Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SEK KEB TAMAN BUKIT RAMBAI Kod Sekolah: MBA 2042

1. Nama Guru
JUNAIDAH BT. ABDUL JALEL
2. Judul 3. Bidang: KEAGAMAAN
IMAM
4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa: -

6. Tempat Pembentangan
-
7. Sinopsis :

Novel ini merupakan novel yang ditulis oleh Sasterawan Negara Allahyarham Abdullah Hussain.
Novel ini membawa unsur islamik yang di luar daripada kebiasaan. Watak utama Imam Hj Mihad
ingin membawa pembaharuan kepada masyarakat namun mendapat tentangan daripada
sebahagian daripada penduduk kampung termasuk sanak saudara dan sahabatnya. Pelbagai
halangan dan cabaran yang beliau hadapi di mana salah satu daripadanya ialah campur tangan
daripada Majlis Agama Islam yang menjadikan aqidah Imam Mihad turut diragui. Namun sikap
keterbukaan Imam Mihad dalam cerita ini telah membawa pembaca ke ruang yang lebih terkesan
apabila semuanya dapat diselesaikan dan diyakinkan dengan baik dengan hujah-hujah santai dan
berkaitan dengan situasai terikini pada masa itu. Walaupun selalu diperlakukan secara tidak adil,
tetapi penulis telah meyakinkan watak Imam Mihad yang merupakan seorang peramah dan tutur
kata yang sopan dan lemah lembut telah memberi pesona kepada pembaca terhadap Imam
Mihad mendasari persoalan asa agama yang membawa kepada kesaksamaan kepada
masyarakat secara keseluruhan. Penamat cerita yang tragis di mana Imam Mihad dibunuh akibat
daripada sikap tamak, ego, cemburu dan hasad dengki manusia terhadap beliau. Hal ini sering
berlaku dalam kalangan masyarakat kita kerana bagi mereka orang lain tiada hak untuk
menikmati kehidupan yang lebih baik daripada mereka. Pemergian Imam Mihad adalah satu
pemergian yang suci kerana perjuangan yang ikhlas itu membawa satu pengakhiran yang
diberkati. Pengajarannya ialah jika kita melakukan sesuatu pekerjaan dengan bersungguh-
sungguh dan sabar dengan segala cabaran, Allah akan sentiasa mengiringi kehidupan kita
dengan perkara yang baik.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Pengajarannya ialah jika kita melakukan sesuatu pekerjaan dengan bersungguh-sungguh dan
sabar dengan segala cabaran, Allah akan sentiasa mengiringi kehidupan kita dengan perkara
yang baik.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Jujur,ikhlas dan menjalankan tugas dengan bersungguh-sungguh.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( JUNAIDAH BT. ABDUL JALEL ) ( )

You might also like