Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

Pengerusi Mesyuarat : Puan Suryati binti Hj Othman, PPT

Guru Besar SK Taman Bersatu

Agenda Mesyuarat :

1. Perutusan Pengerusi

1.1. Memulakan mesyuarat dengan bacaan Ummul Kitab. Mengucapkan selamat datang dan
berterima kasih atas kehadiran guru-guru yang terlibat dan guru-guru yang turut menghadiri
Mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Murid kali pertama bagi sesi persekolahan tahun 2021.
Beliau juga mengucapkan setinggi penghargaan kepada guru-guru, ibu bapa dan murid yang
terlibat dalam menjayakan Projek Taman Lestari yang dijalankan pada penghujung tahun 2020.

Tindakan : Makluman

1.2. Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM)

1.2.1. Mengucapkan terima kasih atas usaha 18 orang yang telah mengisi amalan baik murid
dalam sistem SSDM pada tahun 2020. Pada tahun 2021, semua guru dinasihatkan untuk
memainkan peranan penting dan tidak lupa untuk mengisi merekod amalan baik
murid-murid.

Tindakan : Makluman

1.3.Dasar Unit Hal Ehwal Murid

1.3.1 Menghasilkan kemenjadian murid yang tinggi dalam pembangunan sahsiah serta murid

1.3.2 dapat memperlihatkan sikap dan perlakuan positif dengan:


1.3.3
1.3.4 Menerima tanggungjawab dan tugas yang diamanahkan.
1.3.5
1.3.6 Berkomunikasi secara sopan dan berbudi bahasa.

Menghormati rakan, guru dan orang dewasa.

Menepati masa dan arahan tugas.

Menjaga kebersihan dan kekemasan diri.

1.3.7 Menjaga dan memelihara kebersihan persekitaran sekolah.


1.3.8 Menjaga keselamatan harta benda diri , sekolah dan kemudahan awam
1.3.9 Mematuhi peraturan sekolah.
1.3.10 Memberi sumbangan dan khidmat kepada kemajuan sekolah.
1.3.11 Memberi sumbangan dan khidmat kepada masyarakat.
1.3.12 Menunjukkan semangat patriotisme yang tinggi.
1.3.13 Menunjukkan sikap berterima kasih dan bersyukur.
Tindakan : Semua guru

2. KPI UNIT HAL EHWAL MURID

2.1 Semua guru perlu mengetahui KPI Unit Hal Ehwal Murid.
KPI kehadiran murid ialah 90%
KPI PIBK ialah 95%
KPI Salah Laku ialah sifar

Tindakan : Makluman

3. AJK dan Bidang Tugas HEM 2021 (DISIPLIN)

3.1 Program antibuli harus dirancang dan dilaksanakan mengikut keperluan sekolah harian
bagi mengelakkan suasana tidak selamat. Program berfokus dirancang dan dilaksanakan
mengikut keperluan salah laku yang berlaku di sekolah berdasarkan maklumat sistem
sahsiah diri murid (SSDM) dan aduan disiplin.

3.2 Setiap tindakan dan perlakuan perlu dilaporkan kepada Pejabat Pendidikan Daerah
menerusi Unit Hal Ehwal Murid mengikut SOP 1-3-7.

3.3 Segala surat amaran dan surat berhenti sekolah boleh didapati di dalam SSDM.
3.4 Surat amaran dan berhenti sekolah hendaklah diisi dalam 3 salinan :

Salinan 1 : Diserah kepada ibu bapa atau penjaga


Salinan 2 : Dimasukkan dlm Fail Rekod Salah Laku Disiplin
Salinan 3 : Perlu dimasukkan dalam fail Kelas oleh guru kelas
3.5 Semua guru adalah guru disiplin. Oleh itu, semua guru perlu memastikan semua murid
mengikut peraturan sekolah yang ditetapkan.

3.6 Semua guru hendaklah mengisi amalan baik murid dalam SSDM. Kes salah laku
muridguru disiplin bertanggungjawab memasukkan ke dalam data SSDM.

