Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 24

TAJUK

PERBANDINGAN PENDEKATAN FALSAFAH YANG DIGUNAKAN OLEH PEMIMPIN CHINA


DAN AMERIKA SYARIKAT DALAM MENANGANI COVID-19 DALAM KALANGAN
MAHASISWA DAN MAHASISWI DI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, BANGI

SUBJEK

LMCW 2143 - FALSAFAH DAN ISU SEMASA

NAMA PENYELIA

ENCIK AHMAD RAFIZI BIN SALLEH

NAMA AHLI KUMPULAN

GAN ZHAN XIANG A173859

NUR FATIHAH BINTI HISSHAM A173897

TAN PEI CHEE A174246

NUR RAFEEZA IZYAN BINTI ROSLI A174882

AMEEDTRA A/P THA WIP SRIPRAPHAN A175022

AMEEDTRI A/P THA WIP SRIPRAPHAN A175023

LIW YEN FANG A175893

TEW ZHI XUAN A175986

NUR HANISAH INANI BINTI MOHD ALI NAWAR A176874

NURLYDIA BINTI MOHD AZMIL A177090


NO ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1 PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG KAJIAN 3

2 PERNYATAAN MASALAH 5

3 OBJEKTIF KAJIAN 7

4 PERSOALAN KAJIAN 8

5 KEPENTINGAN KAJIAN 9

6 SOROTAN KAJIAN LEPAS 10

7 METODOLOGI KAJIAN 13

8 PENUTUP 18

9 SENARAI RUJUKAN 19

10 CARTA GANTT DAN JEJAK PERBATUAN 21

11 SENARAI TUGAS DAN PEMBAHAGIAN TUGAS BAGI SETIAP 24


AHLI KUMPULAN DALAM PELAKSANAAN PROJEK
BERDASARKAN CARTA GANTT
1.0 PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG KAJIAN

Pada 11 Mac 2020, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengistiharkan penularan
COVID-19 sebagai sebuah pandemik. Pandemik merujuk kepada penyakit berjangkit yang merebak
melalui populasi manusia ke seluruh dunia (World Health Organisation, 2010). Sehingga 5 Disember
2020, kes jangkitan COVID-19 telah dilaporkan melebihi 66.2 juta kes dan kematian melebihi 1.52 juta
kes di seluruh dunia melibatkan 218 negara dan wilayah.

Di China, kes pertama COVID-19 yang dilaporkan ialah pada 17 November 2019 di Wuhan
yang melibatkan seorang penduduk tempatan berumur 55 tahun yang menetap di wilayah Hubei. Kes
tersebut juga merupakan kes pertama COVID-19 yang dilaporkan di seluruh dunia. Sehingga 5
Disember 2020, kes COVID-19 yang dilaporkan di China melibatkan lebih 86000 kes dan kematian
melibatkan lebih 4,000 kes. Di negara yang mempunyai 1,439,323,776 penduduk itu, kira-kira 60 buah
kes dilaporkan dalam kalangan 1 juta penduduk. Hal ini menunjukkan peratus kes sebanyak 0.006%
dalam kalangan 1 juta penduduk.

Pada 11 Januari 2020, kes kematian COVID-19 yang pertama di China dan seluruh dunia telah
direkodkan. Kes kematian tersebut melibatkan seorang lelaki berumur 61 tahun yang dikatakan telah
melawat pasar haiwan hidup di Wuhan. Pada 23 Januari 2020, kerajaan negara China telah mengambil
langkah yang drastik iaitu perintah sekatan pengangkutan dengan menangguhkan perjalanan kapal
terbang dan kereta api serta menyekat operasi kereta api bawah tanah, bas dan feri demi membendung
penyebaran COVID-19. Langkah ini merupakan langkah pertama yang diambil oleh pemimpin negara
China untuk menangani COVID-19.

Di Amerika Syarikat pula, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan sehingga 5 Disember 2020
melibatkan lebih 14.7 juta kes dan jumlah kematian melebihi 285,000 kes. Kes pertama yang dilaporkan
di Amerika Syarikat ialah pada 21 Januari 2020 melibatkan seorang lelaki berumur 30-an yang menetap
di Washington. Beliau dikatakan telah melancong ke Wuhan, China. Kes tempatan pertama pula telah
dilaporkan pada 26 Februari 2020 melibatkan pesakit yang menetap di California dan tidak mempunyai
sejarah perjalanan ke kawasan penyebaran wabak. Kes kematian pertama akibat COVID-19 di Amerika
Syarikat pula telah dilaporkan pada 29 Februari 2020 melibatkan seorang lelaki yang tidak mempunyai
sejarah perjalanan ke Wuhan, China.

