Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

TOPIK 2 : NOMBOR INDEKS

2.1 Nombor Indeks


1. Nombor indeks ialah sukatan statistik yang digunakan untuk mengukur
perubahan suatu pembolehubah pada suatu tahun tertentu berbanding dengan
tahun yang lain sebagai tahun asas.

2. Pembolehubah boleh terdiri daripada nilai mata wang, harga, produk,


penghasilan, kuantiti, pekerjaan dan sebagainya.

3. Nombor Indeks digunakan secara meluas di seluruh dunia untuk


menggambarkan ekonomi sesebuah negara. Ini termasuk prestasi pasaran
saham , inflasi, pertumbuhan eksport dan import, produktiviti perindustrian,
pertanian dan sebagainya.

4. Tiga jenis nombor indeks yang biasa dugunakan ialah indeks harga, indeks
kuantiti dan indeks kualiti.

5. Indeks Komposit Kuala Lumpur dan Indeks EMAS provide maklumat mengenai
iklim climate pelaburan di Bursa mAlaysia. Indeks Harga Pengguna consumer
price indeks mengukur perubahan harga barangan pengguna.Indeks Harga
Pengguna merupakan indeks harga yang paling popular digunkanan. Ia amat
penting kerana sebarang penigkatan dalam indeks ini menggambarkna
peningkatan perbelanjaan sara hidup dan kos sara hidup rakyat.Biasanya
perbandingan adalah pada asas tahunan.Kerajaan memantau dngan teliti indeks
ini dan akan mengambil tindakan bagi menstabilkan harga jika ia naik mendadak.

6. Indeks harga mengukur jumlah perubahan harga sesuatu barangan atau


perkhidmatan tertentu pada tempoh semasa berbanding tempoh tertentu pada
masa lalu.

7. Tiga faktor dipertimbangkan dalam membina nombor indeks.Ia adalah bilangan


item yang akan dimasukkann, tahun asas dan pemberat yang akan digunakan.
(a) Bilangan item
Nombor indeks mungkin termasuk sekumpulan item atau hanya satu item.
(b) Tahun asas
(i) Tahun asas ialah tahun yang digunakan untuk membandingkan nilai
semasa dengan nilai tahun-tahun yang lain.Indeks nombor bagi tahun
asas ialah sentiasa 100.

1 | UMB 2112 MATEMATIK PERNIAGAAN


(ii) Pemilihan tahun asas biasanya dibuat berdasarkan beberapa kriteria.
Pertama, tahun asas mestilah tidak terlalu jauh dari tahun indeks itu
dikira.Keadaan dan faktor mungkin telah berubah jika tahun asas
terlalu jauh daripada tempoh semasa. Teknologi dan citarasa
pengguna mungkin telah berubah jika perbezaan tahun terlalu lama.
Kedua, tahun asas mestilah merupakan tahun yang normal dan stabil
tanpa perubahan ekonomi yang drastik/mendadak.

(c) Pemberat
Nombor indeks berwajaran disertakan dengan pemberat.Pemberat ialah nilai
yang menunjukan kepentingan sesuatu item dalam nombor indeks. Item yang
lebih penting diberi pemberat yang lebih tinggi manakala item yang kurang
penting diberi pemberat yang lebih rendah.

Indeks harga dan indeks kuantiti

1. Indeks harga adalah peratusan perubahan dalam harga sesuatu item


atau sekumpulan item dalam tempoh tertentu berdasarkan harga bagi
item yang sama pada tahun asas.
2. Indeks kuantiti ialah peratusan perubahan dalam kuantiti dalam tempoh
tertentu berdasarkan kuantiti bagi item yang sama pada tahun asas.

3. Indeks nombor terbahagi kepada dua kategori


(i) Indeks tanpa pemberat /indeks tidak berwajaran
(ii) Indeks dengan Pemberat/indeks berwajaran
4. Indeks Tanpa Pemberat/indeks tidak berwajaran termasuk relatif mudah,
indeks agregat mudah, purata mudah indeks relatif.

