Kertas Kerja Sambutan Aidil Fitri .2024

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 6

KERTAS KERJA MAJLIS SAMBUTAN

HARI RAYA AIDIL FITRI

1. PENDAHULUAN
Sambutan Aidil Fitri di bulan Syawal merupakan hari bagi kita umat Islam meraikan
kemenangan setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadhan Al Mubarak. Kita
digalakkan meraikan kehadiran Syawal ini dengan bersederhana dan penuh
kemeriahan. Di samping itu juga, dengan kehadiran sambutan Aidilfitri kita dapat
bermaaf-maafan serta bertukar-tukar juadah hari raya sesama warga pendidik, murid-
murid dan juga ibu bapa.

2. RASIONAL
Program ini juga amat bermakna bagi semua warga sekolah kerana dapat
mengeratkan silaturrahim di antara satu sama lain. Justeru program ini dirancang
dengan penuh kemeriahan. Selain jamuan hari raya, kita juga akan dihiburkan dengan
persembahan anak-anak didik kita yang bersama merayakan kemenangan setelah
berpuasa selama sebulan di bulan Ramadhan. Semoga Allah mengurniakan segala
kebaikan dan kejayaan kita dunia dan akhirat.

3. OBJEKTIF
Antara objektif sambutan dan jamuan Aidil Fitri Sekolah Menengah Kebangsaan
Methodist (ACS) Melaka adalah seperti berikut:
a) Mengeratkan silaturrahim di kalangan guru-guru dan murid
b) Menanam rasa kecintaan terhadap kebesaran Allah tentang keistimewaan bulan
Syawal
c) Membina akhlak dan sahsiah yang baik dikalangan murid
d) Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibbah di kalangan murid
e) Memupuk minat terhadap aktiviti-aktiviti persembahan bertemakan Hari Raya
Aidil Fitri

4. TARIKH
24 APRIL 2024 ( RABU )

5. SASARAN DAN PENGLIBATAN


Semua murid, warga sekolah

6. TEMPAT
Dewan Terbuka ACS Square
7. AKTIVITI
a) Jamuan Hari Raya
b) Persembahan Nyanyian Murid
c) Nyanyian lagu raya

8. TENTATIF PROGRAM
* Rujuk Lampiran B

9. ANGGARAN PERBELANJAAN

Makanan dan Minuman Guru RM 20.00 x 60 = RM 1200.00


Makanan dan Minuman Murid RM 7.00 x 350 = RM 2100.00
Satay RM 0.8 x 1000 = RM 800.00
Menu
a) Rendang
b) Nasi Impit
c) Bihun Sup
d) Kuih muih raya (dibawa oleh guru dan murid)
e) Buah-buahan
f) Satay

Jumlah = RM 4100.00

*Cadangan tambahan makanan @ perubahan menu boleh dibincang bersama ketika


mesyuarat.

10. SUMBER KEWANGAN

a) Sumbangan PIBG + Ihya’ Ramadan = RM 1200.00

b) Sumbangan Guru-guru/AKP Muslim RM 50 X 34 = RM 1700.00

c) Sumbangan Kelab Guru dan Staff = RM 400.00

d) Koperasi = RM 450.00

e) LPS = RM 300.00

f) Pengetua = RM 200.00

g) Individu Persendirian = RM 100.00

Jumlah = RM 4350.00
11. JAWATANKUASA PELAKSANA
*Rujuk lampiran A

12. PENUTUP

Setinggi impian sekalung harapan agar program ini dapat dijalankan dengan lancar.
Diharapkan program ini dapat meningkatkan lagi keakrabandan ukhuwwah di
kalangan guru, ibu bapa dan murid-murid SMK Methodist ACS Melaka. Selain itu,
sambutan dan Jamuan Hari Raya ini juga bertujuan untuk meningkatkan rasa
kemenangan umat Islam dan meningkatkan lagi kesedaran terhadap peranan dan
tanggungjawab guru-guru, ibu bapa dan murid-murid. Semoga dengan usaha ini
murid dapat menambah pengalaman dan mendidik jiwa mereka menjadi insan kamil
yang cemerlang dan berperibadi mulia.

