Paparan Tergantung Ultra Ulti Box

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 10

Paparan Tergantung

Kenal pasti model Astro Box anda


Sila ke muka surat yang tertera untuk bantuan asas teknikal.

Ultra and Ulti Box (2 model) Muka surat 2

Guide to Refresh Box Setting Muka surat 3

Astro Box Installation Setup Muka surat 6


Guide

Muka surat 1 daripada 10


Paparan Tergantung

Panduan untuk Ultra dan Ulti Box

LANGKAH 1
Cuba tukar saluran pada alat kawalan jauh Astro anda. Semak lampu LED pada alat
kawalan jauh. Sekiranya lampu LED berkelip 3 kali atau tidak berkelip, sila ganti bateri
dan teruskan ke LANGKAH 2. Sekiranya LED berkelip sekali, ianya bermaksud alat
kawalan jauh berfungsi dengan baik, teruskan ke LANGKAH 3.

LANGKAH 2
Semak sekiranya anda boleh menukar saluran menggunakan alat kawalan jauh. Anda
seharusnya sudah tidak mengalami masalah ini sekiranya ia berpunca daripada
kehabisan bateri. Sekiranya masih bermasalah selepas penggantian bateri, cuba tukar
saluran secara manual daripada panel depan box (Jika ada).

Sekiranya anda berjaya secara manual daripada panel depan box, anda perlu
mendapatkan alat kawalan jauh baru. Ini mungkin disebabkan oleh kerosakkan pada
alat kawalan Jauh. Anda boleh ke Pusat Khidmat Pelanggan yang terdekat untuk
dapatkan penggantian alat kawalan Jauh. Jika tidak , teruskan dengan LANGKAH 3.

LANGKAH 3
Anda perlu mengemaskini tetapan box secara manual dengan menekan butang pada
panel depan box. Rujuk Guide to Refresh Box setting.

Muka surat 2 daripada 10


Paparan Tergantung

Guide to Refresh Box Setting

LANGKAH 1
Sila tutup suis box dan pastikan lampu adaptor
tidak menyala (OFF).

LANGKAH 2
Hidupkan box anda dan pastikan lampu adaptor
menyala (ON).

LANGKAH 3
Tekan butang "Standby" berulang kali setelah box
anda dihidupkan. Skrin "Startup Options" akan
terpapar pada TV anda

LANGKAH 4
Tekan '987' untuk mengakses menu "Advanced
Startup Options"

Muka surat 3 daripada 10


Paparan Tergantung

LANGKAH 5
Tekan 1 untuk meneruskan "standard clear
NVRAM"

LANGKAH 6
Tekan "OK" untuk meneruskan "restore to factory
setting"

LANGKAH 7
Selepas proses "restore factory setting" selesai,
skrin TV akan menjadi kosong. Sila tunggu
sehingga box selesai dikemaskini.

LANGKAH 8
Tekan 1 untuk teruskan penetapan.

Muka surat 4 daripada 10


Paparan Tergantung

LANGKAH 9
Setelah selesai, skrin berikut akan dipaparkan
pada TV anda.

LANGKAH 10
Rujuk "Installation Setup guide" untuk
menlengkapkan penetapan.

Muka surat 5 daripada 10


Paparan Tergantung

Astro Box Installation Setup Guide

LANGKAH 1
Pilih bahasa anda.

LANGKAH 2
Pilih "Next" dan tekan "OK"

LANGKAH 3
Pilih "Auto" sebagai Resolusi Video

LANGKAH 4
Pilih "Next" dan tekan "OK"

Muka surat 6 daripada 10


Paparan Tergantung

LANGKAH 5
Pilih "Confirm" and tekan "OK" untuk
mengesahkan pilihan, sekiranya anda dapat
membaca teks tertera dengan baik. Sekiranya
tidak, pilih "Cancel" and kembali ke tetapan
sebelumnya.

LANGKAH 6
Pilih mod pengendalian box anda.

LANGKAH 7
Pilih "Next" dan tekan "OK"

LANGKAH 8
Pilih tetapan internet anda. Sambungan melalui
kabel LAN, teruskan ke LANGKAH 9. Sambungan
melalui Wi-Fi, teruskan ke LANGKAH 10.

Muka surat 7 daripada 10


Paparan Tergantung

LANGKAH 9
Skrin berikut akan dipaparkan sekiranya
sambungan internet berjaya. Teruskan ke
LANGKAH 14.

LANGKAH 10
Pilih sambungan WiFi anda.

LANGKAH 11
Masukan kata laluan untuk meneruskan
sambungan. Pilih "Done" dan tekan "OK" selepas
kata laluan dimasukkan.

LANGKAH 12
Sila tunggu sehingga box disambungkan pada
rangkaian internet anda.

Muka surat 8 daripada 10


Paparan Tergantung

LANGKAH 13
Skrin berikut akan dipaparkan sekiranya
sambungan internet berjaya.

LANGKAH 14
Skrin "Tuner Settings" akan dipaparkan. Pilih "LNB
Type" sebagai tetapan pemasagan.

LANGKAH 15
Pilih "Next" dan tekan "OK" untuk pengesahan.

LANGKAH 16
Pilih "01 M3B VL - 10732" sebagai "Entry Point"
dan tekan "OK" untuk pengesahan.

Muka surat 9 daripada 10


Paparan Tergantung

LANGKAH 17
Pilih "Next" dan tekan "OK" untuk pengesahan.

LANGKAH 18
Bacaan isyarat untuk skrin "Tuner 1" akan
dipaparkan. Tekan kanan untuk "Tuner 2"

LANGKAH 19
Bacaan isyarat untuk skrin "Tuner 2" akan
dipaparkan. Pilih "Finish" dan tekan "OK" untuk
selesaikan penetapan.

Muka surat 10 daripada 10

You might also like