Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

CARA- CARA MENJAGA KESIHTAN DIRI

Kesihatan merupakan sebahagian perkara yang paling penting dalam kehidupan


kita. Setiap insan mengharapkan mempunyai kesihatan yang baik.
Untuk menjaga kesihatan diri, salah satu cara yang boleh diamalkan
adalah mengambil pemakanan yang seimbang. Setiap individu perlu mengambil
pemakanan yang seimbang dengan mengambil makanan yang berkhasiat.
Pemakanan seimbang bukan sahaja boleh menguatkan badan kita, malah dapat
mengelakkan pelbagai penyakit.
Bersenam juga merupakan salah satu cara yang berkesan untuk menjaga
kesihatan diri. Semasa kita bersenam, badan kita akan berpeluh dan bahan-
bahan kumuh akan dikeluarkan melalui peluh.
Bagi menjaga kesihatan, setiap individu memerlukan waktu tidur yang
cukup. Setiap individu memerlukan sekurang-kurangnya lapan jam sehari.
Apabila tidur, badan kita mendapat rehat yang mencukup dan kita rasa tidak
letih.
Untuk memastikan setiap individu mengetahui status kesihatan diri,
setiap individu perlu mengadakan peperiksaan doktor secara berkala.
Pemeriksaan kesihatan awal boleh membantu mengesan penyakit tertentu di
peringkat awal.
Secara kesimpulannya, penjagaan kesihatan sangat penting kepada setiap
individu. Kesihatan diri perlu dijaga supaya kita dapat hidup selesa dan
gembira. Oleh itu, kita mestilah mengamalkan amalan kehidupan sihat untuk
menjamin kesihatan.

You might also like