perlu sentiasa bersedia untuk memberi pertolongan, bantuan dan khidmat
kepada orang lain.
• Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan.
Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan.
Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan
kebahagiaan.”
• Perpaduan tidak memberi erti kalau sekadar dalam lafaz kata-kata semata.
Perpaduan tidak wujud hanya dengan disuruh-suruh dan diseru-seru.
Perpaduan harus diwujudkan atas kepentingan rakyat dan bukan kepentingan
suatu pihak atau golongan sahaja.” - Sasterawan Negara, Usman Awang.
• Perpaduan adalah cara hidup setiap rakyat Malaysia .Kita perlu bersatu
sepertimana kita sayangkan keluarga dan anak-anak kita , kita perlu
menyayangi mereka , kita juga perlu memupuknya di kalangan semua orang.Kita
juga perlu saling hormat menghormati ,saling bekerjasama dan berusaha
bersama-sama untuk mencapai objektif sebuah Bangsa Malaysia .

Data/statistik
Perpaduan
• KANGAR: Hubungan dan perpaduan antara kaum di negara ini bertambah baik
berdasarkan dapatan Kajian Indeks Perpaduan Nasional (IPNas) 2.0 yang
dijalankan tahun lalu. “Tahap kesepaduan sosial pada tahun 2022 menunjukkan
peningkatan sebanyak 0.062 (6.2%) daripada nilai indeks 0.567 yang dicapai
pada tahun 2018.
Nilai murni
• Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, Universiti Teknologi Mara (UiTM),
Prof. Datuk Dr. Shamrahayu Ab. Aziz berkata, situasi berkenaan dilihat sebagai
hasil daripada hakisan yang terjadi pada nilai-nilai murni dalam kalangan
masyarakat itu sendiri.“Situasi kehidupan kita sekarang ini menunjukkan telah
berlakunya defisit nilai-nilai kemanusiaan kerana kita tidak dapat mendidik jiwa-
jiwa manusia dari segi pendidikan sistem berkeluarga dan pembangunan rumah
tangga.
Peribahasa
Perpaduan/Kejiranan
• "Bersepakat boleh berbeza pendapat, bersatu pasti lebih bertenaga."
• "Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh."
• "Bagai aur dengan tebing, perpaduan memperkuat."
• "Seribu kawan lebih baik daripada satu musuh."
• "Air dicincang tidak akan putus, perpaduan menjadikan kita kuat."
• "Kasih sayang sesama kita, perpaduan terwujud."
• "Seperti padi dengan sekam, perpaduan memperkukuh kita."
• "Jangan retak, jangan rebah, perpaduan kekuatan sejati."
• "Seperti angin bertiup bersama, perpaduan membawa kejayaan."
• "Ketika tangan berganding, berat beban terasa ringan."
Kerjasama
• "Bagai aur dengan tebing"
• "Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh
• "Air dicincang tidak akan putus
• "Sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit
• Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana
• Melentur buluh biarlah dari rebungnya
• Bagai menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan
berselerak
• Sambil menyelam minum
• Patah tumbuh, hilang berganti
• Harapkan pagar, pagar makan padi
Nilai murni
• Seperti padi yang bunganya merunduk, nilai murni adalah sifat rendah hati.
• Bagai air yang mengalir, kejujuran adalah pondasi nilai murni.
• Seperti pohon yang kokoh berakar, kesetiaan adalah dasar nilai murni.
• Sama seperti matahari yang bersinar, keadilan merupakan inti dari nilai-nilai murni.
• Bagai embun pagi yang menyegarkan, belas kasihan adalah salah satu nilai murni.
• Seperti bunga yang mekar, kebaikan hati adalah bentuk nilai-nilai murni.
• Layaknya bintang yang bersinar di malam gelap, kejujuran adalah cahaya dalam
nilai murni.
• Seperti sungai yang mengalir terus, keikhlasan adalah aspek penting dari nilai-
nilai murni.
• Sama seperti awan yang memberi hujan, kebaikan adalah wujud dari nilai murni.
• Bagai gunung yang kokoh, keberanian adalah bagian integral dari nilai-nilai murni.
Kosa kata berdarjat tinggi

Kosa kata Maksud


Dinamis bersepakat
Berkongkalikong berdaya saing
Obligasi semangat / kewajiban
Seyogia sepatutnya
Sementelahan tambahan pula
Efisien berkesan
Tuntas secara menyuluruh
Izhar jelas
Inklusif merangkumi
Kulawarga keluarga
Ikhtisar pendapat ringkas
Wasilah ikatan
Nirmala suci
Sakinat ketenangan
Sinergi kerjasama
Mutakhir ini masa kini
Maslaha faedah
Insentif ganjaran
Teladan contoh
Era zaman
Natijahnya kesannya
Sanubar jiwa
Efektif berkesan
Diuar-uarkan Dicanangkan
Kesedaran sivik Kesedaran tentang tanggungjawab
Merencatkan Menggagalkan
Membendung Mengawal
Mekanisme kawalan Alat / aspek yang mengawal sesuatu
Pancaroba Keadaan yang kacau
Sayugia Harus / patut
Merunsingkan Merisaukan
Pandangan sarwa Pemikiran biasa
Anjakan paradigma Perubahan
Relevan dengan kehendak zaman Diterima dengan perubahan dari
semasa ke semasa

You might also like