3
Peratusan kes COVID-19 direkodkan sebanyak 0.045% atau 44,518 kes direkodkan dalam setiap
1 juta penduduk di Amerika Syarikat. Kes kematian akibat COVID-19 pula direkodkan sebanyak 816
kes dalam setiap 1 juta penduduk di negara yang mempunyai kira-kira 331,833,330 jumlah penduduk
itu. Seterusnya, pada 13 Mac 2020, Presiden Amerika Syarikat iaitu Donald Trump telah
mengisytiharkan darurat kebangsaan untuk mencegah COVID-19.

4
2.0 PERNYATAAN MASALAH

Dapat dirumuskan bahawa tidak banyak kajian yang dilakukan berkaitan dengan pendekatan
falsafah yang diambil oleh pemimpin China dalam membendung penularan Covid-19 ini. Berdasarkan
kajian yang telah dilakukan oleh Bai Lian Lei (2020), strategi yang diambil oleh negara China iaitu
‘anti-pandemic strategy’ telah membuahkan hasil dalam membendung penularan wabak ini. Langkah
yang diambil oleh kerajaan China ini telah mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada
rakyatnya. Hal ini kerana usaha kerajaan tersebut dalam memastikan rakyatnya sentiasa mendapat
maklumat yang sahih dan memastikan barang keperluan sentiasa mencukupi telah memberi keyakinan
kepada rakyatnya untuk memberi kerjasama dalam mengekang penularan Covid-19 di negara tersebut.
Seterusnya menurut kajian yang dilakukan oleh AlTakarli N.S, China juga mengambil strategi untuk
menangani wabak ini dengan melakukan perbandingan strategi yang diambil ketika menangani penyakit
SARS. Hasil perbandingan ini telah membantu mereka mengambil langkah yang lebih proaktif dalam
pelbagai aspek seperti menambah baik fasiliti kesihatan dan memastikan persediaan awal pasukan
pegawai perubatan. Kerajaan China turut mempertingkatkan penggunaan teknologi untuk mengesan
penularan wabak ini dalam kalangan rakyatnya dengan memperkenalkan aplikasi mudah alih yang boleh
memantau tahap kesihatan.

Walau bagaimanapun, masih tidak ada kajian yang dibuat berkaitan dengan pendekatan falsafah
yang diambil oleh pemimpin Amerika Syarikat (AS) dalam menangani Covid-19. Sungguhpun begitu,
terdapat beberapa kajian secara tidak langsung dalam menangani pandemik influenza. Menurut kajian
yang telah dilakukan oleh ​Peter A. Patriarca and Nancy J. Cox (1997), langkah yang diambil oleh AS
yang dikenali sebagai ‘Influenza Pandemic Preparedness Plan’ telah memfokuskan kepada beberapa
aspek misalnya mengutamakan pemberian vaksin kepada golongan yang berisiko tinggi dan
memastikan bekalan vaksin mencukupi untuk semua rakyatnya. Langkah ini dilakukan untuk membuat
persediaan awal bagi menghadapi pandemik yang melanda. Selain itu, kajian daripada Diane Meyer
(2018) juga menunujukkan AS memperkenalkan strategi yang dikenali sebagai ‘National Strategy for
Pandemic Influenza’ dimana strategi ini bertujuan untuk mengurangkan serta menghentikan penularan
penyakit berjangkit di kalangan rakyatnya disamping mengurangkan impak negatif terhadap ekonomi
dan sosial.

5
Justeru itu, kajian ini telah dilaksanakan untuk mengenal pasti langkah dan kesan perbandingan
pendekatan falsafah yang diambil oleh pemimpin China dan Amerika Syarikat dalam membendung
penularan wabak Covid-19.

6
3.0 OBJEKTIF KAJIAN

1. Mengenal pasti pendekatan falsafah yang digunakan oleh pemimpin China dan Amerika Syarikat
dalam menangani Covid-19 mengikut pandangan mahasiswa dan mahasiswi di Universiti
Kebangsaan Malaysia.
2. Mengenal pasti kesan pendekatan falsafah yang digunakan oleh pemimpin China dan Amerika
Syarikat dalam menangani Covid-19 mengikut pandangan mahasiswa dan mahasiswi di
Universiti Kebangsaan Malaysia.
3. Mencadangkan langkah-langkah untuk menangani wabak Covid-19 berdasarkan pendekatan
falsafah yang digunakan oleh pemimpin China dan Amerika Syarikat dalam menangani
Covid-19 mengikut pandangan mahasiswa dan mahasiswi di Universiti Kebangsaan Malaysia.

