Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

1.

2 Faedah
Faedah berasal daripada perkataan Latin iaitu intereo yang bermaksud ‘akan rugi’. Sekiranya kita
melihat dari sudut pinjaman wang, peminjam akan mengalami kerugian sekiranya dia membayar
semula pinjaman beserta dengan faedah yang dikenakan. Tetapi, dunia hari ini melihat faedah bukan
sahaja dikenakan dalam pembayaran hutang, bahkan turut diterima sekiranya kita melakukan pelaburan.
Oleh sebab itu, kita perlu terlebih dahulu memahami apa itu faedah, cara mengira faedah, kesan dan
pengaruh fadeah kepada ekonomi negara.

Definisi:
i. Wang yang diperoleh melalui pelaburan (pengguna untung)
ii. Wang yang dicaj apabila seseorang membuat satu pinjaman (pengguna rugi)

Faedah

Faedah Faedah
Mudah Kompaun

Faedah Faedah Faedah


Rata Tetap Terapung

1
1.2.1 Pengenalan Jenis Faedah Mudah
i. Kadar Faedah Rata (flate rate)
Definisi: bayaran yang dikenakan atas perkhidmatan secara lump sum sekali sahaja.

ii. Kadar Faedah Tetap (fixed rate)


Definisi:
Kadar faedah tetap merupakan faedah dikira berdasarkan baki pinjaman semasa pada kadar faedah
yang sama. Ianya tidak berubah sepanjang tempoh pinjaman. Biasanya kadar ini digunakan untuk
gadaian, kad kredit.

iii. Kadar Faedah Terapung (floating rate)


Definisi:
Kadar faedah terapung merupakan kadar faedah yang dihitung berasaskan baki pinjaman semasa dengan
kadar faedah bersandarkan pada indeks atau kadar asas (BR). Kadar faedah terapung ini boleh
berubah-ubah sepanjang tempoh pinjaman. Contoh, bayaran pinjaman kad kredit.
Pada 2 Januari 2015, Kadar Asas (Base Rate, BR) telah menggantikan Kadar Pinjaman Asas (Base
Lending Rate, BLR) sebagai kadar rujukan utama bagi kemudahan pinjaman dan pembiayaan runcit
kadar terapung baharu.
Bagi institusi kewangan, BR membolehkan kadar faedah bagi pinjaman sedia ada berubah mengikut
perubahan dalam keadaan pendanaan pasaran, dan ini akan membantu mereka mengurus risiko dedahan
kadar faedah pasaran. BR juga dijangka menyediakan asas yang wajar kepada institusi kewangan untuk
menentukan harga pinjaman kadar terapung kerana ia mencerminkan kos dana tanda aras yang relevan
untuk memberikan pinjaman

2
1.2.2 Kadar Faedah Mudah
Faedah mudah yang dikenakan boleh dihitung secara umum dengan rumus seperti berikut:

𝐼 = 𝑃𝑟𝑡
Di mana 𝐼 mewakili jumlah faedah,

𝑃 mewakili prinsipal atau pendahuluan


𝑟 mewakili kadar faedah
𝑡 mewakili tempoh masa (tahun)

Untuk kiraan jumlah bayaran bersama faedah, kita jumlahkan prinsipal,𝑃 dan jumlah faedah,𝐼.
𝑆 =𝑃+𝐼
Di mana 𝑆 mewakili jumlah bayaran

𝑃 mewakili prinsipal atau pendahuluan


𝐼 mewakili jumlah faedah

Peringatan!!

𝟏
𝟏% ==𝟏𝟎𝟎
𝟎. 𝟎𝟏

3
1.2.3 Jumlah amaun

Faedah Rata
Contoh:
Abu membuat satu transaksi yang bernilai RM3,000 dibayar melalui kad kredit. Untuk mengurangkan
beban untuk dia membayar balik transaksi ini, Abu telah meminta bank untuk tukarkan transaksi ini
kepada ansuran 6 bulan. Bank telah meluluskan permohonan Abu dengan syarat kadar faedah rata
sebanyak 3%. Berapakah jumlah yang perlu dibayar balik oleh Abu?
Penyelesaian:
Untuk kes ini, walaupun Abu tidak membuat ansuran selama 12 bulan atau 1 tahun, tetapi faedah
yang dikenakan adalah sekali (lump sum) sahaja untuk transaksi dia. Maka, kita akan ambil

t=1 , P=3000 , r=0.03


S=P ( 1+rt )
¿ 3000 ( 1+0.03 ×1 )
¿ 3090

Tahukah Anda?

