SPM Bahasa Melayu SPM BM Kertas 2 Set 1

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 7

SULIT 1103/2

1103/2
Bahasa
Melayu
Kertas 2
2006

2½ jam

JABATAN PELAJARAN PERAK

LEARNING TO SCORE 2006

BAHASA MELAYU
Kertas 2

Dua jam tiga puluh minit

JANGAN BUKA SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan.

2. Jawab semua soalan.

3. Jawapan bagi Soalan 2(b), Soalan 2(c) dan Soalan 2(d) berdasarkan teks Komponen
Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.

4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

Kertas soalan ini mengandungi 7 halaman bercetak

[Lihat sebelah
1103/2 © 2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak Set 1 Halaman 1
SULIT 1103/2
Soalan 1: Rumusan

[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang langkah
mengurangkan tabiat merokok dan kesan merokok kepada perokok. Panjang rumusan
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

“Kempen Anti Merokok Tak Nak ” yang dilancarkan oleh kerajaan baru-baru ini
merupakan satu siri kempen antimerokok yang telah dilaksanakan. Dengan ini diharapkan
kempen tersebut akan mencapai kejayaan walaupun bilangan perokok terus meningkat.
Terdapat begitu banyak isu negatif yang telah timbul berkaitan tabiat merokok. Misalnya,
menurut kajian salah sebuah persatuan pengguna di negara kita kira-kira separuh daripada
lelaki Malaysia merokok. Kumpulan ini telah memberi contoh buruk terutama pada golongan
muda. Selain itu, kanak-kanak yang melihat bapa mereka dan lelaki dewasa lain merokok
akan turut tertarik untuk meniru tindakan mereka.

Persatuan berkenaan juga telah menjalankan tinjauan dalam kalangan murid sekolah
bagi mengenal pasti bilangan murid yang telah disuruh membeli rokok untuk ibu bapa
mereka. Hasil tinjauan tersebut mendapati hampir kesemua kanak-kanak telah diberikan
tugas “kotor” ini. Hasil tinjauan tersebut juga menunjukkan bahawa kanak-kanak telah
didedahkan kepada rokok sejak usia yang masih muda. Keadaan ini menunjukkan dengan
jelas bahawa undang-undang yang menghalang penjualan rokok kepada golongan bawah
umur kurang dikuatkuasakan. Undang-undang yang melarang penjualan rokok kepada
golongan bawah umur perlu dikuatkuasakan dengan tegas. Hukuman penjara dan denda
mesti dikenakan dengan segera.

Perjuangan menentang tabiat merokok boleh dilakukan dengan pelbagai pendekatan.


Sebagai permulaan, semua pengiklanan dalam sebarang bentuk mesti diharamkan seperti
pengiklanan bagi penajaan acara sukan dan konsert. Promosi jenama rokok tidak
seharusnya dibenarkan sama ada pada pakaian, aksesori, bekas abu rokok, pemegang kad
atau promosi pakej percutian. Promosi tersebut boleh menjejaskan kempen ini. Pada masa
ini, harga rokok masih mampu dibayar oleh kebanyakan orang. Pembelian rokok juga telah
dipermudahkan dengan penyediaan “kotak mini”. Oleh itu harga rokok semasa perlu
dinaikkan setinggi yang mungkin untuk mengurangkan kuasa beli pengguna.

Merokok di tempat-tempat awam perlu dilarang dan penguatkuasaan pengharaman ini


perlu ditingkatkan. Selain itu, aktiviti kokurikulum di sekolah perlu memasukkan mesej
tentang bahaya merokok. Program persatuan pengguna di sekolah-sekolah mestilah
mengetengahkan fakta bahawa terdapat lebih daripada 4000 bahan kimia terkandung
dalamj asap tembakau. Persatuan ini juga menggalakkan ahlinya menyertai pertandingan
melukis poster antimerokok dengan slogan mereka sendiri.

Setakat ini, usaha-usaha menentang tabiat merokok belum begitu menampakkan


kejayaan. Hal ini demikian kerana bilangan perokok remaja dan wanita semakin meningkat
dari sehari ke sehari. Walau bagaimanapun, usaha-usaha tersebut masih mempunyai
harapan positif untuk berjaya jika semua pihak memberikan kerjasama dan melakukan
sesuatu dalam merealisasikan “Kempen Anti Merokok Tak Nak” ini.