4. Buku Kesalahan Murid dan Buku Kawalan Murid

4.1 Semua guru hendaklah mengisi buku kawalan murid dan kuku Kesalahan murid (jika
ada).

4.2 Semua kes salah laku ringan atau sederhana hendaklah diambil tindakan oleh guru yang
berkenaan pada waktu yang berkenaan.

4.3 Jika kes berat dan memerlukan tindakan segera, guru dikehendaki mencatat dalam
buku kesalahan murid atau terus memaklumkan kepada ketua guru disiplin atauPKHEM
untuk tindakan selanjutnya.

4.4 Ketua guru disiplin hendaklah menyemak dan menjaga buku kesalahan murid dan
buku kawalan kelas dengan baik dan diserahkan kepada PKHEM pada akhir setiap
bulan.

4.5 Guru pengawas perlu menyediakan jadual bertugas pengawas dan memastikan
pengawas-pengawas menjalankan tugas dan dipantau oleh guru-guru pengawas.

4.6 Pas keluar mestilah digunakan oleh murid untuk keluar kelas.

5. Pemulangan dan Penyerahan Buku Teks

5.1 Pemulangan dan peyerahan buku teks dilakukan dalam minggu pertama
persekolahan.

5.2 Bilik Boss hendaklah bersedia beroperasi mengikut waktu yang telah ditetapkan.
5.3 Kekurangan bekalan buku haruslah dirujuk kepada pihak yang bertanggungjawab

iaitu Penyelia HEM PPD.


5.4 Guru juga hendaklah memastikan murid membalut dan menjaga buku teks dengan

baik.

6. Program Guru Penyayang

6.1 Program Guru Penyayang menerusi Amalan 3S iaitu Senyum, Sapa dan Salam
perlu dipertingkatkan dan diperkemas mengikut identiti dan infrastruktur sekolah.
Sebaik-baiknya mereka yang terlibat perlu berada untuk menyambut ketibaan warga
sekolah 30 minit sebelum loceng pertama berbunyi. Antara yang perlu berada di pintu
pagar mengalu-alukan kehadiran murid adalah badan kepimpinan sekolah, guru
bertugas dan kaunselor sekolah.

7 Peranan Guru Kelas

7.1 Guru kelas diwajibkan mengisi Kehadiran murid di dalam sistem APDM,
pendaftaran murid baru dan mengemaskini data murid.

7.2 Mengawal disiplin dan sahsiah murid


7.3 Guru perlu mengisi amalan baik murid dalam sistem SSDM.

Tindakan: Guru Kelas

8. Fail Peribadi Murid

8.1 Guru kelas perlu memastikan setiap murid dari tahun 1 hingga tahun 6

mempunyai fail peribadi murid.

8.2 Semua maklumat peribadi murid salinan surat beranak, borang SMM atau maklumat
diri, keputusan peperiksaan dalaman dan lain-lain disimpan dalam fail peribadi murid.

8.3 Buku kesihatan dan kad gigi murid hendaklah diletakkan di bilik kesihatan.

8.4 Semua murid mestilah mempunyai fail peribadi murid.

8.5 Jika murid tidak mempunyai fail peribadi, mohon guru kelas tahun lepas untuk

menyediakan fail murid tersebut.

8.6 Semua guru kelas hendaklah mengemaskini Sistem Maklumat Murid Secara

Online (APDM) dari semasa ke semasa. Penyelaras atau guru kelas juga diminta

membantu Guru Data SMM untuk mengemaskini data. Pemantauan data APDM

dan SMM akan dibuat oleh Jawatankuasa Data Murid Sekolah. Untuk makluman, mulai

November 2016, APDM dikenali sebagai Modul Pengurusan Murid.

Tindakan: Guru Kelas

9. Pendaftaran Murid Baru

9.1 Pastikan semua murid baru melengkapkan Borang Maklumat Diri Murid (Borang
SMM) yang boleh didapati daripada pembantu tadbir. Sekiranya membawa borang
SMM dari sekolah lama, pastikan maklumat yang terkini dan lengkap.

