Kerbersihan Sekolah Tanggungjawab Bersama

You might also like

Download as odt, pdf, or txt
Download as odt, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Kebersihan Sekolah Tanggungjawab Bersama

Selamat pagi saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, para


hakim yang arif lagi bijaksana, guru besar, guru-guru dan rakan
sekalian. Pada pagi yang indah ini, izinkan saya sampaikan tajuk
syarahan saya ialah “Kebersihan Sekolah Tanggungjawab
Bersama”.
Hadirin yang dihormati,
Sekolah yang bersih, indah dan cantik merupakan impian para
guru dan murid. Bagi memastikan sekolah terus bersih dan indah,
pelbagai usaha mesti dijalankan seperti pertandingan kelas
tercantik.

Setiap sekolah mempunyai pekerja yang ditugaskan untuk


membersihkan kawasan sekolah. Namun begitu, murid-murid
tidak boleh meletakkan tanggungjawab kepada mereka semata-
mata tanpa membantu mereka. Murid mesti ingat menjaga
kebersihan sekolah adalah tanggungjawab bersama-sama kita.

Hadirin yang dikasihi,


Persekitaran kelas yang kotor akan menggangu perhatian
murid kerana persekitaran yang kurang selesa. Oleh itu, kelas
yang bersih dan kondusif sangat penting kepada murid untuk
membantu proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan
lancar di dalam kelas.

Sebagai seorang murid yang bertanggungjawab, sekiranya


terdapat kotoran di dalam kelas, murid hendaklah rajin menyapu
dan memasukkan sampah ke dalam sampah. Kelas yang bersih
pasti akan mewujudkan suasana yang ceria.
Akhir sekali, marilah kita bersama-sama menjaga
kebersihan di kawasan persekitaransekolah.

Sekian, terima kasih

You might also like