(Diubahsuaikan daripada Rencana Pengarang, Utusan Malaysia, 3 Mei 2004)

[Lihat sebelah
1103/2 © 2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak Set 1 Halaman 2
SULIT 1103/2
Soalan 2 : Pemahaman

Soalan 2(a) Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan


ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata mengurangkan kuasa beli pengguna. [2 markah]

(ii) Mengapakah kanak-kanak mudah terpengaruh dengan tabiat merokok? [3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah anda boleh berperanan dalam menjayakan
“Kempen Anti merokok Tak Nak”? [4 markah]

Soalan 2(b) Petikan Cerpen

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

“Daneng, cikgu meminta maaf jika menyinggung perasaanmu. Cikgu perlu berterus
terang. Daneng perlu meneruskan pelajaran sampai SPM, sampai menara gading. Kau
bijak, Daneng. Gunakanlah kebijaksanaanmu itu, mungkin untuk membantu kaummu.
Setakat ini, cuma ada lebih 50 atau 60 orang sahaja, mahasiswa kaummu di universiti.”
Daneng merenung jauh ke tengah danau biru.
“Cikgu kasihan melihat cara hidup masyarakatmu.”
“Cikgu menganggap kami miskin, bukan? Bukan sahaja cikgu, ramai orang luar
yang simpati akan kami. Tetapi konsep miskin itu tidak ada dalam kamus kami. Seluruh
hutan dan belantara ini, danau dan tanah ini, milik kami bersama, milik kami sejak
berzaman. Hutan ini tidak membenarkan sebarang kekurangan kepada kami.”Daneng
bersuara dengan agak serius.
Kekaguman mengisi benak Jo sekali lagi melihat kepetahan anak muridnya itu
berpidato. Tidak dapat disangkal lagi bahawa Daneng memang bijak dan mempunyai masa
depan yang cerah jika diberi peluang. Keinginan untuk meneruskan niatnya terus membara.
“Tentu sekali!Belantara ini sememangnya satu anugerah. Tetapi dunia sentiasa
berubah. Kemajuan menerpa manusia. Suka ataupun tidak, manusia perlu bergelut dan
menyesuaikan diri dengan perubahan itu ketika disapa kemajuan. Jika tidak, manusia itu
menempah kepupusan.”

( Dipetik daripada cerpen Lambaian Malar Hijau oleh


Saroja Theavy a/p Balakrishnan dalam Antologi Anak Laut,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Mengapakah Cikgu Jo mahu Daneng meneruskan pelajarannya ? [3 markah ]

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah pelajar di luar bandar sering menghadapi masalah
keciciran ? [3 markah ]

(iii) Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan dan dua persoalan lain yang
terdapat dalam keseluruhan cerpen ini . [3 markah]

[Lihat sebelah
1103/2 © 2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak Set 1 Halaman 3
SULIT 1103/2
Soalan 2(c) Petikan Prosa Klasik

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti dan jawab soalan–soalan yang berikut
dengan menggunakan ayat anda sendiri .

Hatta, maka Jibor pun mengeluarkan suatu kopiah buatan Rom, terlalu baik rupanya
lagi ajaib: halusnya seperti roma cucuk telinga rasanya tatkala dipegang, demikianlah
halusnya. Adalah harganya seribu dinar. Lalu dibawanya kepada Sabor. Maka kopiah itu
pun diberikannya disuruh pakai kepada Sabor akan hendak menyukakan hati Sabor. Maka
kopiah itu pun dipakai oleh Sabor. Maka Sabor pun hendak mengatakan hal Saidah itu
kepada saudaranya Jibor, (maka ia pun sangat malu rasanya ).
Maka Jibor pun segera pergi pada suatu tempat sunyi. Maka disuruhnya panggil
empat orang sipahi seraya diberinya seratus dinar pada seorang, katanya, “Apabila waktu
Maghrib sekarang, segala orang pergi sembahyang ke dalam masjid, tatkala itu barang
siapa memakai kopiah kaulihat buatan Rom, maka kamu penggal lehernya, tatkala ia pergi
sembahyang, orang bertandakan kopiah itu.”
Maka kata sipahi, “Baiklah, tuan hamba,” serta dengan takzimnya.
Setelah sudah ia bersetia itu, maka Jibor pun kembalilah ke rumahnya lalu ia tidur.
Maka hari pun malamlah. Maka Jibor pun terkejut daripada tidurnya lalu ia keluar pergi ke
masjid mengambil air sembahyang. Setelah sudah lalu ia masuk masjid.

( Dipetik daripada Sabor , dalam Antologi Kerusi ,


Dewan Bahasa dan Pustaka )

(i) Apakah maksud setelah sudah ia bersetia itu ? [2 markah ]

(ii) Apakah yang dilakukan oleh Jibor setelah selesai membuat perjanjian dengan empat
orang sipahi? [3 markah ]

(iii) Pada pendapat anda , wajarkah Sabor mendedahkan hal Saidah kepada Jibor?
[3 markah ]

Soalan 2(d) Petikan Puisi

Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

JALAN-JALAN RAYA KOTAKU

Saban waktu sepanjang perjalanan


Jalan-jalan raya kotaku
Iewat senja begini
Tika gerimis menabur benih
Menerima kehadiran warga kota
Lemas dalam kesabaran
Lelah meresahkan
Dengan luka parah di hati.

Ketidaksabaran membengkak
Kesombongan merajai setiap ruang
Semakin padat dengan emosi
Kebosanan menggigit pangkal rasa.