9.2 Guru hendaklah memastikan dan memaklumkan kepada PK HEM sekiranya murid
berkenaan adalah penerima bantuan KWAMP atau apa-apa bantuan lain,
penerima RMT, OKU Anak yatim atau murid miskin

9.3 Guru kelas hendaklah memasukkan maklumat murid berkenaan dengan lengkap
ke dalam Buku Daftar Murid Sekolah dan merekod nombor pendaftaran ke dalam
BJKM.

10. Fail Guru Kelas

10.1 Semua surat murid sama ada sijil sakit atau surat pengakuan sakit daripada ibu
bapa atau penjaga disimpan dalam Fail Kelas.

10.2 Semua surat peringatan ponteng atau surat gantung sekolah disimpan dalam fail ini.
10.3 Amalan baik murid yang di masukkan dalam SSDM hendaklah dicetak dan dimasukkan

ke dalam Fail Guru Kelas.


10.4 Fail akan disemak oleh PKHEM setiap akhir bulan. Fail ini diserahkan selewat-
selewatnya 3 haribulan berikutnya setiap bulan atau mengikut keperluan semasa.

Tindakan: Guru Kelas

11. Peranan Guru dan SOP

11.1 Guru di ingatkan agar mematuhi SOP apabila berhadapan dengan murid yang
melanggar disiplin.

11.2 Tiada sentuhan yang boleh memberikan kesan kepada murid. Untuk mengelak
guru dari dikenakan tindakan dari pihak tertentu.
Tindakan : Makluman

12. SOP Prasarana Kelas

12.1 Susunan kerusi meja hendaklah mengikut penjarakan sosial. Jarak sosial dikira mengikut
jarak bahu ke bahu murid.

12.2 Guru Kelas akan menanda meja dengan nombor atau nama murid supaya tidak
berlaku pertukaran meja atau kerusi antara murid. Pelan kedudukan murid
ditampal di pintu masuk kelas atau pada papan kenyataan kelas.

12.3 Meja guru boleh disediakan dalam kelas jika keperluan kerusi meja murid
mencukupi.

12.4 Peralatan lain seperti rak buku, almari perlu dikeluarkan dari kelas jika memjejaskan
bilangan kerusi meja mengikut bilangan murid.

12.5 Letakkan penanda keluar masuk kelas pada lantai di hadapan pintu kelas jika perlu.
12.6 Lakukan sanitasi kelas setiap hari pada waktu pagi dan selepas waktu rehat.

Tindakan : Guru Kelas

13. SOP Semasa Melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di dalam Kelas

13.1 Setiap hari semua guru perlu sentiasa memberi peringatan kepada murid berkaitan
13.2 penjarakan sosial yang perlu dipatuhi sebelum memulakan pengajaran dan
pembelajaran.
13.3 Guru perlu sentiasa memberi peringatan kepada murid berkaitan penjarakan sosial
13.4 semasa berada di tandas - membasuh tangan menggunakan pencuci yang disediakan
sebelum keluar dari tandas. Murid perlu mematuhi kad keluar masuk tandas yang
disediakan.
Guru waktu pertama perlu memantau sepintas lalu kebersihan kelas, mencatat
kehadiran murid, mencatat suhu dalam QR CODE atau buku catatan suhu yang
disediakan.
Murid yang tidak hadir perlu kosongkan kerusi meja dan murid lain tidak dibenarkan
berada di kerusi meja murid yang tidak hadir.

13.5 Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran, murid boleh menanggalkan pelitup muka
dan hanya akan memakai kembali jika bergerak keluar kelas.

13.6 Elakkan murid bergerak bebas di dalam kelas. Setiap lembaran kerja, buku aktiviti, buku
latihan yang hendak diberi perlulah guru yang meletakkannya di atas meja murid.