7
4.0 PERSOALAN KAJIAN

i. Adakah pemahaman mahasiswa dan mahasiswi UKM mendalam tentang pendekatan falsafah
pemimpin negara Amerika Syarikat dan China dalam menangani Covid-19?

ii. Adakah mahasiswa dan mahasiswi UKM mengetahui pendekatan falsafah pemimpin negara Amerika
Syarikat dan China dalam menangani Covid-19 melalui apa-apa cara?

iii. Adakah mahasiswa dan mahasiswi UKM dapat membezakan pendekatan falsafah pemimpin negara
Amerika Syarikat dan China dalam menangani Covid-19?

iv. Apakah faktor mahasiswa dan mahasiswi UKM kurang mengetahui tentang pendekatan falsafah
pemimpin negara Amerika Syarikat dan China dalam menangani Covid-19?

v. Adakah pentingnya mahasiswa dan mahasiwi UKM mengetahui tentang pendekatan falsafah
pemimpin negara dalam menangani Covid-19?

8
5.0 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini berperanan untuk melihat perbezaan antara dua pemimpin dari negara yang berbeza
dalam menangani pandemik Covid-19. Sepanjang kajian ini dijalankan, terdapat beberapa kepentingan
yang dapat disenaraikan. Antaranya ialah kajian ini memberi gambaran bagaimana seorang pemimpin
menangani masalah yang melanda negara. Kedua-dua negara telah menunjukkan jalan penyelesaian
yang berbeza, di mana seorang pemimpin mempunyai cara yang jelas dan berkesan manakala seorang
pemimpin lagi tidak menjalankan tanggungjawab beliau dengan baik sekaligus memberi kesan yang
buruk kepada negara dari segi sosial, ekonomi dan kesihatan.

Selain itu, kajian ini juga dapat melihat kesan kepimpinan daripada kedua-dua negara. Kesan
kepimpinan ini dapat dinilai melalui peningkatan dan penurunan kes Covid-19. Hal ini demikian kerana,
melalui kajian ini dapat dilihat bahawa negara yang mempunyai pemimpin yang kurang berkepimpinan
dalam menguruskan wabak yang merebak telah mencatatkan bilangan kematian yang agak tinggi
berbanding negara yang mempunyai pemimpin yang berwibawa. Pemimpin yang menjaga kebajikan
rakyat dan memikirkan hal ehwal negara membawa kepentingan yang besar kepada negara.

Malah, kajian ini dapat membuka mata rakyat mengenai pemimpin yang dipilih oleh mereka
sendiri, sama ada pemimpin tersebut mempunyai kebolehan dan potensi dalam memberikan
perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dalam situasi yang pelbagai dan tidak menentu.

Perkara ini perlu diambil cakna kerana tidak semua pemimpin mampu bertindak dalam situasi
luar kawalan atau tidak mudah melatah apatah lagi dalam situasi pandemik Covid-19 yang menyerang
ribuan rakyat dan menyebabkan keadaan yang huru-hara. Kemampuan seseorang pemimpin dalam
membuat keputusan boleh mempengaruhi masa depan rakyat dan negara. Oleh itu, ianya memerlukan
perancangan yang teliti dan berkesan bergantung kepada situasi yang berlaku dan sumber yang sedia
ada.

9
6.0 SOROTAN KAJIAN LEPAS

Apakah itu Covid-19? Coronavirus Disease​-2019 (COVID-19) merupakan wabak yang


berpunca daripada Coronavirus jenis baru yang ditemui pada manusia bermula Disember 2019. Virus ini
menjangkiti tubuh manusia lain melalui titisan kecil daripada hidung atau mulut mereka yang telah
dijangkiti ketika mereka bersin atau batuk. Sehingga 12 Disember 2020, sebanyak 69 juta kes telah
dicatatkan menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Berdasarkan maklumat yang terkini, tiada
kajian berkaitan perbandingan pendekatan falsafah yang dilakukan antara negara China dan Amerika
Syarikat dalam menangani Covid-19 dijumpai. Maka, berikut adalah pengkajian tentang pendekatan
yang dilakukan oleh pemimpin China dan Amerika Syarikat dalam menangani wabak berjangkit ini.