5. Indeks dengan Pemberat/ Indeks berwajaran termasuk indeks agregat


berwajaran, indeks Laspeyres’ dan indeks Paasche’s.
Relatif mudah / nombor Indeks
1. Relatif harga mudah ialah nisbah harga satu komoditi tertentu kepada harganya
dalam tahun asas.
I =nombor indeks / indeks relatif harga
p1=¿ harga komoditi / kuantiti pada masa tertentu
p0=¿ harga komoditi / kuantiti pada tahun asas

2 | UMB 2112 MATEMATIK PERNIAGAAN


P1
I= ×100
P0

Q1
I= ×100
Q0

Contoh 1 :
Harga seutas jam tangan berjenama Y pada tahun 2019 dan 2020 masing-masing ialah
RM 500 dan RM 550. Hitung nombor indeks bagi harga jam tangan itu pada tahun 2020
berasaskan tahun 2019. Tafsirkan nombor indeks yang diperoleh.
Penyelesaian:
p0 = harga pada tahun 2019

p1 = harga pada tahun 2020

P2020
Nombor indeks, I 2020/2019 = ×100
P2019
550
= ×100
500
= 110
Maka, terdapat peningkatan harga sebanyak 10% dari tahun 2019 ke tahun 2020.
Contoh 2
Jadual menunjukkan kuantiti bagi tiga jenis komoditi
Kuantiti
Komoditi 2020 2021 2022
A 100 175 150
B 150 120 100
C 125 150 160

(a) Dengan menggunakan 2020 sebagai tahun asas, hitung indeks kuantiti relatif
mudah bagi setiap item untuk 2021 dan terangkan keputusan yang diperoleh.
(b) Dengan menggunakan 2021 sebagai tahun asas, hitung indeks kuantiti relatif
mudah bagi setiap item untuk 2022 dan terangkan keputusan yang diperoleh.
Penyelesaian:

3 | UMB 2112 MATEMATIK PERNIAGAAN


(a) Indeks kuantiti relatif mudah bagi tahun 2021 ( berasaskan tahun2020)

Q2021
I 2021/2020 = ×100
Q2020

175
Item A , I= ×100 = 175
100

120
Item B , I = ×100=80
150

150
Item C, I = ×100=120
125

Komoditi A menunjukkan peratusan peningkatan terbesar iaitu 75% dalam


kuantiti berbanding komoditi B yang berkurang sebanyak 20%, sementara
komoditi C meningkat sebanyak 20%.

(b) Indeks kuantiti relatif mudah bagi tahun 2022 ( berasaskan tahun2021)

Q2022
I 2022/2021 = ×100
Q2021

Contoh 3
Jadual menunjukkan harga bagi tiga jenis mesin basuh, A, P dan F bagi tahun 2017 ,
2019 dan relatif harga (Indeks harga) dalam tahun 2019, dengan mengambil 2017
sebagai tahun asas.
Harga pada 2017 Harga pada 2019 Relatif harga
(Indeks harga)

4 | UMB 2112 MATEMATIK PERNIAGAAN


(RM) (RM)
A 800 1 , 000 x
P 1, 200 y 140
F z 600 120

Cari nilai x, y dan z.


Penyelesaian:
P 2019
I 2019/2017 = ×100
P 2017

2.2 NOMBOR INDEKS TANPA PEMBERAT


Purata mudah indeks relatif (Simple average of relative Index)
1. Purata mudah indeks relatif membandingkan perubahan keseluruhan bagi
sekumpulan komoditi atau item yang sedang dipertimbangkan.
2. Purata indeks harga relatif dikira dengan menjumlahkan semua harga relatif
bagi semua item dibahagikan dengan bilangan item.