13.7 Guru perlu memantau pergerakan murid di dalam kelas untuk tujuan menajamkan
pensel, membuang sampah dan lain-lain.

13.8 Guru perlu menggalakkan murid untuk tidak berkongsi atau meminjam alat tulis
daripada rakan-rakan.

13.9 Aktiviti secara berkumpulan hendaklah dielakkan.


Tindakan: Semua Guru

14. SOP Pengurusan Semasa Rehat

14.1 Semua murid hendaklah makan di dalam bilik darjah.


14.2 Kebersihan makan dan meja selepas makan hendaklah diutamakan.
14.3 Murid RMT akan makan pada waktu rehat dan menggunakan bekas makanan yang

dibekalkan oleh pihak kantin.


14.4 Murid, guru dan staf sokongan dilarang makan di kantin.

Tindakan: Makluman

15 SOP Pengurusan Waktu Ketibaan dan Kepulangan Murid

15.1 Semua guru bertugas hendaklah memastikan tiada ibu bapa atau penjaga mengiringi

anak masuk ke kawasan sekolah atau berada di kawasan sekolah pada bila-bila masa

kecuali jika berurusan dengan pejabat sekolah.

15.2 Bacaan suhu murid yang dibenarkan masuk ke kawasan sekolah adalah 37.5 darjah

celcius ke bawah.

15.3 Murid yang dikesan bersuhu 37.5 darjah celcius ke atas diminta untuk pulang ke rumah

sama ada dibawa oleh ibu bapa atau penjaga masing-masing. Waris diminta untuk

mendapatkan pemeriksaan kesihatan di klinik berdekatan.

15.4 Murid yang dikuarantin sementara di bilik isolasi hendaklah direkodkan.


15.5 Murid yang tidak hadir ke sekolah perlu menyertakan surat cuti atau surat

pemberitahuan daripada ibubapa pada hari berikutnya.

15.6 Sewaktu murid pulang, suhu tidak perlu direkodkan.

15.7 Waktu kepulangan murid, akan wujud situasi murid pulang lewat. Guru Bertugas perlu
bertanggungjawab untuk mengurus murid berkenaan:

15.8 Kuarantin murid berkenaan di tempat duduk di pintu pagar.


15.9 Guru bertugas perlu mengawal murid supaya tidak berkeliaran di kawasan luar pagar

dan kawasan sekitar sekolah dan menghubungi ibu bapa jika perlu.
15.10 Guru bertugas boleh meminta pengawal keselamatan untuk mengawal murid sehingga

ibu bapa atau penjaga atau pemandu bas sekolah datang mengambil.
15.11 Pergerakan laluan masuk sewaktu kedatangan murid dan lauan pulang murid adalah

mengikut pelan laluan pergerakan pasca Perintah Kawalan Pergerakan COVID 19 yang
disediakan.

Tindakan: Semua Guru Bertugas

16. Pengurusan Waktu Tamat Persekolahan

16.1 Guru waktu terakhir setiap kelas perlu bertanggungjawab menguruskan penyelarasan
murid pulang.

16.2 Guru perlu memberi penerangan kepada murid, pergerakan laluan pulang mengikut
pelan laluan pergerakan yang disediakan oleh pihak sekolah.

16.3 Guru perlu mengurus murid berbaris ikut penjarakan sosial di luar kelas sebelum
mengarahkan murid bergerak dalam barisan mengikut laluan pergerakan yang
dibenarkan.
Tindakan: Semua Guru

17. Waktu Bertugas

17.1 Guru bertugas hendaklah datang sebelum atau pada 7.15 pagi dan pulang setelah
semua murid pulang atau pada jam 1.45 petang.

18. Perhimpunan Rasmi

18.1 Tiada sebarang perhimpunan rasmi dibenarkan sehingga ada arahan / kebenaran dari
Kementerian Pendidikan Malaysia.
19. Perhimpunan Harian

19.1 Tiada sebarang perhimpunan rasmi dibenarkan sehingga ada arahan atau kebenaran
daripada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.