Menurut artikel terbitan ​American Public Health Association​, bermula Disember 2019, Wuhan
Municipal Health Commission telah melaporkan satu kluster kes yang melibatkan Covid-19. Sehingga
24 Januari 2020, kes Covid-19 telah mencecah sebanyak 830 kes di seluruh negara China. Jumlah kes
Covid-19 tersebut semakin meningkat pada tiga minggu seterusnya. Peningkatan dalam jumlah kes
Covid-19 yang dicatatkan dalam negara China itu dipercayai berpunca daripada perhimpunan orang
ramai yang telah menghadiri sebuah festival di China. Namun, tindakan pantas telah diambil oleh
pemimpin negara tersebut untuk mengawal wabak ini. Tindakan-tindakan yang diambil termasuklah
menjalankan sekatan jalan raya, menambah baik penggunaan teknologi dan media dalam usaha memberi
peringatan kepada orang awam untuk menangani Covid-19 serta sentiasa mengemaskini maklumat dan
info berkaitan Covid-19 kepada rakyat negara tersebut. Hasil kajian ini menyatakan bahawa usaha yang
dijalankan pada peringkat awal ini mendatangkan hasil apabila berlaku penurunan bilangan kes
Covid-19 pada ketika itu.

Selain itu, merujuk kepada kajian yang telah dilakukan di ​Department of Obstetrics and
gynecology, Zhongnan Hospital of Wuhan University, Wuhan, Hubei, China ​melalui sebuah jurnal
keluaran Elsevier, satu lagi usaha telah dijalankan bermula di Wuhan, China iaitu dengan pelaksanaan
strategi khas bagi melindungi ibu mengandung yang berada di Trimester 3 daripada jangkitan pandemik
ini. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kadar penyebaran wabak berjangkit ini antara ibu mengandung
serta cara mengehadkan penyebaran tersebut dalam usaha melindungi ibu dan bayi daripada jangkitan
Covid-19. Maka, kajian-kajian ini jelas menunjukkan pendekatan yang digunakan oleh pemimpin negara

10
China dalam menangani penyebaran wabak ini adalah lebih memfokuskan kepada kebajikan rakyat
mereka.

Seterusnya, bagaimana pula dengan pendekatan falsafah yang dijalankan oleh pemimpin
Amerika Syarikat bagi menangani wabak Covid-19 di negara mereka? Donald Trump telah memberi
ucapan berkaitan Covid-19 pada 11 Mac 2020. Pada masa yang sama, WHO telah mengumumkan
Coronavirus sebagai pandemik. Dalam ucapan ini, Presiden Trump mengatakan bahawa Amerika
Syarikat dapat menangani penyakit Covid-19 dan tidak perlu panik terhadap situasi itu. Pada 13 Mac
2020, kes Covid-19 di Amerika Syarikat telah mencecah lebih daripada 2000 orang. Tindakan telah
diambil oleh Presiden Trump iaitu mengistiharkan darurat terhadap Covid-19. Namun, pada ketika itu
pemimpin itu masih yakin bahawa mereka dapat menangani situasi ini. Pada 15 Mei 2020, Donald
Trump menyakinkan rakyat negara Amerika Syarikat bahawa pencarian vaksin akan dijalankan secepat
mungkin. Pada ketika itu, jumlah kes positif Covid-19 di negara tersebut telah mencapai satu juta hanya
dalam tempoh masa yang sangat singkat.

Donald Trump tidak memandang serius terhadap ancaman Covid-19 walaupun pada masa itu
merupakan waktu puncak bagi kes Covid-19 yang semakin meningkat kian hari. Pada ketika itu, Donald
Trump tidak mengambil tindakan yang efektif dalam pencegahan wabak Covid-19 seperti mewajibkan
semua rakyat Amerika Syarikat memakai topeng muka ataupun melarang pengumpulan orang ramai di
negara tersebut. Kesan sikap Donald Trump yang meremehkan ancaman Covid-19 dan tidak mengambil
tindakan secepat mungkin telah menyebabkan Amerika Syarikat menjadi pusat wabak Covid-19 dengan
hampir satu pertiga kes daripada kes dunia dan jumlah kes harian baru semakin meningkat. Amerika
Syarikat telah menjadi halangan untuk menangani wabak pandemik ini.

Presiden Trump lebih mementingkan pembukaan semula serta pemulihan ekonomi negara pada
masa kritikal ini. Langkah-langkah yang diambil oleh Presiden Trump ialah mengadakan dasar untuk
membuka semula Amerika Syarikat. Dasar ini dibahagikan kepada tiga fasa mengikut nasihat pakar
kesihatan awam. Dasar ini merupakan inisiatif mereka untuk meningkatkan kembali aktiviti ekonomi di
Amerika Syarikat. Selain itu, President Trump kurang mangambil tindakan dan perhatian dalam sektor
menjamin kesihatan rakyat ataupun pencegahan Covid-19 selain memberi ucapan dalam menangani
wabak Covid-19.