1 P1
FORMULA, I =
n
∑ P0
× 100

P1
Dimana n ialah bilangan item dan ∑ × 100 ialah jumlah semua harga relatif
P0
komoditi.
3. Purata indeks kuantiti relatif dikira dengan menjumlahkan semua kuantiti relatif
bagi semua item dibahagikan dengan bilangan item.

1 Q1
FORMULA, I =
n
∑ Q0
× 100

5 | UMB 2112 MATEMATIK PERNIAGAAN


Q1
Dimana n ialah bilangan item dan ∑ × 100 ialah jumlah semua kuantiti relatif
Q0
komoditi.
Contoh 4 :
Jadual menunjukkan purata harga bagi petrol Ron 95, Petrol Ron 97 dan Diesel bagi
tahun 2019, 2020 dan 2021. Dengan menggunakan kaeadah purata indeks harga
relative, hitung indeks harga bagi tahun 2021 dengan
(a) 2019
(b) 2019 -2020
Sebagai tahun asas.
ITEM 2019 2020 2021
PETROL RON 95 1.98 1.44 2.05
PETROL RON 97 2.28 1.74 2.54
DIESEL 2.17 1.75 2.15

Penyelesaian:
P2021
(a) Indeks harga / harga relative bagi petrol Ron 95 , I 2021/2019 = ×100
P2019
2.05
= ×100
1.98

= 103.54

2.54
Indeks harga / harga relative bagi petrol Ron 97 = × 100
2.28

= 111.40

2.15
Indeks harga / harga relative Diesel = × 100
2.17

= 99.08

1 P1
Purata (min) harga relatif, I =
n
∑ P0
× 100

1
= [ 103.54+111.40+ 99.08 ]
3

6 | UMB 2112 MATEMATIK PERNIAGAAN


= 104.67

Keseluruhan harga pada tahun 2021 meningkat sebanyak 4.67% berbanding


2019.

(b) 2019- 2020 sebagai tahun asas


P2021
Indeks harga / harga relative bagi petrol Ron 95 , I= × 100
P 2019−2020
2.05
= ×100
1.71

= 119.88

[ 1
P2019−2020 = ( 1.98+1.44 ) =1.71
2 ]
2.54
Indeks harga / harga relative bagi petrol Ron 97 = × 100
2.01

= 126.37

[ 1
P2019−2020 = ( 2.28+1.74 )=2.01
2 ]
2.15
Indeks harga / harga relative Diesel = ×100
1.96

= 109.69

[ 1
P2019−2020 = ( 2.17+1.75 )=1.96
2 ]
1 P1
Purata (min) harga relatif, I =
n
∑ P0
× 100

1
= [ 119.88+126.37 +109.69 ]
3

= 118.65

7 | UMB 2112 MATEMATIK PERNIAGAAN


Berbanding harga purata bagi tahun 2019 dan 2020, harga 2021 meningkat
sebanyak 18.65% .

INDEKS HARGA AGREGAT MUDAH


1. Indeks harga agregat mudah untk tahun tertentu dikira dengan menyatakan
jumlah harga komoditi pada tahun tersebutsebagai peratusan daripada jumlah
harga komoditi dalam tahun asas.

Indeks harga agregat mudah ,

FORMULA, I =
∑ P1 ×100
∑ P0

Dimana ∑ P 0 dan ∑ P1 adalah jumlah semua harga komoditi / kuantiti komoditi


pada tahun asas
dan tahun tertentu masing-masing.
Contoh 5 :
Merujuk kepada jadual yang diberikan, hitung indeks kuantiti agregat mudah
pada tahun 2018 bagi 3 jenis televisyen P, Q dan R menggunakan 2016 sebagai
tahun asas.
Jenis Kuantiti jualan
Televisyen 2017 2018
P 350 660
Q 540 800
R 900 1550

Penyelesaian :
Indeks kuantiti agregat mudah tahun 2018 ialah
660+800+1550
I= ×100 = 152.79%
350+540+900
Indeks kuantiti agregat mudah adalah 152.79 menunjukkan jumlah kuantiti jualan pada
tahun 2018 ialah 152.79% daripada kuantiti yang dijual pada tahun 2017. Kuantiti jualan
bagi ketiga-ketiga jenis televisyen telah meningkat sebanyak 52.79% dari tahun 2017
hingga tahun 2018.