10

20. Pengurusan Kehadiran Murid


20.1 Menyambut kehadiran murid di lokasi yang ditetapkan.
20.2 Melakukan pemeriksaan suhu badan dan memastikan murid tidak
bergejala. (Jika bergejala, mohon ibu bapa membawa anak pulang atau jika ibu bapa
sudah pulang menempatkan murid di bilik isolasi dan memakai pelitup muka)
20.3 Merekod suhu badan di dalam buku rekod yang disediakan.
20.4 Membimbing murid untuk mensanitasi tangan sebelum masuk ke dalam kelas
Tindakan : Semua Guru Bertugas

21 Kebersihan

21.1 Memastikan bilik-bilik darjah telah disapu, kipas, lampu serta tingkap telah ditutup

setelah tamat persekolahan.

21.2 Kantin, tandas, bilik-bilik khas dan kawasan sekolah dalam keadaan bersih

22.3 Memeriksa tahap kebersihan makanan yang dijual atau disediakan oleh pengusaha

kantin.

23.4 Memastikan pelaksanaan jadual sanitasi Kelas dilaksanakan oleh :

i) Sebelum memulakan kelas : guru mata pelajaran waktu pertama

ii) Waktu rehat : guru kelas atau guru pembantu yang mengawasi murid.

iii) Sebelum pulang : guru mata pelajaran waktu akhir.

Tindakan: Semua guru yang terlibat

22 Keselamatan Disiplin

22.1 Mengawasi disiplin murid di luar waktu belajar seperti waktu rehat dan waktu

11

sebelum loceng pertama berbunyi, sekitar kawaasan sekolah dan mengambil tindakan
segera dan munasabah jika perlu.
22.2 Menguruskan rawatan murid yang sakit di bilik isolasi.
22.3 Memaklumkan tindakan sekolah kepada ibu bapa atau waris murid
22.4 Mengawasi murid menepati waktu datang dan pulang sekolah, masa rehat dan
pertukaran guru.
22.5 Menguruskan hal-hal bersabit dengan kehilangan barang-barang.
22.6 Menentukan keselamatan murid disekitar kawasan sekolah serta mengawasi harta
benda sekolah

Tindakan: Semua guru yang terlibat


23 Waktu Rehat

23.1 Guru bertugas perlu memastikan murid makan dan minum di meja masing-masing dan
tiada sebarang pergerakan ke kantin sewaktu rehat.

23.2 Guru bertugas perlu memastikan murid tidak berkumpul tanpa penjarakan sosial.
23.3 Kebersihan makan dan meja selepas makan hendaklah diutamakan.
23.4 Guru Kelas atau guru pembantu yang mengawasi murid perlu memastikan murid

mencuci tangan dengan menggunakan sabun dengan mengikut langkah yang betul.
Tindakan: Semua Guru yang terlibat

24 Waktu Pagi dan Bersurai


24.1 Guru bertugas pastikan pintu pagar B dibuka pada waktu pagi dan ditutup semasa murid
bersurai.
24.2 Guru bertugas pastikan murid masuk dan beredar keluar dari kawasan sekolah

12

(bersurai) dengan mematuhi peraturan keselamatan sekolah.


Tindakan: Guru Bertugas

25. Hal-hal Lain


25.1 Membuat catatan di dalam buku laporan bertugas.
25.2 Guru bertugas perlu memastikan pematuhan terhadap Garis Panduan Pembukaan
Semula Sekolah dan arahan yang berkaitan dipatuhi.
Tindakan : Makluman

26. Penutup

26.1 Guru-guru diharap dapat menjalankan pengurusan kelas dengan baik.


26.2 Guru-guru juga diingatkan untuk menjadi guru yang berkesan dan cemerlang dengan

mengambil kira perkara-perkara seperti Kesungguhan menjalankan perkara-perkara


yang dirancang dan hendaklah merancang program HEM dengan baik dan teratur.
26.3 Membaca, menghayati dan mencapai perkara-perkara dalam Standard Guru Malaysia.
26.4 Pengerusi juga berharap agar tahun 2021 menjadi tahun yang gemilang bagi warga
Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu

Tindakan: Semua Guru


26.5 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.00 dan ditutup dengan bacaan surah Al-

You might also like