11
Maka, perbandingan tindakan serta pendekatan yang diambil oleh pemimpin daripada dua buah
negara berbeza ini dalam menangani dan mengawal situasi berdepan dengan Covid-19 dapat
memberikan kesimpulan bahawa setiap tindakan yang diambil memberi kesan yang mendalam kepada
negara. Secara ringkasnya, kita dapat melihat pendekatan falsafah yang digunakan di negara China
adalah lebih jelas, lebih tertumpu iaitu memberi keutamaan kepada rakyat manakala pendekatan yang
digunakan oleh pemimpin Amerika Syarikat adalah lebih kepada peningkatan kembali aktiviti ekonomi
negara. Pendekatan falsafah yang digunakan oleh pemimpin negara China telah mendorong pengawalan
wabak Covid-19 dalam negara China yang lebih cepat dan efisien berbanding dengan pendekatan
falsafah yang digunakan oleh pemimpin negara Amerika Syarikat.

12
7.0 METODOLOGI KAJIAN

7.1 Pengenalan

Setiap kajian perlulah menghasilkan sebuah metodologi bagi merancang dan membentuk aliran aktiviti
yang akan dijalankan. Berdasarkan Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, metodologi kajian adalah sebuah
sistem yang merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan, disiplin dan
sebagainya. Sebuah kajian yang baik adalah berpunca dari tulang belakang yang kuat di mana dalam
skop ini adalah metodologinya. Dengan menyediakan sebuah carta kerja yang lengkap dan sistematik,
proses penyelidikan akan berjalan dengan lancar dan berstruktur.

Rajah 1.0 menunjukkan carta alir prosedur kajian yang akan dijalankan

13
7.2 Reka bentuk kajian

Menurut pengguna reka bentuk campuran Tashakkori(1998) yang dicatat dalam ​Penyelidikan
Pembangunan Reka Bentuk. Terdapat dua jenis reka bentuk kajian iaitu kajian kaedah campuran dan
kajian tindakan. Kajian kaedah campuran (Mixed method) adalah menggabungkan data kuantitatif dan
kualitatif untuk lebih memahami dan menerangkan masalah kajian. Kajian Tindakan (Action Research)
adalah menggunakan data kuantitatif dan kualitatif untuk mengkaji masalah pendidikan yang dihadapi
dalam setting mereka. Disebabkan oleh perintah kawalan pergerakan bersyarat(pkpb), kajian ini tidak
dapat menggunakan sumber kajian yang efektif iaitu kajian kepustakaan(Library Research). Oleh sebab
itu, kajian ini diteruskan dengan menggunakan kajian Internet untuk menggantikan kajian kepustakaan.
Kami memperoleh maklumat dari laman web yang integriti tinggi supaya tidak akan mendapat
maklumat yang palsu.Selain itu, laman web yang berlainan telah digunakan untuk berbandingkan
maklumat untuk memastikan kajian ini sentiasa jitu dan benar.

Secara dasarnya kuantatif adalah daripada perkataan kuantiti (Kamus DBP) iaitu jumlah atau
bilangan. Chua (2006) mengatakan kuantitatif dikaitkan dengan data numerika dan ketepatan, yang
mana berdasarkan penyelidikan inkuiri positivis yang menggunakan kajian eksperimental dan data
numerika untuk dianalisis dengan ujian statistik. Di antara jenis-jenis kajian kuantitatif ialah kajian
deskriptif, kajian korelasi, causal comparative, dan kajian eksperimental. Manakala kajian kualitatif
adalah kajian yang tidak dapat dijelaskan dengan data numerika, yang mana terdapat perkara-perkara
tertentu yang memerlukan pemerhatian yang teliti terutamanya yang berunsur emosi, motivasi, dan
empati (memahami orang lain) yang berkait dengan manusia, kumpulan tertentu atau keadaan
semualajadi (Chua, 2006). Data kualitatif pula diperoleh dengan cara temu bual, analisis dokumen atau
apa-apa cara untuk mendapatkan data yang lengkap. Data kualitatif ialah daripada hasil soal selidik serta
hasil daripada temu bual. Data-data ini dipungut melalui soalan soal selidik pelajar dan temubual semi
struktur profesionalisme. Rekabentuk kajian ini dijalankan adalah untuk:

● Untuk mengukur tahap kesedaran dalam kalangan pelajar UKM terhadap falsafah yang digunakan
oleh pemimpin di China dan Amerika dalam menangani krisis dunia iaitu, covid-19.

● Untuk mengenal pasti punca kurangnya tahap kesedaran dalam kalangan pelajar UKM
terhadapfalsafah yang digunakan oleh pemimpin di China dan Amerika dalam menangani covid-19.

14
● Untuk mencadangkan langkah-langkah bagi meningkatkan tahap kesedaran dalam kalangan pelajar
UKM terhadap falsafah yang digunakan oleh pemimpin di China dan Amerika dalam menangani
covid-19.