[Lihat sebelah
1103/2 © 2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak Set 1 Halaman 4
SULIT 1103/2
Demikian etika di perjalanan
Budi luhur warga kotaku
yang hadir adalah keserakahan
memacu menghimpun kekuatan
menghakis sopan santun
seperti banjir kilat
melanda pinggiran perjalanan
fitrah sang manusia
peradaban kota masa kini.

Jalan-jalan raya kotaku


Adalah gelanggang kebuasan
perlumbaan kebiadaban
para pesakit
Kemanusiaan semakin mandul
Pada penghujung musim.

Zam Ismail

( Dipetik daripada Jalan-Jalan Raya Kotaku, dalam Antologi Anak Laut,


Dewan Bahasa dan Pustaka, 2000 )

(i) Nyatakan sikap pengguna jalan raya yang mengecewakan penyajak. [2 markah ]

(ii) Jalan raya di negara kita sering dianggap sebagai sungai maut. Pada pendapat anda
bagaimanakah cara untuk menangani tanggapan tersebut? [3 markah ]

(iii) Jelaskan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak di atas. [4 markah]

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

[30 markah]

Jawab semua soalan.

(a) Tulis satu ayat daripada pasangan perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan
maksudnya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan,
menggunakan perkataan sebagai peribahasa dan nama khas.

(i) pemindahan - perpindahan

(ii) pelanggaran - perlanggaran

(iii) penahanan - pertahanan


[6 markah]
[Lihat sebelah
1103/2 © 2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak Set 1 Halaman 5
SULIT 1103/2

(b) Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.

(i) Kerana kesuntukan masa, mereka tidak sempat membincangkan perkara lain dalam
mesyuarat semalam.

(ii) Pelajar lelaki itu mengirimkan e-mel kepada gurunya untuk menanyakan masalah
pelajarannya.

(iii) Cikgu Ramlah mengajarkan mata pelajaran Bahasa Melayu di sebuah sekolah di luar
bandar.
[6 markah]

(c) Dalam ayat-ayat di bawah terdapat kesalahan penggunaan ejaan dan imbuhan.
Kenal pasti kesalahan tersebut dan betulkannya dengan menulis ayat itu semula
tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

(i) Rakyat yang pengetahuan luas dalam bidang teknoloji maklumat mempunyai
peluang pekerjaan yang luas dalam sektor kerajaan atau swasta.

(ii) Semua rakyat Malaysia sepatutnya mengembleng tenaga dan wang ringgit ke arah
membentuk nilai-nilai murni yang memberi kesan baik kepada masyarakat.

(iii) Sejak pengswastaan Syarikat Telekom Malaysia Sendirian Berhad, pengurusannya


menjadi lebih efisyen.
[6 markah]

(d) Dalam setiap ayat di bawah terdapat kesalahan penggunaan kata atau istilah dan
kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan itu dan betulkannya dengan menulis ayat
itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

(i) Para pelajar disarankan agar memberitahu wadar asrama sekiranya mereka
menghadapi lain-lain masalah.

(ii) Tulisan yang memenangani tempat pertama dalam pertandingan itu ditulis oleh saya.

(iii) Amnah dikenakan oleh guru untuk menceritakan kembali peristiwa itu kepada rakan-
rakannya di kelas 3 Cempaka.
[6 markah]

(e) Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan peribahasa yang sesuai.

(i) Fikirlah masak-masak sebelum menolak tawaran belajar di universiti tempatan kerana
kamu belum tentu diterima belajar di universiti luar negara. Ibu khuatir
___________________ _______________________.

(ii) Syarikat swasta digesa supaya tidak bersikap pilih kasih seperti kata pepatah
____________________ dalam memberi peluang pekerjaan kepada penduduk
tempatan berbanding dengan pekerja asing.

[Lihat sebelah
1103/2 © 2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak Set 1 Halaman 6
SULIT 1103/2

(iii) Perbalahan antara pemimpin kedua-dua buah negara itu menyebabkan rakyat negara
masing- masing hidup dalam ketakutan seperti ______________________________.

[6 markah]

Soalan 4 : Novel

[15 markah]

Jawab soalan di bawah. Jawapan anda hendaklah berdasarkan novel-novel yang anda
pelajari:

(i) Terminal Tiga karya Othman Puteh

(ii) Perlumbaan Kedua karya Marwilis Hj. Yusof

(iii) Di Hadapan Pulau karya A. Samad Said

(iv) Bukit Kepong karya Ismail Johari

(v) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain

(vi) Seteguh Karang karya Tuan Faridah Syed Abdullah

(vii) Julia karya Abu Hassan Morad

(viii) Putera Gunung Tahan karya Ishak Hj. Muhammad

(a) Setiap novel mempunyai keistimewaan tersendiri yang menyebabkan pembaca


meminatinya. Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, huraikan dua keistimewaan
novel tersebut.
[7 markah]

(b) Nilai murni merupakan salah satu aspek penting dalam penghasilan sesebuah karya.
Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, bandingkan tiga nilai murni
yang terdapat dalam kedua-dua novel tersebut
[8 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

[Lihat sebelah
1103/2 © 2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak Set 1 Halaman 7

You might also like