8 | UMB 2112 MATEMATIK PERNIAGAAN


2.3 NOMBOR INDEKS DENGAN PEMBERAT
1. Dalam mengira purata mudah indeks relative dan indeks agregat mudah, kita
menganggap semua komoditi atau item adalah sama penting dan tiada pemberat
digunakan. Apabila kepentingan setiap item diperlukan, kita perlu mengira indeks
pemberat(wajaran). Indeks pemberat(wajaran) mencerminkan sepenuhnya
kepentingan pelbagai item dalam pemilihan.

2. Indeks berwajaran dihitung menggunakan formula:

I=
∑ w P1 × 100 ATAU I =
∑ w Q1 × 100
∑ w P0 ∑ w Q0
w adalah pemberat setiap item atau komoditi
Contoh 6 :
Berdasarkan data yang diberikan, hitung indeks harga agregat berwajaran untuk 2018
menggunakan 2017 sebagai tahun asas.
Kumpulan barang Wajaran(pemberat) Harga( 2017) RM Harga (2018) RM
Makanan 5 20.00 25.00
Minuman 3 8.00 13.00
Pakaian 2 25.00 28.00

Penyelesaian:
Indeks harga agregat berwajaran untuk 2018,

I=
∑ w P1 × 100 =
5 (25.00 )+ 3 (13.00 )+ 2(28.00)
×100=126.44 %
∑ w P0 5 ( 20.00 )+ 3 ( 8.00 ) +2(25.00)

Indeks harga agregat berwajaran adalah 126.44 menunjukkan harga bagi ketiga-tiga
kumpulan barang meningkat sebanyak 26.44% bagi tahun 2018 berbanding tahun
2017.

INDEKS LASPEYRES DAN INDEKS PAASCHE


1. Indeks Harga Laspeyres adalah indeks harga berwajaran dengan menggunakan
kuantiti barang( Q0 ) pada tahun asas sebagai wajaran(pemberat)

9 | UMB 2112 MATEMATIK PERNIAGAAN


Indeks Harga Laspeyres =
∑ P1 Q0 ×100
∑ P0 Q 0

2. Indeks Harga Paasche adalah indeks harga berwajaran dengan menggunakan


kuantiti barang pada tahun yang diukur (Q1 ¿sebagai wajaran(pemberat).

Indeks Harga Paasche =


∑ P1 Q1 × 100
∑ P0 Q 1

3. Formula bagi Indeks Kuantiti Laspeyres dan Indeks Kuantiti Paasche ialah :

Indeks Kuantiti Laspeyres =


∑ Q1 P0 ×100
∑ Q0 P 0

Indeks Kuantiti Paasche =


∑ Q1 P1 × 100
∑ Q 0 P1
Contoh 7:
Jadual menunjukkan harga bagi tiga jenama mesin basuh(14 kg) dan kuantiti yang
dijual oleh Syarikat Mantap bagi tahun 2019 dan 2020.
Jenama 2019 2020
Harga(RM) Kuantiti Harga (RM) Kuantiti
Panasonic 999 40 1299 45
Samsung 1299 35 1999 25
Toshiba 1099 30 1799 15

Dengan menggunakan 2019 sebagai tahun asas


(a) Hitung indeks harga Laspeyres bagi tahun 2020
(b) Hitung indeks harga Paasche bagi tahun 2020
(c) Hitung indeks kuantiti Laspeyres bagi tahun 2020
(d) Hitung indeks Kuantiti Paasche bagi tahun 2020