7.3.1 Sampel Kajian

Populasi kajian ini terdiri daripada sekurang-kurangnya 40 orang responden yang terdiri daripada pelajar
Universiti Kebangsaan Malaysia. Mereka dikehendaki mengisi soal selidik melalui Google Form.
Seorang pakar akan ditemubual dan pandangannya direkod secara transkrip.

7.3.2 Lokasi Kajian

Lokasi kajian lapangan yang dijalankan dalam kajian ini ialah di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi
dan rumah pelajar masing - masing.

7.4 Pengumpulan Data

Terdapat dua cara pengumpulan data yang akan digunakan dalam mendapatkan data bagi kajian ini iaitu
soal selidik dan temu bual. Dalam kajian ini, data utama yang digunakan sebagai rujukan dan analisis
adalah berdasarkan hasil soal selidik responden dan temu bual yang akan dilaksanakan oleh kumpulan
pengkaji sendiri. Data sampingan dan rujukan bagi analisis sepanjang kajian ini berjalan akan diambil
dari jurnal, kertas penyelidikan yang diiktiraf, buku yang telah diterbit secara sah dalam bentuk objek
mahupun e-buku dan sebagainya.

7.4.1 Instrumen Kajian

Kaedah yang digunakan dalam mendapatkan data utama adalah:

● Soal selidik
● Temu bual

❏ Borang soal selidik

Borang soal selidik ini disediakan berdasarkan objektif kajian yang telah ditentukan. Struktur
soal selidik amat ringkas dan tidak mengambil masa yang lama untuk menjawab. Tumpuan soal
selidik ini adalah terhadap pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Soalan-soalan yang
15
akan diberikan kepada para responden adalah untuk menguji dan membuat pemerhatian terhadap
tahap pengetahuan mahasiswa dan mahasiswi UKM tentang perbezaan pendekatan falsafah yang
digunakan oleh pemimpin China dan Amerika Syarikat dalam menangani Covid-19. Soal selidik
ini akan dibahagi kepada tiga bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Soalan
yang disediakan adalah dalam bentuk aneka pilihan jawapan supaya dapat memudahkan para
responden dan mengurangkan masa yang diambil untuk menjawab soal selidik. Semua soalan
yang diberikan wajib dijawab sebelum dihantar kepada pengkaji.

Bahagian A

Bahagian A adalah berkenaan dengan maklumat diri responden. Antara contoh soalan yang akan
diberi adalah nama penuh, tahun pengajian, fakulti dan lingkungan umur.

Bahagian B

Bahagian ini berkenaan dengan pengetahuan responden berkenaan pendekatan falsafah


pemimpin negara Amerika Syarikat dan China dalam menangani covid-19 dan kesedaran
terhadap perbezaan pemikiran dua pemimpin negara ini.

Bahagian C

Bahagian C memaparkan set soalan berkenaan faktor kekurangan pengetahuan responden


terhadap pendekatan falsafah pemimpin negara Amerika Syarikat dan China dalam menangani
Covid-19. Bahagian ini juga mempunyai soalan tentang kepentingan pengetahuan terhadap isu
kajian.

❏ Temu Bual

Menurut Schensul et al.(1999), temubual semi berstruktur adalah yang terbaik untuk meneroka
dan menjelaskan faktor-faktor dan subfaktor-subfaktor dalam kajian dan temubual jenis ini boleh
digunakan untuk tujuan-tujuan seperti menjelaskan lebih lanjut domain utama dan faktor-faktor
dalam kajian, mengoperasikan faktor-faktor pemboleh ubah dan lain-lain lagi. Oleh sebab itu
dalam kajian ini, temubual ini bertujuan untuk mengetahui pandangan atau pendapat oleh pakar
di UKM tentang falsafah pemimpin China dan Amerika dalam menangani covid-19. Data dalam

16
kajian ini penting kerana kita boleh mengetahui tentang faktor-faktor, subfaktor-subfaktor dan
juga langkah-langkah penyelesaian covid-19 bagi negara dunia pertama supaya kita boleh
menimba pengalaman dan menglengkapkan ilmu untuk menghadapi covid-19 dan juga wabak
lain yang dahsyat. Seterusnya bentuk temubual yang dipilih dalam kajian ini ialah temubual semi
struktur. Temubual semi struktur adalah pakar yang ditemu bual akan menjawab soalan asas
yang disediakan(berstruktur) dan juga soalan yang tidak berurutan(tidak berstruktur). Mengikut
penerangan tadi, temubual dalam kajian ini dapat memahami dengan lebih mendalam jawapan
responden melalui pandangan profesionalisme daripada ahli pakar UKM tentang falsafah
pemimpin China dan Amerika dalam menangani covid-19.

