Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Terima kasih saudari pengacara majlis,

Yang Berusaha, Puan Siti Zauyah binti Abd Karim Guru Besar SK Jalan Panglima Bukit
Gantang, yang dihormati Puan Jamilah binti Mohamad Hanipah, Penolong Kanan Pentadbiran,
Encik Sulaiman bin Jaafar, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid ,Puan Rabiatul Adawiyah binti
Bahari, Penolong Kanan Kokurikulum, rakan-rakan guru yang dikasihi, serta murid-murid yang
disayangi sekalian .

Assalamualaikum wbt dan selamat pagi.

Terlebih dahulu saya memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan limpah
kurnia-Nya maka kita dapat bersua kembali dan akan menyaksikan Majlis Pelancaran Minggu
Bahasa Melayu bagi tahun 2023 Peringkat SK Jalan panglima Bukit Gantang. .Jutaan terima
kasih ditujukan kepada Puan Siti Zauyah, Guru Besar SK Jalan Panglima Bukit Gantang serta
barisan pentadbir yang telah memberi sokongan padu dan kepercayaan yang tinggi kepada
Panitia Bahasa Malaysia untuk menjalankan aktiviti sepanjang minggu Bahasa melayu ini
dijalankan. Tidak lupa juga buat rakan-rakan ahli panitia serta rakan-rakan guru yang sudi
bekerjasama merealisasikan Majlis Pelancaran Minggu Bahasa Melayu bagi tahun ini.
Diharapkan agar segala aktiviti yang dirancang akan berjalan dengan lancar. Tidak lupa juga
saya merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua murid SK Jalan Panglima Bukit
Gantang yang sudah pastinya akan melibatkan diri secara aktif sepanjang Minggu Bahasa
Melayu ini nanti yang akan berlangsung selama 2 minggu bermula dari 12 jun hingga 23 jun
2023.
Tidak dapat dinafikan bahawa kempen dan Program Minggu Bahasa perlu diteruskan saban
tahun memandangkan bahasa merupakan salah satu agenda utama yang sentiasa diberi perhatian
oleh pihak sekolah di bawah Unit Kurikulum Sekolah dalam melahirkan warga yang benar-benar
menjiwai Bahasa Melayu tersebut kerana bahasa merupakan elemen yang amat penting sebagai
alat menyatupadukan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan fahaman agama.

Sehubungan dengan itu, pelbagai aktiviti telah dirancangagar murid-murid dapat turut erta dalam
setiap acara dan pertandingan yanag akan diadakan. Antaranya ialah penulisan esei dan pidato
piala diraja yang sedang berlangsung bermula hari ini sehingga 16hb jun. penulisan esei perlu
disertai oleh murid-murid tahap 2 kerana sijil akan diberikan kepada seberapa banyak penyertaan
yang dihantar oleh setiap sekolah. Markah juga akan dimasukkan di dalam PAJSK.
Acara lain yang akan dipertandingankan ialah mendeklamasi sajak, syair, bercerita bagi
tahap 1 dan tahap 2, kuiz Bahasa melayu, mengarang sajak, bagi aktiviti murid pra sekolah pula
ialah menyusun vokal dan ___________________. Bagi murid pemulihan pula
_______________________________________.
Setiap acara yang dipertandingkan ini akan diberitahu tarikhnya kelak. Setiap acara yang
dipertandingan akan diberikan hadiah. Diharapkan semua murid dapat menyertai acara yang
dipertandingkan. Sekian sahaja ucapan dan penerangan serba ringkas daripada saya.
Sekian terima kasih.

You might also like