Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK DAN MATEMATIK TAMBAHAN

BIL. 3 SESI 2023/2024

TARIKH : 17 Januari 2024


MASA : 1.45 petang
TEMPAT : Bilik Mesyuarat

HADIR
1 Pn. Mariam Zaini binti Muhamad
2 Pn. Suraya binti Mahayet
3 Pn. Nurulnadiah Binti Muhamed
4 Pn. Janatul Maqwa Binti Abdullah
5 Pn. Nor Atiah binti Muhammed
6 Pn Nurhaizum binti Haris
7 Pn. Siti Rohani binti Zakrai
8 Pn. Wan Ismaini binti Wan Ismail
9 Pn. Aflah binti Omar

TIDAK HADIR BERSEBAB


1 Cik Norhaliza binti Mohammad
2 Pn. Siti Aida binti Jaafar
3 Pn. Noor Ainul Syahida binti Jamil

1. Ucapan Aluan Pengerusi Majlis


Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan Ummul Kitab Al-Fatihah. Pengerusi
mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran guru-guru ke Mesyuarat Panitia
Matematik dan Matematik Tambahan Bil 3 Sesi 2023/2024.

2. Pengesahan Minit Mesyuarat Lepas


Pengesahan Mesyuarat Panitia Matematik dan Matematik Tambahan Bil 2 Sesi 2023/2024
telah dicadangkan Pn Janatul Maqwa Binti Abdullah untuk disahkan dan disokong oleh Pn.
Wan Ismaini binti Wan Ismail.

3. Perkara Berbangkit
Minit mesyuarat kali kedua tidak mempunyai maklum balas. Pn Maryam Zaini meminta
ketua panitia menyemak dan memastikan setiap minit mesyuarat mempunyai maklum balas
kerana sekiranya tiada maklum balas mesyuarat akan bertukar kepada taklimat. Maklum
balas perlu ditulis dengan lengkap merangkumi bila, bagaimana, siapa, di mana dan kenapa.
4. Isu-Isu Semasa
4.1 PBD Tingkatan 1,2,3,4 & 5
Semua guru matapelajaran hendaklah mengisi tahap pencapaian(TP) Pembelajaran
Berasaskan Bilik Darjah (PBD) murid Tingkatan 1,2,3,4 & 5 dalam talian IDME sebelum
tarikh akhir pengisian iaitu pada 28 Januari 2024. Guru perlu mengisi tahap pencapaian PBD
secara telus mengikut kemampuan murid beserta intervensi yang sesuai.
Tindakan : Guru Matapelajaran Matematik

4.2 UASA Tingkatan 1,2, dan 3 serta Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4
Semua guru matapelajaran hendaklah mengisi markah UASA Tingkatan 1,2, dan 3 serta
Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4 dalam talian IDME sebelum tarikh akhir pengisian
iaitu pada 28 Januari 2024.
Tindakan : Guru Matapelajaran Matematik

4.3 Pencapaian Aktiviti STEM Persatuan Matematik 2023


Tahniah diucapkan kepada Pn. Janatul Maqwa yang telah membimbing murid menyertai
pertandingan Young Innovator Challange yang mencapai kejayaan mendapat tempat ke 6
Peringkat Kebangsaan. Selain itu, Pn. Nor Atiah telah membimbing murid menyertai Stem
Decathlon Challenge peringkat daerah. Walaubagaimanapun, murid hanya layak mendapat
sijil penyertaan sahaja.
Maklumam

4.4 Program menuju SPM


Guru-guru Matapelajaran Matematik Tingkatan 5 akan memanfaatkan sepenuhnya Program
“Study Leave” Terbimbing SPM 2023 sebagai Kem Pecutan Akhir memandangkan
peperiksaan SPM Matematik akan berlangsung pada 6 Februari 2024 nanti. Program Teknik
Menjawab yang dirancang pada bulan Januari gagal dilaksanakan berikutan kekangan
kewangan dan waktu.
Tindakan : Guru Matapelajaran Matematik Tingkatan 5

4.5 Cadangan Aktiviti Tahun 2024/2025


Pn Suraya memberi cadangan untuk mengadakan Minggu Sains dan Matematik. Kaedah
Kefahaman Melalui Rekabentuk (KMR) bolehlah digunakan. Pameran produk murid iaitu
showcase yang mana satu produk mestilah menggabungkan kemahiran daripada sekurang-
kurangkan empat mata pelajaran. Produk beserta pembentangan daripada murid ini boleh
melayakkan pelajar mencapai tahap pencapaian 6 dalam PBD.
Maklumam
5. Laporan Kewangan
Baki setakat 31 December 2023 ialah sebanyak RM156.68 bagi Panitia Matematik manakala
Matematik Tambahan pula sebanyak RM104.30.
Maklumam
6. Hal-hal Lain
6.1 Pn. Janatul Maqwa memaklumkan bahawa tarikh bagi peperiksaan UASA untuk subjek
Sains dan Matematik tahun ini jatuh pada tarikh yang sama. Beliau berharap perkara ini dapat
diubah untuk peperiksaan yang akan datang. Ini untuk membantu murid mengulangkaji
pelajaran memandang kedua-dua subjek ini adalah subjek kritikal bagi murid.
6.2 PKP memaklumkan bahawa Penyelaras Tingkatan hendaklah mencadangkan aktiviti
kepada Ketua Panitia untuk dimasukkan dalam Pelan Taktikal dan Pelan Operasi Panitia
Matematik. Aktiviti tersebut bertujuan meningkatkan tahap pencapaian bagi tingkatan
tersebut.
6.3 Pn. Nurulnadiah memaklumkan beliau ada membuat pembelian 60 unit pembaris khas
yang sesuai digunakan dalam bab Pelan dan Dongakan. Oleh itu, guru-guru bolehlah
meminjam pembaris tersebut untuk di bawa ke kelas masing-masing.
6.4 Pn. Nurulnadiah memaklumkan sampul kutipan sumbangan untuk dana makanan murid
pada hari peperiksaan SPM Matematik akan diedarkan pada hari gaji 24 Januari 2024 nanti.
Kutipan ini dibuat ekoran tiada dana diperuntukkan daripada pihak PIBG. Oleh itu, guru-guru
Matematik bolehlah memberi sumbangan seikhlas hati dengan amaun mengikut kemampuan
masing-masing.
6.5 Pn Mastura memaklumkan mengenai kehadiran wakil Universiti Sains Malaysia pada 5
Februari 2024 ke SMKBK. Kehadiran wakil USM ini bertujuan memberi hadiah kepada
murid terlibat aktiviti STEM Bandar Teknologi Hijau.
Maklumam

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.10 petang.

Disediakan oleh,
………………………………………….
(SITI ROHANI BINTI ZAKRAI)
Setiausaha Panitia Matematik
SMK Bukit Kuang

You might also like