Penyelesaian :
Jenama 2019 2020
10 | UMB 2112 MATEMATIK PERNIAGAAN
Harga(RM) (P0) Kuantiti (Q0) Harga (RM) Kuantiti (Q1)
(P1)
Panasonic 999 40 1299 45
Samsung 1299 35 1999 25
Toshiba 1099 30 1799 15

(a) Indeks Harga Laspeyres =


∑ P1 Q0 ×100
∑ P0 Q 0
∑ P1 Q0=1299 ( 40 ) +1999 ( 35 ) +1799(30)= 175,895
∑ P 0 Q0 =999 ( 40 ) +1299 ( 35 ) +1099 ( 30 ) =¿118,395
175,895
Indeks Harga Laspeyres = ×100 =148.57%
118,395
. Indeks Harga Laspeyres ialah 148.57 menunjukkan harga bagi ketiga-tiga
jenama mesin basuh tersebut meningkat sebanyak 48.57% bagi tahun 2020
berbanding 2019

(b) Indeks Harga Paasche =


∑ P1 Q1 × 100
∑ P0 Q 1
∑ P1 Q1=1299 ( 45 )+ 1999 ( 25 )+ 1799(15)=135,415
∑ P 0 Q1=999 ( 45 ) +1299 ( 25 ) +1099 ( 15 )=93,915
135,415
Indeks Harga Paasche = ×100=144.19 %
93,915

Indeks Harga Paasche ialah 144.19 menunjukkan harga bagi ketiga-tiga jenama
mesin basuh tersebut meningkat sebanyak 44.19% bagi tahun 2020 berbanding
2019.

(c ) Indeks Kuantiti Laspeyres =


∑ Q1 P0 ×100
∑ Q0 P 0
∑ Q1 P0=¿
∑ Q 0 P0=¿ ¿

11 | UMB 2112 MATEMATIK PERNIAGAAN


(d) Indeks Kuantiti Paasche =
∑ Q1 P1 × 100
∑ Q 0 P1
∑ Q1 P1=¿
∑ Q 0 P1=¿

LATIHAN 1
1. Jadual menunjukkan harga dan indeks harga bagi epat jenis makanan dalam tahun
2017 berasaskan tahun 2015.
Harga per kg Indeks harga tahun
makanan Tahun 2015 Tahun 2017 2017 berasaskan
tahun 2015
P RM 6.00 RM 7.20 X
Q RM 5.00 Y 110
R Z RM 5.00 125
S RM 7.00 RM 9.10 130

(a)(i) Cari nilai-nilai x, y dan z


(b) hitung indeks harga bagi S pada tahun 2020 berasaskan tahun 2017 jika harganya
RM 12.00
3. Pendaftaran badan sukan yang diterima oleh Pejabat Pesurhjaya Sukan pada tahun
2017 ialah sebanyak 893. Diberi nombor indeks bagi Pendaftaran badan sukan
pada tahun2017 berasaskan tahun 2010 ialah 156.39, hitung bilangan pendaftaran
badan sukan pada tahun 2010.
4. Persatuan Automotif Malaysia (MAA) melaporkan bahawa jumlah kenderaan
komersial yang berdaftar pada tahun 2015 ialah 75 376 buah manakala jumlah
kenderaan komersial yang berdaftar pada tahun 2017 ialah 61 956 buah. Hitung
indeks bilangan kenderaan komersialyang berdaftar pada tahun 2017 berasaskan
tahun 2015 dan tafsirkan.