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:

(Pn Norazura Yahya) ( En Shuhari Mat Rus ) (Pn Soh Lay Hui)
Lampiran A

JAWATANKUASA KERJA

PROGRAM SAMBUTAN AIDILFITRI DAN JAMUAN AIDILFITRI

PERINGKAT SEKOLAH

AJK INDUK

AHLI JAWATANKUASA

Pengerusi : Puan Soh Lay Hui

Timbalan Pengerusi : Puan Choong Lily

Naib Pengerusi 1 : Encik Shuhairi bin Mat Rus

Naib Pengerusi 2 : Cik Lim Giok Pey

Setiausaha : Puan Norazura Binti Yahya

Bendahari : Cik Norazlin Binti Marsoha

BIL JAWATANKUASA GURU TUGAS


1. Protokol Pn Hasrinawati Hashim (K)  Mengurus surat
Pn Aliesza bt Samanudi jemputan tetamu
En Esmadey Mohd Yatim VIP
Pn Yen Yeok Fern
1. Buku Program Pn Durrah Mohamad (K)  Menyediakan buku
Pn Suhaida Mohd program
2. Pengacara Majlis Cik Siti Nor Hasliza Mazuki (K)  Mengacarakan
Pn Siti Nor Syahida Sh Abd Rahim majlis
 Mamastikan
kelancaran majlis.
3. Jurufoto/ Dokumentasi Pn Nor Izzah Isa (K)  Merakam
Pn Farhana Ayu Shaberi gambar/foto
sepanjang aktiviti
berlangsung
4. Siaraya/PA sistem En Abdul Kadir Idris (K)  Memastikan
En Fahmi Che Zaki sistem PA
Cik Uswatun Hassanah Mohd berjalan dengan
Ramli lancar.
 Mencari lagu hari
raya dan
memutarkan lagu

5. Tempat/peralatan En. Mohd Faris Mat Khamis (K)  Menyusun atur


En Arvin Raj Muruga kerusi dan meja
En Shahril Abd Wahab makan untuk guru,
Quarter Master & murid.

6. Backdrop/pentas/hiasan En. Yusof Yahya (K)  Menyediakan


Pn Ainul Mardhiah Nashruddin backdrop.
En Shariman Md Nawi  Menghias pentas.
Pn Kartini Taib
7. Persembahan Murid/ Pn Fadzilah Mohd Azhar (K)  Merancang dan
Persembahan Guru Cik Nor Azlin Marsoha memastikan
Cik Norhaszniza Abd Razak aktiviti
Pn Suhaila Sabtu persembahan
berjalan lancar.
 Membuat
persiapan dan
mengendalikan
persembahan.
8. Pengurusan & kawalan En. Azlan b. Ilais (K)  Memastikan
murid Pn Zuriyati Seman murid berada
Pn Goh Swee Lan dalam keadaan
Pn Quek Sze Ee terkawal.
 Mengatur murid
untuk mengambil
makanan.
9. Makanan Murid dan Pn Nurushuhada Yahya (K)  Mengagih
Guru En Nor Akmal Omar makanan untuk
Pn Farahusna Yusof murid
Pn Siti Aja Abd Hamid  Menghidang kuih
raya mengikut
Pn Siti Syahira Mat Zin
kelas masing-
Pn Norliza Alias masing.
Puan Amy Farah Zakaria
En Muhamad Shariman Md Nawi
10. Kebersihan Pn Nor Aini Omar (K)  Menyediakan
(sebelum & selepas) Pn Norazura Binti yahya bekas/tempat
Cik Yip Lee Lee membuang
Pn Jaya a/p Karuppiah sampah yang
mencukupi.
Lampiran B

TENTATIF PROGRAM SAMBUTAN AIDIL FITRI DAN JAMUAN HARI RAYA

1.30 ptg : Semua murid dan guru berkumpul di acs square

1.45 ptg : Nyanyian lagu negaraku, nyanyian lagu sekolah

1.50 ptg : Ucapan Puan Pengetua

2.00 ptg : Tayangan Multimedia

2.15 ptg : Persembahan Guru & Murid

2.30 ptg : Jamuan Makan

3.15 ptg : Sesi Bergambar

3.20 ptg : Gotong Royong

3.40 ptg : Semua murid berkumpul semula di ACS Square

3.45 ptg : Majlis Bersurai

*Sebarang pindaan boleh dibincang semasa mesyuarat.

You might also like