Ahli profesional yang dipilih sebagai responden bagi temubual ini adalah seorang pensyarah
dari UKM. Kertas temubual yang dijalankan ini terbahagi kepada 2 bahagian. Bahagian pertama
adalah mengenai soalan tentang latar belakang responden dan bahagian kedua pula adalah
tentang pendapat responden tentang falsafah pemimpin China dan Amerika dalam menangani
covid-19.

7.5 Prosedur Pengumpulan Data

Pengumpulan data bagi kajian ini akan dilakukan secara atas talian iaitu melalui Google Form bagi
mengagihkan soal selidik manakala temu bual akan menggunakan platform yang sesuai seperti Zoom,
Google Meet atau Microsoft Teams.

7.6 Penganalisis Data

Data yang dikumpulkan melalui soal selidik (Google Form) diguna untuk dianalisis dan mendapatkan
kesimpulan. Penulis menggunakan Google Form untuk mengkumpulkan data dengan mudah, cepat dan
selamat. Penulis menggunakan Microsoft Excel untuk menganalisis data dalam bentuk rajah, graf dan
carta supaya mudah difahami, tepat dan dapat menjimatkan masa.

17
8.0 PENUTUP

Kajian yang lebih mendalam terhadap kepentingan pembendungan penularan wabak Covid-19 akan
dilaksanakan dalam kalangan pelajar UKM. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengukur tahap
kesedaran mereka terhadap wabak ini. Seterusnya, tujuan yang lebih utama adalah untuk memastikan
bahawa masyarakat sedar akan bahayanya wabak ini dan amatlah penting untuk mematuhi arahan yang
dikeluarkan oleh pihak kerajaan bagi bersama-sama memutuskan rantaian Covid-19 ini. Ini adalah
sangat penting agar masyarakat dapat menikmati hidup yang lebih selamat dan selesa. Melalui kajian ini
juga diharapkan dapat membantu masyarakat supaya memahami dan mengambil serius kepentingan
penjagaan diri dan keluarga dari segi kesihatan dan keselamatan. Akhir sekali, kami juga berharap
masyarakat tidak memandang remeh akan tindakan yang diambil oleh kerajaan dalam menangani wabak
ini kerana segala tindakan yang dilakukan adalah untuk kebaikan bersama.

18
9.0 SENARAI RUJUKAN

9.1 Bahan Buku

Huat, C. S., & Choy, L. (2008). ​Kamus Perdana​ (3​rd​ ed., pp.1035). Selangor: United Publishing House
(M).

9.2 Bahan Internet

Agustiani, S. (2014). ​Interview Semi Terstruktur Kelompok III. Anggota Kelompok 1.Yoga Dharmawan
(091134010) 2.Ndaru Arumsari (091134065) 3.Hesti Wulandari (091134086) 4.Agnes​.
https://slideplayer.info/slide/2305202/​ [10 Nov 2020].

Berita Harian Online. (2020). ​Covid-19: Amerika Saman Pemimpin China​.


https://www.bharian.com.my/dunia/amerika/2020/04/680048/covid-19-amerika-saman-pemimpi
n-china​ [9 Nov 2020].

Berita Harian Online. (2020). ​Obama lancar serangan kritik Donald Trump​.
https://www.bharian.com.my/dunia/amerika/2020/05/687133/obama-lancar-serangan-kritik-dona
ld-trump​ [8 Nov 2020].

BMJ. (2020). ​Donald Trump: A Political Determinant of Covid-19.​


https://www.bmj.com/content/369/bmj.m1643​ [16 Nov 2020].

CDC. (2020). ​Guidelines Opening Up American Again​. ​https://www.whitehouse.gov/openingamerica/


[12 Nov 2020].

Hussin, R. (2020). ​Mampukah China selamatkan dunia?​.


https://www.sinarharian.com.my/article/77889/KHAS/Pendapat/Mampukah-China-selamatkan-d
unia​ [8 Nov 2020].

19
Jalal, B. (2020). ​Menghayati erti pemimpin yang sebenar​.
https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=1854397​ [13 Nov 2020].

James, D., Klein, Rita. C., & Richey. (2007). ​Rekabentuk Campuran:–Kaedah Campuran (Mixed
Method) - Kajian Tindakan (Action Research) - Design Development Research​.
https://www.scribd.com/presentation/458269757/Minggu-14-Rekabentuk-campuran-201904290
30630-pptx​ [11 Nov 2020].

Ma et al. (2020). ​Estimation of the Outbreak Severity and Evaluation of Epidemic Prevention Ability of
COVID-19 by Province in China​.
https://ajph.aphapublications.org/doi/full/10.2105/AJPH.2020.305893​ [10 Nov 2020].