12 | UMB 2112 MATEMATIK PERNIAGAAN


5. Purata perbelanjaan bulanan isi rumah di Malaysia pada tahun 2014 ialah RM3 578.
Pada tahun 2017, purata perbelanjaan bulanan isi rumah ialah RM4 033. Cari indeks
purata perbelanjaan bulanan isi rumah pada tahun 2017 berasaskan tahun 2014 dan
tafsirkan.
6. Jumlah pengeluaran buah sawit di Malaysia pada tahun 2013 ialah sebanyak 720
440 105 tan metrik. Diberi indeks jumlah pengeluaran buah sawit pada tahun 2016
berasaskan tahun 2013 ialah 90.23, cari jumlah pengeluaran buah sawit pada tahun
2016.
7. Sewa sebuah rumah pada tahun 2019 ialah RM 590 dan nombor indeks sewa itu
pada tahun 2020 berasaskan tahu 2019 ialah 130. Cari sewa rumah itu pada tahun
2020.
8. Indeks harga sepeket serbuk pencuci pada tahun 2020 berasaskan tahun 2018 ialah
124. Jika harga serbuk pencuci itu pada tahun 2018 ialah RM 40, Cari harga serbuk
pencuci itu pada tahun 2020.
9. Jadual menunjukkan harga bagi tiga barangan pada tahun 2019 dan 2020 sepadan
dengan harga relative 2020 berasaskan tahun 2019.
barangan Harga tahun Harga tahun Harga relatif
2019 2020
P 900 920 X
Q 1100 Y 120
R Z 1600 110

Cari nilai x, y dan z

10. Jadual menunjukkan harga bagi tiga jenis komoditi A,B dan C dari 2015 hingga
2017.
komoditi Harga per unit (RM)
2015 2016 2017
A 3.10 2.90 3.55
B 10.25 10.25 10.45
C 4.15 3.75 4.25

(a) Hitung indeks harga relative mudah setiap item bagi tahun 2016 berasaskan
tahun 2015 dan terangkan keputusan yang diperoleh.
(b) Hitung indeks harga relative mudah setiap item bagi tahun 2017 dengan
menggunakan 2015 sebagai tahun asas. Terangkan keputusan yang
diperoleh.

13 | UMB 2112 MATEMATIK PERNIAGAAN


LATIHAN 2
1. Jadual menunjukkan purata harga dan anggaran per kapita bagi beras, ayam
dan sayuran pada tahun 20201 dan 2021.
makanan unit Purata harga(RM) Anggaran per kapita( per
bulan)
2020, P0 2021, P1 2020, Q0 2021, Q1
Beras Kg 18.00 28.00 4.0 4.5
Ayam Kg 4.50 6.00 5.0 4.0
sayuran Kg 2.50 3.60 6.0 8.0

Hitung tiga jenis makanan bagi tahun 2021, menggunakan 2016 sebagai tahun asas.
(a) Indeks harga agregat mudah
(b) Indeks kuantiti agregat mudah
(c) Purata mudah harga relative
(d) Purata mudah kuantiti relative

LATIHAN 3
1. Bagi data yang diberikan di bawah, hitung indeks harga agregat berwajaran bagi
tahun 2021 berasaskan 2020.
Item pemberat Harga pada Harga pada
2020 2021
pisang 3 1.60 1.80
Epal 6 1.20 1.50
Oren 8 1.00 1.30

14 | UMB 2112 MATEMATIK PERNIAGAAN


2. Jadual menunjukkan harga bagi tiga komoditi A, B dan C bagi 2021 dan 2022.
komoditi pemberat Kuantiti pada Kuantiti pada
2021(kg) 2022(kg)

A 3 2000 1880
B 2 1220 1500
c 5 1000 1300

Hitung indeks kuantiti agregat berwajaran bagi 2022 menggunakan 2021 sebagai
tahun asas.

3. Jadual menunjukkan harga bagi empat jenis raw material A, B , C dan D.

Raw Material Harga per kg (RM) Kuantiti (kg)


2021 2022 2021 2022
A 40.00 50.00 400 350
B 60.00 70.00 275 300
C 50.00 40.00 200 300
D 80.00 90.00 100 200

Merujuk kepada data di atas, dengan menggunakan 2021 sebagai tahun asas.
Hitung
(a) Indeks Kuantiti Laspeyres
(b) Indeks kuantiti Paasche
(c) Indeks harga Laspeyres
(d) Indeks Harga Paasche

15 | UMB 2112 MATEMATIK PERNIAGAAN

You might also like