Abu diwajibkan untuk bayar faedah transaksi dia pada ansuran pertama sahaja. Jadi, ansuran
bulanan Abu adalah seperti berikut:

Ansuran 1: 3000/6 + 90 = 590


Asuran 2: 3000/6 = 500
Asuran 3: 3000/6 = 500
Asuran 4: 3000/6 = 500
Asuran 5: 3000/6 = 500
Asuran 6: 3000/6 = 500

Faedah Tetap
Contoh 1
Ah Ming merupakan seorang peniaga logam. Dia telah membuat satu pinjaman sebanyak RM5,000
dengan Bank A untuk pembelian stok. Tawaran yang ditawarkan oleh Bank A adalah faedah tetap
tahunan sebanyak 4%. Hitungkan ansuran Ah Ming sekiranya dia meminjam selama 5 tahun.

t=5 , P=5000 , r=0.04


S=P ( 1+rt )
¿ 5000 ( 1+0.04 ×5 )
¿ 6000
S
ansuran bulanan=
t
6000
¿
5× 12
¿ 100

4
Contoh 2
Bernerd merupakan seorang guru. Dia telah membuat satu pinjaman sebanyak RM5,000 dengan Bank A
untuk rawatan anak dia. Tawaran yang ditawarkan oleh Bank A adalah faedah tetap tahunan sebanyak
4%. Hitungkan ansuran Bernard sekiranya dia meminjam selama 9 bulan.

Penyelesaian:

9
t= , P=5000 , r=0.04
12

S=P ( 1+rt )

(
¿ 5000 1+ 0.04 ×
9
12 )
¿ 5150
S
ansuran bulanan=
t

5150
¿
9

¿ 572.22

Faedah Terapung
Contoh:
Lam telah simpan RM 2,000 dalam satu simpanan yang menawarkan kadar faedah terapung sebanyak
4% setahun. Jika Lam simpan 4 tahun tanpa kompaunkan faedah, hitungkan jumlah faedah yang Lam
akan dapat sekiranya kadar pada tahun ke-3 sahaja adalah 5%.
P=2000 ,r =0.04 pada tahun 1 ,2 dan 4 , r=0.05 pada tahun 3
Jumlah faedah pada tahun 1,2 dan 4:
I =Prt=2000 ×0.04 × 3=240
Jumlah faedah pada tahun 3:
I =Prt=2000 ×0.05 ×1=100
Jumlah faedah keseluruhan:
I =240+100=340

5
1.2.4. Faedah tepat dan faedah anggaran

Tempoh masa boleh diambil kira dalam bulan atau hari juga. Walaubagaimanapun, kita masih
perlu tukarkannya ke tahun!!.Bagi kiraan hari, terdapat dua jenis kiraan yang biasa digunakan oleh
bank hari ini. Untuk menganggarkan faedah, bank akan mengambil kiraan hari sebagai 360 hari.
Sekiranya untuk dapat faedah tepat, bank akan mengambil kiraan hari sebagai 365 hari.

Kadar Faedah Ordinari (anggaran): 360 hari

Kadar Faedah Tepat (benar): 365 / 366 hari berdasarkan tahun terlibat

Contoh 3
Rami telah melabur sebanyak RM10,000 dalam satu program simpanan khas yang menawarkan kadar
faedah tetap 15% tahunan selama 90 hari. Kirakan:
i. Jumlah faedah ordinari
ii. Jumlah faedah tepat
Penyelesaian:

t=90 hari
P=10,000
r =0.15

I. I =Prt
90
¿ 10,000 ×0.15 ×
360
¿ 375
II. I =Prt
90
¿ 10,000 ×0.15 ×
365
¿ 369.86

6
Latihan.

1. 180 hari yang lalu, sebuah pelaburan telah dilakukan. Pada hari ini, nilai pelaburan tersebut ialah
RM45000. Dengan kadar faedah 8% setahun, cari deposit pelaburan. [43269.23]

2. En Sabree telah meminjam RM1000 untuk 3 bulan dan perlu membayar sebanyak RM1016.25.
Cari faedah yang dikenakan. [6.5%]

3. Lengkapkan jadual di bawah:

No Pendahuluan Kadar Faedah Tempoh Nilai Matang


a RM1,000 5.5% 5 tahun
b RM5,000 3 tahun RM5,600
c 3.8% 7 tahun RM18,990
d RM2,500 6% RM2,800
e RM2,000 7% 18 bulan
f RM3,750 9 bulan RM3,868.13
g 9% 3 bulan RM3,750
h RM2,250 12% RM2,385
i RM4,000 18% 90 hari
j RM250 60 hari RM256.67
k 20% 75 hari RM3,125
l RM6,000 16% RM6,560

4. Pn. Faeza ingin membeli motorsikal untuk anaknya yang berharga RM7500. Jika 20% pendahuluan
diperlukan dan baki perlu dibayar selama 18 bulan dengan kadar faedah 15%, hitung
a) jumlah bayaran terkumpul [7,350]
b) faedah terkumpul [1350]
c) ansuran bulanan [408.33]

5. Pn Wan ingin membeli sebuah rumah berharga RM500 000, dengan kadar faedah 5.5% untuk
tempoh 25 tahun dan perlu membayar RM3070.44 sebulan. Hitung:
a) faedah terkumpul untuk 3 bulan pertama [6,864.28]
b) baki principal harga rumah [497,652.96]

6. En Taqi telah melaburkan RM2500 ke dalam bank dengan faedah 0.08 setahun pada 1 Januari 2018.
Jika dia mengeluarkan RM2550 dari akaun pelaburan selepas 6 bulan, berapakah baki dalam akaun
tersebut. [50]

7
8

You might also like