Meyer, D. (2018). ​Federal Pandemic Response Plans.​


https://www.centerforhealthsecurity.org/our-work/events/2018_clade_x_exercise/pdfs/Clade-X-f
ederal-pandemic-response-plans.pdf​ [15 Nov 2020].

Sarimah, I., & Akmal, F. T. (2010). ​Kepuasan Bekerja Staf Akademik Jabatan Pendidikan Teknikal dan
Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai​.
http://eprints.utm.my/id/eprint/10609/3/KEPUASAN_BEKERJA_STAF_AKADEMIK_JABAT
AN_PENDIDIKAN_TEKNIKAL_DAN_KEJURUTERAAN.pdf​ [12 Nov 2020].

Schumaker, E. (2020). ​Timeline: How coronavirus got started the outbreak spanning the globe began in
December, in Wuhan, China​.
https://abcnews.go.com/Health/timeline-coronavirus-started/story?id=69435165​ [9 Nov 2020].

Tambajong, D. A., & Kurniawan, Y. (2020). ​Speech Function Used By Donald Trumps In His Speeches
About Coronavirus.​ ​https://ojs.widyakartika.ac.id/index.php/sniter/article/view/204/190 [11 Nov
2020].

Zawawi, I., (2015). ​Bab 3: Metodologi Kajian​. ​http://studentsrepo.um.edu.my/5395/3/BAB_3.pdf​ [12


Nov 2020].

20
10.0 CARTA GANT DAN JEJAK PERBATUAN

​PERKARA 2020

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12

PEMBETUKKAN
KUMPULAN

PERBINCANGAN
ISU KAJIAN

MENSKRIPKAN
TOPIK KAJIAN

PERNYATAAN
MASALAH DAN
OBJEKTIF KAJIAN

PERBINCANGAN
PERTAMA
BERSAMA
PENSYARAH

PEMBAHAGIAN
TUGAS

PERBINCANGAN
KEDUA BERSAMA
PENSYARAH

21
PERSIAPAN DRAF
SOALAN SOAL
SELIDIK DAN
PROPOSAL
KAJIAN

PERBINCANGAN
KETIGA BERSAMA
PENSYARAH

PEMBETULAN
PROPOSAL DAN
PECAHAN SKOP
ITEM SOAL
SELIDIK

PERBINCANGAN
TERAKHIR
BERSAMA
PENSYARAH

PERSIAPAN
AKHIR PROPOSAL
DAN SOAL
SELIDIK

NO. PERKARA TARIKH


PELAKSANAAN

1. PEMBETUKKAN KUMPULAN 20/10/2020

22
2. PERBINCANGAN ISU KAJIAN 27/10/2020

3. MENSKRIPKAN TOPIK KAJIAN 27/10/2020

4. PERNYATAAN MASALAH DAN 28/10/2020


OBJEKTIF KAJIAN

5. PERBINCANGAN PERTAMA BERSAMA 30/10/2020


PENSYARAH

6. PEMBAHAGIAN TUGAS 13/11/2020

7. PERBINCANGAN KEDUA BERSAMA 15/12/2020


PENSYARAH

8. PERSIAPAN DRAF SOALAN SOAL 16/12/2020


SELIDIK DAN PROPOSAL KAJIAN

9. PERBINCANGAN KETIGA BERSAMA 22/12/2020


PENSYARAH

10. PEMBETULAN PROPOSAL DAN 23/12/2020


PECAHAN SKOP ITEM SOAL SELIDIK

11. PERBINCANGAN TERAKHIR BERSAMA 29/12/2020


PENSYARAH

12. PERSIAPAN AKHIR PROPOSAL DAN 31/12/2020


SOAL SELIDIK
23
11.0 SENARAI TUGAS DAN PEMBAHAGIAN TUGAS

TUGAS NAMA

PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG Nur Hanisah Inani Binti Mohd Ali Nawar
KAJIAN

PERNYATAAN MASALAH Ameedtri Tha Wip Sripraphan, Ameedtra Tha


Wip Sripraphan

OBJEKTIF DAN PERSOALAN KAJIAN Tew Zhi Xuan

KEPENTINGAN KAJIAN Nur Rafeeza Izyan Binti Rosli

SOROTAN KAJIAN LEPAS Nur Fatihah Binti Hissham, Liw Yen Fang

METODOLOGI KAJIAN Gan Zhan Xiang , Nurlydia Binti Mohd


Azmil

RUJUKAN Tan Pei Chee

PENUTUP Tan Pei Chee

CARTA GANT DAN JEJAK PERBATUAN Ameedtra Tha Wip Sripraphan

24

You might also like