Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

LANGKAH MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU

'Bahasa jiwa bangsa', itulah frasa yang paling sesuai untuk

melambangkan signifikan sesuatu bahasa kepada bangsa-bangsa di Malaysia.
Pelbagai polemik telah dibangkitkan sejak akhir-akhir ini bagi membicarakan
identiti bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan bagi sebuah rumpun bernama
Malaysia. Namun begitu, apakah inisiatif yang perlu dilaksanakan demi
memartabatkan bahasa Malaysia dalam kalangan masyarakat?

Langkah-langkah yang patut diambil termasuklah menggesa semua urusan rasmi

dan surat-menyurat di semua jabatan kerajaan diimplimentasikan dalam bahasa
ibunda. Mutakhir ini, jabatan-jabatan kerajaan lebih gemar memilih bahasa Inggeris
yang dianggap berdarjat tinggi berbanding bahasa Malaysia untuk digunakan dalam
urusan syarikat mereka. Sebagai contoh, dalam urusan di mahkamah hanya boleh
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam proses perbicaraan. Oleh
itu, pihak-pihak ini haruslah menjaga martabat bahasa Malaysia supaya tidak hilang
ditelan zaman.

Di samping itu, bagi mengukuhkan kedudukan bahasa Malaysia dalam

sanubari rakyat, DBP harus melaksanakan pelbagai aktiviti yang menggapai minat
umum terhadap keindahan bahasa Malaysia. Aktiviti seperti Sayembara Pidato
Antarabangsa anjuran Kementerian Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan
Pelancongan dengan usahasama Radio Televisyen Malaysia (RTM) baru-baru ini
dilihat sebagai anjakan paradigma yang berpotensi memperkenalkan bahasa
kebangsaan di peringkat dunia. Deduksinya, langkah yang sama harus diambil DBP
untuk mewujudkan 'jiwa bahasa' dalam kalangan rakyat.

Mendepani arus globalisasi kini, pelbagai perubahan serta modifikasi yang sudah
dilaksanakan terhadap bahasa Melayu asal sehingga terbentuk bahasa rojak. Lihat
sahaja di kiri dan kanan jalan raya serta di bangunan-bangunan pencakar langit,
banyak papan tanda memaparkan penggunaan bahasa rojak. Perkara ini tidak patut
dibiarkan berlarutan kerana keupayaannya untuk mencemarkan bahasa adalah
tinggi. Oleh itu, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak harus berpeluk tubuh dan
mendiamkan diri, sebaliknya perlu mengambil tindakan Undang-undang bagi
menyedarkan pihak berkenaan bahawa bahasa Malaysia bukanlah
sebuah wadah mainan komersial.

Konklusinya, semua pihak haruslah menggembleng tenaga untuk

memartabatkan darjat bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi dalam semua urusan
harian, selain status utamanya sebagai bahasa kebangsaan. Janganlah kita menjadi
manusia yang khusyuk menyelami sungai pemodenan dengan mementingkan bahasa
asing sebaliknya menidakkan kebolehan bahasa Malaysia untuk membawa kita ke
mata dunia. Pepatah Melayu ada menyebut, yang kurik itu kendi, yang merah itu
saga, yang baik itu budi, yang indah itu bahasa. Oleh hal yang demikian, marilah
kita berpijak di bumi yang nyata dengan menjaga bahasa kebangsaan supaya
kekal nirmala dan tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
(375 Patah perkataaan)

You might also like